Hospital terbaik di Shah Alam, Avisena Women's & Children's Specialist Hospital


Assalamualaikum wbt. Hye :)
Disebabkan ramai yang request untuk Irine berceritakan pengalaman Irine bersalin di Hospital Avisena Shah Alam, jadi irine nak curik-curik masa nak update tentang pengalaman berharga ni. Kiranya entry ni Irine hasilkan atas permintaan followers Irine di blog, Facebook dan Instagram. 

Ok 1st, ayat yang paling ramai akan cakap, 
"ada duit, boleh laa bersalin di hospital Swasta".

Ni memang ayat paling common lah paling Irine selalu dapat.hehe. Tapi kalau nak tau pengalaman Irine sendiri sebagai rakyat marhaen biasa-biasa ni, sebabkan Irine memang dah target nak bersalin di hospital yang lebih selesa, jadi Irine memang dah buat dan sediakan tabung saving khas untuk Irine nak bersalin. Haaaa macam mana tu? 

Ceritanya begini, setiap kali Irine dapat tau je Irine pregnant, detect positive, maka bermulalah di situ wujudnya tabung khas untuk kumpul duit untuk cost bersalin. Irine pun bukanlah sedegebuk bayar, tapi sepanjang 9 bulan mengandung tu, memang menabung sebab tak nak nampak macam duit tu senang-senang keluar macam air.haha. Kita nak bersalin di tempat yang selesa, jadi Irine pun ambil inisiatif usaha dengan cara, asingkan siap-siap duit dalam tabung khas demi nak bersalin selesa. Tapi ingat tau, janganlah paksa diri, kita buat as kemampuan je. Tiada paksaan, sekadar bercerita pengalaman macam mana Irine uruskan kewangan dan cost untuk bersalin di private. 

Pilihan Irine bersalinkan anak no 3 dan no 4 yang sebelum ni ialah di Avisena Shah Alam. Kalau dulu, Avisena dikenali sebagai DEMC Shah Alam, tapi lepas rebranding nama pun ditukar kepada yang lebih powerrr iaitu Avisena Shah Alam. Kena bagitau pertukaran nama ni sebab dulu Irine pernah update di Facebook dan Instagram dan ada yang macam tertanya-tanya

"Eh dulu bukan hospital DEMC ke?".

Kenapa dekat Avisena? 1st of course sebab sekangkang kera jaraknya dengan rumah.heheh. Ya Allah, Irine rasa bersyukurlah part ni sebab takde rasa risau setiap kali dah sarat pregnant, tiba-tiba terjadi incident sakit contraction nak beranak tengah-tengah malam. Sebabnya, memang boleh terus start enjin kereta, menuju terus ke hospital time tu jugak! Bag keperluan Irine dan baby bawak ke hospital dah tak perlu risau sebab Irine memang dah sediakan siap-siap since 35 weeks pregnancy. Letak dalam kereta senang apa-apa hal terjadi. 


5 minit dah sampai hospital ! hehe. Dan kalau nak tau, anak no 3 dan anak no 4 Irine, both tu datang sakit nak beranak masa waktu PAGI-PAGI BUTA pukul 2-3 pagi !!! haha. Husband pun memang boleh dikatakan memang standby dah tidur dalam keadaan yang berpakaian sempurna sebab dia pun ready dah bila Mak Yong sarat mengandung ni datang menyerang cakap

"Abgggg!!! bawak pegi hospital sekarangg!! Sayang rasa nak bersalin dah!!! Cepattttt! rasa macam baby nak keluar dah niiii"

Itulah dialog dan saat-saat getir tiap kali Irine nak ajak suami bawak Irine pegi hospital.hehe

Doctor pun memang dah pesan siap-siap, andai kata kalau rasa sakit nak bersalin, sampai je hospital terus je masuk bahagian EMERGENCY. Nanti staff hospital akan layan kita dan sediakan wheel chair kalau tak larat dan sakit untuk berjalan. 

Irine memang suka sangat dengan layanan staff Avisena. Of course salah satu sebab utama Irine masih setia bersalin di Avisena untuk anak no 4 sebabkan layanan yang cukup besttt dan selesa masa anak yang no 3. Repeat customer datang balik mestilah disebabkan best service kan? hehe. 

Irine memang check up monthly daripada awal di Avisena. Maksudnya segala-galanya buat di situ, bukak buku check up pregnancy pun di situ seawal 6 weeks pregnancy. Dan sebab utama Irine nak bersalin di sini selain dekat dengan rumah, adalah sebab Irine nak bersalin dengan doctor perempuan :) Alhamdulillah, setakat 4x bersalin memang doctor perempuan yang sambut kelahiran anak Irine. Dan bila di Avisena pula, apa yang Irine boleh salute sepanjang Irine check up dengan doctor, nurse semuanya dalam kalangan PEREMPUAN. Jarang lah Irine nampak kaum-kaum lelaki ni dekat bahagian ward O&G. Kalau ada pun, nampak dekat pintu masuk hospital. 

Nurse-nurse pun boleh Irine cakap memang cukup baik, cukup merendahkan suara bila nak bercakap dengan patient. Irine ni sejenis hati tisu, memang tak boleh kalau ada sesiapa cakap dalam nada yang kasar-kasar. Nurse-nurse dekat Avisena expecially di ward O&G, layan patient dengan lemah lembut.  Hati seorang ibu yang tengah pregnant ni, emosi dia berkali-kali ganda SENSITIFFFF u know. haha. Memang Irine mengaku tiap kali nak datang check up appointment monthly masa pregnant dekat Avisena, sangat-sangat EXCITED! Kadang macam menghitung hari, ala-ala countdown gitu bila lah next appointment. 

Nurse baik sampaikan ada beberapa yang Irine boleh borak macam kawan-kawan. Tak rasa kekok, tak rasa segan nak bagitau apa-apa. Layanan Doctor pula macam mana? Haaaa ni paling ramai nak tau kan. 

Irine ada 2x pengalaman bersalin dan check up dengan dua doctor yang berbeza. Kenapa Irine tukar-tukar doctor pulak? Kenapa tak stick dengan doctor yang sebelum tu?

Sebabnya Irine nak tukar pengalaman.hehe Bukan bermakna tak bagus, tapi apa salahnya tukar doctor yang lain. Doctor bersalin masa anak no 3 dan no 4 both of them sangatlahhhh berkepribadian seorang ibu yerr! Soft spoken, friendly, dan layan kita dengan penuh extra kasih sayang. Excited nak jumpa doctor sebab doctor ni lah yang jaga Irine daripada sekecik-kecik kandungan baru detect positive, menganjak ke fasa-fasa 1st,2nd, dan 3rd trimester sehinggalah proses bersalin pun!  Maksudnya di sini, Irine checkup dengan doctor yang sama semasa pregnant sampailah bersalin pun doctor yang sama sambut kelahiran anak Irine.

Q&A : Dekat Hospital Avisena kita boleh pilih doctor tak? 
Boleh pilih doctor perempuan tak?

Jawapannya : 

YES BOLEH! Ikut kita lah nak pilih doctor yang mana.hehe.


Gambar wajib ambil sebagai kenang-kenangan bila every time datang check up monthly. hehe
Kaunter ward O&G. Setiap pagi datang register dekat sini laaa. Environment bersih, tenang, tak stresss yang paling penting,kemudahan toilet dan segala-galanya for me cukup selesa untuk kegunaan patient yang datang.

Kalau dari segi sudut husband Irine pulak, dia paling suka parking dekat Avisena ni. Senang nak dapat parking. Kalau tak dapat parking Valet sekalipun, boleh parking biasa jugak. Jangan risau, kemudahan kereta penumpang ada disediakan. Akan ada staff yang berkeliaran sambil bawa kereta untuk ambil kita dan hantar ke kereta kalau tak larat untuk berjalan. 

Q&A :  Pakej bersalin Avisena berbaloi tak Irine? 

Ok bagi Irine pakej bersalin dekat sini standard macam hospital private yang lain. 


Nahhhh Irine tepek terus lah PAKEJ BERSALIN AVISENA dekat sini bagi memudahkan korang refer.

Normal & Ceaser Delivery. Macam Irine sendiri, masa anak pertama memang dah pernah ceaser, no 2,3, dan 4 Alhamdulillah dapat bersalin normal. 

Antara sebab lain Irine suka dengan service doctor di Avisena adalah disebabkan doctornya mudah bertolak ansur dengan patient. Macam mana pulak tu? Haaa maksudnya gini, Irine kan ada history bersalin ceaser masa anak pertama, jadi risiko utk bersalin ceaser utk next anak masih ada lagi. Tapi walaupun macam tu, Irine ada birth plan Irine sendiri. Contohnya, Irine memang nak try selagi boleh bersalin normal, doctor pun faham dengan situasi Irine and YESSS doctor sangat support keputusan Irine. Takde langsung sikit pun perasaan doctor cuba menakut-nakutkan Irine berbanding sesetengah hospital yang lain. Malah lagi dia yakinkan kita ada lah. InshaAllah boleh bersalin normal nii. Doctor di Avisena respect dengan apa yang kita nak, kecuali kalau ada atas-atas sebab tertentu tak boleh elak, baru lah ada next plan yang semestinya mereka lagi pakar tahu yang terbaik untuk kita. 

Bagi Irine, pakej bersalin Avisena berbaloi lah dengan layanan mereka terhadap kita. Tak rasa stresss langsung mengandung. hehe.



LABOUR ROOM

Ni lah keadaan Irine masa di labour room. Labour room antara tempat yang Irine paling ternanti-nanti untuk masuk sebab ni lah petanda yang Irine bakal mengakirkan fasa mengandung! haha. Penat tau mengandung.hihik. 9 bulan jenuh menunggu, paling terasa masa mengandung anak no 4. Dah macam sesi countdown, bila lah denn nak bersalin. 

Selalunya Irine bila ke arah labour room memang ditolak pakai wheel chair je, tapi masa anak no 4 Irine nak jalan kaki je menuju ke labour room, nak exercise la kononnya nak bagi jalan bukaan cepat.haha. Seronok tengok environment labour room. Sejukkkkkk dan semestinya tempat yang menenangkan hati jugak sebab tak crowd.



Irine di labour room. Menunggu ketibaan doctor datang check dan kelibat nurse-nurse datang bantu kita sepanjang di sini. Dalam labour room ni ada disediakan bilik khas setiap sorang stay dalam ni & ada kemudahan sebuah toilet. Bila mata ni terpandang dekat segala aksesori nak sambut kelahiran, rasa meremang bulu roma.haha. 


Nurse kejap-kejap masuk labour room tanya keadaan ok ke tak. ada rasa sakit ke tidak. 
Siap datang masuk bilik hantar Gym Ball ni.haha. Nurse cakap kalau boring-boring, naik la gym ball ni. Masa ni Irine rasa tak nak buat apa dah, biar je lah terbaring atas katil tu sambil layan surah Maryam. Anyway, thank you nurse! Korang memang baik sangattt. Sekaligus buatkan diri ni tak rasa nak layan sangat contraction. Kalau ada rasa tak selesa je, boleh tekan bell panggil nurse. Mintak je lah apa-apa, jangan ko mintak nak balik rumah sudah.haha.


Dan akhirnyaaaaaaa!!


Alhamdulillah keluarlah anak yang dikandung 9 bulan ke hulu ke hilir. Atas bantuan doctor dan nurse yang jaga Irine since mengandung, maka lahirlah seketul baby ni.hehehe


Oh ya, ni anak no 4 Irine. hehe. Tahun lepas punya cerita. 


Masa ni memang rezeki irine dan baby sangat, kebetulan ada bilik kosong. Pilih bilik biasa je, tapi dapat upgrade bilik sebab ada kosong. Yayyyy!!


Alhamdulillah, kemudahan yang Avisena sediakan cukup lengkap, cukup memuaskan hati. Takde sikit pun rasa tak best mahupun tak selesa. Syukur sangat-sangat. berbaloi lah bayar masuk sini.Berbaloi jugak dan tak sia-sia Irine menabung duit setiap bulan cost bersalin sini.hehe



Dekat Avisena ada beberapa pilihan bilik. Ikut masing-masing la nak pilih bilik mana. Dalam pakej tertera di poster tu untuk bilik single biasa, kalau nak bilik lagi selesa boleh upgrade dan tambah duit sendiri. Dikira sehari semalam. 


Masa ni husband nak tinggalkan Irine sorang-sorang lepas bersalin.  Biasalah anak dah ramai, tak boleh buat apa, husband pun ada tanggungjawab lain kena jaga anak-anak sedia ada dekat rumah. Takde sape jaga masa ni, memang lonely haha sebab mak pun tak sihat. Jadi diriku berdikari je lahh. Tapi memang Irine langsung tak kisah, sebab enjoy duduk dalam hospital! haha. Apa-apa boleh mintak dekat nurse, nurse pun 24 hours boleh bantu kita. 


Bilik air pun selesa ada dalam bilik sendiri. 

So far Irine boleh katakan memang ok sangat dekat sini dan andai kata kalau irine berpeluang mengandung lagi sekali pun, biar semua anak-anak bersalin dekat Avisena je. 

Kalau dari segi penambahbaikan service di Avisena, mungkin boleh perbesarkan lagi bahagian parking di Valet sebab warga Shah Alam ramai tau! haha. Dan mungkin boleh tambahkan lagi kedai-kedai di bawah hospital untuk memudahkan kami patient datang dekat sini nak beli apa-apa. Personally irine memang suka hospital yang banyak kedai tau! haha Sebab boleh cuci-cuci mata nak beli apa-apa sepanjang menginap dekat hospital.

Dannnnn!!!

Ni Irine nak bagitau GOOD NEWS ni! 

Lepas ni Hospital Avisena Seksyen 14 Shah Alam bakal buka bangunan baru yang khas tau! InshaAllah bakal buka pada 6 Mei 2019 ! Bangunan baru, environment baru! Maksudnya, Avisena dah start asingkan khas bangunan lain untuk kaum-kaum ibu dan anak-anak di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital !

 Untuk bangunan Avisena yang lama pula hanya focus untuk sakit-sakit lain selain berkaitan ibu dan anak. Maknanya, kalau lepasni nak bersalin akan masuk bangunan baru la! Yayyyy excited!!! Kalau nak check up anak tak sihat atau anak admit pun akan pergi dekat bangunan baru Avisena Women's & Children's Specialist. Jangan risau, dekat situ jugak bangunan yang baru.hehe.


Hospital terbaik di Shah Alam, Avisena Women's & Children's Specialist Hospital



Selesa sungguhhhh view nak bersalin punnnn! hahah. Adoiii bestnyaaaaaaaaa!


Yang ni one of beautiful view Masjid Shah Alam dari bilik Executive Suites. Mari kita aminkan beramai-ramai moga kita dapat bersalin dekat tempat selesa macamni.heheh.




Ni nak masuk hospital ke atau nak pergi menginap macam dalam hotel ni? haha. Selesa betul suasana punnnn.

Meh laaa Irine belanja gambar-gambar pemandangan suasana bangunan baru Avisena Women's & Children's Specialist Hospital.








Cute dental chair dekat Paediatric Dental Clinic, Level 11, Avisena Women's & Children's Specialist Hospital. Confirm anak-anak den excited datang sini !!! Silap-silap mak pak depa pun tumpang excited. 


Consultation Room @ Avisena Women's & Children's Specialist Hospital
Fuhhhh masuk-masuk nak consult dengan doctor macam gaya nak jumpa raja permaisuri dekat Castle.haha.




So, itulah serba sedikit sharing daripada Irine untuk cadangan hospital terbaik di Shah Alam. Jommmm kita sama-sama tunggu pembukaan Avisena Women's & Children's Specialist Hospital pada 6 MEI 2019!!!

Untuk more info tentang hospital baru Avisena ni, boleh click link di bawah :-

Avisena Women's & Children's Specialist Hospital















 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in