Majlis Kesyukuran anak-anak & Happy birthday hero ibu,Umar Fahri


Assalamualaikum Hye :)

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas dah setel Majlis Kesyukuran untuk anak-anak. Sebenarnya majlis kesyukuran yang ibu dan ayah buat ni kami dah siap-siap niat sebagai salah satu tanda kesyukuran terhadap Hasya yang Alhamdulillah berjalan lancar proses operation bulan 10 haritu. Alang-alang tu we all celebrate sekali birthday anak ibu, Muhammad Umar Fahri yang setahun. Memang plan nak sekalikan, sambut dalam satu majlis. jimaaatttt masa and kos. hehe. 

Ibu macam biasalah, bila masuk bab-bab handle event paling suka. Memang minat nak plan macam-macam untuk nampak complete serba indah. Wahhh gitewww :P

Ibu belanja gambar dan kenangan sepanjang proses preparation. Takde ape preparation sangat pun sebab semuanyaa ibu dan ayah siapkan dalam keadaan last minute.Jemput tetamu dan kawan-kawan terdekat pun 3-4 hari sebelum sebab betul-betul busy T_____T


Kali ni ibu request dengan ayah untuk buat poster jemputan nak bagi tetamu. Ibu kata, kalau boleh poster jemputan ni edit la letak semua gambar anak-anak kita Medina, Hasya, dengan Umar. Dah nama pun majlis untuk meraikan anak-anak, jadi wajarlahh letak muka-muka depa.

Maka terhasil lah tema KPOP. haha. Ibu dah agak dah ayah mesti nak buat something luar fikiran ibu sebab seharian jugak ayah edit hadap laptop :)  Thank you ayah ! 


Sehari sebelum majlis. Orang pasang khemah. Ibu tunggu jugak diorang habis pasang khemah tapi pukul 3 pagi baru setel, last-last ibu tido dulu, ayah yang tunggu sampai habis. 


Ibu tinjau-tinjau jugak dekat bawah dah siap ke belum, sekali ayah cakap semua dah setel. Ayah tunjukkan gambar je yang dia sempat snap :) 

Sebelum deco-deco dan sebelum complete dengan flowers and vase. Tapi ni pun dah buat ibu rasa fall in love sangat ! I just love the deco so much ! 





Hasilnya, tadaaaaa ! 

Ibu rasa macam kenduri nak kawenkan anak pulak. 
Terlupa anak sulungku baru umur 4 tahun. 


Plan kenduri buat waktu malam sebab lebih santai. Sebelum-sebelum ni dah pernah buat event time siang, sekarang buat waktu malam. Dua-dua pun best. 




Untuk malam tu, menu makanan decide nak makan makanan kampung. Antara menu malam tu :-

-Nasi putih
-Daging salai masak lemak cili padi
-Sambal Udang
-Ayam goreng berempah
-Ulam & sambal belacan

Alhamdulillah kali ni ramai yang puji makanan sedap-sedap. Rasa lega sangat-sangat sebab tetamu yang datang pun puas hati :) 










 

I just love the deco ! Rasanya kali ni macam husband yang banyak setelkan urusan canopy dan deco-deco. selalunya ibu.hehe.


Birthday boy, 1 tahun :)



FAMILY POTRAIT
bukan senang nak ambil gambar complete macamni.
kena ikut mood anak-anak, yang penting parents tak boleh EMOSI haha.nanti mood bergambar spoil.ekeke.


masa ni anak-anak semua dah mengantuk.hihi



Behind the scene, kami bersilat sebenarnya. haha.



PJ Mask Cake & Pulut Kuning. 1st time order pulut kuning. Sedapppp!


PJ Mask cake. sedapppp !


Pulut Kuning + rendang ayam.Pun sedappp ! 




Potong cake session. 
Macam biasa, walaupun birtdhday Umar, tapi of course kakak sulungnya akan merasmikan dulu. 


Ibu redhooo anak teruna ibu lasak sebegini :')



Ibu, Kak Nina & Kak Hasya 



Sebenarnya malam majlis tu Alhamdulillah penuh dengan makanan. Salah satunya yang Irine panggil ialah Apam Balik. Memang dah lama teringin nak panggil orang datang rumah masak depan-depan (live cook) buat Apam balik. 


Terima Kasih Apam Balik Kidal yang sudi datang ke rumah Irine. Siap pacak canopy masak panas-panas dan serve pada tetamu yang datang. 


Apam balik makan panas-panas dan ranguppp !


Muhammad Umar Fahri genap setahun 26 October.
Happy Birthday sayang !





Si mata bulat, Hasya.


Kak Nina  & atok Melaka. 




Last but not least, Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dahulunya keluarga yang kecil, sekarang makin hari makin bertambah meriah dengan kehadiran anak-anak. Anak-anak pun makin membesar, ibu rasa macam tak percaya semuanya berlaku dengan pantas :') 



3 comments:

Anum Abdullah said...

deko dia macam majlis kahwin tapi sebenarnya majlis befday anak2..cantik..

Nurul Nadiah said...

meriahnya.. hihi

E'in said...

cantiknye deco! happy belated birthday umar.. :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in