Mandian herba & Lulur badan


Assalamualaikum Hye :)

Harini masuk hari ke-12 berpantang dan merupakan last day pakej mengurut dengan confinement lady. Macam sebelum-sebelum ni, lebih kepada ambil pakej rawatan berurut 3 hari je, tapi kali ni mmg dah cakap dengan husband nak ambil lama sikit sbb pregnant kali ni pun dekat-dekat. Kalau boleh nak sihat dan segar betul-betul.  Jadi, ambil seminggu. Bezanya kali ni ambil complete sikit yg ada berurut, mandian herba, bertangas, bertungku, lulur, tummy binding (ikat bengkung), masakan untuk ibu berpantang (walaupun mak sendiri pun masak, tapi selang seli.hehe), mandikan baby + urut baby + tuam baby. So, start hari ketiga bersalin haritu confinement lady tu dah datang. Sebenarnya hari ketiga tu pun dah start sengal-sengal badan tau sbb badan ni perlukan urutan sebelum masuk angin. 


Setiap pagi, confinement lady akan bawak segala jenis bahan mandian herba ni untuk dia rebus dan aku gunakan sebagai air mandian. Wangiiiii sangat-sangat air herba ni. Yang uncang tu bahan penting. Besar jugak uncang herba ni,dalam tu ada macam2 kandungan herba katanya. Aku ni pulak memang jenis banyak tanya. Kejap-kejap tanya apa fungsi mandian herba ni, apa fungsi bertangas, apa fungsi bertungku dan bla bla bla. Katanya, mandian herba ni fungsinya untuk buang segala jenis penyakit dan sakit-sakit dalam badan, kasi segarrrr itu badannyaaa, kasi badan wangi lepas bersalin. 

Oh ya, confinement lady yg aku ambil ni orang Indonesia. Aku tanya dekat dia, kalau ikutkan orang Indonesia punya cara berpantang lagi ketat. Kalau pakai bengkung tu, bukan pakai time berpantang je, tapi 3 bulan kena pakai straight! nak tido pun pakai bengkung. Nak keluar pun pakai bengkung. Cop, diorang punya style, kekalkan pakai bengkung jenis yg berikat tu tau, bukan bengkung instant. So, bila tiap kali berjalan, perut tu rasa selamat, perut tu tak jatuh. Yelah lepas bersalin ni kan badan mengembang, so nak kekalkan shape badan tu biarlah daripada awal. Aku tanyalah, tak susah ke pakai bengkung ikat tu? Pakai dan ikat sendiri ke?

Dia jawab, 

"Iyaa agak sulit mau pakai itu bengkung hari-hari. Saya pakai dan ikat sendiri. Tapi coba saja lihat saya, udah anak 5, perut masih kempissss!. Kencangggg gituuu!" 

Punya confident dia jawab soalan aku. haha. Aku pun iyakan ajeee.
Kencang pun kencanglah.


Last day pantang tadi, dia pakaikan lulur satu badan. Lulur ni berasaskan lulur kopi. Memang wangi sangat-sangat bau kopi. Dah la tengah pantang, sambil lulur, sambil terbayang air kopi. wuuu. Aku kalau dalam bab-bab segala jenis lulur ni memang suka, lagi-lagi time pantang. Sebab time pantang ni la nak lakukan aktiviti sental-menyental daki-daki yg hinggap time pregnant. Pregnant kali ni Alhamdulillah, stretchmark x de sbb hari-hari masa pregnant amalkan minum ESP Shaklee.  Kalau u time pregnant naik banyak stretchmark @ daki-daki gelap dekat leher ke, celah2 tersembunyi, kena pakai lulur ok! My own experience, daki-daki masa pregnant ni, kena sental masa awal-awal berpantang. Kalau u x jaga and buat dari awal kan, kesan-kesan tu susah nak hilang. Dalam erti kata lain, daki2 tu akan jadi degil !! haha. So, masa dalam waktu pantang tu, kesan2 degil tu still baru lagi, senang nak hilang.


Untuk yg tengah pregnant, nak elakkan stretchmark hinggap, consume lah ESP Shaklee. Seriusly, perut u akan nampak cantik je tau. 

FOLLOW IG Irine untuk details : 
@irinenadiabeauty




Sebabkan masa buat lulur tadi best dan bau sedap, aku pun tanya, ada jual x lulur kopi tu. Dia kata ada, so aku pun beli 2 balang! hehe. 1 balang ni boleh guna banyak kali. So, lepasni boleh lulur dan buat sendiri. 


Dah alang-alang tu, aku borong sekali uncang mandian herba tu. Lepasni orang tu takde, boleh buat sendiri je. Size uncang ni besar macam size tapak tangan besar, bukan cinonet. aku borong 10 paket terus. 1 uncang boleh guna 3x mandian.

Tu je lahh nak share petang ni dah alang-alang anak semua tengah tido ! hehe

Next entry kalau rajin, aku sharekan ambil dengan siapa pakej confinement beserta pakej dia sekali.
Siapa nak aku share entry tu??? hehe

Bye-bye




0 comments:

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in