Raya Potraiture 2018


Assalamualaikum wbt. 

Dah habis raya, baru nak update macam-macam dekat blog. hehe. Lepas dah ada instagram, memang segala aktiviti update dekat situ je. Blog pun kalau sempat dan ada masa untuk duduk tenang-tenang baru dapat daku sentuh laptop ni. 

Apa-apa pun, tak nak ketinggalan update raya 2018 haritu :)


Tahun ni 1 family beraya belah Perlis, belah husband :) 
Setiap kali balik kampung husband ni memang meriah laa perjalanan sebab dengan anak-anak lagi. Kejap nak tuh lah, kejap nak nih lah. Nak kencing lah, nak berak lah. Makanya perjalanan tu akan drag makin panjang. Tambah-tambah tahun ni balik beraya dengan bawa "perut". So memang diri sendiri pun dah macam budak-budak meragam! Meragam sebab tak selesa sakit-sakit badan dan pinggang duduk dalam kereta lama sangat. 


Tahun ni sepakat nak tema Violet Purple. haha. Husband setiap tahun memang paling tak kisah lah. Tapi as a wife, mestilah nak sedondon kan, baru nampak cantikk. Tambah-tambah dengan kehadiran anak-anak semua masih kecik lagi. 


Macam diri sendiri kampungnya dekat Melaka, husband pulak dekat Perlis. Jodoh Selatan bertemu dengan orang Utara. Alhamdulillah memang jenis yang tak kisah nak beraya dekat mana-mana. Kalau macam belah Perlis suasana dia syok sikit hihi sebab suasana raya tu masih terasa macam zaman-zaman dulu meriah. Kalau dekat melaka, suasana raya tu macam makin kurang, mungkin sebab ramai orang sekeliling rumah tu dah besar-besar and dah tak jumpa macam zaman kecik dulu. 


Husband & me 
Steady je kan muka tu, padahal tengah mengah kawal anak-anak tengah lari sekeliling rumah. hehe.


Seronok sikit tahun ni sebab ada gambar raya family elok-elok. Kalau tak, disasterrr!! haha. 
Anak-anak pun nak bergambar kena ajak mood happy-happy dulu, cuma bila dah penghujung tu je masing-masing dah penat. hihi. 


Tak lama lagi sorang lagi nak keluar. Tak tau nak kata macam mana nevessss nak tukar status ibu kepada 4 orang anak! haha ya Allah, mintak-mintak lah dipermudahkan urusan kitorang :'D


Kalau ada yang tanya Irine, susah tak nak handle 3 orang anak. 
Jawapannya semestinyalah MENCABAR. haha. Tapi tuh lah, dalam mencabar pun, seronok. Rasa life tu meriah sangat-sangat walaupun hari-hari ibu jadi singa jadian. kahkah.



Tapi tuh lah, nasib baik yang kakak sulung dia pun Medina dah pandai independent. Dah boleh diharap tolong ibu handle adik-adik. 


Macam mana sekalipun, anak sulung ni jangan tak ambil peduli. Cara ibu untuk hargai, kalau dia mintak apa-apa ibu tak bagi, tapi kkalau dia buat sesuatu kerja yang bagus, dengar kata atau sesuatu yang baik, kita REWARD tanpa dia minta. 


Tolerate each other besarkan anak-anak :) 
Salam 0-0 husband :'D


Family :)
Cantik tak rumah kampung ni? hehe


Mood dah kelaut. hihi.



cepatlahhhh bersalinnnnnnn






Ok last but not least, doakan ibu ok. Tak lama je lagi nak bersalin. Aminnnn InshaAllah. 


Love, 
Ibu, Ayah, Kak Nina, Hasya,Umar  & adik baby 



ESP SHAKLEE NEW FLAVOUR CREAMY COCOA




Assalamualaikum wbt semua :)

Update cerita minggu lepas bersama-sama Master-master Shaklee dalam event Master Forum. Master Forum ni adalah sesi 2 way communication dengan management Shaklee yang mana kami master2 akan berbicang dan bertukar-tukar pendapat dengan management untuk penambahbaikan. Banyak agenda yang discuss tapi sejujurnya program 2 jam memang tak cukup. Rasanya kalau diberi peluang mungkin discussion akan berpanjangan sampai 2 pagi. hehe

Selain daripada berbincang dengan management Shaklee, kami diberi peluang untuk merasa dan test NEW flavour ESP. Seperti yang u all tau, ESP SHAKLEE yang available di Malaysia hanyalah ada satu flavour sahaja which is original Soy flavour. Sedangkan yang original flavour pun berduyun-duyun customer beli, apatah lagi kalau masuk NEW FLAVOUR ESP kan?


NEW FLAVOUR ESP SHAKLEE !! 

Flavour Creamy Cocoa!!!! Rasa macam perisa coklat-coklat. Memang senang sangat kalau minum dah tak perlu nak mix dengan lain-lain minuman dah tau. Mungkin kalau sebelum ni order ESP soy flavour campurkan dengan milo kan, kali ni tak payah dah! 

Tapi...........!!
Yang ni BELUM FINALIZE lagi tau! Belum confirm masuk Malaysia lagi!! Kitorang semua pun hanya test je dulu dan bagi feedback. Jangan pulak korang wassap Irine cakap nak order flavour baru ni, memang takde jual lagi deknon.


Honestl, sumpah sedappp sangattt! tak tipuuuu!! hihi. 
Daku berdoa agar ESP new flavour ni jadi masuk Malaysia!! Confirm diri sendiri x kan skip minum setiap hari. 


Mak Yong mengandung ni lahh paling tak sabar nak cuba ESP SHAKLEE baru tu.hihi. Sempat jugak merasa 2 cawan.hehehe. Sedap bebeno. 


Jelessss sebenarnya negara lain dah ada flavour lain, hehe. Tapi takpeee! setia menunggu.


Throwback masa pegi trip Shaklee ke Jepun. 
Nampak tak berderet ESP SHAKLEE macam-macam flavour! hehe


Yang Irine pegang ni flavour Peach. Yang ni pun Irine rasa kalau masuk Malaysia memang ramai nak order! haha. 

Ok lah, apa-apa pun kita tunggu je lah announcement daripada Shaklee. Yang penting Irine ulang lagi sekali, new flavour yang Irine test tadi tu belum confirm masuk lagi k. Kalau dah confirm masuk Irine  akan war-warkan :D


p/s : Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rangkaian PRODUCT SHAKLEE, boleh contact Irine ya untuk order. Ataupun nak lebih senang boleh terus follow INSTAGRAM SHAKLEE irine di @irinenadiabeauty . Dekat instagram lebih complete dengan set-set Shaklee yang ditawarkan. 









 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in