Mana pegi blog?



Assalamualaikum..

Mungkin ni lah perumpaan yang dikatakan sama dengan busy kalah pak menteri. Banyak kali ternampak komen-komen semua katakan,

"dulu masa zaman kegemilangan blog, suka baca blog-blog dr fatin liyana, hanis zalikha, Irine Nadia (ampunlaaa terperasan sikit nak selit nama sendiri.haha). Sekarang semua dah kawen, dah ada anak, blog jarang update".  

hihikk, biasalah tu, memang diri sendiri akui susah nak update blog sekarang ni. Anak-anak semua tengah berlumba-lumba nak membesar. Yang kakak sulung tahun ni 4 tahun, si adik no dua, tahun ni 2 tahun, dan paling baby sekali baru 3 bulan. Cantik pulak susunan. hihi. 



Takde la apa yang berubah sangat pun. Rasa macam makin tua bila tengok anak-anak makin bertambah. Apetah lagi bila tengok anak sulung tu si Medina tu dah masuk tadika. Lagilahh rasaaa tuaaa! Feeling je, tapi sebenarnya tak tua lagi. hihi. Genaplah tahun ni nak masuk 25 tahun. Bila flash back balik 5-6 tahun yang lepas, kehidupan macam ni yang diangan-angkankan. Realiti akhirnya.


Paling jarang berceritaa dekat blog pasal si budak kecik ni lah. Paling babyyyy.
Baby boy ibu sorang ni Alhamdulillah lah setakat ni paling senang nak handle. 3 bulan dah pun. Mungkin Allah tau, dua-dua kakaknya buas-buas! haha. Hyper kemain! 

Tak tau lah nak cakap macam mana, ada anak-anak depan mata salah satu sebab untuk jadi lebih semangat nak kerja keras untuk diorang :) 

Moga Allah perkenankan doa seorang ibu. Amin, Amin, Amin. 




10 comments:

atheera dayana said...

Comelnye baby kecik tuuuuuu

XX Atheera | http://atheeradayana.com XX

adk dayah said...

amin =) semoga termakbul doamu kakak =)

IQ = Iez Qis said...

kenal irine dan baca blog ni dari zaman irine bercinta dengan vel oliver lagi...skrg dah anak 3 tapi baru umur 25?? haha, IQ baru anak sorang, InsyaAllah yang sorang ni je pengubat hati IQ sampai bila2...

From Pen to Keyboard said...

untung irine. muda lagi anak dah tiga. nanti irine baru 40, medina dah 19 tahun. best je dah boleh jadi kawan baik masa tu. silap-silap orang ingat adik beradik.hihi

dorsett pink said...

bila dah ada anak, memang susah dah nak blogging

Kak Mahh said...

TAHNIAH IRINE

ADEEYA said...

Aaminn. Semoga Allah permudahkan segalanyaaa.

Nour Adieb said...

ameeen, comel2 anak Irine. insyaAllah dorg jadi anak yg penyejuk di mata penawar di hati 😄 ameeen

Cik Faizatul said...

comel ye baby boy

Nurmujahidah Ismail said...

semua baby irine comel dan lawa.. muja otw untuk anak first. moga sihat sejahtera macam anak irine juga :D

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in