"Biar letih masa muda-muda, dah tua nanti senang tengok anak dah membesar"


Assalamualaikum Hye :)

Ok tepek dulu gambar dengan anak-anak. 
Jangan pelik la ek kenapa mak anak ramai memang cukup gemar pakai tudung ekspress sarung zasssss!  hihi. Senanggg kalau anak tumpahkan makanan pun takdelah comot sangat macam comot dekat shawl :'D  




Lately ni macam ada masa nak curik-curik update blog. Kadang-kadang idea ni datang sepintas lalu, time tuh la kena cepat-cepat sharekan dekat blog. 

FASA TIDO LAMBAT ! T__T
Anak-anak ni memang ada lalui fasa yang berbeza-beza kan sepanjang nak membesar. Sekarang ni fasa tido lambat, dah macam flashback time berpantang pulak ibu dengan ayah dok layan anak-anak berjaga pagi.



😂
.
Macam haritu, Medina, Hasya, Umar pukul 2 pagi tak tido-tido. Yang kakak Nina sorang tu ajak main lawan-lawan atas katil, yang sorang lagi si cheeky Hasya ajak main zombi-zombi siap belakon jadi badan lembik keluar lidah bagai, yang si kenit hero tu sebok pi bukak tutup suis lampu, tak pun pi buat sepah bakul sampah and bukak tutup laci meja🤧🤧🤧🤧Semua pakat gelak riang gumbiraaaa tengah pagi. 


Ibu dengan ayah tepuk kepala masing-masing sebab memang mata ni dah ketatt, nak bukak mata je pun sebelah yang larat. Haha. Minggu ni ibu dengan ayah tukar plan!

Waktu siang sampai petang elakkan anak-anak tido. Sebenarnya memang ni cara daripada dulu lagi dah buat, cuma kadang-kadang biasalah, ibu ayah pun terlajak busy, anak-anak pun boleh terlepas tertido lama-lama. Amboiii naik lemak tau! huhu
.

Kalau mengantuk sangat pun, boleh kasi lelap setengah jam je, sebab diorang ni kalau tido memang berjam-jam takmo bangun. Kang kesian pulak tak bagi tido langsung kan. Tu yang malam segarrrr bugarrrr jadinya😌 Cuma Umar je waktu tidur dia tak ketat sangat sebab dia pun baby lagi. Baby memang banyak sikit tido. 


Waktu petang ibu dah pesan siap-siap dah dekat Medina dengan Hasya, lepas ibu habis kerja packing parcels, kita main-main dekat luar atau naik basikal. So diorang memang excited bab tu. Sanggup diorang tahan mata kadang-kadang.


Tak pun, penuhkan aktiviti diorang main-main sampai diorang letih, alih perhatian diorang. Kadang-kadang waktu malam ibu akan ajak ayah bawak diorang pegi mana-mana spend time sama-sama dengan harapan diorang balik mengantuk terus tidur. Makanya waktu malam, pukul 8.30 malam semua dah mengantuk dan sorang-sorang bersilih ganti tidur awal 



Nampak ibu macam senang je kan nak handle 3 orang ni? Hehe. Di sebalik “senang” tu macam-macam tau ibu ayah kena berkorban. But i’m still pegang pada prinsip, “biar letih masa muda-muda, dah tua nanti senang tengok anak dah membesar”😊


Tq so much jugak dekat ayah yang ibu boleh kata antara ayah terbaik pandai handle anak-anak. Kalau waktu malam ibu berjaga sebab anak-anak, ayah pun berjaga. Tak pernah ibu nampak ayah tinggalkan ibu sorang-sorang berjaga sendirian. Kadang time tu lah ibu ambil kesempatan suruh ambilkan susu untuk ibu dekat dapur 1 mug sebab ibu sangattt dahagaaa menyusukan Hasya dgn Umar lagi. Kalau ayah letih sangat pun, dia gagah jugak berjaga, tapi berjaga tido sambil duduk bersila😂



Sekian,bebelan malam ni.
11.58pm

0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in