Launching book event Buku Cerita & Cinta


Assalamualaikum heloo!

Banyak jugak cerita-cerita yang tak cukup masa nak update dekat blog, sekarang ni semua banyak share dekat instagram je. Tu yg paling laju dan mudah nak type dalam waktu-waktu macam ni.Sampaikan buku keluaran sendiri pun tak cerita dalam blog.Kesian ko blog kena dianak-tirikan dengan tuan tanah. huhu

Harini baru rasa lapang sikit nak update entry. Anyway, after 9 years jadi blogger dan mempunyai sebuah blog yang x seberapa powerr macam orang lain, terhasil satu lagi penulisan tapi kali ni ianya berbentuk senaskhah buku pula :)


Setelah berhempas-pulas memerah otak tulis manuskrip yang berpuluh-puluh ribu patah perkataan dalam buku ni, finally terhasillah sebuah buku yang diberi tajuk "Cerita & Cinta". Ecewahhh. haha

Sebenarnya, dah hampir sebulan lebih jugak buku Cerita & Cinta ni start dijual. Cuma aku kurang war-warkan dekat blog dan juga facebook, lebih aktif share dalam instagram. hihi. Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh keluarkan buku sendiri. hiks. Bagi yang datang masa majlis pelancaran buku ni haritu, mesti dah tau, sebab time interview aku dah cerita pun tentang ni. Yang tak tau lagi, meh aku cite sikit. Drpd tahun lepas lagi, masa aku tengah sarat mengandung anak kedua, Hasya, aku dapat email daripada satu team publisher buku ni yang nak approach aku untuk tulis dan terbitkan buku penulisan sendiri. Mula-mula tu aku macam ragu-ragu sikit sebab fikirkan nak tulis buku bukannya senang. Ambil masa yang lama kot, sedangkan nak tulis satu entry dekat blog pon macam nak bercinta je. haha. Dengan keadaan aku dengan 2 orang anak yang sentiasa nak kan perhatian , lagi lahhh. Mencabar sungguh. 

Fikir punya fikir, lepas tanya husband, aku pon decide bagi green light dekat team publisher ni. Team publisher yang berjasa pada aku ni namanya Sorok Kitab. hehe. Kitorang set appointment untuk jumpa discuss, apa yang diorang nak aku tulis dalam buku ni, nak konsep macam mana,  berapa lama masa yang diorang bagi dekat aku untuk siapkan manuskrip, dan lain-lain. Nampak macam senang kan, tapi almost 7-8 bulan jugak aku nak siapkan manuskrip ni. Phewww~ Tapi happylahh sebab memang one of my dream jugak drpd zaman sekolah dulu nak hasilkan sebuah buku, lagi-lagi aku ni mmg suka bab penulisan daripada zaman sekolah lagi :D 



Bila publisher aku cakap, buku dah siap print, aku dah excited sangat dah tapi dalam masa yang sama nervous jugak. Selalu aku luahkan dekat publisher aku, aku cakap aku risau, ada ke orang nak beli buku aku.haha. 

Buku Cerita & Cinta start dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Maeps, Serdang bulan lepas. Alhamdulillah, Cerita & Cinta jadi buku best seller selama 11 hari pameran buku haritu. Ingat takde orang beli. hikhik. Kata cashier, orang yg datang beli buku dekat booth ni, mesti dalam tangan ada beli buku Cerita & Cinta ni.Alhamdulillah. 




Ada jugak yang tanya, buku Cerita & Cinta ni cerita tentang apa je? 
"Mesti dia cerita apa yang dah pernah tulis dalam blog, so baca blog je lah freee"

Kalau nak tau, drpd waktu discussion dengan team publisher tahun lepas lagi diorang dah cakap siap-siap tentang konsep buku. Kalau boleh, dalam buku ni biarlah cerita yang exclusive. That means, semua cerita yang aku tulis dlm ni ialah cerita yg tak pernah aku share pun dalam blog. Yerr, memang betul pun :) 

Byk kisah daripada zaman sebelum kawen, fasa dah berkahwin, dugaan-dugaan semua, dan sampailah sekarang dah mempunyai 2 orang cahaya mata. Memang banyak kisah macamtu aku cerita dalam blog, tapi cerita yang lebih details dan mendalam aku tak share. Macam tak surprise pulak bila cerita, tapi InshaAllah, ianya berbaloi dibeli dengan harga RM25 senaskah. Walaupun kisah aku tak sama dengan orang lain, pembaca boleh ambil input positif kalau ada untuk adapt dengan keadaan masing-masing. Cara dan keadaannya tak perlu sama seperti dalam buku asalkan tujuannya ke arah kebaikan, InshaAllah. 



Majlis Pelancaran Buku Cerita & Cinta

Plan asalnya bukanlah dalam waktu yang terdekat lepas setel jual buku dekat Pameran Buku KL haritu, sebab schedule aku agak pack dan aku tengah mabuk pregnant. haha. Plan nak buat official pelancaran buku lepas raya, tapi fikir balik macam lambat sangat, orang pun malas nak datang. Jadi, alang-alang buku ni pun still "freshhh" lagi dalam pasaran, dalam masa seminggu aku dan team publisher buat preparation yg setakat mampu. hehe. 



Majlis Pelancaran buku Cerita & Cinta ni aku dan team publisher plan buat dekat butik aku je, Butik Fiska, Shah Alam. Dah alang-alang ada butik, tak yah kita sewa tempat lain. hehe


Untuk majlis pelancaran ni jugak, publisher aku punya planning buat sesi meet & greet sekali. Fuhh, meet & greet with Irine Nadia. Punyalah awal-awal tu segan jugak. hehe, tapi dah ada peluang macamni nak jugak  aku buat small event macamni jumpa orang ramai. 


Majlis pelancaran ni haritu jemputan memang open untuk sesiapa je boleh datang. So time nih lah korang boleh beli buku, time nih lah nak beramah mesra, sesi bergambar dan sesi interview dan introduce sikit buku Cerita & Cinta ni. 


Tq @rinacraft sudi sponsor plate name yang cun ni :)


Cerita & Cinta





Time event ni jugak alang-alang datang boleh beli Cerita & Cinta. 


Harga Rm25 senaskah dan boleh dapat buku setebal macamni :) 


Orang dah mula datang. Time ni pun aku still otw lagi. Biasalah,macam tak kenal aku, nak handle anak-anak bersiap lagi , nak tunggu husband bersiap lagi, memang lambat sikit, tapi still on time :D





Anak-anak aku pulak nasib baik behave dua-dua nih. hehe. Ibu dia tengah duduk kat depan, diorang elok dok dekat belakang.




Event yg di plan ambil masa dalam 2 jam macamtu. 
Nampak tak muka aku tuh dalam fikiran tengah fikir apaalaa nak cakap kanggg. 
Oh ya, kenalkan, yang baju biru tu our MC, Daniel, Amirul (publisher Sorok Kitab), dan yang tembam duduk tepi sekali tu sape lagi kalau bukan aku. 




Publisher Sorok Kitab.
kebetulan pulak nama dia sama dengan nama laki kita, Amirul.haha. 




Interview sikit-sikit time nih. Rasanya ada jugak dalam sejam untuk sesi interview publisher dan juga  penulis buku. Aku pun tak sedar aku berjaya cakap banyak.kihkih


Thank You semua yang sudi datang :) 




Sorok Kitab

Kalau korang nak beli buku Cerita & Cinta ni secara ONLINE, boleh je beli dekat website atas tu. 


Medina sedang leka main belon.


Hasya macam biasa, bila ibu dia takde, maka akan melekat dengan ayahnya.


Tak lupa jugak dengan "props" kegemaran Hasya, sikat oren. 
Sampai orang pun boleh kenal dah Hasya ni suka main sikat oren ni T___T haha


Lepas setel sesi interview, next ialah sesi jamu2 selera dan boleh proceed beli buku. Jualan buku di belakang. Dan time ni jugak, siapa yang dah beli buku, ada sesi sign buku dan sesi bgambar :) 


Hasya teman ibu time ni. 
Neves jugak nak sign dekat buku nih. huehuehue.




Medina & Hasya


Ok layan gambarrrr




Beratur jugak time nak sign buku ni. huhu. Thank you korang, tak expect betul rasanya.
Korang memang powerrrrr!





Dalam ramai-ramai, memang aku ingat nama dia nih. Siti Salwana. kihkih




Dalam ramai-ramai, dia nih lah yang beli buku Cerita & Cinta paling banyak!
10 buah buku habis dia borong. Kawan-kawan pesan katanya. hehe








Antara team Sorok Kitab. 
ada jugak yang 1st time aku jumpa dan kenal dgn diorang :) 


Tapi dalam ramai-ramai team publisher Sorok Kitab, yang 3 orang nih lah yang selalu dan kerap aku jumpa. Fatin, Amirul & Amin. haha. tq koranggggg! 


Aku yang macam tak berapa nak nampak mengandung.huehue.

Last but not least, thank youu yang sudi datang ke Majlis Pelancaran Buku Cerita & Cinta haritu:) 

Thank You jugak untuk publisher aku, Sorok Kitab sebab korang mesti peningg jugak nak setelkan buku ni sampai siap. haha. Ada banyak lagi gambar, tapi aku masukkan yang takat aku larat je. hihi. Banyak gambar dah share dekat instagram masa live update haritu. 

Antara feedback pembaca yg rajin utk aku upload dalam blog ni :P


Kalau nak tengok feedback yang lain, boleh tengok dekat twitter aku, @irinenadia , banyak dah aku retweet. hehe.



Alhamdulillah, stok cetakan pertama buku Cerita & Cinta dah habis licin dan sekarang sedang tunggu cetakan kedua siap. 

Untuk beli buku secara ONLINE, 
boleh lah direct order ke website


























11 comments:

ArELeEz said...

wow, congrats!

.::AbaNg & aYanG::. said...

Hehe. Boleh tau, mana beli jubah tu ye?

Nurul Syafiqa said...

Tahniah, Irine. Cantiknya, irine :)

IQ = Iez Qis said...

kalau pergi butik fiska ada jual x buku ni irine? cam menarik je nak baca. =)

Mysara Ab Rahman said...

Teringinnya nk baca... 14 may ri tu xsempat pegi....

najiah shaharain said...

Semoga terus maju jaya

nadhie wueen said...

waahh.. congratulations irine! wanita bekerjaya dan berjaya di usia muda :) alhamdulillah. im so proud of you! Rasa macam nak grab buku cerita dan cinta ni jugak!hee =)

Azlinda Azman said...

tahniah...moga terus sukses ya :)

Salwaana said...

Thanksss Kak Irine ingat nama kita ! <3 :* -salwana-

Zimie said...

bestnyaaaaa suka tgk belon2 colorful. kak dina n hasya omel sgt!!! geramm. tahniah irine. nak beli buku tu nanti, hihi

wani ezryl * said...

salam irine. komen smpai lambat sebab sy baru habis baca bukunya. baru beli 2 weeks ago di MPH. (sy memang ambil masa baca sebab nak concentrate. hihi). a very good reading. the last part memang terkesan pada hati and sy pun baru tahu. dititipkan doa dan kesejahteraan untuk irine sekeluarga.

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in