Lahirnya anak ke-4 & kronologi bersalin


Assalam wbt. 
Fuhhhhh, barulah ada masa nak pegang laptop dan menaip dekat blog. Susah bebeno nak luangkan masa dekat depan laptop, asal pegang nak bukak je, anak nangis. Asal nak bukak blog je dah ready nak type, anak-anak gaduh! Wehhhhh wuwuwu. T____T haha. 

Apa-apa pun rasa tak lengkap pulak kalau tak sharekan berita kelahiran anak ke-4 dalam blog ni. Alhamdulillah, 2 minggu lepas dah pun selamat melahirkan anak ke-4. Pejam celik pejam celik, dah 4 orang dah anakku.wuwuu. Ramai pulak rasa hihi. Soalan paling ramai tanya, 
"irine nak pregnant lagi tak"

Dan jawapannya, sudah tentulah nak lagi jikalau diberi rezeki dr Allah, tapi yang pastinya bukanlah dalam masa terdekat dan bukanlah jarak yang dekat macam sebelum-sebelum ni. Sekarang ni masa untuk focus besarkan keempat-empat anak yang ada secara sekaligus serentak. Moga Allah permudahkan. The struggle is real ! tapi daku pasti, semuanya adalah amanah dan saham akhirat ibu dan ayah bila dah takde dekat dunia nanti. Amin YA. 

Ok jomm lah sharekan sedikit kronologi bersalin kali ni. 
Irine akan sharekan serba ringkas sebab den takdo masa nak lengah-lengah, takut anak jaga! haha. 

KRONOLOGI BERSALIN ANAK KE-4

p/s : Irine akan bahasakan dalam post ni diri sebagai "ibu" yer. Sebab dah terbiasa bila bercerita. 

Tepat 40 weeks, Alhamdulillah lahirlah baby boy ibu yang ditunggu-tunggu. Penantian yang agak lama dan ibu rasa pregnancy kali ni lahhh paling ibu rasa lama sangattttt. Mungkin jugak sebab ibu dapat tau pregnant awal. Ibu tak tau lah, kalau setiap kali pregnant, asal rasa badan tak sedap je, ataupun hati rasa tak sedap je, tu mesti ada "sesuatu".

Ingat lagi, masa ibu cakap dengan ayah yang mana ibu rasa macam ibu pregnant, ayah terkezuttt. huhu. Pastu masing-masing macam "krikkk..krikkk..krikkk". Buat macam takde apa jadi. Tau tak situasi macamtu agak janggal! haha. 

Lagi satu, ibu setiap kali pregnant, asal lambat 2-3 hari je datang period, ibu dah rasa gelisah. Instinct tu kuat laaa mengatakan pregnant, tapi buat bodo dulu, tapi dalam masa yang sama rasa nak berkejar pegi Watson/Guardian beli pregnancy test. Cycle period ibu memang datang on time tiap bulan, jadi bila lambat tu mesti ada yang tak kena. Tapi memang ibu daripada dulu percaya pada instinct.

Dan bila situasi 2-3 hari delay period, cepat-cepat pegi beli pregnancy test. Tapi ibu tak beli pregnancy test yang biasa-biasa tu.

Sebab apa? 

Sebab ibu tau kalau jenis awal-awal macamni, double line mesti belum keluar lagi. Selalu jenis pregnancy test yang biasa-biasa tu (jenis strip tunggu double line keluar), akan ada 2 kemungkinan. 

Satu, resultnya lambat keluar double line walaupun sebenarnya u pregnant (ada 1 line je keluar). Kes ni korang kena test seminggu lagi baru akan muncul double line (if pregnant). 

Satu lagi result keberangkalian adalah, double line keluar tapi satu lagi line tu 
KABUR & TAK TERANG. 

So sebabkan ibu ni jenis yang tak menyabo-nyabo (eh jap, kalau bab pregnant ni rasanya semua wanita excited kottt kannn? haha), ibu memang akan terus beli pregnancy test jenis DIGITAL ! Jenis digital ni memang mahal sikit, tapi apa aku kisah, yang penting result nya cepat gilerr keluar! (sila la google image ye digital tu jenis macam mana). Walaupun digital pregnancy test ni mahalll gilerss, tapi resultnya kalau pregnant, yessss dia terus keluar "pregnant". Kalau tak pregnant, memang jujur habis dia keluar "not pregnant". 


Nahhhh ni jenis digital pregnancy test. Ni masa awal-awal dapat berita gembira baby ke 4. hehe. Siap tulis berapa weeks lagi. Selalunya kalau 1-2 dia tulis ni kandungan korang expect dalam 4 weeks macamtu which is sangat-sangat baru lagi dan fragile! 

Japppp...

tadi rasanya nak cerita pasal kronologi bersalin, ni dah macam cerita daripada awal pregnant je. haha. Takpelah alang-alang, korang pun boleh refer jika perlu.

Ok sambung-sambung kronologi bersalin. 

Ada orang cakap, 
"makin banyak kali mengandung, makin mudah untuk bersalin"

For me, macam tak betul je statement ni. Sebab Irine rasa pregnant anak ke-4 ni lahhh paling mencabar. Daripada segi kesihatan semua Alhamdulillah jujur Irine cakap takde masalah. Bacaan hb semua cantik, takde masalah berat badan terlebih, lain-lain takde. Tapi bab sakit pinggang tu paling 10x ganda wehhh sakittt T___T

Dan doctor dan nurse sendiri cakap dengan Irine haritu, 
"sebenarnya lagi banyak kali bersalin, rasa sakit tu lagi berganda tak macam sebelum-sebelum ni"

Apa-apapun, inilah rezeki dan bahagian masing-masing. 

Kalau pregnant anak 1st and 2nd, fasa sakit pinggang tu akan rasa masa hujung 3rd trimester kan? tapi bila anak ke-4 ni seawal mengandung 1st trimester pun dah rasa tau. And yesss rasa dia tu EXTRA yerrr. Bukan tahap "mild" je.  

Mungkin sebab terlalu countdown bila lahhh nak bersalin, tu yang rasa pregnancy kali ni lama sangattt nak sampai ke penghujungnya. Mungkin jugak sebab kali ni dah kali ke 4 pregnant, jadi fasa-fasa yang dilalui dah boleh hafal. 

Sampaikan masa 37 weeks pregnant haritu, ibu cakap dengan ayah, 
"rasa macam nak serah diri je dekat doctor suruh ceaser". 

hoho cabul tak mulut tu? Tuh bila datang time-time stress, akan keluarlah perkataan lagu tu. Mungkin sebab badan dah sakit sangat, tidur pun daripada awal pregnant tak selesa. Senang cerita, 9 bulan jugaklah tido tak selesa kali ni. huhu. 




CTG scan at 39 weeks

Masa ni sadiss sikit sebab kebetulan, ayah Irine call bagitau mak sakit and kena naik ambulance bawak terus ke Hospital Besar Melaka. Pastu ayah mintak semua anak-anak dia balik, tapi yang si bongsu ni serba salah nak balik ke tak. Sebab sebenarnya start enter 38 weeks dah ada bukaan 3cm. Masa buat CTG scan ni pun, tanya advice doctor, boleh tak kalau saya nak balik Melaka tengok mak saya kejap. Doctor terus cakap tak boleh sebab dah ada tanda-tanda sakit, anytime boleh bersalin, mungkin otw balik Melaka terberanak dalam kete. 

Call ayah bagitau, minta maaf sangat-sangat tak dapat balik tengok mak dekat hospital sebab waktu darurat sekarang.Orang sini sakit, orang sana pun sakit. Masa ni memang sedih sangat sebab sepatutnya mak dah janji nak datang rumah nak jaga time berpantang. Tapi tuh lah, kita manusia hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia. 

Oh ya, masa CTG scan ni bacaan contraction tak berapa tinggi. Cuma doctor dah suruh admit sebab dah ada bukaan 3cm, cuma ibu mintak nak balik rumah je sebab 3cm tu rasa macam lambat lagi. Takut lambat lagi nak bukak and takut lah kalau warded lama-lama bill hospital melambung pulak! haha. Nasib baik doctor bagi balik, tapi tu pun doctor bagi sebab rumah dekat dengan hospital.

Bukaan 3 cm

Bukaan 3cm ni start daripada kandungan 38 weeks. Maknanya, 2 minggu jugaklah bukaan tu tak berubah-ubah 3cm je! takde progress pun. Sape tak geram! haha. Tapi sakit contraction sepanjang 2 minggu tu kerappp! Bila kerap, hilangggggg. Contraction ni pulak memang menyerang waktu malam je tau, waktu siang-siang baby syok tidoq ! Banyak kali jugak laa menjelang pukul 12 pagi je, ibu kejut ayah siap-siap pegi hospital sebab rasa nak terberanak ! Sampaikan kitorang dah sampai depan hospital nak masuk line emergency, tiba-tiba sakit tu hilang! Terus patah balik rumah. Nasib baik la rumah dengan hospital 5 minit je. 

Sepanjang 2 minggu bukaan 3 cm ni takde tanda-tanda keluar macam air ketuban atau turun darah. So nak kata bahaya pun takde rasanya sebab cuma sakit contraction je lah kena tahan. Melainkan kalau ada tanda keluar macam air ketuban tu baru bahaya sebab takut ada infection. 

Check up sehari sebelum 40 weeks

Masuk-masuk bilik doctor, ayat 1st doctor tanya,
"Ermmm macam mana ni, dah nak 40 weeks kan, baby tak nak keluar lagi eh?"

Masa ni stress giler rasa nak nangis! haha. Nak jawab soalan doctor pun takde mood. 
Masa pregnant kali ke-2 dulu ibu memang ada history OVERDUE 41 WEEKS, tapi masa anak kedua  sanggup tunggu, sampaikan ibu cakap dengan doctor, kalau nak tunggu sampai 42 weeks pun saya sanggup tunggu. Tapi tuh la, kali ni ibu tak sanggup.haha

Decide untuk INDUCE

Masa ni doctor tanya, 
"awak dah ready nak bersalin tak?"

Terus jawab, "aaahh" laju-laju. 

Doctor : "Kalau saya set kan esok awak admit terus nak tak. Kita masuk ubat kalau takde rasa sakit"

Me : "Masuk ubat tu macam mana doctor? Induce ke?
(masa ni macam-macam tanya sebab ibu takde pengalaman induce sebelum-sebelum ni)

Doctor : "Aaah induce"

Me : "Doctor, induce tu sakit tak? Dalam masa berapa lama akan rasa sakit bila induce?"

Doctor : "Ikut orang jugak, ada yang cepat, ada yang bertindak lambat. Selalunya dalam masa 6 jam. Dalam masa 6 jam tu akan rasa sakit, contraction tu sikit-sikit datang"

Me : "Ok lah doctor, saya rasa saya setuju esok admit. Pukul berapa tu doctor?"

Doctor : " Ok, esok pukul 12 tengahari awak datang register dulu lepastu terus naik labour room. Pukul 2pm saya sampai dan kita start masuk ubat. Saya takut sampai lambat sebab pagi esok saya nak makan kenduri dulu"

Me : hahahha (dalam hati). 

Weh nak bersalinnnn niiii, makan kenduri sempat lagi T___T


Keesokan harinya...sampailah masa untuk SERAH DIRI

Bangun-bangun pagi macam takde perasaan. haha. Tak tau nak kata happy ke, nervous ke, takut ke, atau sedih. Tapi rasanya lebih pada takut.  Yang penting, anak-anakku semua happy semacam sebab diorang macam tunggu lamaaa gilerrr "bila baby ibu nak keluarr niii". Semua tak sabar! Bila bagitau ibu nak bersalin esok, semua anak-anak terus peluk perut and kiss baby. hehe. 

Tapi....

ada sesuatu terjadi masa hari yang nak serah diri ni. Rasa macam bangun-bangun pagi sakit contraction lain macam rasanya. Tapi buat tak tau je lah, layan sakit contraction macam sebelum-sebelum ni. 

Cumaa...

terasa macam ada instinct dalam hati, contraction yang datang start pagi tadi lain daripada sebelum ni. Terus cakap dengan husband, cepat sikitt mandi and siap-siap nak ke hospital (register dekat hospital pukul 12 tengahari). Tapi plannya nak keluar awal pukul 10.30 pagi.

Sepanjang husband mandi tu, ibu dekat bawah dah macam tak serupa orang layan sakit. Sumpah sakit. Tak boleh duduk langsung. Masa ni rasa nak marahhhh husband kenapa mandi lambat sangattt! Mujurlah sebab nak bersalin tak boleh marah-marah husband. haha. So, daku kunci je mulut ni walaupun hakikatnya gerammmm sangatt, orang nak bersalin tapi husband siap lambat ! 

Ada gotong-royong pulakkk.....

Bila husband dah turun bawah, dah siap-siap semua, sekali husband cakap segan nak keluar rumah sebab tak join gotong royong. Nak dijadikan cerita, hari yang nak pegi serah diri ni, taman kitorang ada buat hari gotong royong bersihkan kawasan taman. Lepastu, nak dijadikan cerita lagi, khemah gotong royong ni pasang betul-betul depan rumah. haha. Bayangkanlah, orang yang duduk depan khemah ni tak keluar tolong-tolong untuk gotong-royong. 

Husband memang daripada awal cakap, pagi-pagi esok nak keluar tolong kejap gotong royong sebelum pegi hospital. Tapi memang tak sempat sebab husband nak kena setel siapkan anak-anak sebelum hantar dekat rumah kakak, lepastu dengan nak kena tengok wife dia yang tengah sakit lagi ni.


betul-betul depan rumah.kehkeh

Masa ni, husband cakap boleh tak kita tunggu kejap sebab segan nak keluar time jiran tengah ramai. Ibu pulak cakap,

 "abanggg, time-time ni bukan nak segan-segan dah! Sayang dah nak bersalin kottttt. Kang sayang terberanak kat rumah kangg!"

Masa ni memang nampaklaa husband saje lengah-lengahkan masa, ibu pulak kejap-kejap tengok jam.   Dalam pukul 11.30 pagi macamtu, barulah husband ajak keluar.  Masa nak keluar kereta daripada parking, terus husband cakap dekat jiran,

 "minta maaf sangat saya tak dapat nak tolong-tolong gotong royong sebab wife saya nak bersalin dah ni"

Jiran kitorang terus balas,
"eh takpe-takpe, bawakkkk cepatttttt wife pegi hospital.terberanak kangg"



22 September 2018, 12 tengahari

Sampai-sampai je terus register untuk admit dekat kaunter dulu. Lepastu terus naik level 2, untuk masuk labour room.

Masuk-masuk je labour room, rasa macam perasaan tu happy sangat-sangat sebab tau diri ni nak bersalin kejap lagi. Anytime baby akan keluar. Rasa rindu sangat labour room sebab suasananya sama macam 2 tahun lepas nak bersalinkan Umar,anak ketiga.


Nurse mintak salin baju siap-siap. 
Masa ni nurse pasang dulu CTG SCAN nak tengok contraction ada ke tak. 



Nurse suruh makan lunch siap-siap bagi ada tenaga. Macam tau-tau je ibu laparrr time ni. hehe. 
Selera pulak tu makan time ni, licin ibu bedal, tak pandang langsung kiri kanan. Nasib takde nurse yang tinjau ibu makan.

Lepas makan, nurse terus cakap nak masuk ubat dekat belakang punggung untuk lawas buang air besar. Maksudnya, nak suruh kita berry siap-siap sebelum bersalin, nak bagi kosonggg perut tu.haha. Tak sampai seminit, terus berlari ke toilet.bahahaha.. julap ke ape tah dia bagi..

Ibu cakap dengan nurse, nak solat Zohor siap-siap sebelum doctor sampai. Setel solat zohor and sempat buat solat hajat semua, terus pasang CTG semula dekat perut. Jarum pun dah pasang dekat tangan.


LABOUR ROOM

Tunggu doctor sampai..

Sementara menunggu ni, jantung tu rasa turun naik berdegup. Terus capai handphone, baca Surah Maryam berkali-kali. Sempat habiskan 4-5x surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin. Walaupun surah Maryam tu panjang, tapi bila saat-saat kemuncak macamni, rasa pendek pulak boleh habiskan sekejap. Allahuakbar..


Nurse kejap-kejap masuk labour room tanya keadaan ok ke tak. ada rasa sakit ke tidak. 
Siap datang masuk bilik hantar Gym Ball ni.haha. Nurse cakap kalau boring-boring, naik la gym ball ni. Masa ni ibu rasa tak nak buat apa dah, biar je lah terbaring atas katil tu sambil layan surah Maryam. Anyway, thank you nurse! 



Bila doctor datang...

Doctor datang seperti yang dia janji untuk start masuk ubat (induce)

Tapi...

sebelum induce doctor nak check dulu berapa bukaan. 

TIPS TAK NAK RASA SAKIT BILA DOCTOR NAK CHECK BUKAAN :
Sila tarik nafass dalam-dalam jangan lepass, confirm InshaAllah takde rasa sakit ape pun, janji kita tau teknik yang betul. Cubalahhh buat. 


.

Tiba-tiba.....

Nampak muka doctor tersenyum. Ibu dah pelik ni kenapa pulak niii..

Sekali doctor cakap, 
"dah ada bukaan 5cm lah. So kita tunggu je lah sampai sakit yer. Tak yah induce,cancel"

Rasa macam nak sujud syukur masa nih ! Ya Allah, keajaiban datang last minute! 
Pandang muka husband terpancar kegembiraan dan husband terus pegang tangan cakap 
"kejap lagi baby kita keluar, dah 5cm dah tu.sabar sikit lagi k"

Masa 5cm ni, air ketuban dah pecah. Bila air ketuban dah pecah, haaa get ready lah yer sakit tu sikit-sikit akan datang.

Daripada 5cm nak tunggu ke 10cm tu agak lama jugak. 4 jam kalau tak silap.
5cm tak berapa sakit lagi, 6cm boleh tahan lagi, 7 cm boleh sabar lagi...

 tapi bila masuk 8cm jeeeee.....

Ya Allah terus keluar air mataa :'( 
Sakit sangat contraction time ni. Tak mampu nak senyum dah. 
8cm nak ke 10cm tu paling seksa. 

Nurse cakap nak tak hidu gas. Terus jawab tak nak. Since bukaan 5cm lagi, nurse dah tanya tak nak ke hidu gas, tp ibu jawab tak nak.Kalau boleh nak tahan sendiri. Ibu takut takde tenaga nanti masa push kalau awal-awal dah hidu gas. Tapi sampai 8cm jee, ibu dah tewas, memang perlukan gas! haha. Nurse cakap takpe sebab dah 8cm, dah sampai waktu kemuncak boleh amik untuk kurangkan rasa sakit. Hidu gas ENTONOX ni kadang memang layan jugak. haha. Epidural ibu tak amik, pernah merasa epidural masa bersalin ceaser anak 1st. Kalau bersalin secara ceaser, epidural memang doctor akan bagi epidural untuk kurangkan rasa sakit. 

Rasa macam berada di awan-awangan. 
Bila hidu tu, automatic satu badan dan kepala rasa ringan sangat-sangat. Rasa macam orang takde masalah langsung. Ada certain yang cakap, hidu gas pun takde rasa apa, sakit tu sama je rasa. Tapi untuk ibu sendiri, memang gas ni membantu buat kita lupa rasa sakit. Fikiran pun kosong, mulut pulak boleh merepek macam-macam. 



Rasa macam ada sesuatu nak keluar...

Cakap dengan husband, 
"syg rasa macam ada sesuatu nak keluar laa..rasa nak terbe*** pun ada nih".

Husband : "nak abg panggil nurse tak?"

Me : "aaah nakk"

Nurse terus datang. Doctor pun datang jugak. 

Doctor check-check dan terus cakap,
"Dah bukaan 10cm ! Ok kalau rasa boleh push sekarang, cuba awak push ok?"

Ada yang tanya,macam mana nak tau bila waktu sebenar baby nak keluar?

Jawapannya mudah je : Kalau rasa macam nak terberryyyy tuu, tu lah petanda baby dah ready nak keluar and tunggu untuk di push je. Tau ke tak berry tu ape? Haa faham-faham je lah yer. Bahasa sopan sikit tulis, kang kena kecam.haha. 


Tepat waktu Maghrib....


Tepat waktu maghrib, lahirlah seorang baby boy yang lebat sungguh rambutnya macam kakak-kakak dan abangnya, seberat 3.34 kg :')

Allahuakbar, rasa lega sangat-sangat bila baby dah keluar. Lepas je push, terus rasa perut kosong.haha. Nurse terus balut baby and letak atas dada dan terus bagi breastfeed time tu jugak. Pandai pulak tu dia menyusu.hehe. Husband bawak baby untuk azankan..


Baby ibu lepas dah bersihkan. Rambut tuh elok jee tersisir rapi :)

Anak ibu ayah, kami berikan nama dengan sehabis baik maknanya,
Muhammad Hud Hydar b.Mohd Amirul 

InshaAllah moga menjadi anak yang soleh dan menjadi saham akhirat ibu dan ayah kelak.





Day-1 , kemain lagi dia menguappp besar. hehe



Muhammad Hud Hydar
Normal delivery
3.34 kg
Avisena Hospital, Shah Alam




Review hospital

Ada yang request pada Ibu untuk reviewkan tentang hospital yang ibu bersalin ni.
Ok ibu sharekan secara ringkas yer. Ibu memang daripada awal check up semuanya di Avisena Hospital. Means daripada 1st checkup sampailah bersalin dekat sini.  Avisena ni nama baru, rebrand. Dulu dikenali dengan hospital DEMC Shah Alam.

Rate setiap kali monthly check up? 
Rm250-Rm300 (tak termasuk ubat)

Boleh pilih doctor tak ?
Yes semestinya boleh. Boleh pilih nak checkup dengan siapa dan nak bersalin dengan doctor mana. Kalau awal-awal dah checkup dengan doctor A, kiranya bersalin nanti dengan doctor A.

Boleh pilih doctor perempuan tak?
Boleh, sebab tu lah ibu decide bersalin sini. So far ibu rasa daripada awal pregnant sampailah bersalin, jarang lah tengok staff lelaki kecuali dkt kaunter tu je kadang-kadang ada. Tapi setiap kali dalam bilik doctor check up sampailah ke labour room nak bersalin sekalipun, sorang lelaki pun takde tau. InshaAllah aurat kita terjaga semua. Dun worry.

Boleh pilih bilik tak?

Yes boleh. Ada macam-macam bilik.  
-single bed & double bed 
- Junior Executive
-Executive room
-Suites
-Orchid Suites

Masa ni Ibu pilih Executive room. Sebab masa Umar anak ketiga dulu stay bilik ni jugak. Rm450 untuk semalam (kalau nak upgrade bilik, cost bilik bayar asing tak termasuk dengan cost bersalin tadi).


Cost bersalin dekat Avisena Hospital?

Normal delivery : Rm4500 (gedebak gedebuk total dalam Rm5k + ) -2 days 1 night
Ceaser delivery : Rm9750 (gedebak gedebuk boleh cecah Rm10k + ) - 3 days 2 night

Staff dan doctor semua layanan ok tak? Berapa rate boleh bagi?

Semuanya sangat-sangat ok. Kalau tak ok, tak berbaloi lah menabung bersalin swasta. hehe. Daripada full rate 5, ibu bagi 5/5 ! yayy!




 

Rezeki ibu masa nih, request bilik Executive, tapi dapatnya bilik Suites. Alhamdulillah selesa sangat,mungkin time ibu bersalin tu tak ramai orang bersalin kot.haha. 



Seronok Avisena upgradekan bilik beso. hihi. 



Untuk Suites room ni ada 1 bilik khas dan katil khas untuk penjaga tidur teman kita. Satu bilik untuk pesakit, satu lagi yang pintu sebelah tu bilik penjaga. 


toilet pun besar. 
Nampak tak muka lesu husband? Dan-dan time kita nak bersalin ni pulak dia kena keracunan makanan sampai muntah-muntah. Sape yang sakit sekarang ni? haha. 




Sambung pantang di rumah, Selamat datang sayanggg :)

Bersalin masa Maghrib, esok tengahari tu dah boleh discharge :) 
Sekejap sungguh rasa, nak menunggu masa nak bersalin tu kemainlahhh lama.


Rezeki yang tak disangka-sangka, genaplah 4 orang anak ibu.
2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Berpasang-pasangan ada geng masing-masing.


Sebenarnya sebelum bersalin, ibu request dekat ayah untuk berpantang kali ni ibu nak pantang selesa sikit. Macam sebelum-sebelum ni memang berpantang dekat bilik bawah, tak naik bilik atas sebab tak nak aktiviti turun naik tangga lepas bersalin. Tapi bilik bawah tu jarang guna kecuali kalau tetamu  nak tumpang solat atau bermalam. Jadi kali ni, kemas elok-elok balik bilik buat khas untuk nak berpantang. 


Wangi semerbak bilik bila letak bunga lily




Sebenarnya takdelah deco beria-ria, just susun atur dan tambah-tambah sikit 


Simpe je punnn! hihi. Sebab bilik tetamu bawah ni tak besar mana. 

Ingat tak post Irine haritu tanya pendapat nak beli ke tak Nursing Chair? Haa tuh dah ada dalam bilik. hehehhe. Nanti Irine review ok berbaloi ke tidak beli.

Ok tamatlah sudah entry kali ni :) 
Berjaya jugak update blog sementara anak-anak tengah tak kacau ibu dia. hehe. 

Jumpa di next entry ya!







11 comments:

ejulz said...

Alhamdulillah.. tahniah.. semoga membesar dengan sihat..

Tia Saipul said...

Alhamdulillah bestnya baca pengalaman kak irine bersalin normal. Teringin sangat bersalin normal walaupun tau sakit tunggu bukaan. Haritu saya terpaksa ceaser. InshaAllah kalau ada rezeki anak kedua harap sangat dpt bersalin normal. Feel dia lain kan.. Harap dimakbulkan.. Hee

Pieh Rizfie said...

seronok sgt tgok perkembangan keluarga irine...dri anak 1-4...Allah permudahkan je......Sejukk sgt tengok family irine,,,hehe

Baharom Alessmazni said...

salam kak irine,nk tnye kat avisena monthly checkup start week keberapa ye

Anis Hayati said...

wahh alhamdulillah. Tahniah kak irine :)

wani ezryl * said...

congrats, irine on ur 4th newborn!! baby boy sangat cute!! mmg ikut irine dlm blog since kakak medina lagi. hv a good pantang! :)

Fateen Aiyub said...

macam mana nk dapatkan baby yang lebat rambut yer..ada tips tak?

hidayah said...

Salam irine. Irine bersalin dgn doctor siapa ya? Boleh share tak

sheayang said...

Tahniah irine, suami & family. Selamat berpantang.
Bestnya muda-muda anak dah ramai.

Unknown said...

Kemasnye bilik...

Etuza Etuza said...

asalam..tahniah selamat melahirkan baby comel..

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in