4th pregnancy



Assalamualaikum hye :)

Sebagai kenang-kenangan di usia tua nanti (cewahhh), ibu sharekan perkembangan ibu yang makin pesat berkembang semasa mengandung anak ke-4. hehe. 

Alhamdulillah segala mabuk-mabuk loya bagai dah takde, masa 1st trimester je teruk sampai rasa macam dunia ni gelap bagaikan tiada hari esok.haha.

Masuk je 3 bulan ke atas, dah boleh makan macam biasa. Muntah pun takde. Cuma sakit-sakit kepala je la and macam biasa start daripada ibu mengandung anak ketiga time Umar dulu, cepat rasa mengah. Sebenarnya macam rasa lelah, macam tak cukup nafas. Tak boleh berdiri lama, kalau bawak pi shopping ke apa, mesti berhenti tengah jalan and rasa nak duduk. Kena hold something (maybe troli or stroller anak,something like that). Kalau tak diriku tumbang. Kalau takde apa nak pegang atau takde tempat duduk, ku pandang kiri dan kanan kalau takde orang, terus cangkung kejap sebab nak amik napasss. huhu. 

Bukan sebab masalah kesihatan ke apa, mungkin sebab faktor pregnant anak ke-4.hoho. 


Dapat banyak jugak soalan macam mana boleh struggle pregnant ke 4. Tak letih ke or etc. Jawapannya, ialah lebih kepada support yang tak berbelah bahagi daripada husband. walaupun jawapan nampak so cliche, tapi tuh la kenyataan. Mana mungkin boleh menidakkan yang husband banyak bantu serba serbi daripada awal pregnancy sampailah sekarang. Eh dah dia yang buat kita mengandung! haha. 


Setakat ni, naik dalam 6kg daripada berat asal. Awalnya dulu masa pregnant drop 5-6 kilo jugak. Sebelum pregnant sumpah degil gilerrr nak turun berat, tapi bila tau pregnant je dengan alah sickness nya lagi, mendadak turun berat. Walaupun agak perit, tapi daku bersyukur sebab berat akhirnya turun siap-siap, so takdelah naik banyak sangat nnt! haha. Masa dah habis mabuk dan selera kembali datang, baru slow-slow naik berat semula :)

Cabaran paling besar setakat ni, mungkin lebih daripada menahan rasa sakit pinggang yang teramat-amat sakit. Yelah jarak pregnant pun dekat-dekat,jadi no wonder lah rasa sakit.Lagipun ni bukan pregnant yang pertama, tapi yang ke-4. Jadi rasa nya berkali-kali ganda lah yek. 

Apa-apapun, moga kesakitan yang kena hadapi ni ada ganjarannya di sana. Walaupun dekat mulutku hari-hari dok merungut BILA NAK BERSALIN NIIIII.CEPATLAAAAA!! haha. Husband pun dah jemu dengar ayat yang sama je dok ulang-ulang.kehkeh. bertabahlah. 

Walau macam mana sekalipun, Wallahi, diri sendiri sangat enjoy setiap kali pregnancy :) Rasa sangat special bila kendongkan anak dalam perut, tak pernah rasa mengandung ni satu bebanan tapi satu anugerah istimewa.MashaAllah :') 

Moga Allah lindungi anak ibu dalam perut ni dan memudahkan proses semasa nak bersalin nanti. Aminnnn. 







4 comments:

ADEEYA said...

Waalaikumusalam.
Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, Irene.
CongratulationS on 4th pregnancy.

May Ann Doña Francisco said...

Congrats...have a safe delivery..

Siti Nurhayati Dollah said...

Alhamdulillah. Tahniah. Doakan saya pun diberikan peluang menjadi seorang ibu setelah 5 tahun menanti

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in