3rd birthday anak ibu, Fiska Medina


Assalamualaikum.  Hellooo hellooo.

Alhamdulillah harini dah pun masuk hari kedua bulan Ramadhan. Masih bertenaga, masih kuat lagi menahan dugaan cabaran perut menggigil menyusukan si Kakak, Medina, si adik, Hasya dan sambil pregnant. Yg tuh next entry lah aku cerita. 

Anyway tahun ni birthday anak perempuan sulung ibu sorang tuh jatuh masa 1st day bulan puasa. Alhamdulillah, hari yang baik penuh berkat. Dah 3 tahun dah pun umur Medina, rasa macam baru je lepas kena tolak masuk operation room dan teresak-esak nangis takut nak kena ceaser. haha. Lawak pulak dok teringat kisah 3 tahun lepas dan tepat lah jugak 3 tahun luka ceaser ni berparut. ecewahh.hihiks. 

Budak banyak akal sorang ni tepat 3 tahun dah semalam 6/6/2016. 
Cantik pulak date tu kan. 


Excited beno sampai pegang pisau potong cake pon terbalik! haha!


Excited jugak Medina bila tau birthday dia. Siap request macam-macam. Tapi yang aku tak tahan, bila dia nak request cake. Aku try didik diorang ni bila nak mintak sesuatu jangan mintak dekat ibu, jangan mintak dekat ayah, ibu ayah takde duit. tapi aku ajar kalau nak mintak mainan ke, makanan ke, kena mintak dekat Allah. 


Jadi dia pun minta cake Didi & Friends.
Aku dengar aritu Medina cakap macamni, 

"Ya Allah ya Tuhanku, berikan la kak Nina cake Didi. Boleh tak Allah?"

Aku pun ber huhuhuhu . Baguslah dia doa macamtu dulu sebelum nak mintak dekat ibu ayah dia. Ni pun salah satu tips yang aku dengar masa ceramah, kalau anak nk sesuatu, biasakan dia doa pada Allah @ usaha sendiri. Then aku praktikkan, Alhamdulillah dengar dia sebut macamtu. 

Maaf la cake tu nampak pelik dah, huruf pun dah kemana sebab Medina dah serang cake dia dulu.kihkih. Org kata jangan judge luaran, yg penting dalaman cake ni sedappp! penuh chocolate mencair dalam mulut bila ngappp. 


Suka sangat dengan Didi & Friends. Tapi tu pun lepas aku dah tempah cake Didi, dia cakap dia nak cake Robocar Poli jugak. Amboi, memang ibu dia cop duit. haha. 


Hasya tumpang sekali kak Nina nak potong cake birthday. 
Muka penuh muslihat betul si kecik ni, nampak je macamni, sebelum tu dia try jugak nak serang cake kakak dia tapi niat dihalang dan terbantut sebab dah kena tepis dengan kakak dia.kahkah


Lepas masuk je waktu berbuka semalam, minum air dulu kasi hilang dahaga and stop jap bagi laluan dekat nak celebrate birthday Medina. Takde celebrate apa pun, nyanyikan dia sikit lagu birthday, potong cake jap and terus melulu ke meja makan nak sambung berbuka.haha. Plannya nak celebrate dekat rumah sepupu-sepupu diorang, tapi sepupu diorang balik Qatar pulak. Ok tukar plan, buat kt rumah je :'D Beli belon sikit, susun-susun belon, tunggu cake sampai dan lepas mandi petang siap-siapkan diorang pakai baju hanbok ni. haha. Kebetulan masa holiday dekat Korea haritu belikan diorang baju traditional Korea ni, semalam baru dapat pakai sama-sama sedondon. Baju kakak dah singkat, cepat betul meninggi Medina, dan adik pulak labuhh kemain. Argh belasah je. 



Ayah dengan dua orang puteri kesayangannya :) 
Keluar lagi sorang tahun ni tak tau nak dukung celah mana dah. hihi



Selamat hari lahir anak ibu, Fiska Medina yg ke-3 tahun. Sok lusa, dah besar dah pandai baca, boleh lah bukak balik blog ibu ko nih, baca apa yang ibu tulis entry birthday ni. 
Kenangan semua ni, dalam blog ni lah banyak benda dan perkara ibu share tentang korang berdua dari lahir sampai sekarang. 


Ibu doakan anak ibu jadi anak yang baik, dengar cakap orang, hormat orang tua, and membesar dengan bijak. Tahun depan ibu hantar masuk school ok? 


Bye~




23 comments:

ilya natasya said...

tempah dkt mana kek? cantik sgt. ����

ilya natasya said...

tempah dkt mana kek? cantik sgt. ����

ilya natasya said...

tempah dkt mana kek? cantik sgt. ����

ilya natasya said...

tempah dkt mana kek tu? cantik sgt ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

ilya natasya said...

tempah dkt mana kek tu? cantik sgt ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ain Rahman said...

happy birthday kak nina. so cute

wani ezryl * said...

happy birthday yang ketiga tahun, medina!! ^^
semoga sihat2, happy2 selalu & murah rezeki.
anak sy pun sebaya medina, baru sambut haritu 4 jun.

kisah earty said...

Sanah helwah Medina...moga menjadi anak yang solehah.. :)

ayunie ramli said...

Alhamdulillah :)
Moga menjadi yg solehah berjaya akhirat dan dunia.
Amin..

JAMIL HASHIM said...

singgah

http://jmbelog.blogspot.my/

Umi Azureen said...

Happy birthday Kak Nina.
Moga menjadi contoh yang terbaik untuk Hasya pula.
Irine, naktahu sangat meja tu beli/tempah kat mana?
Serius berkenan sangat. Harap Irine dapat share kan ya. tq

Nurul Syafiqa said...

Happy birthday, Medina :) Jadi anak solehah ya

Nurfaezah Abdullah said...

happy birthday Medina! mudahan segala doa ibu untuk Medina dimakbulkan Allah. Aamiin..

Hanim Mahali said...

Tips yang bagus, ajar anak minta sesuatu dengan Allah dulu. Anak kawan hanim pun ajar benda yang sama dengan anaknya.
Boleh hanim gunakan tips ni untuk bakal anak akan akan datang ... Thanks. Happy birthday Fiska Medina.

Aisyah Hanis said...

Makin cantik medina ni. Happy birthday kak nina!

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt ulgthun medina syg..moga mmbesar mnjd anak solehah

Fai Nardir said...

comel dua2 pakai gaun sedondon tuh... happy birthday yg ke-3 tahun medina. semoga membesar menjadi anak solehah, rajin, cerdik dan paham akan agama... aamiiiiiinnn...

PeRdU cINta said...

Selamat ulangtahun kelahiran FM..moga Medina sayang terus membesar menjadi anak yang solehah ya..

kirah Zakirah said...

Assalamualaikum fiska, selamat hari lahir .semoga cepat cepat besar, nanti ibu boley share pulak kisah hari pertama di school :D

Anna R. said...

Comelnyaaa kek & anak-anak pakai hanbok ! <3

Mommy Muhaimin said...

Selamat hari jadi Fiska. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

Haryani Mohd said...

Semoga jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat Aamiin :)

irfan bukhari said...

kek beli kat mana sis?

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in