List lengkap barang keperluan newborn baby dan ibu ke hospital sebelum bersalin


Assalamualaikum.
Macam biasalah, bila nak start menunggu masa ni, suka update entry tentang list keperluan newborn dan barang2 keperluan ibu sebelum ke hospital. Dulu dah pernah update, tapi rasanya tak berapa complete sangat and ada yang bukan keperluan termasukkan sekali dalam list. Well, dulu takde pengalaman sangat, sekarang bila dah lalui 2x pengalaman bersalin, dah tau serba sedikit apa yang perlu dan apa yang kehendak! haha. 

Ok, haritu sebenarnya dah update dekat facebook dan Instagram tentang list barang2 newborn yang nak bawak ke hospital. Harini aku createkan satu entry SENARAI LENGKAP pulak termasuk lah bag si ibu nak bawak ke hospital, dan barang2 keperluan baby dan ibu sewaktu berada dalam keadaan pantang.

Kita mulakan dulu dengan barang-barang newborn yang betul-betul penting nak bawak ke hospital ok (yang ni aku copy paste je balik daripada apa yang aku sharekan haritu)


Barang2 keperluan baby 

1) Baju-baby newborn 3-4 helai - Tp selalunya aku bawak je lebih in case lah apa-apa hal. Lebih suka pakaikan baby sleepsuit lengan panjang sama ada jenis butang/berzip. Senang nak tukarkan pampers sekali bukak je then katup balik.

2) Pampers newborn - Yang ni pengalaman diri sendiri sepanjang 2x bersalin, dulu masa 1st time bersalin, pampers newborn beli jenis Mamy Poko, tapi bila dah ada pengalaman yang tak seberapa ni, apa yang aku tahu baby newborn ni banyak kali berak-kencing. Dalam sehari lebih 10x akan bertukar ganti pampers. So aku pilih je pampers brand Pet Pet. Pet Pet newborn for me sangat berbaloi kalau pakai untuk newborn baby. Jimat pun jimat, murah pun murah, kualiti pun elok dan tiptop. Bila baby dah besar sikit nak pakai yang pricey sikit macam Mamy Poko takde hal.  

3) Sarung tangan baby dan stokin baby - Bawak ala kadar je. Tu pun kali ni tak beli, sebab pakai yang kakak-kakak dia punya dulu. Pink pun pink lah, bukannya nampak bila dah bedung nanti. kahkah! 

4) Wet tissue - Nak bawak banyak pun boleh sebab nanti baby banyak kali akan berak dan kencing. Rasanya 2-3 paket dan cukup sebab kalau bersalin normal pun 2 hari je kat hospital, kalau ceaser paling singkat pun 3 hari lah. Kalau tak cukup, dekat kedai bawah hospital tu pun ada.

 5) Bedung baby - Bawak 2-3 helai pun dah cukup memadai. 

6) Sapu tangan baby - Bawak dalam 2-3 helai kot-kot lah nak lap mulut baby bila lepas menyusu/muntah susu. 

7) Towel baby

8) Barut baby

9) Pump susu - Pump susu tu memang berjasa sangat2 daripada anak pertama lagi. Tak sia-sia dulu tulis surat dekat husband semata-mata nak merayu belikan Medela Freestyle. Awalnya dia tak bagi dulu sebab agak pricey dan takut tak berbaloi. Tapi tengok sekarang? hehe. Cc to husband :P

10) Semua ni aku packing dalam zipper bag plastic IKEA tu sebab nak nampak lebih tersusun dan memudahkan husband bila nak tolong ambil dalam diaper bag nanti. Ala tau-tau je lah, husband kadang-kadang dia jadi kalut sikit bila tengok barang2 dalam bag yang isteri dia dah pack kan. 



Ok kita masuk pulak bab barang Keperluan Si ibu nak bawak pegi hospital. Selalunya aku bawak terus luggage, tp size kecik lah. Dan bawak jugak lah paperbag pegang dekat tangan untuk letak makanan.Oihh makanan tu paling penting! haha. 



BAG SI IBU

1) Nursing bra & panties - (susun dalam zipper bag Ikea tu)

2) Maternity pad - Sebenarnya tak beli pun yang jenis maternity pad tu. sebab tak selesa. Lebih suka beli pad jenis overnight. Brand yang paling suka daripada dulu INTIMATE sebab selesa, tak senang bocor dan paling suka sebab senang nak cuci. Pad ni u all bawak lah siap2 ok, kalau takde, hospital bagi free yang jenis pad tergantung dan ikat tu. hihi. Kalau pro pakai, takde masalah. 

3) Toiletries - Yang ni bawak dan susun siap-siap dalam bag mini travel toiletries tu. Senang. Ada berus dan ubat gigi, cleanser, sikat,shower gel, skincare (ikut yang korang rasa perlu bawak lah), intimate wash.

4) Towel

5) Stokin tebal

6) Sweater

7) Kain batik

8) Minyak panas (semestinya Nona Roguy)

9) Nipple cream 

10) Selipar toilet - Selipar ni for me penting sebab masa bersalin yang lepas terlupa nak bawak. Dan jadi satu keje pakai sandal jalan bawak masuk toilet. Kembang terus sandal T___T 

11) Tudung sarung 2-3 helai. 

12) Pakaian hospital - Beberapa helai baju, palazo kembang (optional), dan skirt labuh. Jangan lupa bawak sepersalinan baju untuk balik dr hospital.


Lain2 yang penting (tiada dalam gambar)

  • Kad pengenalan 
  • Buku rekod kehamilan
  • Kurma dan air zam-zam
  • Makanan dan minuman
  • Mini Al-Quran (sekarang dah senang sebab boleh pakai apps dalam handset je)
  • Charger phone


Barang keperluan baby. Kali ni sebabkan baby yang bakal lahir gender yang berbeza berbanding dua orang seperti kakak-kakaknya, jadi bertukarlah theme color daripada gegirl ke boboiboy! hehe. Kuranglah sikit rasa nak membeli tu sebab boboiboy color dia terhad kan. 


Color-color pun nampak suci je. hehe. 
Nampak macam banyak tapi bukan untuk newborn semuanya, macam biasa aku akan beli siap-siap size campur-campur. Mostly banyak size yang besar biar boleh pakai lama. Basically, kain napkin, romper baby, sleepsuit, baju jalan baby dan etc.


Barang-barang keperluan lain sewaktu pantang 



Masa pantang mostly ada yang dah tau, aku pakai dan consume SET BERPANTANG SHAKLEE dan juga SET NONA ROGUY. ok tu kejap lagi aku cite. 

Yang ni aku susun-susunkan mana yang penting je dulu. 

1) Fullset lengkap Set Berpantang Shaklee

2) Nona Roguy 
  • Sebabkan kali ni aku bersalin dekat-dekat, tahun lepas pernah bersalin dan kali ni bersalin lagi, ada lebihan Nona Roguy yang lepas tak habis lagi, aku sambung pakai. Expired lambat lagi. Aku cuma topup mana yang dah habis . 
  • Yang wajib ada ialah Uncang Cuci Herbanika. Kenapa aku cakap wajib? Sebab masa bersalin yang lepas, setiap kali mandi je aku akan gunakan uncang cuci ni untuk mencuci bahagian jahitan luka bersalin. Sangat-sangat membantu lagi-lagi nak cuci lepas jahit bersalin. Untuk melegakan jugak dan elakkan daripada berlakunya infection dan gatal-gatal. Confirm selesa bila pakai! Tak caya cuba try ! 
  • Minyak panas Herbanika color hijau dan color purple. Color hijau tu untuk si ibu. Selain nak pakai untuk berurut nanti, boleh gosok dekat tapak kaki, boleh titik dekat rambut kasi berangin, boleh titikkan juga beberapa titisan atas pad untuk mempercepatkan luka bersalin kering dan juga mempercepatkan jahitan benang tertanggal. Minyak herbanika botol color purple tu pula minyak serbaguna. Boleh pakai untuk urut baby juga. Yang tu tak panas sangat berbanding color hijau. 
3) Sabun Tanamera (brown body soap) - Aikkk kenapa Tanamera pulak? Campur2 pulak. Eh of course.hehe. Ikut keselesaan dan sebelum ni memang pakai. Sabun ni aku beli siap-siap dua buku. Kenapa suka? Sebabnya sabun ni dia jenis kasar. Biasalah lepas bersalin, segala jenis daki-daki yang dah bertukar jadi gelap tu kena sental betul-betul. Sabun ni ala-ala scrub gitu, memang berkesan nak sental daki-daki degil. Serius berkesan!! Dalam set Nona roguy ada jugak tapi jenis lulur, tapi aku lebih suka sabun Tanamera nih. 



Yang nih la yang dimaksudkan tadi. 

4) Bengkung - Bengkung  aku tuh usia dia dah 3 tahun lebih dah. Start guna masa bersalinkan anak pertama dulu, anak kedua, dan diwarisi kepada anak ketiga ni. Lama kan? Bengkung ni beli dekat orang tukang urut dulu. Apa yang istimewa sangat bengkung ni, sebab bengkung dia besar dan tali panjang. Senang nak adjust, tak kisahlah ko besar mana pun, memang selesa pakai. 

5) Pump Susu - ada 2 jenis pump dekat gambar atas tu. Medela dan satu lagi aku saje beli pump manual jenis silicone tu. Yang tu kalau korang tak nak bawak dulu pump elektrik pegi hospital, boleh bawak jenis pump silicone tu. Yang tu brand Haakka. Tengah trend jugak sekarang pump silicone tu. Pump tu sebenarnya aku terpengaruh dengan kakak ipar aku.haha. dia cakap bagus dan berguna, so aku pun beli dan nak cuba :D 


Mana nak cari? Dekat kedai baby mostly sekarang dah banyak jual. Ada banyak brand jugak, pilihlah mana nak. For me recommend jugak sebab kalau nak bawak pegi hospital ok dan sesuai berbanding yg pump elektrik. Kiranya mcm sesuai untuk si ibu yang susunya awal-awal bersalin tu baru keluar sikit-sikit ala-ala segan gitu. 

6) Tuam baby

7) Nipple Cream


Nipple cream - Brand Bepanthen. Terpengaruh juga dengan kakak ipar. Dia cakap macam-macam kegunaan. Boleh pakai untuk nipple luka dan letak dekat ruam-ruam merah dekat kulit/muka baby cepat hilang. Cream ni pun yang Hanis Zalikha ada sharekan haritu, dia pun pakai ni dan recommend :) Boleh cari dekat mana-mana farmasi.

8) Minyak-minyak baby - Yang ni aku sediakan beberapa jenis. Ada minyak telon, minyak kayu putih, minyak herbs Asma yang tengah trend sekarang ni, dan baby oil.

9) Set tanam uri


Set ni for me kehendak je kot. haha. Kalau ada budget lebih boleh beli sebab dia memudahkan. Alang-alang pegi shopping barang baby haritu, terjumpa pulak set tanam uri ni. Dalam set ni sebenarnya dia dah siap-siapkan barang untuk tanam uri. Contoh macam asam jawa,  garam,kain, sarung tangan latex, apron plastik,sabun mini, tuala kecil, mask mulut. Semua dah di packkan dalam satu kotak. So mcm tak perlu dah nak kalut2 ambil satu2 barang dkt dapur.

10) Dan last sekaliiiiii, paling sangat-sangat penting!!! Set Berpantang Shaklee. 



Ada yang tanya aku takpe ke campur Set Shaklee dengan Nona Roguy? Takpe je, sebab Shaklee ni aku makan dan amalkan lebih pada makanan dalaman sewaktu bersalin. Nona roguy lebih pada luaran. Kenapa aku suka sangat Set Berpantang Shaklee (dalaman) berbanding brand-brand lain? Meh aku senaraikan apa kelebihan dan kebaikan yang aku dapat hasil daripada amalkan set berpantang Shaklee start daripada anak pertama, anak kedua, dan sampailah setia dengan yang ketiga bakal keluar nanti. 

  • Luka bersalin sangat cepat sembuh. Aku sendiri dah rasakan masa pernah bersalinkan anak pertama secara ceaser dan juga anak kedua bersalin secara normal. Dua-dua tu luka bersalin cepat sembuh. 
  • Badan cepat rasa sihat. Walaupun masa bersalin ceaser dulu, tak sampai seminggu dah boleh berjalan seperti biasa. Luka operate cantik. Begitu juga dengan bersalin secara normal.
  • Dalaman rasa sihat dan bagi tenaga berpanjangan. Enjoy dengan waktu pantang. 
  • Susu badan Alhamdulillah meriah sebab set ni dia dah include sekali dengan milk booster. 
  • Berat badan cepat turun walaupun baru beberapa hari dalam pantang sebab dalam set ni juga dah include sekali dengan supplement for slimming. Bakar lemak2 yang terkumpul. 
Bawah ni aku sharekan dengan lebih details apa fungsi setiap satu supplement yang Irine amalkan setiap kali bersalin dengan SET BERPANTANG SHAKLEE

  • ESP- Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik. 
  • VIT C - Mempercepat dan menyembuhkan luka bersalin dengan cepat serta mengeringkan luka bersalin. Bersalin secara normal mahupun operation, Vit C highly recommended. Juga menguatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus
  • OSTEMATRIX: Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki lutut pinggang cramp.Menggantikan kalsium ibu yg menyusukan kerana kalsium menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak terbaring. Berpantang kan tak boleh gerak banyak. juga untuk mempercepatkan proses pengecutan otot rahim. Mengatasi masalah sembelit .
  • ALFALFA: Buang angin dlm badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan. Mengatasi masalah sembelit.
  • VITA LEA: Multivitamin yg mempunyai nutrisi utk menangani masalah kurang selesa,tekanan darah rendah, letih & memberi tenaga segera.pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan
  • OMEGA GUARD: EPA DHA utk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit. Untuk yg nak cepat slim dan kurangkan berat badan, bagus consume Omega Guard .

P/s : Sebagai tambahan untuk ibu yg mengalami masalah bengkak susu, boleh tambah LECITHIN. Juga sebagai PEMECAH LEMAK.

Mcm mana nak daptkan Set Berpantang Shaklee ni? Haa tak yah risau, sebab aku pun memang jual. hehe. So far, mmg banyak sgt feedback bagus daripada mummy2 yang consume set berpantang Shaklee. Dapat rasakan perbezaan antara consume dan tak consume. Alang-alang bulan ni ada promo Omega Guard, jadi set berpantang Shaklee ni pun ada harga special murah dr biasa. Ada yang cakap, macam mana nak makan semua ni? Jangan risau, purchase dengan Irine, Irine akan bagi special consultation/guide cara makan supplement dengan betul mcm yang Irine sendiri consume.
Boleh hubungi Irine untuk lebih lanjut,

Irine Nadia,
Wassap : 010-2210776
Your Health and Beauty Consultant


Nak tengok lebih banyak info-info tentang set2 Shaklee, boleh follow official Instagram Shaklee Irine :-

@irinenadiashaklee


Ok tuh je lah nak share apa yang perlu dibawa dan perlu disediakan :)
Dan cakap siap-siap, tak semestinya semua kena ada, yang ni berdasarkan pengalaman sebelum ni dan apa yang diri sendiri rasa perlukan. Lepas dah packing semua barang, jangan lupa letak siap-siap dalam kereta ok! nanti kalut pulak.

Bye-bye! 














2 comments:

wani ezryl * said...

wahh excitednya baca cerita persiapan irine nak deliver baby boy nanti! ^^ biasanya anak 1st mmg mcm2 kita nak bwk kan sebab 1st time and xtau. dah lps2 tu kebiasaannya brg2 yg dibawak ke hospital akan berkurangan, lebih kpd yg penting2 je. sy, anak 1st dlu pun refer kat list blog irine.. lahir dkt2 dgn medina jugak bulan jun 2013. semoga dipermudahkan urusan deliver untuk anak ketiga ni :)

renie cenderahati said...

Amat lengkap persediaan semua ni utk newborn bayi. Blh jadi rujukan yang berguna kpd semua expectant mum.

RG

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in