Macam mana nak elak SEMBELIT masa pantang



Assalamualaikum hye :)

Harini ada masa terluang sikit. Baby tengah tidur, kakak Nina dah tidur awal sbb x tidur seharian, kakak Hasya tengah busy main. Ibu dia pun baru lepas setel semua benda.

Rasa macam pantang kali ni lebih bertenaga, kurang la rasa mengantuk macam pantang-pantang yg lepas. Aku rasa antara salah satu sebabnya jugak, baby tak meragam dan berjaga malam. huhu. Jaga untuk menyusu je, bila menyusu pun aku tak bangun, tapi menyusu sambil baring + mengiring. Memang daripada anak pertama dan kedua, daripada waktu pantang lagi dah biasakan diorang dalam pantang menyusu sambil baring. Tak takut ke terhimpap? Haa yg tu kena berjaga-jaga la jugak dan make sure anak tak tersedak tau. Kena alert! Kadang bukan boleh percaya sangat mak2 ni suka tido mati termasuklah yg tengah cakap ni! hehe. Aku pulak dah biasa semua anak macamtu. Jadi, mak2 semua, kalau nak elak letih berjaga dan bangun malam untuk menyusu, train la anak dr awal menyusu sambil baring. Toksah bangun2, letih badan sebenarnya kalau mcmtu. but depends cara masing-masing ok :)

Ok nak share pengalaman sendiri. Selalu dengar yg ramai ibu-ibu sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit time pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah. Ada certain ibu yg bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang. 

Yes macam diri sendiri, lepas bersalin, benda paling takut ialah 
"alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh kee".

Masa lepas bersalin haritu, jangan risau, doctor memang bagi ubat minum pelembut najis. So, u all tak perlu risau k. Kalau doctor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital haritu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sbb once dah consume ubat pelembut tu, u akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? haha. Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doctor bagi ni. 

Untuk 2-3 hari makan ubat ni, memang membantu, tapi bila dah sampai rumah, aku rasa perut ni sangatttlahh tak selesa.Kenapa? Sebabkan ubat pelembut ni mcm tak sesuai dgn aku, buatkan aku kejap-kejap nak pegi toilet . dalam masa setengah jam, ulang alik jugak sampaikan mengganggu bila aku sedang menyusu baby, tp time tuh la nak berlari ke toilet ! 

Jadi, masa nurse datang rumah haritu, aku tanya dekat dia, 

"nurse, boleh tak kalau saya nak stop makan ubat pelembut tu, bukan sebab tak bagus, saya suka sbb senang nak lawas, tapi ubat tu buatkan perut saya rasa memulas/pedih sampai tengah malam kena ulang alik ke toilet"

Then nurse pun cakap, boleh kalau nak stop tapi kena make sure kena gantikan dengan makan makanan yg berasaskan fibre macam sayur hijau banyak2. Pastu air kena minum lebih, kalau tak nnti boleh sembelit. Bila nurse dah bagi green light, aku pun automatic stop kan serta merta. Bila dah stop, aku gantikan dengan apa? Aku ikut cakap nurse makan sayur byk2, air minum lebih dan gantikan dengan makan Ostematrix. 




Sebelah kiri tu ubat pelembut hospital bagi. Dalam bentuk minum. Dan yang sebelah tu Ostematrix. 

Ostematrix ni sebenarnya dah lama aku consume since pregnant lagi sampailahhh masa berpantang. Kenapa Ostematrix? Masa pregnant aku consume Ostematrix untuk hilangkan sakit-sakit badan/lenguh/elak kaki krem @ simpul biawak time pregnant / elak gusi berdarah time pregnant sebabnya Ostematrix ni ialah pengganti kalsium. Kalau u jenis tak minum susu, silalah consume Ostemtarix ni ya sbb ostematrix ni pengganti kalsium. Selain tu Ostematrix ni fungsi dia melawaskan/melembutkan najis. So sangatlahhh sesuai consume time pregnant dan berpantang. 


Apa beza consume Ostematrix dengan ubat pelembut hospital bagi? 
Yg ni my personal opinion . For me, maybe perut aku tak sesuai dgn ubat hospital tu sbb terlalu kuat sangat kesan dia sampaikan perut rasa tak selesa dan pedih. Ostematrix pulak bila makan, aku akan ambil 4 biji sekaligus. Dan kesannya, tiap-tiap pagi akan senang dan sangatlah mudah nak ke toilet. Dia bukan melawaskan sampaikan rasa macam cirit birit tau. TAKKKK! Tapi dalam bentuk senanggggg yang teramat. Tak sembelit langsung! Bila tak sembelit, so mood time pantang pun happy! Takde nak moody2 sebab menahan sakit, betul kan?

Selain tu, beberapa tips lain yang aku baca untuk elakkan sembelit time pantang :-

Tips untuk rawat sembelit yg mungkin boleh diamalkan

1. Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yg berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Time pantang tak banyak sayur yg boleh makan kan, kalau macam aku, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib aku memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur!Tak lengkap.
2. Supplement. Supplement mmg byk membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawak najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!
3. Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air byk takut bawah tu kembang, tapi cara yg betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap.Lagi-lagi kalau ibu yg menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yg cukup untuk hasilkan production susu yg banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras. 
4. Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya. huhuh. 




Ok tu je lah yang boleh di share :) So far suka sangat-sangat consume Ostematrix. 
Kalau ada yang berminat nak dapatkan Ostematrix, boleh order dengan Irine jugak.

Irine Nadia | 010-2210776
Follow Instagram : @irinenadiabeauty 



3 comments:

ayunie ramli said...

Ngeri wehhh yg sembelit ni --'

wani ezryl * said...

memang horror sgt kalau kena sembelit lepas bersalin! *insert muka horror* :D doktor sy dulu, kalau dah habis ubat pelembut najis tu, dia xbagi tambah baru dah sebab nk biarkan proses berfungsi secara semulajadi. so sy ambik pati prune, hari2 minum. mmg ok la sebab sedap kan haha

dorsett pink said...

saya memang fobia dengan sembelit. sebab masa preggy dulu sembelit sampai kena buasir.. aduuss, haru masa dalam pantang sebab rasa sakit buasir, depan sakit, belakang pun sakit. nasib baik tak sembelit masa dalam pantang

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in