Perbezaan mengandungkan anak pertama, anak kedua dan anak ketiga




Assalamualaikum Hye :)

Harini rasa free sikit, dah setel-setel hal rumah, sambil-sambil ambil order customer Shaklee, Hasya pun tengah sedap tido dekat sebelah aku ni, Medina pulak tengah syok leka main. Rasa free lah sikit walaupun mata ni kenalahhh alert melilau-lilau pantau setiap pergerakan anak-anak depan mata. hihi

Rasa kali ni tak nak terlepas nak ceritakan pengalaman mengandungkan anak pertama, kedua dan ketiga dalam perut sekarang ni. Kot nanti-nanti bila anak-anak dah besar panjang boleh jadi bahan bacaan balik, "oooOOo macamni rupanya dulu aku mengandungkan dorang". heks!

Kali ni punya pregnancy pun boleh aku katakan sangat berbeza berbanding mengandungkan anak pertama dan kedua, iaitu Medina dan adik dia, Hasya. Masa mengandungkan si kakak dan si adik dulu, dia punya mabuk, mual, loya agak kritikal dan lama juga nak tunggu redaa. Tapi yang kali ketiga ni, Alhamdulillah, morning sickness tu tak berpanjangan. Habis je 1st trimester dulu, terus dah rasa ok. Muntah-muntah pun takde cuma kalau naik kereta je aku sensitif sikit, mudah rasa angin dah naik kepala dan boleh sebabkan aku rasa muntah. Kalau tak naik kereta, takde hal. Everything berjalan dengan lancar pregnancy kali ni. 



Anak-anak ibu tinggal tak berapa lama je lagi nak jadi kakak. 

Kak Nina lagi sekali jadi kakak, ada 2 paku dekat bahu dia lepasni, kakak kuasa dua. 
Dik Hasya pulak, InshaAllah kalau Allah izinkan naiklah satu pangkat jadi kakak Hasya. Aku macam tak percaya lagi si Hasya nak jadi kakak. haha. Macam tak yakin aku tengok dia tu.haha. 


Jantina baby kali ketiga ni awal dapat tau. Masa 4 bulan dulu lagi dah tau. Jadi aku rasa agak kekok dan macam terpaku kejap bila doctor cakap dah nampak gender baby awal. Mana tak nya, 2x aku pregnantkan anak perempuan, kemain susahhh nak confirmkan gender! haha. Punyalah pemalu nak tunjuk flower. Medina dan Hasya, dua-dua doctor confirmkan gender girl bila usia kandungan dah 7 bulan ke atas. Bila dah nampak gender awal tu, tau-tau je lah kan gender baby apa. hehe. 


Setakat harini, tiap kali scan, dah 5x nampak gender baby yang sama, harap-harap tak bertukar lah ye. Pengsan mak nanti ! Bila dah 5x nampak gender baby sama, jadi senang lahhh untuk aku beli baju dan buat preparation sikit mengikut color tema gender sepatutnya :'D 

Tapi, apa-apa pun, betul lahh orang cakap, instinct seorang ibu tak pernah salah. Aku boleh cakap yang instinct seorang ibu yg mengandung ni pun tak pernah salah lagi-lagi bab gender. hihi. 

Ini antara perbezaan dan pengalaman aku mengandungkan anak pertama, anak kedua dan anak ketiga kali ni. 


Pengalaman mengandungkan anak pertama Medina dan anak kedua Hasya






  • aku alami morning sickness yang teruk. Start kandungan seawal 7 minggu, aku dah macam mayat hidup. Toilet tu lah best friend kamceng aku sebab kerap muntah, loya, mual.



  • Bila dah muntah teruk, of course lah selera makan pun ZERO. Takde selera makan langsung. Apa yang dimakan, itulah yang dikeluarkannya semula.



  • - Pemalas, tak suka masuk dapur dan apetah lagi tak suka masak.haha. Orang dah mabuk, nak masak ape nyerrr. haha. Boleh dikatakan, masa mengandung Medina dan Hasya, banyak jugak mintak husband tapawkan nasi bungkus. huhu. Sian husband :'D



  • Bentuk perut besar, nampak "tinggi", bentuk melintang dan lebarrrr.



  • Suka makan makanan masam-masam. Macam jeruk-jeruk tu. Makanan manis-manis kurangg.



  • Tak boleh makan makanan yang bercirikan daging. Anti-daging. Kalau macam favourite aku sendiri daging kambing, tapi masa pregnant Medina & Hasya, totally TAK BOLEH TELAN.



  • Rasa berseri masa pregnant (huahuahua, biarlah i nak perasan kejap). Rasa berseri tu dia macam ada satu perasaan level confident yang tinggi bila mengandung. Nak kata rasa macam cantik, idok lerr, tapi rasa macam yakin and berseri. Eh tah, macam mana tah nak describe! faham2 kome lah yerr! Sebab perasaan tu datang dari dalam boleh rasa. hehe



  • Berat badan naik cepat semasa mengandung. Total berat yang naik masa mengandung Medina dan Hasya ialah 10kg.



  • Tak suka duduk dekat dengan husband, rasa sensitiffff. Asal dekat je, muntahh. Asal muntah jerrr,dekat! eh.haha



Pengalaman mengandungkan anak ketiga


  •  Alami morning sickness macam biasa, start daripada awal 7-8 minggu, cuma morning sickness kali ni tak lama dan tak berpanjangan.



  •  Suka masak, suka masuk dapur, dan suka masak !! haha. Kurang makan makanan dekat luar, tak suka beli. Lebih suka masak sendiri dekat rumah, husband kali ni pun jarang aku suruh dia tapawkan nasi bungkus dekat luar. Husband gembira dan dia pandai ambil kesempatan terhadap wife dia bila mood rajin masak ! haha.



  • Perut kecik, tak besar macam sebelum-sebelum ni. Sampaikan orang tak tau pun aku pregnant lagi. Bentuk perut memboyot ke hadapan dan nampak macam "tajam" dan "rendah" .



  • Suka makan makanan manis-manisssssss!! Yang ni sangattttt ok! Daripada awal mengandung sampailah sekarang, makanan manis-manis je aku carik. Ice cream lahh, kuih-kuih tradisional lah, coklat lah, dan lain-lain. Makanan masam aku tak suka sangat. Jeruk pun kali ni aku x makan.



  • Suka makan dagingg! haha. Daging, ayam dua-dua aku boleh bedal. Seafood memang suka sangat.



  • Rasa kulit kusam. Tak rasa cantikkk pun mengandung kali ni.  tapi kenapaa! kenapaa!! kenapaa! hahaha!



  • Berat badan turun mendadak. Orang sepatutnya berat badan naik, ni tak, kes kali ni berat aku mendadak turun 8 kilo dah sama macam berat sebelum aku mengandungkan anak pertama.Doctor cakap, berat baby naik, tapi berat ibu tak bertambah. Ramai tegur cakap kurus macam tak mengandung.



  •  Suka duduk dan berkepit dengan husband. Sampaikan dia rimas nak pegi keje pun aku sebok nak mengendeng! hahah. Kisah pulak aku kann dia rimas.haha.



  • Kulit jadi keringg. Dapat tengok kulit kali ni kering dan aku allergic teruk gatal-gatal dekat tangan dan badan. Rasa macam miang-miang. Lagi-lagi waktu malam.



  • Kerap sakit kepala.



Persamaan mengandung ketiga-ketiga anak


  • Tiap kali pregnant, kulit muka bersih. Jerawat satu bijik takut nak hinggap. Susah nak naik jerawat. Sebab tu aku suka pregnant, sebab jerawat takde! hihi



  • Malas mandi of course! haha



  • Suka bangun lambat (sampaikan husband aku cakap nak call ayah aku kat kampung suruh datang rumah kejutkan aku,haha)



  • Tiap kali mengandung, mengalami semput macam tak cukup nafas. Bila jadi semput, terus aku rasa telinga berdesing, macam ada double sound. Selalunya, lepas bersalin je, baru semput hilang. Maknanya, semput/lelah ni jadi time aku mengandung je, kalau tak mengandung takde pun.





Jadi, itulah perbezaan antara ketiga-ketiga mengandung kali ni dan InshaAllah kalau Allah izinkan, yang ketiga ni baby boy :'D hihi


scan beberapa bulan yang lepas, nampak pistol. huhu



dan aku masih dalam proses readykan diri, sebelum yang ketiga bakal muncul di tengah-tengah tu nanti. hehehehe. Moga dipermudahkan segala urusan, InshaAllah.



Kali ni kekal bertenaga dengan supplement Shaklee :) 


Agak-agak macam mana pulak pengalaman u all pulak mengandung kali ni? 
Jom lah share-share !



Oh ya, anyway jangan lupa tau PROMO Shaklee bulan ni. Set-set yang laris and BEST SELLER setakat ni :-

1) Set mengandung 1st Trimester Shaklee



2) Set mengandung 2nd/3rd Trimester Shaklee




Kalau korang ada budget lebih, Irine kebiasaannya akan suggestkan add on ESP. 
ESP sangat bagus semasa pregnant.

3) Set berpantang Shaklee


Set berpantang Shaklee yang Irine amalkan daripada 1st baby, 2nd baby dan for sure akan repeat lagi sekali amalkan masa lepas bersalin baby no 3 nanti. Kenapa suka sangat dengan set dalaman berpantang Shaklee ni? Sebab bila consume set Shaklee, luka bersalin tak kisah bersalin ceaser atau normal skalipun cepat baik dan sembuh, Alhamdulillah. 

4) Set Skincare Shaklee



5) ESP




6) Set Menyusu Shaklee

Set-set lain yang famous customer order :-

1) Set Resdung
2) Set Kesuburan
3) Set hormon tak stabil/period tak teratur
4) Set basic Slimming Shaklee
5) Set Weight Gain Shaklee


Tak tau cara consume supplement Shaklee dengan betul? Boleh hubungi Irine untuk pembelian harga PROMO JAUH LEBIH MURAHHHH. Special consultation dan Irine akan guide customer yang purchase set Shaklee dengan Irine cara makan vitamin dengan betul. 

IRINE NADIA
SID SHAKLEE
ORDER (WASSAP ONLY) : 010.221.0776
Instagram : @irinenadiashaklee / @irine_nadia

6 comments:

Dieyla's blog said...

Murah rezeki irine.
Bestnyaaa
Doakan saya juga ye dapat anak2, yg comel :)

Ziela said...

assalam...irine nak tanya...diluar tajuk...mana beli ye pyjamas ank2 irine tu? cantikla

LyNdA Aziz said...

seronoknya rasa bila awal awal dah tahu jantina baby kan. hihihi.
tahniah irine.

Nyamuk Terbang said...

lama tak buka blog irine...dah nak dapat anak ketiga...wah tahniah

chiku the chucuru said...

geramnya... baju diorang ni semua comel-comel.. tahniah on ur 3rd baby! semoga dipermudahkan.. saya pregnant boy pun alah dia tak seteruk alah anak girl.

TANPANAMA said...

saya pregnant 4 anak semua sama, takde mabuk2 atau morning sickness.Cuma anak ke 4 gegurl suka sgt makan lamb chop. Alhamdulillah sepanjang pregnancy sgt energetic, suka drive dan suka masak. Boleh drive alone ke JB sampai bos puji tahan lasak.3 daripadanya czer, sorg je lahir ikut pintu.hihi

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in