Best ke Set Hamil Shaklee ?


Assalamualaikum..

Update blog tepat pukul 11.30 malam tadi, tiga-tiga anak semuanya dah berjaya tumpas tido. hehe. 

Anyway, Irine nak share yang InshaAllah akan bermanfaat bagi semua pembaca blog Irine. Sebenarnya ada yang memang follow perkembangan mengandung Irine bermula daripada mengandung anak pertama Medina, disusuli dengan mengandung anak kedua, Hasya dan seterusnya mengandungkan baby ketiga iaitu baby Umar. Jadi, serba sedikit info supplement apa yang terbaik Irine gunakan sepanjang mengandung pun rata-rata ada yang dah sedia tahu. hehe. 

Muka ni kalau pergi mana-mana tak sah lah orang tanya, 

"masa mengandung makan Shaklee kan? "

Dah macam ada cop Shaklee dekat atas dahi ni :'D 


Irine ni lagi suka sebenarnya share kan pengalaman Irine sendiri mengandungkan ketiga-ketiga anak bersama supplement Set Hamil Shaklee. Kalau dulu kan, sejujurnya Irine cakap, makan Shaklee sebab nak test je, 

"betul ke berkesan? Betul ke bagus macam ramai orang katakan selama ni? "

 Dan jangan terkejut, Set Hamil Shaklee antara yang mempunyai TESTIMONI TERBANYAK. Google je Shaklee, berlambak-lambak lah keluar testimoni. hehe. 





Pengalaman Irine sendiri sepanjang mengandung dengan 
SET HAMIL SHAKLEE :-


  • Paling Irine betul-betul perasan, badan jadi lebih kuat dan bertenaga sepanjang mengandung. Bagi Irine sendiri, selalunya  masa 1st TRIMESTER tak boleh buat apa kalau memang dah alah dan mabuk teruk, tapi for me tetap amalkan supplement Shaklee semasa mengandung. Cuba bayangkan, dah lah badan lembikkk, langsung tak larat buat apa, selera pun of course ke laut. Apa yang dimakan, itulah yang diluah. Wuuu seksa tau! Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, Irine amalkan supplement Shaklee untuk backup balik apa yang kurang dan tak cukup zat dalam badan Irine serta kandungan. 

  • Kulit semasa mengandung BEBAS daripada masalah jerawat. Yes betul, ni lah yang Irine sangat perasan bila mengandung sepanjang tiga kali. Punyalah suka kulit masa mengandung sebab susah nak naik problem skin. Jerawat memang malu-malu nak hinggap. Antara salah satu faktor juga, dalam SET HAMIL SHAKLEE mempunyai supplement yang bagus untuk skin ibu mengandung dan EXTRA BONUS baby dalam kandungan yang bakal lahir nanti pun kulit cantik. InshaAllah dengan izin-NYA juga. 

  • Bacaan HB dan BP cantik ! Alhamdulillah, sepanjang mengandung, memang tak pernah lagi setakat ni nurse atau doctor bising bab HB dan BP ni. 

  • Berat badan semasa mengandung terkawal. Masa mengandung, boleh Irine simpulkan bahawa total kenaikan berat ialah 10kg daripada berat badan asal. Tak lebih dan tak kurang. Kira cantik lah tu. hehe. Part yang naik tu semua pegi ke pipi jadi berisi. hehe. 

  • Masa mengandung, Irine memang banyak dibantu oleh supplement favourite Irine iaitu OSTEMATRIX. Ostematrix ni boleh Irine katakan BFF Irine, peneman sepanjang masa. Memang wanita mengandung takkan boleh lari daripada sakit-sakit badan dan pinggang. Bila masuk je fasa 2nd TRIMESTER, semua sakit-sakit badan dan pinggang tu mula menyerang tubuh badan kita ! Ya Allah tak tau lah nak cakap macam mana dia punya sakit . 
Irine masih terasa lagi sakit yang teramat sangat pinggang masa mengandungkan anak ketiga. Macam nak putus pinggang ni !! wuuu. Nampak macam ayat metafora sangat, tapi betul Wallahi, ini apa yang Irine rasa. Kenapa cakap macamtu? Hermmm...

Irine pernah tanya pada doctor Irine, kenapa mengandung kali ketiga ni rasa pinggang dan seluruh badan ni rasa macam EXTRA SAKIT. Tak macam sakit mengandung anak pertama dan kedua. Doctor Irine cakap, yang ni memang sakit normal sebab bila makin banyak kali mengandung, selurut otot akan jadi extra berkembang dan meregang daripada biasa. Lagi-lagi jarak Irine mengandung anak kedua dan ketiga tak jauh mana ! hehehe. 

Makanya, walaupun sakit tu tak boleh nak elak, tapi jujur Irine cakap, kalau tak makan pill calcium Ostematrix ni, mungkin akan jadi berkali-kali ganda sakiiiitttttt. Dah lah sakit, pastu tak makan apa-apa supplement tambahan untuk mengurangkan. At least kalau tak hilang sakit, better lah mengurangkan sakit kan? :) Alhamdulillah, kaki pun jarang rasa kebas, bak kata orang kena "simpul biawak". 


Ni lahhh SET HAMIL SHAKLEE yang Irine setiaa daripada anak pertama sampailah ketiga. Kalau dberi rezeki mengandung anak seterusnya pun, Shaklee ialah pilihan pertama Irine. Tak mo berpaling arah pada set mengandung lain. hehe


Ramai yang tahu Vitamin Shaklee ni adalah vitamin semulajadi. Kalau dah semulajadi, ianya mudah diserap serta tiada kesan kimia berbahaya untuk jangka masa panjang kepada ibu dan bayi. Selain itu, penggunaan yang konsisten InshaAllah membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. 



Fungsi setiap satu supplement dalam Set Hamil Shaklee



Antara vitamin yang ada dalam set mengandung Shaklee ialah :
  • Vitalea : sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 
  • B Complex : mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.
  • Vitamin C : membantu menguatkan sistem immune badan.Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai skin yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.
  • Ostematrix : membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.
  • ESP : membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
  • Omega Guard  :penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.


Khusus kepada ibu-ibu yang mengandung di luar sana, ingin mendapatkan supplement tambahan semasa mengandung, boleh hubungi Irine melalui Whatsapp. Khas buat customer yang purchase melalui Irine, Irine akan consult dan guide cara mengamalkan set hamil dengan cara yang betul sepertimana yang Irine sendiri amalkan sepanjang tiga kali mengandung :)

IRINE NADIA,
Whatssap : 010-221.0776
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM SHAKLEE IRINE :

@irinenadiabeauty 










2 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

muja pun amalkan set hamil shaklee and muja setuju dengan semua yang irine tulis :D

VitaminDocket.Com said...

mesti cuba ni...menarik!

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in