Bagus ke hantar Playschool untuk anak?


Assalamualaikum hye :) 

Terlupa pulak nak story tentang Medina masuk sekolah tadika. hehe. Tunggu anak-anak semua behave, baru boleh tarik nafas sikit nak update blog :P 

Anyway, sebenarnya memang dah plan daripada tahun lepas lagi nak masukkan Medina sekolah tadika. Tadika ni lebih pada playtime je sebab umur Medina tahun ni pun baru nak masuk 4 tahun. Belum officially 4 tahun pun, bulan 6 nanti baru genap, tapi dikira valid lah masuk. hehe. Ambil masa yang lama jugak nak decide untuk hantar Medina masuk tadika sebab Medina ni dia jenis yang berkepit dengan ayah ibu 24 hours. Memang manja. huhu.

1st niat nak masukkan tadika sebab nak ajar Medina nih be independent. Nak ajar cara bergaul dengan kawan-kawan dan tak nak terlalu manja sangat. Sejujurnya, bagi pendapat Irine sendiri takde istilah takut nanti-nanti anak rasa bosan bila masuk sekolah umur seawal macamni. Umur-umur macam ni lah kena start belajar di luar dari rumah sebab kadang-kadang parents sendiri terlepas pandang nak ajar anak-anak. So, tadika macamni teacher boleh focus untuk bantu diorang belajar. Kalau dekat rumah, yes Irine admit kadang boleh terlepas pandang anak selalu tengok handset. Susah hati jugak jadinya.



1st day sekolah Medina :-

Meh lah bagi mukadimah sikit tentang perwatakan Medina nih. Herrmm...orang dia jinak-jinak merpati.  Nampak jinak tapi bila kita datang dekat, ia pergi. Haa gitulah yang ibu dia boleh describekan. 

Macam mana Irine train anak rajin pegi sekolah? Nak kata train tu takde lah. Tapi apa yang Irine boleh sharekan apa yang Irine dan husband buat ialah 2 minggu awal sebelum nak masuk sekolah, boleh dikatakan hari-hari Irine cakap dengan anak, 

"Tak lama lagi Kak Nina nak pegi school dah tau, jumpa friends ramaii.. Yayyy! bestnyaa!
Kak Nina kan bijak, kena lah pegi school"

Tujuan Irine cakap macamtu nak bagi Medina sentiasa ingat dia akan masuk tadika tak lama lagi. Tak nak lah tiba-tiba dia terkezutttt tak tau apa-apa, tengok-tengok dah kena kejut awal mandi, pakai baju sekolah kena pegi tadika. 

Dan Irine admit, kata-kata perangsang macamtu walaupun nampak simple kan, tapi sangat membantu untuk Irine and husband. Benda ni nampak macam benda biasa je, tapi untuk parents yang ada anak yang sejenis perangai macam Medina yang sentiasa sikit-sikit nak berkepit, sangatlah banyak dugaan. hihi. 

Selain tu, 2-3 hari sebelum nak pegi sekolah tadika, bawak Medina pegi beli barang perkakas masuk sekolah. Nih pun sebabkan nak bagi dia rasa seronok nak masuk sekolah dapat feel pakai bag baru, pensil baru, botol air baru dan lain-lain. Benda tu membantu tauu nak bagi mood anak seronokk !


Masa ni 1st time try pakai baju sekolah. Baru beli keluar dari plastik terus pakai. hehe.
Kemain excited dia sampai tak nak bukak.




Medina nangis tak? Alaa tak yah la tanya soalan tu k?  haha. Of courselah nangis ! 
Mula-mula memang dia tak biasa. Pegi sekolah pun bawak baby doll dia untuk teman. kahkah. 

Tapi apa yang Irine boleh puji dan bangga, sebabkan selalu ingatkan dia nak masuk sekolah tak lama lagi, malam sebelum nak masuk sekolah, pukul 7 malam dia cakap nak masuk tidur tanpa paksa. Selalunya pukul 11 malam ke atas baru tido. Keesokannya pulak, ajak mandi pun senang walaupun air shower panas dekat rumah ni dah rosak ! haha. Dan ibu bangga jugak, sebab Medina sendiri yang nak pakai tudung. Kalau nak tau sebelum-sebelum ni, bila pakai tudung je, tak sampai 1 minit dia dah cabut tudung tu. Ggrrrr..



Medina dah warning ayah dia siap-siap masa ni, kena duduk sebelah dia, jangan pi mana-mana.huhu


2 hari pertama hantar Medina masuk tadika memang mencabar sikit. Irine dah cakap siap-siap dengan husband, 

"abg, hati kita kena kental bila dengar Medina nangis nanti"

Masa nak tinggalkan Medina, memang dia melalak satu kelas. Tarik-tarik baju dan tak lepas langsung peluk kitorang tau. Masa tu, diri sendiri pun dah bergenang ayaq mata. haha. Benda ni automatic sebak tau bukan buat-buat mengada. Mungkin sebab hampir 4 tahun Medina nih langsung tak pernah berenggang dengan kitorang walaupun sekejap pun. 

Kitorang pun biarkan je Medina nangis melalak and terus keluar dari class dia. hehe. Kesian tapi nak buat macam mana kan, sampai bila nak kesian je memanjang. Sometime kena jugak bertegas. Masa tu dengan harapan, cikgu boleh tolong handlekan. 

Masuk hari ketiga sekolah? Emmm, toksah cakap. Medina makin happyyy, makin rajin! Makin syok! Dia kata bestttt pegi school. Tiap kali jemput balik dari sekolah, ada je benda yang dia nak tunjuk dekat ibu apa yang dia buat dekat sekolah. hehe. 


Hasil aktiviti Medina dekat sekolah. 
Tiap kali jemput dia dari sekolah, perkataan pertama Medina akan cakap, 

"Ibu cuba tutup mata, Kak Nina nak bagi surprise kat ibu"

Selagi tak tutup mata, selagi tuh la dia bawak keluar dari beg dia. hehe.


Banyak dah ibu tolong kumpul dan simpankan dalam file dia. 





Dekat tadika, umur 4 tahun paling kecik. Kelas pun ikut umur masing-masing. Kelas untuk umur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Seronok sangat nampak suasana budak-budak masuk tadika. Sejujurnya, diri sendiri seronok sangat. hihi. Kenapa? Sebab rasa comel-comel sangat dapat tengok suasana ragam budak-budak kecik nak masuk sekolah.

Lupa nak bagitau, masa register masuk sekolah, cikgu dia ada offer untuk TRIAL SCHOOL. Maksudnya hantar anak awal seminggu daripada tarikh 1st day sekolah. Trial school ni FREE OF CHARGE. Tujuan dia nak bagi budak-budak ni kenal dulu dengan persekitaran sekolah. Kalau rasa anak-anak ok, baru masukkan and bayar registration fee. Plan awal-awal nak hantar trial school je dulu, lama-lama nampak Medina makin ok, teruslah masuk sekolah sampai akhir tahun :)


Cuba carik mana Medina? haha. Punyalah depan dia duduk. bagus-bagus. Awal-awal dia lah antara yang menangis, tapi sekarang dia yang rajin nak pegi sekolah :')

Oh yerr, setiap hari Isnin ada assembly. so dalam gambar ni diorang berkumpul-kumpul ada la aktiviti untuk hari Isnin. Contoh macam tiap minggu ada words baru yang cikgu akan ajar dekat diorang, nyanyi lagu Negaraku, dan lain-lain. 



Dasyat anak i tau pegi sekolah tudung kemas je, masa dekat sekolah jadi macamni. haha. 
kesian anak ibu, ibu tak sempat-sempat nak belikan scarf untuk dia. Antara aktiviti Medina dekat sekolah. Mana dapat gambar nih? Emm, cikgu dia bagi! hihi



Buat sandwhich. Bila ibu tanya, 
Medina lepas buat sandwich, makan tak? Dia kata TAK ! haha



Tuh je lah pun nak sharekan.hehe. So far, my personal review playschool macam ni banyak membantu Medina. Dah pandai hafal doa-doa harian, speaking pun kemain boleh tahan, rajin baca buku and bukak buku masa dekat rumah, and lain-lain. 

Nak ambil kesempatan dekat sini nak ucapkan thank you dekat semua teachers yang banyak bantu Medina daripada awal sampailah sekarang. Harap dapat tengok banyak lagi perkembangan lepas ni :)




Love, 
Ibu 

p/s : agak-agak nanti Medina dah besar sempat tak dia baca semua cerita tentang dia yang ibu tulis kat blog dari lahir sampailah sekarang? hehe.





32 comments:

Shesyira As said...

seronoknya kak nina.dah la comel. semoga jadi anak yang baik :)

Adam said...

Comelnya dia dgn baju kuning tu, geramnya.

Nurha said...

Bg saya bagus sangat sis..4 tahun dah ok sgt nak masuk playschool..

nena said...

Alhamdulillah seronok dah medina pergi school..irine sy nk tanya..medina da stop minum susu botol belum..yelah da school..kalo da nak tau juga mcm mne irine buat..sy ni ank boy..nk msk 3thn da..plan tahun dpn pun nk hantar tadika..tu nk tnya tips ceraikn botol susu dia hehe..anyway tq..

C i k R e n e x said...

Dari kecik tgok medina kat IG Irine. Cam tak caya dah besar daaaa die. Bljr rjin2 taw.

wani ezryl * said...

comelnya medina pkai uniform pergi sekolah! :) haha insyaAllah, cerita2 ni kalau dibukukan, simpan baik2 nanti dah besar medina dan adik2nya boleh baca ^^

athirah hassin said...

wahh br lps sembang nak hantar anak playschool bila 4thn.. thanks for sharing.. rasa lega pula dgr

munirah mansor said...

Medina makin besar dan cerdik.

Cik Anis said...

Hi irine..lame x jenguk blog irine. Jom keblog kite pulak. Bole main kutu kuih raya. ^^ http://liyanazafril.blogspot.my/2017/02/kutu-kuih-raya-ketuk-ketuk-aidilfitri.html

IQ = Iez Qis said...

anak makin besar makin bijak, lebih2 lagi anak perempuan, cepat matang. =)

Mommy Muhaimin said...

Boleh jer. Supaya dia dapat banyak kawan kat sana.

http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

Eila said...

bole saya tau skola ape ni ye? anak saya everyday menangis... :(

Mrs Anna said...

alhamdulillah...seronok nya tengok medina gi school...

Nurul Syahirah said...

wahhh.. dah besar ye kak nina.. dah masuk school dah dia ^^ semoga jadi anak yang baik & solehah.. jaga adik2 ye kak nina :D belajar rajin-rajin..


www.syahirahvaliant.com

haryati mat yasim said...

Kita yg tengok nI pun teruja suasana sek medina tau...cantik suasana..dan mcm2 aktiviti cikgu bagi..semoga medina jd ank yg solehah dan happy sentiasa pergi sekolah ya...

http://yatiyue.blogspot.my/?m=1

Sya Zatty said...

Kalau saya jadi medina, ofkoss dengan bangganya saya baca nanti entry entry ni, dpt merasai perasaan dan jiwa ibu sendiri..hehe..

moga jd anak solehah medina :)

yaya shari said...

alah comelnya medina

anni said...

hai assalamualaikum kak irine...syukur alhamdulillah nina dah mula start sekolah geli hati baca coretan ibunya..kak irine truskan berblog .sebb masih ramai lagi yang suka baca blog2 .antaranya saya lah.hahaha..saya doakan semoga kak irine diberikan hati yang tabah kuat dalam rumah tangga akak. ibu yang baik kepada 3 cahaya mata(buat masa sekarang hehe manatau akan datang 10 haha) isteri yang solehah terhadap suami.saya suka baca coretan akak.waktu akak muda teruskan menulis..saya doakan anak2 akak jadi anak yang soleh solehah x banyak ragam..doa yang baik2 insyaallah dapat pon yang baik2.assalamualaikum

eternitysquad said...

dah besar dah medina..

btw sesiapa nak cari mainan kanak-kanak meh singgah blog saya.

Kak Nab said...

so sweet of her.

Mrs Pip said...

Comelnya...
Mrs pip pun hantar anak pi sekolah umur 4 tahun...
So far ok la juga, tp 1st 2 weeks tu byk sgt drama airmata..
Cheers kak nina...

nadhie wueen said...

Comelnya irine seberanak ni. geram tgk anak2 semua comel2

zakiah ghani said...

dah besar medina..kejap je

Nurulatika Yunus said...

Sy suka tgok budak2 yg baru nak menjejakkan kaki ke sekolah. Bagus sbnarnya hantar dorg awal, kena train awal2 supaya nti bila dah masuk tahun 1 pun dah biasa dgn persekitaran sekolah :D

Kulit Comel said...

comel je medina tuu, pipi gebuu jee. hee


singahlah blog amira ye

http://seriwanita.com/
https://www.facebook.com/seriwanitablog/

yinmawarni said...

Comelnya medina. Tadi jumpa irine kat branch shaklee, segan nak tegur hehehe

By the way jemput singgah my blog 😉
www.yinmawarni.blogspot.my

nabil_potter said...

like

Nurul Atiqah Baharuddin said...

Anak tqah pun nak pergi sekolah. Tapi mama abi xdan lagi ni pi hantaq. Huhuhu. InsyaAllah tahun depan mesti kena hantar jugak. Semoga Allah mudahkan segala urusan.. :)

Jemput baca bahaya impetigo pada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/

walidin net said...

The bautiful blog and the owner
Keep writing to share about

Jaja said...

Kalau ke playschool memang bagus untuk anak-anak kan.

Kawan saya pernah cakap kalau hantar anak kat pengasuh bese kat kampung contohnya nanti budak pun sembang dan macam orang tua..hehe tak bagus pengaruh die

Nadiah Suhaidi said...

Memang lumrah budak-budak macam ni..bila dikenang balik rasa lawak pun ada..hehe

Nadiah Suhaidi said...

Comel nya..Pengalaman macam ni memang rasa macam kelakar pun ada..hehe

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in