3rd baby, birth story


Assalamualaikum hye :)
Last entry sebelum ni dah cakap siap-siap, "doakan next entry Irine dah bersalin". 
Makanya, ianya menjadi satu doa dan makbul juga! Alhamdulillah, dah pun tepat seminggu bersalin :) Syukur Allah permudahkan segalanya. 

Kali ni banyak minta doa supaya tak overdue macam previous pregnancy. Kejap-kejap call mak dengan ayah suruh diorang buat solat hajat, mintak doakan anak dia cepat bersalin. hehe. Terus terang cakap,  nak bersalin cepat bukanlah sebab tak sabar-sabar nak tengok baby, yang tu no 2, tapi sebab dah rasa berat sangat badan and pinggang dah start sakit sangat2 lagi-lagi bila dia dah attack dekat tulang punggung.wuuuu. Nak duduk pun tak boleh dah, kena baring je tau. Pernah la tanya doctor, 

"doc, kenapa saya rasa kali ketiga pregnant ni bila dah masuk 36 weeks ke atas, bahagian pinggang tu rasa sakit sangat2 ye. Nak kata saya tak minum susu, hari-hari saya minum susu, nak kata tak ambil pil kalsium, hari2 saya ambil doc". 

Then, doctor cakap, bukan sebab tu, takde kena mengena pun, tapi sebabkan bila dah byk kali bersalin, muscle tu makin longgar. Nak-nak bila bersalin dekat-dekat. Jadi, doc pun sarankan, lepas ni iolsss kena exercise balik and rest cukup2. hehe. Tu pun dah minum susu dengan ambil pil kalsium tau, kalau tak ambil? lagi perit rasa hagaknya.

Entry kali ni rasa excited sangat-sangat nak cerita birth story. Plannya nak update cepat-cepat tapi apakan daya, bila anak dah masuk 3 orang ni, nak pegang laptop pun tah kemana.

Apa yang boleh di share, bersalin kali ketiga ni Alhamdulillah, teramatlah mudah prosesnya. Tak ambil masa yang lama dan bagi aku, rasa bersyukur sangat-sangat. Hari-hari aku doa supaya kalau boleh biarlah bila dah sampai hospital, bukaan tu dah buka lebih daripada 5cm siap2. So tak perlu la nak ambil masa yg lama tunggu dekat hospital. Datang untuk terus bersalin je. 


Kronologi bersalin anak ketiga.

25/10/2016 (Selasa) 

Masa ni, aku dah rasa lain macam. Perasaan pun macam ada "instinct" pelik. Aku selalu percaya dengan "instinct" diri sendiri. memang kebanyakkannya tepat pada sasaran. Bak kata orang, instinct mak2 ni selalunye tepat :P  

Sebenarnya, seminggu sebelum date ni, aku dah start rasa sakit. Aku yakin tu hanya "false contraction" je sebab sakit tu belum datang kerap 5 minit, 5 minit lagi, tapi sakit tu datang dalam jangka masa tak sekata, kejap datang 8 minit, kejap datang 6 minit sekali, kejap datang 5 minit macamtu.  Dalam jangka masa seminggu ni, aku langsung tak boleh buat kerja apa. Nak jalan dah tak berapa larat, sakit sangat-sangat kaki nak pijak lantai. Aku rasa anak aku yg kedua, Hasya jalan lagi laju daripada aku. haha. Banyak kali aku ajak husband keluar, nak suruh bawak jalan-jalan kasi percepatkan bersalin, tapi nak tau apa respond husband bila aku ajak dia keluar? 

"macam mana nak bawak sayang keluar jalan-jalan, abg tengok sayang jalan pun dah tak betol dah"

tersentap aku dengo dia cakap macamtu. wuuu. Memang betul pun dia cakap, kalau keluar pun, aku tak larat nak jalan. Jadi apa aku buat kat rumah? Melepekkkkk atas tilam! Time ni, boleh dikatakan hari-hari lepas solat Subuh, aku sambung tidur restkan badan dan bangun  dalam pukul 9-10 pagi. Husband tak kejut ke suruh bangun? Aaah dia tak kejut langsung, dia bagi je aku tidur dan rehat. Aku celik-celik mata je, dia dah setel mandikan 2 beradik tu, Medina dengan Hasya. Sejuk perut i ngandong anak u. hehe. Kadang rasa serba salah sebab dua-dua anak dia yg setelkan semua, tambah pulak waktu malam dua2 anak bangun terjaga, dia lah yg bangun dodoikan dan dukung kasi tidur balik. Boleh aku katakan, seminggu tu husband tak tidur sangat pun. Itulah dunia realiti bila dah kawen dan punyai anak2. Macam-macam ko kena korbankan tau. 

26/10/2016 (Rabu)

Hari Rabu ni, bukak-bukak je mata, husband tanya 

"syg nak pegi mana? Jom abg bawak keluar,kalau syg larat la".

Terus aku balas, jomm. Dah lama terperuk dekat rumah. Masa ni pun selera makan aku dah ke laut. Dah tak selera nak makan apa2.Dalam fikiran, aku nak bersalin je. Aku terus siap-siap dan mintak tolong family mertua jagakan Medina dengan Hasya kejap sebab kalau boleh seharian tu aku nak keluar sampai letih berjalan ! 

Dan kitorang pun keluar. Dalam otak tak tau nak ajak pegi mana, cuma nak ajak jalan-jalan dekat mall and tengok movie je pun. Baru sekerat jalan lepas hantar budak2 tu, masa otw tu aku dah rasa lain maciamm perut ni. Rasa sakit kerap kurang dari 5 minit. Dalam hati aku sebenarnya dah terdetik yang kalau tak harini aku bersalin , mesti esok. Tapi aku tak bagitau husband la apa yg aku rasa. 


Apps yang aku gunakan 2x berturut-turut start daripada bersalin normal anak kedua sebelum ni. Dan kali ni aku gunakan lagi sekali apps "contraction". Sangat membantu apps ni, boleh la install ya mak2 sekalian untuk record contraction. Macam mana nak guna apps ni? 

Bila kau rasa sakit contraction tu je, ko tekan "start". Bila sakit tu dah hilang, ko tekan la "stop". Simple je. Then, ko boleh la tengok berapa kerap dan berapa minit sakit tu datang. Nampak tak macam gambar atas ni? Ni contraction yg aku set bila rasa sakit pagi tu. Ada yang 3 minit, ada yang 4 minit, 5 minit etc. Nih la salah satu tanda ko bakal bersalin dalam waktu terdekat ! 

Tunjuk dekat husband, dia cakap sakit sangat ke. Aku cakap aaah sakit. Pastu kitorang pun cancel la nak pegi mall, dan pusing-pusing area DEMC HOSPITAL. Pusing-pusing je, tak masuk pun sbb bila dah hilang sakit tu, aku boleh senyum macam biasa. haha. Aku cakap dengan husband, kalau ye pun nak pegi check dekat hospital, bawak la aku pegi makan lunch siap-siap dulu. Lapo nihh! Tak nak kalau kena tahan dalam keadaan lapo. So, kitorang pun makan siap-siap dekat kedai makan sebelah hospital untuk alas perut. Sepanjang makan, muka aku dah macam kerang busuk, kejap2 sakit, kejap2 sakit pastu dia hilang. Laju aku makan, sebab takut terberanak dekat kedai makan tu, tak pasal-pasal tokey kedai sponsor  aku makan seumur hidup sbb bersalin dkt kedai makan dia. lolz!

Bila dah setel makan, terus park dekat parking valet Demc. Husband ajak turun, tapi aku cakap sabar dulu. Nak tunggu betul-betul sakit, kang kalau masuk and check takde bukaan, sia2 je kena balik. hehe.


Jadi, kitorang laki bini duduk lah dalam kereta tu menunggu aku rasa sakit. Husband cakap, syg selfie la dulu siap2. haha. Walaupun tengah tahan sakit, tapi muka tu fake betul pura-pura macam takde apa-apa kan. wuu. 

45 minit bertapa dalam kereta, tiba-tiba rasa tu hilang! Eh magic pulak. Tadi sakit kerap-kerap, pastu tiba-tiba dah takde rasa sakit. Terus ajak husband pegi mall and tengok movie! kahkahh. tak senonoh betul rasa. Zassss pegi Setia City Mall. hihi. Sepanjang berjalan dkt mall and tengok movie takde pulak rasa sakit apa-apa. Lepas Maghrib ambil anak-anak dekat rumah family mertua. Terngiang-ngiang lagi ibu mertua tegur malam tu 

"bulatt sangat dah perut Irine, macam perut tu dah terpisah dengan badan"

Aku pun senyum je :)

Sampai-sampai rumah, takde rasa sakit apa-apa lagi. Sempat teman husband buat kerja sampai pukul 1 pagi. Anak-anak dah tido. Pukul 1 pagi tu aku naik bilik nak tido sebab dah mengantuk dan letih.

Tiba-tiba kann.....


....
.................




................

(KLIMAKS CERITA)

aku rasa macam tak selesa dekat perut ni. Rasa nak buang air, aku pegi lah toilet. 5 minit lepastu, terasa lagi nak buang air. Senang cerita macam tak lawas tau! Aku dah rasa pelik masa tu sebab boleh dikatakan lebih 20x aku ulang alik 5 minit 5 minit pegi toilet sampaikan tak boleh tido langsung ! 

Sampailah pukul 2 pagi aku mengadu dekat husband yang sakit contraction dah datang balik!

Masa ni aku betul-betul yakin dah, dah memang dekat sangat nak bersalin. Kebetulan, appointment aku dengan doctor memang hari Rabu 26/10 tu, pukul 9. Kalau boleh, biarlah aku tahan sikit sampai lepas Subuh. Tak nak la pegi hospital awal-awal pagi sebab anak-anak pun tengah tido. 

26/10/2016, Jam 3 pagi

Masih sakit. Nak set contraction pakai apps tu pun aku dah x larat. Husband cakap nak pegi hospital tak, aku cakap tak nak lagi. Bagi aku relax dulu and nak tahan selagi boleh. Aku dah keluar air mata time ni sebab contraction makin kuat. Kalau boleh, biarlah aku sempat solat Subuh dulu dan mandi siap-siap sebelum nak pegi hospital. 

26/10/2016, Jam 3.30 pagi

Rasa makin kuat. Husband cakap, pegi je tukar siap-siap baju. Kang kalau rasa sakit betul2 nak bersalin, senang terus je gerak.Aku pun terus salin baju siap-siap dan pakai sweater. Lepas siap tu, aku relax and coolkan diri henjut2 dekat gymball tu buat exercise ringan sikit. Memang membantu gymball ni lagi-lagi bila dah nak bersalin. 


Tu haa gym ball. Berjasa tauuu! dah 2 tahun usia dua. haha.
Apa fungsi gymball ni? Gym ball ni boleh jadi tahap kawan baik orang pregnant tau! 

  • Waktu pregnant ni joints makin longgar, banyak sakit expecially bahagian pelvic, peha, pinggang, tulang punggung etc. Gym ball ni dia reducekan pain.
  • Tolong betulkan postur ibu supaya sit upright, bantu betulkan kedudukan bayi. Kalau baby korang dalam keadaan songsang, gymball ni antara aku suggestkan jugak beli buat exercise. Bantu bayi turun ke bawah dalam kedudukan optimal. 
  • Beri rasa lebih selesa di belakang badan dan kuatkan lagi pinggang.
  • Pelvis dapat sokongan yg lebih baik dan bantu memberi bukaan pada ruangannya. Penting banyakkan exercise buka ruang pelvic macam bercangkung. 
  • Sit upright ni bantu ligaments dan muscle lebih seimbang, jadi bila duduk macamni, perut kita macam jadi hammock pada baby. Maka bantu betulkan keadaan baby kepada posisi anterior. Speed up untuk labour nanti. 
  • Disebabkan dia lembut, paling sedap duudk atas ni terutamanya waktu sakit sangat bawah tulang punggung. Kerusi empuk macam mana skalipun takkan dapat beri such comfort sebab time pregnant paling nak duduk atas benda lembut.
  • Tingkatkan blood flow pada baby, uterus, dan placenta.
  • Bagi counterpressure pada perineum dan peha
  • Ada orang dapat tenang duduk atas ni. hehe




26/10/2016, Jam 4 pagi


Arghhhh, dah tak tahan dah masa ni! Aku siap cakap dengan husband

"abg, syg rasa macam nak teran lahhh"

2-3x aku rasa macam nak teran. Takkan nak teran baby keluar pulak kan, tapi seriusss, aku dah terasa macam nak teran sesuatu. 

husband dah cuak, terus dia cakap, ok lah jom pegi hospital sekarang. Call ibu ayah mertua bagitau yg kitorang nak pegi hospital, mintak diorang datang rumah tengok-tengokkan Medina dengan Hasya. Nasiblah time tu, ibu dengan ayah mertua ada dekat sini, kalau tak, tak tau lah nak angkut macam mana 2 beradik tu pegi hospital sekali. huhu. Angkut bag baju aku dengan baby bawak masuk kereta and zasssss terus gerak pegi hospital. Masa dalam kete, aku tak leh bayang macam mana rasa sakit contraction tu datang. Sekali dia datang, sekali tu lah aku cengkam sekuat mungkin tangan husband. 


26/10/2016, jam 4.15 pagi

Dah sampai hospital Demc. Dekat je dengan rumah.Terus park dekat bahagian emergency. Takde orang pagi tu, kete kitorang je. Tekan bell and nurse keluar bawak wheel chair. Aku cakap yg aku tak nak naik wheel chair, kalau boleh nak berjalan je bagi cepatkan lagi nak bersalin. Punyalahhh bodoh sombong aku nih, tiba2 contraction yg sakit giler tu datang serang aku lagi, terus aku cakap nak naik wheel chair, tak larat jalan dah! hahah.

Nurse terus tolak aku masuk labour room dekat level 2. Masa ni husband ikut belakang. Aku tak sempat nak tengok suasana nak masuk labour room tu sebab mata terpejam tahan sakit atas wheel chair. 




26/10/2016, jam 4.43 pagi

Setel masuk labour room.  Aku cakap sakittt sangattt nurse. Nurse terus check bukaan.

"Nurse : Owhhh, dah ada bukaan 6cm nih. Tak lama je lagi nihh nak bersalin. Sabar ye dik"

Aku dengan husband tanjatlah dengar dah 6cm. haha. Kalau aku tunggu lepas Subuh baru pegi hospital, kemungkinan besar boleh terberanak dalam kereta. Patutlah sakit bebeno! Rupanya sampai2 hospital dah 6cm ! Dan masa aku cakap nak teran dekat rumah tu, memang betul, tu antara salah satu tanda aku nak teran baby keluar. hehe. Termakbul jugak doa aku yg kalau boleh nak ada bukaan at least 5cm siap2 bila dah sampai hospital. 

Time ni nurse suruh husband turun bawah pegi register and bayar deposit. Aku rasa tak sanggup nak tengok husband pegi bawah tinggalkan aku. Takut kang dia turun bawah kot-kot aku dah terbersalin kan. huhu. Jadi aku tinggal dalam labour room dengan sorang nurse perempuan ni. Baik sangat. Aku tanya laa, doctor dah sampai ke. Katanya kejap lagi doctor sampai. 

26/10/2016, jam 5 pagi

Husband dah naik. Masa ni dah ada 2 nurse perempuan standby dekat sebelah aku dan tepat-tepat doctor dah datang. Alhamdulillah dapat doctor perempuan yang selama 9 bulan aku check up dengan dia. Means, dalam labour room, ada 1 doctor, 2 nurse perempuan, husband dan aku. 

Tepat-tepat pukul 5 pagi, aku cakap kuat-kuat, 

"Ya Allah, rasa nak terannnnnnnnn sangattt nihhhhh!!! "

"Ya Allah, dah tak tahan sangattttt nihhhhhh"

"Betul-betul nak terannnn nihhh!! aaaaaaaaaaghhh"

(sila baca dalam keadaan mengerang kesakitan yang maha dasyat)


Husband genggam tangan, cakap sabarrr , sikit je lagi.Selawat banyak2, ingat Allah. Tambah pulak suara nurse cakap, 

"sabar yerrr, sikit je lagi nihhhh. Tahan sikit yee dah tak lama nih. Haaa dah nampak kepala tu! Haaa takmo jerit ye Puan, letih nanti"

Aku langsung tak dengar diorang cakap push2 ke hape. Tau2 je,  3x push dalam masa 10 minit, aku dah bersalin, bayi lelaki yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan dah pun keluar dengan mudahnya !  Ya Allah, senangnya kali ni! 10 minit je. wuu. Besarnya nikmat yg Allah bagi kali ni. Memudahkan urusan mengandung 9 bulan, tambah pulak memudahkan urusan bersalin :') :')


Alhamdulillah, tepat 5.11 pagi, lahirlah bayi lelaki seberat 3.25 kg 
ke dunia secara normal lagi sekali :')

My 1st baby hero ! yayy!  Dalam 3-3 anak, yang kali ni lah berat sikit. Medina lahir 2.5kg secara ceaser, Hasya 2.95kg secara normal, yang si adik baby 3.25kg secara normal. Padahal aku rasa masa mengandung kali ni perut kecik je. Aikk pelikk. huhu. 


Amboiii, mentang2 dapat geng!


So far, pengalaman bersalin dekat DEMC Hospital for me mmg puas hati. Nurse dan doctor all perempuan dan tak jumpa pun lelaki masa labour room. Doctor pun mmg best. 


kali ni boboy versi mata sepet macam Medina. hehe. Aku pun tak tau ikut muka sape kali nih. Tak kisah lah rupa ikut sape, janji dah setel bersalin dengan selamat kali ketiga ni. 


Bermalam sehari dekat Demc, esok tengahari tu dah boleh discharge. 

Kakak Medina dengan kakak Hasya suka tak dapat adik? 
Ya Allah suka sangat, Hasya tak nampak pulak jelesnya. Dia tau ada adik baru dekat rumah. Medina pulak, sebab dia dah besar kan, so dia memang tau tu adik dia. Kejap-kejap cakap 
"tu baby Nina, tu baby Nina".huhu. 

Apa-apa pun, terima kasih atas doa-doa kalian. Salah satu sebab dah bersalin dan dipermudahkan atas doa-doa kawan jugak dalam facebook/instagram etc ni jugak.Cerita pengalaman bersalin ketiga kali ni teramatlah pendek sebab jalan cerita dan prosesnya sekejap sekelip mata :) 



Tepat hari ketujuh harini, 
maka nama adik Medina & Hasya diberi, 

Muhammad Umar Fahri bin Mohd Amirul  :)




Anak ibu, Muhammad Umar Fahri,
ibu doakan semoga anak ibu ni membesar dengan sihat dan kuat. InshaAllah. 




Thank you for reading !








24 comments:

Liyana Zainal said...

Muka mcm kak nina je...congratz irine dpt baby yg ke3..doakan akk plk ye..hu2

azizah green line said...

Alhamdulillah.. tahniah irine..selamat berpantang.. hai baby umar fahri.. jadi anak soleh ye

wawa said...

alhamdulillah & tahniah utk irine ..
kita sama-sama tgh berpantang . sy selamat melahirkan bayi ke3 (bayi ke2 meninggal
dlm perut) secara normal
.. dan tuhan permudahkan semuanya .. 5minit teran n selamat melahirkan tanpa koyak dan jahit . alhamdulillah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. Alhamdullilah taniah ye dapat 3rd baby. Lebih kurang je proses bersalin kita hehe. Btw 2nd hero kita nama sama macam anak awak. Sebaya pula tu. Bolehlah geng. Hehehe. Tak sabar tengok Umar besar ikut muka siapa. Semoga membesar dengan sihat ye Muhammad Umar Fahri, jadi anak yang soleh ;)

ayunie ramli said...

Thniah irine ;) alhamdulillah slmt semuanya and mudah :) slmt brpantang :)

wani ezryl * said...

tahniah, irine & family! comel sangat baby umar fahri. semoga membesar dengan sihat & gembira ^^ selamat berpantang ya.

cplud miera said...

Alhamdulillah. tahniah irine.

YieN said...

Alhamdulillah.. Tahniah irene.. Doakan kite pulak utk no.3 ni :)

Ukno Ikno said...

Salam Irene!
Such a wonderful story!!
Tahniah Irene, bergenang air mata baca entry kali ni..
Sy ada 2 anak lelaki, harap2 nnt Allah bg rezeki baby girl pula.
Stay strong Irene.. bersyukur lah dpt suami yg rajin membantu..
Selamat berpantang.. =)

Ukno Ikno said...

Salam Irene..
Such a wonderful story..!
Tahniah..bergenang air mata baca entry kali ni..
Stay strong.. bersyukur lah Irene dpt suami yg rajin membantu..
Sy ada 2 anak lelaki, moga Allah kurniakan baby girl lps ni..
Selamat berpantang ya ibu! =)

Nursyahirah Syahirah said...

ya allah , baca tang nak teran tu sy terikut sekali .. hihi doakan sy pulak next month ye insyaallah moga allah permudahkan mcm irine ...

Nursyahirah Syahirah said...

salam irine... ya allah mudahnya.. anyway congrats for the 1st baby boy .. baca tang terannnnn tu sy terikut skali.. insyaallah next month its my turn my 1st baby pop out , doakan smoga sy d permudahkan mcm irine ye ..

Zawani Rosli said...

Tahniah dik..syukur dipermudahkan.perkongsian yang bagus :)

amirah said...

Congrats irine and hsbd... : )

niny anas said...

alhamdulilah,,,,tahniah kak irine,,,saya tumpang gembira allah permudahkan urusan akk,.walaupown saya masih belum mendapat cahaya mata dalam perkahwinan sayas :)

niny anas said...

alhamdulilah,,saya jugak tumpang gembira dgn kehadiran bby baru akk,walaupown saya belum pernah mejadi seorang ibu sepanjang perkahwinan saya :) selamat berpantang yea,,,

sheAYANG said...

Alhamdulillah. Tahniah Irine, husband & family. Hero in the family, best la kan.

Farhain Azmi said...

alhamdulillah..tahniah irene dah bersalin n dpt baby boy.selamat berpantang ye. kite pula neves sgt ni wpn dh pnah bersalin..haha. now dh 30w :) tlg doakan sy pun mudah bersalin ye, TQ

Mila Ahmad said...

Tahniah Irine cumel sangat baby boy ni.

anna hashim said...

birthday sama dengan i :)

ruBen said...

Syahdu je baca. Terharu pon ye. Tahniah Irine. In fact, anak sy pon lahir tahun ni. Ahmad Azfar Zayyan bin Ahmad Muslih, nama diberi :) Selamat berpantang & semoga cepat sihat.

ruBen said...

Syahdu je baca. Terharu pon ye. Tahniah Irine. In fact, anak sy pon lahir tahun ni. Ahmad Azfar Zayyan bin Ahmad Muslih, nama diberi :) Selamat berpantang & semoga cepat sihat.

anumuchan said...

Tahniah Irine! comelnya baby :)

intandayani said...

Proud daddy..Tahniah Irene sekeluarga

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in