Menu 44 hari Berpantang


Assalamualaikum Hye Semua :)

Tergerak hati nak update post baru dekat blog harini. Jangan terkejut sebab kebanyakannya info-info dan isi-isi blog dalam ni kebanyakannya banyak untuk ibu-ibu yang tengah mengandung dan lepas bersalin. Kenapa? sebab empunya blog pun golongan yang macamtu.Senang nak refer blog sendiri kalau untuk masa yang akan datang. hehee


Bila dah lepas bersalin ni, memang lumrah ke ek rasa rindu nak mengandung tu datang? Tak tau lah nak cakap macam mana , walaupun semua perempuan masing-masing katakan bersalin tu sakit, tapi jauh di lubuk hati masing-masing, mesti nak merasa dan ulang semula momment-momment tu lagi. Anak ketiga sekarang Alhamdulillah dah nak masuk umur setahun jagung bulan ni. How time flies! Tunggu Medina masuk darjah 1 baru dia dapat adik baru :'D

Ok nak tepek menu-menu berpantang dan semua menu ni jumpa dan viral dekat facebook. So, cepat-cepat save dan nak share dalam blog ni. Next waktu berpantang, senang nak refer! Credit to owner la ye, tapi x kenal owner sape sebab menu2 ni dah viral ! Minta halal untuk irine kongsikan pulak dengan followers dalam blog ni.

Mummy to be dan mummy yang sedang berpantang, boleh refer dalam blog ni juga :)
Harap sedikit sebanyak membantu ya.Takdelah time pantang bosan jemu nak makan makanan yang sama je tiap hari.

































Semoga entry ni membantu uolsss dalam kebingungan. Jangan cheat day ok time pantang! haha




Pengalaman ajar anak tidur di bilik sendiri

  Assalamualaikum w.b.t semua :)

Saje la malam ni dok update entry dekat blog. Rindu sangat tau blog. Tapi tuh laa, masa sangat-sangat limited untuk Irine spend time lama-lama depan laptop tulis curahan hati dan serba sedikit coretan diari dekat blog kesayangan ni :') i miss my blog so much :')

Alang-alang malam ni anak-anak dah tido awal, Hasya pukul 8.30 malam dia dah lelap sebab waktu petang dia tak tido, Medina pulak pukul 9 malam dah terlelap dan adik depan pulak pun dah tido jugak awal. Rasa macam satu perkara ajaib bila anak-anak serentak tido awal. kihkih.

Selain daripada minat ibu buat business, ibu sangattttlah suka deko-deko bilik. Nak kata pro, memang jauh panggang dari api.haha. Tapi suka benda-benda yang mencantikkan "pandangan mata". hehe.

Impian ibu nak buat satu bilik tido khas untuk anak-anak ibu Medina dengan Hasya dah pun tercapai. Walaupun tak lah secantik sekemas semewah mana, tapi at least rupa bilik tu dah ada. Sebelum-sebelum ni niat ibu ni asyikk terbantuttt je nak buat sebab ku fikirkan umur diorang masih kecik lagi nak berpisah tempah tidur.

Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+, adik dia pulak Hasya dah 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia for me tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestilah syok

Lagipun sebenarnya ibu masa kecik-kecik dah lama teringin nak hias bilik sendiri dan ada bilik sendiri untuk main-main. Tapi apakan daya, masa zaman ibu dulu ada bilik sendiri pun masa umur dah sekolah menengah. Tu pun bila kakak dan abang-abang dah sambung belajar, tinggal diriku sendiri hidup dengan mak ayah serumah.

Bila duduk sorang-sorang termenung , ada hikmah lah kenapa Allah kurniakan rezeki 2 orang anak perempuan. Sebab apa yang ibu tak pernah dapat merasa masa kecik, ibu dapat merasa bila dengan anak sendiri. Kiranya, kadang-kadang bukan anak yang nak pun, tapi kehendak ibu dia sendiri.Ibu tumpang join sekaki. That's why kalau ibu nampak mana-mana mainan yang best pada pandangan mata ibu, ibu akan beli untuk anak-anak. And yes lah, takkan laa kalau ibu dah beli anak tak suka main pulak kan? hihi.

BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?

Alhamdulillah berjaya :)
Kak Nina paling berjayaaaa, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu dan ayah, 

"Malam ni Kak Nina kena tido bilik sendiri ke dengan Dik Hasya ibu?"

"Kalau dik Hasya nangis macam mana ? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garanggšŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚" 

Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main-main sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik dia. Hasya pulak, ibu masih dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kat bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana? 

Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x semata-mata nak menyusukan hasya. GIGIH tak uolssss? YES gigih walaupun ku akui memang letihhhhh. Sumpah letihhh! Sebab tengah sedap-sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah. 

Kalau hasya nangis masa dah pagi-pagi Subuh, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab suasana pun dah pagi kan.hehe 

Kak NšŸ˜ 
Kak 
So, here the TIPS yang Irine nak kongsikan serba sedikit dengan u all di luar sana. Actually bukanlah tips mana pun, lebih pada perkongsian la kot. 


• Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak. Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat "privacy" mereka. 


•Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam "harta khazanah" mainan sekali. 


•Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tido sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje. Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing. 



Tema Frozen. Tak boleh kalau beli untuk sorang je, kena beli dua-dua sama. Kalau tak? hmmmm...berebuttttt. Pening makk.


•Sediakan rak khas untuk simpan mainan. Organize elok-elok. Macam ibu, ibu beli rak colorful macamni. Senang nak asingkan mainan kecik-kecik. Lego simpan dekat laci lego, patung simpan dekat laci patung, mainan masak-masak simpan ikut bahagian dia. Tapi so far bab-bab menyusun ni selalunya ibu akan akan serahkan pada ayah depa. Sebab ayah diorang cakap, ibu punya style "mengemas", kumpul semua barang-barang sekelompok, pastu tutup dengan kain bagi tak nampak. haha. i kenot brain this! haha. Rasa nak tergelakkk sebab ayah dah hafal perangai ibu macam mana. kihkih. šŸ¤¦šŸ»‍♀️


•Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk "standby" tengah malam untuk bancuhkan. Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apetah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga. 

•Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tido anak.jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem. 

•Sebelum tidur, pastikan anak-anak tido dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA šŸ˜‚ Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal. 

•Jangan lupa sesekali "tinjau-tinjau" keadaan anak dalam bilik bila tengah malam. Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedaršŸ˜†

šŸ˜†

Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share  Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha. 

Dari segi cost untuk siapkan bilik anak-anak ni, irine pun ikut kemampuan jugak. So far, mainan-mainan diorang pun recycle yang sebelum-sebelum ni dan masih dalam keadaan elok lagi. Jadi ibu bawak masuk dan susun je dalam bilik :) 





3 beradik in action ! 
Berebut tak diorang bila main?

MASHAALLAH.

haaa itu je lah jawapan ibu. hahahha. 
Sumpahh peninggg ibu tengok diorang ni. Tapi tu la kan, dah nama pun budak-budak. Lumrah lah adegan-adegan berebut barang sampai tarik-tarik rambut, tolak menolak, menangis riuhhh macam nak dengar rumah sebelah. Haa thats normal ya. Macam mana ibu boleh sabar? Hermmm.. style ibu, ibu layankan je diorang. Cuma kalau sampai satu masa ibu macam tak boleh handle, ibu akan panggil ayah untuk selesaikan drama 3 beradik ni. Ibu tarik nafas jap untuk tenangkan diri sebab takut termarahhhh anak-anak. kihkih. 



Kak Nina suka sangat dengan bilik dia. Ibu selalu tanya dia,

"Kak Nina suka tak bilik Nina"

dan Kak Nina akan kata 

"Sukaaaa.Sayang ibuuu"

Terharu bila dengar.

tapi lepastu dia sambung ayat dia lagi,

"Nanti ibu beli banyak-banyak lagi mainan k dekat Aeon ?"

Bertuahhh!


Her favourite activity at home, colouring :)


Konon rajin la tewww? Tapi betul...Kak Nina memang rajin tau. Ni bukan kes nak puji anak sendiri k. ni pemerhatian ibu la. tapi kalau puji anak sendiri apa salahnya, dah nama pun anak kita kan :) Lagipun ibu memang terapkan dalam diri ibu sentiasa puji apa yang anak lakukan. Sangat memberi impak positive pada anak-anak. Wahhh, dah macam ayat Prof Muhaya kauu! hihi


Sekian untuk perkongsian entry kali ni :)


Rindu tak nak Irine update blog selalu ? Nak jugak tau pendapat masing-masing. Ke diriku sudah dilupakan ? hehe




 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in