Cadangan Restoran Western best : KAY'S STEAK & LOBSTER


Assalamualaikum hye :)

Ada masa sikit harini, nak update dalam blog antara tempat dan restoran western best favourite Irine dengan husband. Sebenarnya restoran ni Irine pertama kali pegi masa kira-kira 3 tahun lepas lagi. Masa tu baru anak sorang :'D Medina anak sulung Irine pun kecik lagi time tu. hehe. 

Boleh dikatakan banyak kali jugak Irine dengan husband makan dekat sini. Irine pun pernah beberapa kali review dekat instagram Irine dulu. Dulu restoran ni dikenali dengan nama 
"Moons Kitchen" dan sekarang dah bertukar nama "Kay's Steak Lobster".  Jangan risau, nama je tukar tau, yang lain-lain masih sama plus menu baru pun makin bertambah. 


Bayangkan daripada Medina umur setahun lebih sampailah umur 4 tahun, banyak kali dah datang tempat ni. hehe.



Throwback masa 1st time datang sini. Please ignore my pucat face! haha. Masa ni tahun 2014, lama dahh. Tengah mengandung Hasya time ni. Yang tersengih takde gigi tu, tu lah Medina. haha. Daripada rambut pendek sampai ke rambut panjang, masih setia makan dekat sini.

Kay's Steak Lobster ni terletak di Putra Height, Subang Jaya. Jadi sesiapa yang lalu dekat situ, atau macam kitorang dari Shah Alam, pleaseee datang sini k. Irine jamin takkan menyesal.



STEAKS

Irine kenalkan dulu antara menu-menu best dan menarik dekat sini. Sempatlah jugak daku snap satu-satu menu kat sini. Gigihhhhhh semata-mata nak bagi pembaca blog ni senang untuk refer. Banyakkk sangat pilihan steak, bermula dari daging steak biasa sampailahhh luar biasa. hihih. Dan kejap lagi Irine nak story steak favourite Irine pulak. 


LOBSTER

Selain steaks, tempat ni juga femes dengan menu LOBSTER. Bagi yang tanya harga lobster berapa depends dengan berat dan market price. Kalau plan nak belanja family atau sambut birthday or anniversary,  makan sini adalah tempat terbaik 5 bintang !


Favourite dan pilihan Irine sendiri tiap kali datang sini, tak lain tak bukan WAGYU STEAK. Actually Irine dulu pun 1st time makan daging Wagyu diperkenalkan sendiri oleh restoran ni jugak. Bagi yang dah pernah makan daging Wagyu, mesti rasa perbezaan dengan daging steak biasa. Daging yang betul-betul sedap, lain daripada steak biasa dan tersangattlahhh lembut.



Sekali potong dengan pisau je, dah boleh suap masuk dalam mulut. Yes, memang lembut, nak describe pun payah. haha. Bak kata husband, 
"orang yang takde gigi pun akan selamba boleh kunyah sebab sangat lembut dengan daging dan lemak yang akan tenderly melt in your mouth!"




Kata suami, daging "wagyu" ni memang femes sebab asal usulnya ialah daging lembu yang dijaga rapi dan diberi makanan yang berkualiti. Sebenarnya sebelum ni pernah juga makan daging wagyu dekat Restoran Menate', but for me and husband, dekat sini rasa dia lagi sedap. hihi. Pengakuan jujur tauu, bukan bodekk. Tu sebab daripada 2014 sampailah 2017 masih makan dekat sini berulang kali. Flavour Wagyu steak dia memang lain dari yang lain. 



Flavour masakan Wagyu ni pun sangat special dan penuh perisa lagi dicelup dengan special sauce di tepi tu. Bawah daging Wagyu tu ada mash potato yang lembut dan portion seperti dalam gambar tu lebih dari cukup untuk seorang makan dengan kenyang.



Lobster. Sangatttttt sedapppp! 1 pinggan besar ni macam kitorang makan kongsi 2 orang. Teringat lagi sebelum ni kitorang datang order lobster untuk celebrate birthday ayah mertua. Family pun memang kata sedap. Atas lobster tu dia masak dengan cheese sekali. Alahaiiii...terliurr sambil type! Yang nampak mcm minyak tu pula adalah butter.




5 bintang for lobster ! Fries dia memang banyak dan cukup mengenyangkan!
kalau makan wajib perah limau tu tau sebab dia akan timbulkan lagi flavour isi lobster tu.





Kasi close up lagi supaya korang terliur seadanya.. haha!




Jeng jeng! Dan ini pula menu baru yang diperkenalkan. Classic Lobster Roll kalau tak silap nama dia.
apa yang unik menu ni, isi lobster di semua bahagian termasuk badan, kepala, sepit dan mana2 bahagian yg ada isi dikeluarkan cantik2 dan diletakkan dengan roti! Jadi bagi siapa yg jenis malas nk kopek kulit, boleh cuba menu ni teruss boleh gigit masuk mulut. dan yang pasti, irine dan husband rasa isi lobster tu sangat sedap dan manis! Memang wajib cuba kalau pegi sini ok!




Cuba tengok isi lobster tu, dimasak dengan flavour yang cukup sedap.
senang dimakan dan dinikmati. sesuai nk order untuk parents atau anak-anak :)




Yang ini pula ialah T-bone. Cuba tengok size dia, sangat besar penuh pinggan. Yang menariknya T bone ni ada 2 bahagian daging yang berlainan terpisah dgn T Bone tersebut. so kalau korang order ni boleh rasa 2 jenis bahagian daging. Rasa dah tentu sedap dan mengenyangkan.





Menu wajib kitorang bila datang Kay's Steak Lobster, tak sah kalau tak order Mussel! Omg, sos dia sangat-sangat sedap. Sos herba dia sangat digilai oleh suami irine smapaikan selalu order extra sos ni makan dengan Wagyu. Kalau korang sedut sos dia tu sekali mussel masuk mulut memang takkan menyesal kalau mulut korang comot! Irine sangat rekemen siapa datang wajib order ni sebagai appetizer



Ini pula Kay's Sample Platter. Ada 3 kombinasi makanan dalam plate ni iaitu BBQ Chicken Wings, Fried Mozarella Sticks, dan juga Loaded Potato skin. Kena cuba juga sbb irine suka sangat potato tu. memang rare dan jarang jumpa di tempat lain.

Overall, Irine memang boleh bagi rate 5 star for this restaurant ! Pleaseeee tryyy sebab selalunya my suggestion tak pernah salah.ekekeke :P

Kalau nak lebih details lagi, boleh "LIKE" Facebook Page mereka


ADDRESS : 12A-G, JALAN PUTRA MAHKOTA 7/6B PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, SELANGOR

boleh juga FOLLOW INSTAGRAM : @kaysteaklobster

Antara menu-menu lain, boleh cuci-cuci mata dekat bawah ni k?
Hopefully membantu dan kalau tak puas tengok, pi cuba sendiri makan pastu cakap laa, 
"saya datang ni sebab Irine Nadia blogger yang recommendkan" 
kot-kot dapat diskaun! haha :P








Thank you for reading !




0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in