4th Pregnancy with love


Assalamualaikum & Hye :)

Lama sangat tak bukak blog
 (rasanya setiap kali update post mesti cakap benda yang sama.haha).

Lama sangat menyepi untuk bertulis dan menaip dalam blog ni. Mustahil hati kata tak rindu,tangan ni kerap kali rasa macam gatal je nak menaip. Tapi memang mustahil dengan keadaan sekarang, takde masa langsung i tell u. Masa dengan anak-anak dan masa dengan business.

Kali ni curik masa kejap untuk update perkembangan diri. 



Alhamdulillah unexpected pregnant. hihi. Ni gambar masa awal-awal dulu dapat tahu pregnant dengan muka terkejut beruknya. 

Currently 2nd trimester, tak sabar nak masuk 3rd trimester.
Apetah lagi tak sabar nak bersalin tahun ni ! Ya Allah cepatkanlah masaaaa untuk bersalin.amin..hehe.

Diberi peluang lagi sekali untuk pregnant kali ke-4. Masuk 4 dah. Macam tak percaya life berubah serta merta tau bila ada anak-anak. Impian nak ada sebuah family yang meriah dengan anak-anak menjadi realiti. 


Actually macam tak ramai lagi yang tau pregnant.Masih ada yang terkejut lagi dengan berita ni. Tambah-tambah pulak masa awal-awal pregnant haritu tak cerita dengan sesiapa sangat, family mertua dan family sendiri pun tak cakap. Maybe sebab pregnant kali ke-4 kan. Masa perut dah tak dapat nak disembunyikan baru lah bagitau semua (padahal lemak memenuhi ruang,pi salahkan baby.kehkeh)

Apa-apa pun Alhamdulillah rezeki. Mungkin rezeki kami 1 family ditambah dengan kehadiran cahaya mata. Dan Irine sendiri percaya yang mana anak-anak ni lah yang mendatangkan rezeki luar biasa buat kami berdua (husband & me). 

Anak-anak bertambah,secara tak langsung amanah dan tanggungjawab makin bertambah :) Bukan mudah dan bukan ringan amanah ni, tapi Irine percaya dengan toleransi antara kami berdua as parents mampu nak galas tanggungjawab ganjaran pahala yang besar ni untuk besarkan anak-anak. 


Medina, 5 years (2013)
Hasya, 3 years (2015)
Umar, 1years 5 month (2016)
Adik baby (2018 inshaAllah)


Doakan urusan Irine dipermudahkan sehinggalah bersalin ya. 

Sekian. 
(awat pendek nau entry ni..Sakit pinggang dok lama-lama atas kerusi depan laptop sambil type.haha)






8 comments:

ku nur awatif ku ibrahim najib said...

Please keep update. I pon 2nd trimister and first time as a mommy.

Thanks :)

Eyda Rashid said...

Alhamdulillah nak masuk 4 dah, eyda baru masuk 2 pun dah pening2 lalat.
Semoga dipermudahkan urusan hamil irine kali ni😊

ejulz said...

Tahniah.. semoga dimurahkan rezeki anak2..


Jemput join segmen ejulz jika sudi k.. :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

datyn Msia loy said...

Tahniah irine semoga dipermudahkan urusan..seronok bila anak ramai.. Best! Doakan Kak mia dipermudahkan juga Amin..

azrinna nur said...

Alhamdulillah rezeki. Mudah-mudahan semakin dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Wawa Rosli said...

salam irine.. nak tanya.. clear blue pregnancy test tu hanya pakai skali test jer ke? kalo nk test lagi beli lain plak mcm tu ke? tq

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف

Fatimah Nabila said...

congrats irene!

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in