Milk booster paling berkesan + sedap + menyelerakan


Assalamualaikum Hye :)
Quickly update from me, update blog pakai phone je ni. hehe

nak sharekan milk booster yg betul-betul membantu untuk banyakkan production susu. 
Sepanjang tempoh berpantang ni, memang banyak consume ESP. Memang dapat rasa perbezaan antara menyusukan anak perempuan dan anak lelaki. Semestinya menyusukan anak lelaki, aku rasakan lebih lama, kerap dan banyak. 


Aku sharekan milk booster yang aku sendiri /pernah consume :-

1) Air rebusan longan kering - Longan kering ni selalunya ada jual dekat tesco, giant, kedai ubat cina seyseyy, dan lain-lain. Senang je nk buat. Longan kering tu basuh dulu bersih2, dan rebus. Air tu minum. Hasil dia ? Memang sangat-sangat membantu ! Dan air longan ni mmg sedap. RECOMMENDED!

2) Sawi & Lobak putih - dua-dua jenis sayur nih la sepanjang tempoh berpantang akan bertemu setiap hari! haha. Sampaikan rasa nak makan sayur2 lain, tapi apakan daya, takut pulak kalau sejuk ataupun angin nanti. 

3) Halba - Halba ni kalau ikutkan tak sedap.haha. tu bagi aku lah kan. Tapi halba ni pun mmg berkesan for me. Tapi aku tambah madu untuk kasi penambah selera air halba tu jadi sedap sikit. RECOMMENDED!

4) Horlick + Milo - Horlick mmg femes. Boleh consume time pantang. Mak selalu pesan tiap kali pantang, " kau kena minum Horlick, sebab engko tu menyusu". Kalau tak Horlick, boleh try jugak minum Milo. tapi Milo tak ramai orang nak consume time pantang, sebab takut sembelit, but for me, waktu tengah lapo, suka minum milo panas-panas dan cicah dengan biskut oat. 

5) Kurma. Stok kurma memang wajib ada. Kalau anak u kena jaundice, ibu-ibu sekalian silalah makan kurma banyak-banyak ok untuk kurangkan jaundice InshaAllah dengan menyusu badan. 

6) Supplement - Semestinya consume supplement SHAKLEE.


So, aku consistentkan minum ESP untuk membantu production susu lebih banyak dan pekat .

Yang atas ni ialah menu yang aku sendiri try untuk milk booster 

ESP SHAKLEE + SUSU DUTCH LADY FULL CREAM + KURMA + BADAM 

Apa hasilnya? Hasilnya, waktu malam jadi seksa sikit sebab nak kena kejut baby suruh menyusu :'D

Macam mana cara nak buat? 

Kurma dengan badam tu aku rendamkan dulu. Then susu Dutch Lady full cream aku blendkan dengan badam dan kurma. Lepas dah siap-siap blend, aku campurkan dengan ESP SHAKLEE (PALING WAJIB LETAK!!), pastu terus shake, shake,shake uolsssss! hihi. Sedappppp ! 

Nak tengok macam mana video tutorial buat resepi milk booster ni boleh follow 
IG : @irinenadiabeauty 


1st : Fiska Medina, 3 tahun 5 bulan 
(masih menyusu badan sampai sekarang, cuma bezanya, dia dah wean off masa umur 2 tahun lebih, tp dia menyusu lagi dgn aku untuk tidur petang dan tidur malam. Lain-lain masa, dia dah minum susu kambing Rayden.)

2nd : Hasya Tasnim, 1 tahun 7 bulan. 
(masih menyusu badan, sekarang share menyusu dengan adik baru dia. Masa pregnant anak ketiga, aku teruskan menyusu dia sambil mengandung dari awal pregnant sampailah bersalin dan sampailah sekarang. Sama juga situasi masa pregnantkan Hasya, menyusukan Medina daripada awal pregnant sampailah adik dia keluar dan share sama-sama)

3rd : Baby Umar Fahri, 13 hari.
Menyusu badan, kongsi dengan kakak-kakak dia.haha. Tapi apa-apa pun, sebelum nak menyusukan kakak-kakak dia, aku akan pastikan si adik menyusu dulu. Apa-apa pun, biar adik dulu yg menyusu. Lepas2 tu bg kat kakak dia. 

Fuhhhh. 


Semestinya nak menyusukan anak-anak syurga ni perlukan macam-macam usaha. 

Apa yg boleh di share ikut pengalaman diri sendiri macam mana boleh fully bf kan anak-anak :- 

✅Consume milk booster. Sepanjang menyusukan anak-anak, supplement Shaklee tersangatlah membantu.

✅Air masak pun lebihkan jugak utk menghasilkan production susu .

✅Time pantang, my prinsip NO DIET! Nak diet pun after pantang nnt sbb dalam waktu pantang time tu mmg production susu tengah banyak! Rugi kalau nak sekat2 makan time pantang .

✅Makan kurma + apa2 jenis biskut kalau rasa lapar .

✅ Sentiasa pump. Once u dah pump, Miss B u akan start kosong balik,so selalunya lepas pump, Irine akan bg baby menyusu direct pulak. Stok pump tadi boleh simpan. U kena ingat,"semakin banyak demand, semakin banyak susu yg akan terhasil". Kalau u malas nak menyusu, asyik2 merungut letih la, baby minum kerap sgt, badan sakit la ape la, mcm mana nak Bf kan baby? Nak bf kan baby ni bukan tahap kena rajin je, tapi disiplin tu kena ada jugak + mental kena kuat + SABAR. So that, u akan berjaya BF kan baby sampai 2years, kalau ada rezeki more than 2years pun boleh tau.

✅ Nak menyusu, KEY POINT PALING PENTING ! --> Support daripada husband sendiri. Aku rasa dah berapa banyak kali dah aku menangis dekat husband sbb tipulahhhh kalau tak letihh nak menyusu. tp husband bg byk support moral. 

✅ Nak menyusu, fikiran u kena kosongkan. KENA SENTIASA POSITIVE. Kalau boleh, elakkan lah rasa bad mood time nk menyusu.


 Mummy-mummy dkt luar sana, lagi-lagi 1st time bakal nak jadi ibu, apa yg aku boleh pesan, jgn putus asa ok! Set dalam mind siap-siap, semua kena positive!

Ok lah, tu je nak share. Sbb ni pun antara salah satu request drpd reader blog yg mintak untuk sharekan entry berkenaan pengalaman menyusukan anak-anak :)

Follow official instagram Shaklee : @irinenadiabeauty







0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in