Macam mana boleh menyusu masa mengandung dan menyusu sampai anak umur hampir 3 tahun?


Assalamualaikum. 

Lama jugak tak update blog. Rindu, tangan pun gatal je rasa nak type entry, tp tuh la tak boleh duduk lama sangat atas kerusi lagi-lagi kandungan ketiga ni dah membesar. InshaAllah next month kalau diizinkan Tuhan, akan bersalin baby no 3 ni. Im so excited plus masih dalam proses prepare fizikal dan mental utk suasana bertukar dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. 

Ok jom nak bebel jap. 


Dua beradik ni anak-anak perempuan kesayangan, masing-masing nampak dah besar kan? Masing-masing active, masing-masing manja, yelah nama pun anak perempuan. Irine nak sharekan pengalaman Irine and husband besarkan diorang dari size tapak tangan sampailah sekarang ni si kakak dah pun masuk umur 3 tahun lebih dan si adik berumur 1 tahun lebih. 

Anak 1st, Medina. Macam yang sedia maklum dan pernah Irine sharekan sebelum ni, dia dilahirkan secara ceaser. Kenapa ceaser? Sebab mengada kepala tak nak turun bawah! haha. Position dekat atas je. Makanya, kena ceaser la gamaknya disebabkan songsang. 1st time pengalaman jadi seorang ibu 3 tahun lebih yang lepas, bukanlah mudah. Nampak macam "alah sweetnya, alah bestnyaaa ada anak time usia muda ". haha. tapi behind the scene banyak dugaan, banyak cabaran. Lagi-lagi umur masa tu masih mentah lagi 21 tahun. Tapi benda macam tu lah yang mematangkan pemikiran kita lebih daripada umur kita yg sebenarnya. Kadang-kadang rasa bukan 24 tahun, tapi lebih dr tu. haha.

(sebenarnya nak cakap terasa tua dr umur. hihik)

Masa 1st time jadi seorang ibu, dah tekad dan niat siap-siap,

"aku nak jugak menyusu badan penuh dekat anak-anak, apa-apa pun kena usaha!"
(padahal masa tu istilah FULL BF pun tak tau lagi. mati-mati ingat BF tu best friend! lol) 

Medina pulak lahir-lahir bukan terus pandai hisap susu, ambil masa 2 bulan baru dia pandai hisap susu direct. Puas mengajo dia tau! Apa yang Irine investkan untuk make sure Medina dapat BF, is ikhtiar dengan cara amalkan supplement tambahan. Situasi kita semua tak sama, lain orang lain caranya. Ada orang tak payah makan supplement apa-apa pun, rezeki dia Allah dah tetapkan susu melimpah ruah. Tapi yang jenis sikit cinonet ni macam mana pulak? Takkan nak putus asa, tak kan asik-asik nak bagi alasan sama je "susu takde, susu sikit". That's why lah u kena ikhtiar! Kalau dah usaha tapi tak ikhtiar, tak guna jugak sebab tak seiring. 



Kalau nak cakap dari segi susahnya nak menyusu badan ni, Irine pun susah jugak dulu. Irine jamin, siapa yang pernah ada pengalaman melahirkan anak secara ceaser, waktu 1st time jumpa baby, larat ke nak terus susukan baby? Tak kan? Sebab luka ceaser yang terlampau sakit menghalang niat kita nak pegang, nak dakap baby apatah lagi nak berkepit nak bagi susu badan. Nak bangun pun susah, apetah lagi nak beralih arah badan. Hati ibu mana yang tak sedih, nurse awal-awal dah suapkan baby dgn susu bancuh sbb tgk si ibu tak larat nak menyusu. tapi nak buat macam mana, baby dah lapar.

Supplement yang Irine decide untuk cuba consume masa 1st time bersalin tu ialah Set Breastfeeding Shaklee. Masa tu memang jakun betul, dapat berbotol-botol supplement Shaklee. Rasa syok tengok. Apa yang Irine mula-mula jatuh hati dengan Shaklee product ialah bermulanya dengan Set BF dia dan juga set berpantang Shaklee. Consistent makan, tak skip, Alhamdulillah dapat susukan anak pertama Medina sampailah umur dia almost nak cecah 3 tahun barulah dpt wean-off (sekarang pun dia bf lagi tapi time nak tido petang dan malam je.hehe). 

Masa pregnantkan anak kedua, Hasya, masih menyusukan Medina macam biasa, sampailah adik dia lahir. Hasya pula rezeki kali tu dapat bersalinkan secara normal walaupun gap tak sampai 2 tahun. Dua beradik ni share sama-sama menyusu dengan cara tandem nursing. Sama juga dengan kes Hasya, pregnant kali ketiga ni, still dapat menyusukan dia macam biasa. Penat tak menyusu masa mengandung? Of courselah penat, penipu sape kata tak penat. Tapi, ikhtiar dengan amalkan makanan tambahan Shaklee untuk bekalkan tenaga, menggalakkan production susu walaupun sedang mengandung, memekatkan susu dan lain-lain. 

Cuma apa yang Irine boleh sharekan dekat sini, jangan pernah rasa takut,risau atau terlalu sayangkan duit untuk investkan duit kepada sesuatu product yang terbukti bagus, banyak testimoni dan juga berbaloi-baloi. Kenapa Irine cakap berbaloi-baloi? Sebabkan product Shaklee bukan hanya bertahan setakat sebulan makan je, tapi berbulan-bulan lamanya.




 Irine amalkan FULLSET BREASTFEEDING SHAKLEE start daripada anak pertama lagi. 
Fullset BF which is ESP, B complex, Ostematrix, Alfafa Complex, Vitalea dan juga Vit C. Kesemua ni tahan berbulan-bulan tau bukan setakat sebulan ya. Mostly tahan 3-4 bulan dan Vit C tu pula tahan 6 bulan. Fuhh, worth it sungguh! Ni lah rahsia Irine selama ni kalau nak tau. hehe. Pasni jangan tanya lagi :P 

Mesti ada yang cakap, banyaknya kena makan! Yup betul, tapi kesemua ni bukan kena makan secara serentak ya. Ada jadual dia sendiri yang selalunya Irine akan guidekan special untuk customer yang purchase dengan Irine. Irine akan ajarkan macam mana cara makan sebagaimana yg Irine amalkan selama ni. Kalau nak beli set budget pun ada juga, just wassap Irine ok?

Meh Irine terangkan secara details

Khasiat dan kebaikan Set BF Shaklee :-

  • Memberi nutrisi penyusuan buat si ibu
Set penyusuan Shaklee mengandungi multivitamin lengkap iaitu Vita-lea yang membantu melengkapkan kekurangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Ini menjadikan si ibu lebih sihat dan cergas serta dalam masa yang sama dapat menyalurkan kebaikan tersebut melalui penyusuan ibu.

  • Mengurangkan stress
Tekanan yang keterlaluan dirumah dan office boleh menjejaskan penghasilan susu badan. Set Penyusuan Shaklee membantu melegakan tekanan dan menjadikan ibu lebih tenang. Kurang rasa nak marah, kurang rasa tension! Bukankah keadaan yang tenang dan rileks boleh melancarkan pengaliran susu?

  • Lebih bertenaga dan kurang jatuh sakit
Ibu akan merasa lebih segar bertenaga walaupun bekerja di siang hari dan melakukan tugas rutin di rumah pada waktu malam. Vit C membantu meningkitkan antibodi si ibu dan seterusnya meningkatkan daya tahan melawan penyakit buat si comel. Sumber kalsium dari Ostematrix pula merangsang penghasilan pembentukan tulang dan gigi yang kuat disamping mengurangkan masalah susu merundum ketika haid. Ianya juga salah satu supplement yang sangat diperlukan untuk mengelakkan daripada mengalami sembelit.

  • Kehadiran protein ESP sebagai milk booster , menambah production susu, memekatkan susu dan menghasilkan kualiti susu yang terbaik
ESP menghasilkan tisu-tisu baru yang lebih sihat dan cantik. Hasilnya kulit ibu dan bayi menjadi bersih dan cantik selain memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sesuai untuk mereka yang nak berdiet secara sihat. 

  • Alfafa sebagai penggalak susu terbaik
Alfafa menggalakkan penghasilan susu si ibu. Selain bertindak sebagai milkbooster, juga membuat perut menjadi senang lawas dan mudah untuk membuang. 

  • Setiap Set breastfeeding Shaklee boleh bertahan selama 2-6 bulan lamanya. Sangat jimat untuk jangkamasa yang panjang dalam membantu kita melengkapkan misi penyusuan buat baby tersayang.




Bulan ni Shaklee offerkan ada promotion untuk ESP dan juga VIT C. So, Irine highly recommended untuk beli bulan ni sebab harga jauh lebih murah berbanding biasa. I tell u, wajib cuba kalau dah pasang niat daripada awal untuk full bf kan baby. Rugi tak beli bulan ni. 

Boleh contact Irine untuk dapatkan set breastfeeding Shaklee. 

IRINE NADIA 
Whatssap for order : 010-2210776
Your Health and Beauty Consultant

Follow Instagram : @irinenadiashaklee
untuk lihat banyak lagi set-set shaklee yang Irine jual. 
















6 comments:

wani ezryl * said...

alah comelnya 2 beradik ni, geram tgk! ^^

ayunie ramli said...

memang salute sape boleh bertahan menyusu anak sampai besar :) komitmen memang kena tinggi.

Shesyira As said...

bestnya ad anak time muda :') hope saya pun ada rezeki nanti

BELAJAR BAHASA said...

Menyusui anak hingga usia anak 2 tahun, salam dari saya blogger Indonesia

Hendrawati Ariffin said...

assalamualaikum irene..
kak n sentiasa ikuti perkembangan irene tau..

tahniah irene..tak sabar nak tgk baby baru irene adik@ madina dan hasya

kak n pun sama jenis yang susukan anak time pregnant pun susukan anak

Elih Japahar said...

alalalaa..comelnya :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in