Nursing Chair. Patut dan Berbaloi tak?


Asslamualaikum hye :)

Ada masa terluang kejap, jadi curik-curik masa untuk update blog. Sekarang memang akui sangat-sangat tak berdaya sangat nak berjalan jauh-jauh sebab kandungan pun dah masuk 37 weeks. Which is lagi beberapa minggu je lah nak bersalin. Tak sabar sebenarnya sebab pregnancy kali ke 4 ni rasa macam lama bebeno nak sampai ke penghujungnya.haha. Tapi Alhamdulillah, tak lama lagi je tu, pejam celik pejam celik September nanti keluar jugak baby ni.hihi

Sebenarnya saje-saje nak update post ni. Nak minta pendapat korang semua 
PATUT & BERBALOI KE TIDAK kalau nak order Nursing Chair. Bahasa mudahnya nursing chair tu kerusi untuk menyusu lahhh. hehe. 

Al-kisahnya dah selalu ternampak dekat online gambar nursing chair ni. Memang rasa berkenan sangat sebab nampak memudahkan diri sendiri kalau nak menyusukan anak. Selama ni menyusukan anak sambil baring, atas sofa dan mana-mana je lah yang boleh menyusu asalkan boleh duduk kalau dekat rumah. Menyusu sambil baring tu of courselah selesa, tapi tak semua masa diri sendiri nak kena baring je sebab memang akan terbabas tertidur jugak dengan anak! haha. Benda ni selalu sangat jadi ! Padahal banyak keje nak kena setelkan, tapi dengan kita-kita tidur sekali dengan anak.

Jadi untuk diri sendiri yang memang sentiasa busy, work at home mom yang sentiasa kena pegang phone reply order nak kena ada tempat yang khas selesa sambil menyusukan anak-anak. 
(Cewahhh alasan tu agak-agak diterima x oleh suamiku? kihkih. )


Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana bentuk Nursing Chair tu kan? 

Nursing chair ni ada banyak jenis, tapi yang Irine survey dan cukup-cukup berkenan ni 
brand BABYHOOD. Nampak lebih praktikal dan selesa. 


Inilah rupanya Nursing Chair yang dimaksudkan.hehe. 
Untuk brand BABYHOOD ni kita panggil "glider chair", memang direka khas untuk ibu-ibu yang nak breastfeedkan anak dengan lebih selesa. 


Untuk brand ni jugak yang Irine survey-survey dia banyak jenis tau, ada jenis 
Diva Glider, Manhattan  Glider, Savannah Glider & Vogue Glider. 
Ada 4 jenis yang berbeza. 

(kalau korang nak survey, check dekat link website ni 




Beza dia apa 4-4 jenis ni? Beza dia daripada segi tahap keselesaan dan of courselah harga. hihi. 


Pernah tengok Sharifah Sakinah pakai jugak. hehe.

Haritu sempat jugak try sendiri duduk atas glider chair ni, Irine cuba 2-3 jenis glider. Memang sumpah tak tipu selesa sangat-sangat. Kerusi dia tak yah kita nak sebok-sebok henjutkan badan, memang smooth sangat gerak and tempat letak kaki tu pun support lagi tubuh badan kita masa nak menyusu. 

Masa survey haritu dekat kedai, Irine dah jeling-jeling dah husband.haha. Harap-harap dia boleh bagi green light atau reward untuk isteri dia yang mengandungkan anak-anak dia sampai 4 ni! hehe. Apatah lagi, Irine sendiri menyusukan anak selama 5 tahun NON STOP ! Wehhh 5 tahun tu bukan jangka masa yang kejap, lama tau. huwaaaaa!! Bayangkan daripada start melahirkan anak pertama tahun 2013 sampailah 2018 ni tak pernah stop menyusukan anak lagi. Pregnant anak kedua, menyusukan lagi anak sampai anak no 2 tu lahir. Anak no 2 lahir, sambung menyusu kongsi 2 beradik. Pregnant anak no 3, menyusukan sambil pregnant anak no 2 sampai no 3 lahir. No 3 lahir, kongsi menyusu lagi no 2 dan 3. Ni pregnant anak no 4 pun masih menyusu sambil pregnant. Nampak tak rantaian dia bersambung-sambung tak sudah? haha. 

Jadi, apalahhhh sangattt kalau nak hadiahkan isteri dia nursing chair ni. Pahala dapat sebab menggembirakan hati isteri sekaligus isteri pun sayang. haha. 
Harap-harap husband baca segala luahan ni :P


Antara jenis-jenis glider/nursing chair.
Bukan ibu yang menyusukan anak je tau boleh duduk, tapi si ayah pun boleh duduk jugak sambil dodoikan anak dengan penuh keselesaan tanpa sakit tulang belakang.hehhehehe. See! bukan beli untuk bagi manfaat pada Irine je, silap-silap husband yang lagi banyak guna. 




Yang ni yang paling mahal, Dato' Ct pakai kerusi ni tak silap. Haaa betul la tu, tokti pakai ni. 



Yang Irine survey, hati lebih tertawan pada DIVA GLIDER CHAIR ni. Sempat cuba haritu. Selesa ya ampunnnnnn! 




ada 2 color pilihan. Latte or Black. Kalau u jenis yang susah nak kawal kotor, mungkin risau anak-anak terconteng kat kerusi ke, go for black color! lebih selamattt! kotoran sikit-sikit tu pun takde hal tak nampak. 




Ciri-ciri glider chair. Kalau nak tengok lebih jelas, tengok dekat youtube, 





Last but not least, Irine nak tanya pendapat korang,  korang rasa BERBALOI TAK kalau nak ada benda alah ni dekat rumah? Untuk memudahkan dan selesakan diri sendiri setiap kali nak menyusu?Untuk diri Irine yang dah 5 tahun menyusu NON STOP ni? haha. 

Cepattttt, Irine perlukan sangat-sangat jawapan korang! 


Boleh tengok website babyhood sendiri


atau follow je INSTAGRAM : @babyhoodmalaysia





0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in