3rd birthday,Hasya Tasnim


Assalamualaikum hye :)

Kalau ada yang pernah mengikuti kisah lahir Hasya terutamanya yang pernah beli buku Irine, Cerita & Cinta sebelum ni, mesti tau macam mana proses kelahiran daripada dia kecik dulu. And now Alhamdulillah, kejap sangat masa berlalu anak kedua ibu ayah ni dah pun genap umur 3 tahun. Fuhhh satu pengalaman mencabar jugak sebab anak no 2 ni memang boleh nampak sifat dia lain daripada yang lain sikit. Of course anak no 2 ni hati depa sensitif.hihi. Nak marah kalau geram pun fikir 10x.haha. 


3 tahun lepas Hasya lahir dalam keadaan ibu stuggle meyakinkan doctor yang ibu boleh bersalin normal. Padahal doctor lebih 3x offer nak tak bersalin ceaser lagipun dah sampai due. Rezeki ibu dapat doctor yang sangat menjaga hati patient dan berbudi bahasa (moga Allah limpahkan rezeki berlipat kali ganda untuk doctor ni). Doctor ni x paksa-paksa pun tapi dia offer je sebab tengok ibu bersungguh cakap nak tunggu sampai betul-betul keluar tanda dan nak rasa sendiri macam mana rasanya "CONTRACTION".

Akhirnya, masa 41 weeks keluarlah seketul Hasya Tasnim.hehe. Punyalah sakittt contraction.Fuhhh. Masa anak 1st x pernah merasa contraction sebab bersalin "ikut tingkap". 


Sempat celebrate dengan family untuk birthday Hasya haritu :) Seminggu sebelum birthday hari-hari nyanyi lagu happy birthday siap buat lakonan semula tiup candle.kehkeh.


So for this year, ibu tempahkan cake theme BABY SHARK sebab anak bertuah sorang ni suka bebeno dengan baby shark. tahun depan agak-agak suka watak apa pulak. Anyway, ibu pun tumpang seronok bila dapat celebrate birthday anak dan boleh tempah cake comel-comel sebab zaman ibu kecik-kecik dulu x merasa cake2 bermacam bentuk ni. hehe. 


3rd birthday. 
Mudah-mudahan anak ibu ni membesar dengan baik, solehah, sihat dan bijak.Aminnn InshaAllah.Moga Allah sayang dan lindungi anak ibu.


















0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in