Family Park : THE PARENTHOOD PLAYLAND


Assalamulaikum hye :) 

Pesanan : 
Entry kali ni Irine bahasakan diri sebagai "ibu" yer. Sebab memang dah terbiasa dengan gelaran ibu tu.hehe. Takut ada yang confuse pulak :'D


Semalam masa sebelum tidur, ibu sembang-sembang la dengan ayah, ibu cakap jommm bawak anak-anak pi jalan-jalan esok, tapi tak nak lah asyik pegi playground dekat Aeon Mall tu je. Walaupun anak-anak ibu syok main, tapi bila dah banyak kali pegi, rasa la jugak jemu. hehe.Dah lah Aeon tu dengan rumah sebelah menyebelah. Lagilahh kann. 

 So ibu cadang, apa kata kita pegi tempat yang lagi best ni, ibu dah lama survey cuma tak sempat nak ajak pegi. Confirm Medina, Hasya, dengan Umar suka. Mungkin baby Umar je lah takde perasaan lagi. haha. 


Tapi pesan siap-siap dekat ayah diorang kalau boleh kita pegi awal la takde lah sesak ramai orang. Ayah pun setuju and bila ibu check tempat ni pun bukak seawal pukul 10 pagi :) Kitorang gerak daripada rumah pukul 10.30 pagi. Punyalah sharp! 


Harini ayah matchy-matchy dengan anak teruna dia :)


Ada je tukang menyelit tepi tu tauuuuu Kak Nina. Zaman kegemilangan Kak Nina dah habis! haha. Turn adik-adik pulak. Hasya pulak mana? Jangan cerita, Hasya awal-awal lagi dah masuk kete, tak sabar punya pasall nak keluar.


Place : The Parenthood, Sunway Pyramid 

Actually kalau ikutkan ada yang pergi Sunway Pyramid mesti tak perasan tempat ni sebab tempat ni macam tersorok sikit, eh ye kot? Sebab diri sendiri yang berpuluh kali pegi Sunway Pyramid daripada dulu pun tak perasan sangat tempat ni, sebab tempat ni dekat wing sebelah. 


Buka everyday start pukul 10 pagi-10 malam


RATES (WEEKDAYS)

Budak 2 tahun dan ke atas : RM40 per child
Budak below 2 tahun :  RM20 per child
Budak bawah setahun : FREE OF CHARGE

RATES (WEEKEND)

2-12 tahun ke atas : RM50 per child
Below 2 tahun : RM25 per child
Budak bawah setahun : FREE OF CHARGE

Parents pulak?
1 tiket untuk anak, termasuk sekali dengan penjaga :)
(senang cakap, 1 budak 1 penjaga)

p/s : rate atas ni tidak termasuk GST ya. ada tambahan lagi. 



Sebenarnya yang buat ibu tertarik nak bawak anak-anak main dekat sini sebab tempat dia cantikkk berkonsepkan London Street. Dan bukan sekadar ada playground semata-mata. Tapiiii....ada TEMPAT SHOPPING MAINAN skali! hihi. Jap lagi ibu tunjuk gambar-gambar tempat shopping dekat keliling playland ni.


Tiket beli kaunter

Nak remind siap-siap,masuk sini macam biasalah wajib pakai STOKIN. Sama lah macam playground dekat Aeon pun. Sebenarnya dah tergerak dalam hati, sebelum nak keluar rumah nak bawak stokin ke tidak untuk diorang siap-siap. Tapi biasalah, KALUTTT. Tak dan la nak sedia semua tu dengan anak-anak lagi dok pakat excited nak keluar rumah cepat. 

So, better bawak stokin dari rumah siap-siap k? Dekat sini pun ada jual jugak tapi mahal. Sepasang Rm7 tak kira lah dewasa atau budak-budak. Ibu takpelah tak beli sebab memang dah pakai stokin. Budak-budak ni je lah dengan ayahnya. Selagi boleh berjimat, kita berjimat la yek? Kes emergency macamni boleh dimaafkan. hehe.



Harini bawak sekali cousin Kak Nina, Abang Ali :)
Diorang ni memang geng rapat dari kecik lagi. 


Kak Nina & Abg Ali




Masuk-masuk je terus terjah dekat gelongsor besar ni dulu.
Anak-anak pun ape lagi, punyalah melompat-lompat suka! Kalaulah ibu ni budak kecik, ibu pun rasa nak melompat sama :'D


Dekat setiap penjuru memang ada staff yang jaga tau, bagus la kan jaga takut apa-apa jadi. Tp masa awal-awal tadi daku rasa macam tak selesa sebab gerak geriku diperhatikan. kahkah. Sampai ibu sendiri pun macam cover-cover je, sengaja la ibu cakap kuat-kuat bagi staff tu dengar,
"Nina, Hasya, jommm ibu teman naik atas, nanti jatuh nanti, jom ibu bawakk"
(padahal nak join skali.kihkih)

Tapi tu xde ape pun, standard la diorang jaga.haha. Parents memang boleh main sekali tau. Jangan risau, dah tanya dah pun dekat staff boleh ke mak pak join, dorang kata boleh sambil pegang anak-anak. Ape lagiii..amik kesempatan la.


Ayah pun sama sekepala dengan ibu. haha.
Gambar ibu dengan anak-anak takde pulak time ni, ada video je. hehe. Boleh tengok dekat instagram k?







Dekat sini ada 2 area. Yang gelongsor besar tu tadi dan gelongsor pusing-pusing tu maybe budak besar boleh la naik. Kalau yang size kecik-kecik molek ni pegi dekat bahagian depan ni. Yang ni tak tinggi sangat. 


Walaupun tak tinggi, tapi syok jugak.haha



Sini pun ada :)
so kalau ada anak-anak kecik yang takut naik yang tinggi tadi, moh lerr bawak ke area sini.


Ibu ni risau dengan Hasya, takut dia lah takut nak turun sorang-sorang kan. Ibu ingat nak pangkukan dia sambil turun tapi dia TEPIS TANGAN IBU OKEYYYY! haha. Dia nak turun sorang-sorang termasuklah gelongsor tinggi tu.Ish-ish.



Kalau ikutkan apa yang ibu tengok, besar jugak dalam ni. Bukan setakat gelongsor je, yang ni tempat main lompat-lompat.


Yang ni bestt jugak. Berdekah la anak-anakku gelak turun benda alah ni.


'

Untuk mak pak yang nak masuk sekali boleh, tapi bertabah lah sebab ruang-ruang dalam ni kecik. Jangan hairan la kalau keluar dari sini, badan korang sakit. haha. Kalau yang diriku tak berapa tinggi ni pun membongkok nak masuk, apetah lagi yang tinggi galah tu. Gigih la nak teman anak-anak. hehe.



Hasya dengan Umar pun naik sekali. Budak kenit dua orang ni memang kena pantau sikit takut jatuh.


Selain tu, dekat sini pun ada tempat beli makanan and minuman. Lepas letih main tak hengat dunia, pi lah singgah beli air dekat sini jap.



SHOPPING AREA

Kan atas tadi ibu ada mention ibu suka tempat ni sebab ada one-stop centre shopping kan. Luar daripada playland ni tadi, ada berderet kedai-kedai comel macamni. Banyak brand toys dekat sini macam Disney, Marvel, Avengers, Frozen, Star Wars, Hello Kitty, Playdoh,Poney dan lain-lain. Memang banyak.

Dekat dalam ni pun paling menarik sebab suasana dia buat macam London Street Walkways. 
Ada baby products,games, stationary,gifts,clothes and costumes, kedai gunting rambut untuk budak-budak pun ada tau. Confirm rambang mataa ! 


Budak 2 orang ni memang buat hal masing-masing. Belum habis main dekat dalam, ajar keluar nak carik surprise untuk diri sendiri katanya. Hasya dengan Umar ada dekat ibu dengan ayah. hehe.


Tak ramai orang punnn :) 
Tapi tak tau lah lepas buat entry ni, korang pegi jadi ramai pulak kan? hihik



Jalan punya jalan, ronda punya ronda, sekali terjumpa KEDAI NI !! Omg! favourite Medina..FROZEN T_____T Habislaaaa. haha


Cantik-cantik kedai dalam ni. Tak beli pun takpe, cuci mata pun dah puasss. Tapi maybe persepsi tu untuk ibu la kan, untuk budak-budak memang MUSTAHIL la diorang nak cuci mata je. kahkah.


Mulalah tu, merayu nak macam-macam.


Muka merayu siap buat tangan lagi nak baby alive tu. ish-ish. 
Murah tak dekat sini? For me, biasa-biasa je kot, sama je macam harga dekat kedai luar. 


Bahagian boys pun boleh tahan best jugak, banyak pilihan. 


Banyak jugak pilihan toys. 




(yg ni pinjam gambar google jap, nak bg nampak keseluruhan view)




Yang ni antara kedai-kedai yang ibu sempat snap gambar tadi :)




area sini besttttt. Ibu dah terhasut beli sebijik kete mainan tadi. haha. Corak-corak pun cantikkk :)
Siap ada jual stroller lagi dalam ni tau.





 Stationary area


Dia happy la tu paww macam-macam kat kitorang. Siap tanya sorang-sorang adik dia, 

"Ibu..Hasya nak beli ape yerrr...Adik Umar nak belikan ape yeerr. Oooo Hasya pun nak sama macam Nina lahh..Dik Umar suka kereta" 

Kak Nina ni memang ibu perasan sikap dia memang kalau dia dapat beli apa-apa untuk diri sendiri, dia mesti ingat dekat adik-adik dia sekali. Sikap tu ibu memang puji lahhhhh kannn, tapi yang ibu tak puji dan geramnya ialah poket ibu ayah banyak ke diorang! haha. 



Antara yang sempat diorang ni shopping. Sebijik bas merah untuk Hasya. Alang-alang tadi ada promo, setiap pembelian mainan RM80 ke atas, dapat 1 tiket FREE masuk dalam playland. Boleh guna tiket free tu untuk datang next time dan expirednya hujung tahun :)




Kak Nina belikan untuk abang sepupu dia sempena abg sepupu dia sunat last week. haha. Kalau ikutkan ramai lagi yang ikut tadi sepupu Medina, tapi yang lagi 2 orang sepupu Medina tak sihat sepenuhnya lagi daripada sunat.hihi. Kalau tak, lagi riuhhhh.


Budak dah mengantuk, hujung-hujung nak balik Umar dah start mengantuk sangat-sangat dah. Mata pun kuyu je. badan dan melembik-lembik nak tido.


Hasil tangkapan harini untuk anak-anak. 

Rate ibu boleh bagi untuk Playland ni 9/10  ^___^


Dan......

ibu ada SPECIAL ANNOUNCEMENT untuk pembaca blog ibu.

Jeng..jeng..jengg...



Ibu nak hadiahkan 5 keping TIKET FREE masuk PLAYLAND kepada yang bertuah. Wowwww!!!
Ingat senang-senang nak bagi freee? hehe. Setiap 1 tiket bernilai RM50. Boleh guna bila-bila, expired tiket ni sampai hujung tahun 2017 :)

Syarat-syaratnya?Mudah je

1) SHARE link 'entry blog" ni di wall facebook masing-masing dan TAG 2 orang kawan u all dekat facebook. masing-masing.

2) Lepas dah "share", sila komen "DONE" dekat status facebook Irine. 

Mudah jeee 2 perkara ni yang Irine nak :P

Yang bertuah, Irine akan contact untuk redeem tiket freee ni :)




Enjoy your reading! 







































0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in