Glider/Nursing Chair by Babyhood berbaloi untuk para ibu


Assalamualaikum wbt. hye

Ingat tak post Irine yang sebelum ni minta pendapat, berbaloi ke tak nak memiliki (ecewahh) Glider Chair by Babyhood. 

Boleh refer post yang sebelum ni,

Setelah diperkenan oleh si suami, hihi maka lori company Babyhood pun datang hon depan rumah, deliverykan glider chair ni. Yayy! For me, Irine lagi suka panggil "nursing chair". hehe. Antara banyak-banyak design, Irine pilih design DIVA GLIDER CHAIR. Kerusi menyusu ni ada banyak jenis design tau, harga pun lain-lain. 


Lepas order, staff datang hantar sekotak besar Glider Chair. Excited sungguh time ni. Masa ni belum bersalin lagi.Jadi sebelum bersalin tu, habiskan masa berehat dan menyusukan Umar atas kerusi ni. Memang membantu sangat-sangat lagi-lagi Glider Chair ni memang lembut sangat seat dia. 


Proses nak memasang Glider Chair



Masa ni tak decide lagi nak letak kerusi ni dekat mana. Staff Babyhood cakap jugak, kalau boleh terus decide nak letak satu tempat, sebab berat jugak kerusi ni kalau nak alih-alih kan. 



Oh ya, mungkin ada jugak ada beberapa yang tak pasti apa sebenarnya fungsi Glider Chair ni. Berbaloi ke beli. Patut ke beli, kehendak atau keperluan. Untuk Irine sendiri, Irine anggap as KEPERLUAN. 

Glider chair ni fungsi dia untuk memudahkan para ibu terutamanya yang menyusukan baby dengan selesa. Macam Irine sendiri yang masih tak berhenti-henti menyusukan anak since 5 tahun lepas sampailah sekarang, memang admit badan tu sentiasa rasa sakit expecially dekat bahagian belakang badan dan pinggang. Jadi fungsi glider chair ni, si ibu dapat menyusukan baby dengan selesa tanpa menyebabkan rasa sakit sana sini. Bukan time menyusu je boleh duduk atas ni tau, walaupun tak menyusu nak relax-relax rehat atas ni pun boleh. 


Tak sure nak letak kat mana, Irine minta staff Babyhood letak dulu sementara dekat tepi ruang tamu. 


Mula-mula rasa macam sesuai letak dekat ruang tamu, tapi 2-3x fikir terus mintak ubah, nak kena letak dalam bilik je senang. Lagipun nanti anak-anakku yang super active semuanya confirm-confirm lah turun panjat kerusi ni. Takut la jugak diorang conteng-conteng kat kerusi kesayangan ni. Tak pasal-pasal mak depa jadi naga ye dak?.So better letak dalam bilik je, ibu pun boleh berehat tanpa diganggu sesiapa.

Kalau sebelum-sebelum ni, nak menyusukan baby kena sendal bantal bertingkat-tingkat nak menyusu anak dengan selesa. Tapi tu laa,bila menyusu sambil posisi duduk ni kan tak berapa selesa sebab badan kena bongkok. Bila badan bongkok tu lah tak baik untuk tulang kita. Jadi, ni lah fungsi utama Glider Chair ni untuk keselesaan ibu dan anak :)


Pindah masuk dalam bilik. Bilik tetamu dekat bawah, tapi transform jadi bilik sementara sepanjang habiskan tempoh berpantang haritu. hehe. Selalunya kalau baby dah tido, sementara nak tunggu mata ni terlelap mesti rest atas kerusi ni. Kadang-kadang bapak depa pun boleh duduk atas ni tau. Basically, kerusi ni bukanlah untuk diri sendiri semata-mata tapi untuk si ayah dia jugak.Best kan? Bapak diorang pun boleh rehat atas kerusi ni sambil menjeling-jeling si ibu. hihik!


Selesa sungguh! Tak tipuuuuu! Memang boleh tertidur atas kerusi ni tau. Tak yah nak gunakan banyak tenaga pun nak gerakkan kerusi ni, bila u all duduk, goyangkan sikit dekat bahagian kaki tu, automatic seat dia pun agak bergoyang dengan smooth ! Tak yah nak henjut-henjut bagai nak rak. hihi. 



Haaa lupa nak cakap,  sebab haritu ada yang tanya Irine kalau duduk atas kerusi ni bila bergoyang tu boleh pening kepala tak? kan certain kerusi kalau goyang sangat, kita pun rasa tak selesa sampai pening kan? Jawapannya takk tau! Senang cerita, gerakan kerusi ni memang betul-betul smooth! 

Ottoman (kerusi kecik dekat bahagian kaki) tu pun include sekali tau. Seat pun boleh adjust ikut kelesaan masing-masing. 

So far tu lah review Irine tentang Glider Chair ni. Happy sangat sebab bukan suka-suka, tapi dapat bagi manfaat dekat diri sendiri. Worth it ! 




Boleh tengok website babyhood sendiri


atau follow je INSTAGRAM : @babyhoodmalaysia

Instagram @babyhoodmalaysia ni kena follow tau. Sebab diorang rajin buka booth dekat expo baby. Mana la tau kalau u all nak rasa sendiri pengalaman test duduk atas Glider Chair ni sebelum beli, boleh je datang dan visit Babyhood punya booth. Babyhood ni bukan ada glider chair ni je, tapi ada katil baby dan barangan baby lain-lain jugak :)








 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in