Minum Raspberry Leaf Tea, natural inducer


Assalamualaikum hye :)

Masih tak bersalin lagi. teheee :p
Nak share yang masa pregnantkan anak kedua dulu, pernah la dengar tentang Raspberry Leaf Tea ni tp tak sempat try dan beli pun. Orang cakap raspberry leaf tea ni dia macam natural inducer. Tapi Wallahualam la, anggap lah tu salah satu cara untuk ikhtiar kan.



Daripada apa yang dibaca melalui blog-blog lain dan google, raspberry ni bukanlah 100% utk memudahkan bersalin, tp khasiat teh tu sendiri yg sgt bagus utk wanita expecially ibu-ibu yg tengah mengandung.tapi kena ingat ya, wanita mengandung yg dah trimester ketiga je sesuai minum, yg awal2 tu jangan ngade2 nak cuba. hehe. Sesuai untuk trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot-otot rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction dan juga membantu melegakan otot-otot rahim. dalam 37 minggu ke atas mcmtu dah boleh try, tapi cakap siap2 lah ye, tak wajib minum pun.

Sebenarnya banyak lagi khasiat daun raspberry ni, antaranya :-

1. Memudahkan menghadapi morning sickness
2. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika "contraction" bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. 
3. Mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran
5. Kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. 
6, Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu (milk booster), mengatur kitar haid.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan



Ramai yg tanya, sedap ke rasa raspberry leaf tea ni? jawapan dia sedaapppppppp sgt!! hehe. Rasa dia masam-masam and berselera betul nak minum. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan kalau dah masuk minggu ke 36, boleh minum 2-3 gelas sehari. Mcm Irine sendiri tengah tunggu masa nak sakit skang, dah start minum 2-3 gelas, tapi tu la kalau rajin buat la :P Selalunye 2 gelas je rajin. hehe. Ni antara salah satu persediaan sebelum ke "labour room".

Ok lah. tu je lah nak share pun. Daripada haritu nak share, tapi tak lepas-lepas sebab badan dah start sakit-sakit nak duduk atas kerusi and duduk depan laptop T_____T

Doakan next entry Irine dah bersalin. hehe.
Bye-bye













8 comments:

Mama Panda said...

Yup, akak pn minum gak masa last preggy.. mmg sedap teh ni.. xde la tasteless and bland sangat.

Anyway, selamat bersalin! semoga dipermudahkan semuanya.. xsabar nk tgk baby baru :*

Yuyu Zulaikha said...

Fuhhh! Semoga terus bersalin! 😅

ayunie ramli said...

Smoga dipermudahkan semuanya irine :)

Nur Imah said...

selamat bersalin irine! semoga dipermudahkan segalanya :)
Aamiin

LanaBusyBee said...

hi irine....dah berapa minggu ni? samalah kita, tgh menunggu waktu nk bersalin ja ni hehehe...beli kt mana teh tu? yg 2nd ni, rasa nk bersalin normal, tapi mcm xberapa nk kuat je huhuhu....doakan kita jugak ya irine....kita doakan irine di permudahkan ^^

http://beautydaisy.blogspot.my/2016/10/bestnya-foundation-geeboo-niiii.html

Whimsical Aurora said...

Terbaca dekat ur fb.

Congrats Irine.

ShakleeShira said...

Bestnya irine..dah dpt baby boy pulak! :)

http://vitaminolehshira.blogspot.my/2016/10/menjana-pendapatan-dengan-shaklee-part-1.html

dorsett pink said...

tahniah irine for your new born

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in