Perbezaan mengandungkan anak pertama, anak kedua dan anak ketiga




Assalamualaikum Hye :)

Harini rasa free sikit, dah setel-setel hal rumah, sambil-sambil ambil order customer Shaklee, Hasya pun tengah sedap tido dekat sebelah aku ni, Medina pulak tengah syok leka main. Rasa free lah sikit walaupun mata ni kenalahhh alert melilau-lilau pantau setiap pergerakan anak-anak depan mata. hihi

Rasa kali ni tak nak terlepas nak ceritakan pengalaman mengandungkan anak pertama, kedua dan ketiga dalam perut sekarang ni. Kot nanti-nanti bila anak-anak dah besar panjang boleh jadi bahan bacaan balik, "oooOOo macamni rupanya dulu aku mengandungkan dorang". heks!

Kali ni punya pregnancy pun boleh aku katakan sangat berbeza berbanding mengandungkan anak pertama dan kedua, iaitu Medina dan adik dia, Hasya. Masa mengandungkan si kakak dan si adik dulu, dia punya mabuk, mual, loya agak kritikal dan lama juga nak tunggu redaa. Tapi yang kali ketiga ni, Alhamdulillah, morning sickness tu tak berpanjangan. Habis je 1st trimester dulu, terus dah rasa ok. Muntah-muntah pun takde cuma kalau naik kereta je aku sensitif sikit, mudah rasa angin dah naik kepala dan boleh sebabkan aku rasa muntah. Kalau tak naik kereta, takde hal. Everything berjalan dengan lancar pregnancy kali ni. 



Anak-anak ibu tinggal tak berapa lama je lagi nak jadi kakak. 

Kak Nina lagi sekali jadi kakak, ada 2 paku dekat bahu dia lepasni, kakak kuasa dua. 
Dik Hasya pulak, InshaAllah kalau Allah izinkan naiklah satu pangkat jadi kakak Hasya. Aku macam tak percaya lagi si Hasya nak jadi kakak. haha. Macam tak yakin aku tengok dia tu.haha. 


Jantina baby kali ketiga ni awal dapat tau. Masa 4 bulan dulu lagi dah tau. Jadi aku rasa agak kekok dan macam terpaku kejap bila doctor cakap dah nampak gender baby awal. Mana tak nya, 2x aku pregnantkan anak perempuan, kemain susahhh nak confirmkan gender! haha. Punyalah pemalu nak tunjuk flower. Medina dan Hasya, dua-dua doctor confirmkan gender girl bila usia kandungan dah 7 bulan ke atas. Bila dah nampak gender awal tu, tau-tau je lah kan gender baby apa. hehe. 


Setakat harini, tiap kali scan, dah 5x nampak gender baby yang sama, harap-harap tak bertukar lah ye. Pengsan mak nanti ! Bila dah 5x nampak gender baby sama, jadi senang lahhh untuk aku beli baju dan buat preparation sikit mengikut color tema gender sepatutnya :'D 

Tapi, apa-apa pun, betul lahh orang cakap, instinct seorang ibu tak pernah salah. Aku boleh cakap yang instinct seorang ibu yg mengandung ni pun tak pernah salah lagi-lagi bab gender. hihi. 

Ini antara perbezaan dan pengalaman aku mengandungkan anak pertama, anak kedua dan anak ketiga kali ni. Tapi aku cakap siap-siap lah ye, semua orang mengandung ragam dan perangai dia lain-lain. Aku perasan aku punya ragam mengandung kali ni banyak terbalik. SEMUA ORANG TAK SAMA. kalau sama tu anggap je lah kebetulan :)


Pengalaman mengandungkan anak pertama Medina dan anak kedua Hasya






  • aku alami morning sickness yang teruk. Start kandungan seawal 7 minggu, aku dah macam mayat hidup. Toilet tu lah best friend kamceng aku sebab kerap muntah, loya, mual.



  • Bila dah muntah teruk, of course lah selera makan pun ZERO. Takde selera makan langsung. Apa yang dimakan, itulah yang dikeluarkannya semula.



  • Pemalas, tak suka masuk dapur dan apetah lagi tak suka masak.haha. Orang dah mabuk, nak masak ape nyerrr. haha. Boleh dikatakan, masa mengandung Medina dan Hasya, banyak jugak mintak husband tapawkan nasi bungkus. huhu. Sian husband :'D



  • Bentuk perut besar, nampak "tinggi", bentuk melintang dan lebarrrr.



  • Suka makan makanan masam-masam. Macam jeruk-jeruk tu. Makanan manis-manis kurangg.



  • Tak boleh makan makanan yang bercirikan daging. Anti-daging. Kalau macam favourite aku sendiri daging kambing, tapi masa pregnant Medina & Hasya, totally TAK BOLEH TELAN.



  • Rasa berseri masa pregnant (huahuahua, biarlah i nak perasan kejap). Rasa berseri tu dia macam ada satu perasaan level confident yang tinggi bila mengandung. Nak kata rasa macam cantik, idok lerr, tapi rasa macam yakin and berseri. Eh tah, macam mana tah nak describe! faham2 kome lah yerr! Sebab perasaan tu datang dari dalam boleh rasa. hehe



  • Berat badan naik cepat semasa mengandung. Total berat yang naik masa mengandung Medina dan Hasya ialah 10kg.



  • Tak suka duduk dekat dengan husband, rasa sensitiffff. Asal dekat je, muntahh. Asal muntah jerrr,dekat! eh.haha



Pengalaman mengandungkan anak ketiga


  • Alami morning sickness macam biasa, start daripada awal 7-8 minggu, cuma morning sickness kali ni tak lama dan tak berpanjangan.



  • Suka masak, suka masuk dapur, dan rajin giler masak !! haha. Kurang makan makanan dekat luar, tak suka beli. Lebih suka masak sendiri dekat rumah, husband kali ni pun jarang aku suruh dia tapawkan nasi bungkus dekat luar. Husband gembira dan dia pandai ambil kesempatan terhadap wife dia bila mood rajin masak ! haha.



  • Perut kecik, tak besar macam sebelum-sebelum ni. Sampaikan orang tak tau pun aku pregnant lagi. Bentuk perut memboyot ke hadapan dan nampak macam "tajam" dan "rendah" .



  • Suka makan makanan manis-manisssssss!! Yang ni sangattttt ok! Daripada awal mengandung sampailah sekarang, makanan manis-manis je aku carik. Ice cream lahh, kuih-kuih tradisional lah, coklat lah, dan lain-lain. Makanan masam aku tak suka sangat. Jeruk pun kali ni aku x makan.



  • Suka makan dagingg! haha. Daging, ayam dua-dua aku boleh bedal. Seafood memang suka sangat.



  • Rasa kulit kusam. Tak rasa cantikkk pun mengandung kali ni.  tapi kenapaa! kenapaa!! kenapaa! hahaha!



  • Berat badan turun mendadak. Orang sepatutnya berat badan naik, ni tak, kes kali ni berat aku mendadak turun 8 kilo dah sama macam berat sebelum aku mengandungkan anak pertama.Doctor cakap, berat baby naik, tapi berat ibu tak bertambah. Ramai tegur cakap kurus macam tak mengandung.



  •  Suka duduk dan berkepit dengan husband. Sampaikan dia rimas nak pegi keje pun aku sebok nak mengendeng! hahah. Kisah pulak aku kann dia rimas.haha.



  • Kulit jadi keringg. Dapat tengok kulit kali ni kering dan aku allergic teruk gatal-gatal dekat tangan dan badan. Rasa macam miang-miang. Lagi-lagi waktu malam.



  • Kerap sakit kepala.



Persamaan mengandung ketiga-ketiga anak


  • Tiap kali pregnant, kulit muka bersih. Jerawat satu bijik takut nak hinggap. Susah nak naik jerawat. Sebab tu aku suka pregnant, sebab jerawat takde! hihi



  • Malas mandi of course! haha



  • Suka bangun lambat (sampaikan husband aku cakap nak call ayah aku kat kampung suruh datang rumah kejutkan aku,haha)



  • Tiap kali mengandung, mengalami semput macam tak cukup nafas. Bila jadi semput, terus aku rasa telinga berdesing, macam ada double sound. Selalunya, lepas bersalin je, baru semput hilang. Maknanya, semput/lelah ni jadi time aku mengandung je, kalau tak mengandung takde pun.





Jadi, itulah perbezaan antara ketiga-ketiga mengandung kali ni dan InshaAllah kalau Allah izinkan, yang ketiga ni baby boy :'D hihi


scan beberapa bulan yang lepas, nampak pistol. huhu



dan aku masih dalam proses readykan diri, sebelum yang ketiga bakal muncul di tengah-tengah tu nanti. hehehehe. Moga dipermudahkan segala urusan, InshaAllah.



Kali ni kekal bertenaga dengan supplement Shaklee :) 


Agak-agak macam mana pulak pengalaman u all pulak mengandung kali ni? 
Jom lah share-share !



Oh ya, anyway jangan lupa tau PROMO Shaklee bulan ni. Set-set yang laris and BEST SELLER setakat ni :-

1) Set mengandung 1st Trimester Shaklee



2) Set mengandung 2nd/3rd Trimester Shaklee




Kalau korang ada budget lebih, Irine kebiasaannya akan suggestkan add on ESP. 
ESP sangat bagus semasa pregnant.

3) Set berpantang Shaklee


Set berpantang Shaklee yang Irine amalkan daripada 1st baby, 2nd baby dan for sure akan repeat lagi sekali amalkan masa lepas bersalin baby no 3 nanti. Kenapa suka sangat dengan set dalaman berpantang Shaklee ni? Sebab bila consume set Shaklee, luka bersalin tak kisah bersalin ceaser atau normal skalipun cepat baik dan sembuh, Alhamdulillah. 

4) Set Skincare Shaklee



5) ESP




6) Set Menyusu Shaklee

Set-set lain yang famous customer order :-

1) Set Resdung
2) Set Kesuburan
3) Set hormon tak stabil/period tak teratur
4) Set basic Slimming Shaklee
5) Set Weight Gain Shaklee


Tak tau cara consume supplement Shaklee dengan betul? Boleh hubungi Irine untuk pembelian harga PROMO JAUH LEBIH MURAHHHH. Special consultation dan Irine akan guide customer yang purchase set Shaklee dengan Irine cara makan vitamin dengan betul. 

IRINE NADIA
SID SHAKLEE
ORDER (WASSAP ONLY) : 010.221.0776
Instagram : @irinenadiashaklee / @irine_nadia

15 comments:

safurara said...

Tahniah Irene, doakan Rara dpt boy juga. hehehe

ayunie ramli said...

mek jugak la yang same mngndong ank no 2 dengan no 1. tak berseri2, tapi girl. hehehe. btol2, setiap orang sangat berbeza alahannya. tak same. ade yg senang, ade yg tak.

anyway, thniah ye :)

Hannis said...

Kita pun tengah pregnant and baby boy! so far, sama je kita punya perangai. yang lainnya, kita takda langsung morning sickness sampai taktau pun dah pregnant, check pun sebab period lambat. hahaha and berat naik mendadak sebab selera makan membuak buak, takda mual, takda muntah balik makanan tu. ada rasa tu, tapi tak teruk sangat and tak sampai muntah. and yes! memang rasa kusam je kulit. cam tak cantik je rasa hahaha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. Sheila pregnant 2 hero memang awal trimester je mabuk & anti daging/ayam. Pastu smpai bersalin alhamdullilah senang. Perut pu. Kecik, memang tak nampak macam mengandung. Tak sabar nak dapat baby girl.. tgu 2nd baby ni membesor sikit atleast 1 tahun ke atas kot. Hahaha pengalaman mengandung, memang best cuma dlm labour room je seramnya susah nak hilang. Kihkihkihhh semoga dipermudahkan urusan awak ye dik ;)

reen shazarina said...

Tahniah irene.. lama dah tak berblogwalking.. tengok-tengok dah nak no 3 dah.. seronok lah nak dapat boboiboy.. hehe.. doakan akak dapat gegirl pulak lepas ni..

Farhain Azmi said...

Wah tahniah irene.. nak masuk 3 anak pun, muka still babyface n lawa lgi. saya tgh preggy 2nd baby, skrg dh 4 months. alahan kurang skit dr msa 1st preggy, cuma tak selera makan.makan pastu muntah terutama nasi. sekarang dah better skit. msa preggy anak first dlu, 5 bln pun still muntah lg. oh anak first dlu girl. hrp2 yg ni boy la. hehe

Liyliz Yusof said...

umur kite sama tapi irine dah nak masuk anak ketiga dah. taniah2

MOHD.IZZUDDIN FITRI ABD AZIZ said...

Wah, banyak tu vitamin perlu makan.

M I Fitri
acil89.blogspot.my

wani ezryl * said...

wahh bestnya scan nampak baby boy! ^^ congrats irine, husband, kakak medina and (bakal) kakak hasya.

sy time pregnantkan anak 1st dan 2nd, dua2 tu tak pernah muntah, cuma rasa tekak loya sikit awal2. lepas bulan ketiga hilang. and betullah bentuk perut tu berbeza; kalau baby girl, lebar. kalau baby boy; slim. hihi

have a wonderful pregnancy journey, irine! :)

cik chinta said...

tahniah dah ada dedua jantina lepas ni

intandayani said...

Tingginya Medina.
Bape dah tinggi dia tu?
Alhamdulillah Allah bagi rezeki anak dan macam-macam rezeki lagi.

Jom like page www.facebook.com/seqybeautyputrajaya

Ismi Ikin said...

Rasa macam cepat je kakhasya nak jadi kakak dah. hehe

Adams Hub said...

tahniah.

http://adamshub.my/blog/

Nurulfatin Adiana said...

tahniah...semoga dapat boy...biasa klu boy ni mmg cpt show..yg pmpuan malu2 nk tunjuk..

sudi2lah singgah ke blog saya

adianazulhilmistory.blogspot.com

Nieyxzha Hassan said...

tahniah irene. sama plak kita 1st and 2nd gegurl. 3rd boy :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in