Happy birthday : Hasya Tasnim turns 1



Assalamualaikum Hye :)

Eh aktif pulak tiba-tiba kan nak update sekali banyak entry :p
Selalunya, kalau sekali dah datang mood rajin, memang 2-3 hari tu berturut-turut habiskan masa untuk update blog dan lepas-lepas tu akan senyap terkubur semula. hihi. 

Tak sempat lagi nak update dan share 1st birthday Hasya 3 minggu lepas. 
Anak ibu, Hasya Tasnim genap dah setahun. Alhamdulillah, membesar dengan jayanya. Tak banyak karenah, anak yang kuat,  dan jadi adik yang baik sepanjang setahun hidup bersama ibu, ayah, dan Kak Nina. 

Macam kakak dia dulu, Medina, waktu 1st birthday buat lah sikit celebrate dan kenduri doa selamat sikit tanda kesyukuran. Jangan salah faham, selalunya kalau ada kenduri dan ajak tetamu datang time 1st birthday je, bila 2nd,3rd birthday dan akan-akan datang lebih sambut dengan family je. hehe. 1st birthday je lah yang raikan sikit. Tapi itupun kali ni, aku tak berapa aktif sangat untuk bergerak sana sini untuk uruskan macam-macam preparation. Dengan morning sickness nya lagi tapi cuba handle kenduri dengan mood yang best dan nak make sure anak-anak happy. 


1st birthday anak ibu.
Hasya Tasnim, ciptaan Allah dengan kesempurnaan seperti mata air di dalam Syurga yang memberi nikmat kepada penghuninya. Datanglah dan hiduplah sebaik mungkin. 


Celebrate kali ni, cakap dengan husband nak try buat waktu malam. Sebab kenduri-kenduri yang sebelum ni buat waktu petang dan tengahari. Saje nak test mood malam sebab time Medina dulu buat petang, tapi biasalah budak-budak, waktu petang ialah waktu kemuncak diorang tengah syok tido. Just nice lah buat waktu malam. Cuaca pun sejuk-sejuk berangin je baru petang tu hujan. Nasib baikk tak hujan malam. Cuak mak tau! 


Kitorang buat sekali bacaan doa selamat sikit. Kebetulan pulak time tu, husband tengah handle Karnival Geng Masjid dan Imam Muda Nazrul ada dekat sana. So husband cakap, nanti dia culikk kejap Imam Muda Nazrul bawak balik rumah tolong ketuai bacaan doa.huhu.Selalu tengok dalam tv je. eh sempat pulakkkk~ haha. Jangan nak mengada, budak depan tu anak dia. hehe. Ayah aku pulak macam biasalah, dia kalau tau ada ustaz-ustaz datang ni, memang dia akan berkepit duduk sebelah ustaz tu je. kihkih. Siap nak selfie tau! hehe.


Budak 2 ketol ni pulak mood tengah baik. Sambil baca doa selamat, aku dudukkan 2 beradik ni kat tengah-tengah ruang tamu. Sepanjang bacaan doa, aku nih tak boleh laaa tahan mata ni, sebab bertakunggg je air mata ni tiap kali ustaz bacakan doa untuk anak. Sob sob.. :')



Hasya Tasnim turns 1 

Lepas setell bacaan doa selamat, kitorang pun setelkan sambutan hari lahir untuk Hasya. Sesi potong cake dan sesi meraikan lagu Allah selamatkan kamu. 


Hasya dengan Medina, both behave time ni. 
Medina tu behave maybe sebab dia nampak banyak makanan depan mata. Hasya pulak dia macam tak tau apa-apa. hihi


Tema birthday kali ni, aku pilih Sofea the first untuk Hasya. 
sebabkan dia ni nampak perwatakan lemah lembut, so aku cakap dengan husband, sesuaii lah untuk dia jadi princess time birthday nanti. Husband bagi green light. Maka, aku pun proceed lah buat tema Sofea. Sebenarnya mak dia yang excited lebih join sekaki bila buat tema birthday cartoon2 ni. hiks.


Potong cake tapi mesti Hasya tak tau dia tengah buat apa skang. hehe


Sebok nak jugak



Kali ni pun tak jemput ramai macam sebelum ni, sebab aku takut tak larat nak handle dalam keadaan aku yang tengah morning sickness ni. Jadi aku jemput family + kawan-kawan rapat :) 







Welcome to Princess Hasya's Royal Birthday


Medina tengah rambang mata tengok macam-macam ada depan mata. 




Baby kesayangan ibu dan ayah. Nak nangis la teww.


Hasya dengan atok dia. 
Sian atok cucu taknak dengan dia.haha



"Bulatan" yang cukup sempurna Allah ciptakan.
Hasya ni memang mata beso sangat! Tak tau lah dia ikut sape. Nak kata ikut ibu dia memang tersimpang jauh sebab mak dia punya mata macam ada takde,sepet.kihkih. Ikut ayah pun tak jugak. 


Kak Nina dengan dunia dia sendiri. 


Leka main belon. Tu sebab aku suka ada belon banyak-banyak, sebab confirm Medina dia akan lekaaa je dengan belon. Taktik umpan dia jugak. kihkih.



Maksu dan baby Dhiaa yang tembamm !


Part paling sukaa daripada dulu, 
deco-deco for Table cake, Kids activity table and Photobooth.


Birthday cake table tapi cake tak sampai lagi time ni . Orang yang deliver cake pulak datang lambat sebab janjinya hantarr petang tp tah macam mana berlaku kelewatan sikit, last minute hantar sebelum nak sesi nak potong cake. Tapi overall semua ok :) Sempat je last2 tu.





Cupcake, chocolate, mineral water


Cookies




Cookies yang sayang nak makan. Too cute T____T 



Kids Activity Table
Tang mejaa ni pun kalau mak budak pun suka tengok apetah lagi budak-budak. Sape-sape yang datang memang aku suruh tapaw bawak balik rumah.




More to benda-benda untuk budak-budak suka dan tertarik la. Macam party hat,  bubble balloon, cotton candy..


Balloons, puzzles, stickers, pencil colors dan lain-lain.Aku pun tak ingat dah satu-satu.




Photobooth






Ok dah-dah. Banyak pulak gambar. hehe
Biasalah, dalam blog aku ni daripada dulu, kalau takde gambar banyak memang tak sah.
Kot kalau ada yang korang nak refer-refer untuk buat birthday party anak nanti-nanti, boleh la celup idea kat entry ni :)

Boleh juga kalau nak refer idea birthday party time Medina genapp umur setahun dulu. Click link entry di bawah :-

Happy Birthday Fiska Medina



Untuk anak ibu Hasya Tasnim, 
ibu doakan Hasya jadi anak yang solehah, bijak, dan moga-moga jadi bakal kakak yang baik dan penyayang untuk adik Hasya yg bakal keluar tahun ni :) Lebiuu.












12 comments:

ayunie ramli said...

Meriah Irine 😊👍 Mek pun igt nk buat doa slmt jugak bile Aimy dah setahun nanti. InsyaAllah, lebih diberkati 😊

Junn Ha Raa said...

happy belated birthday hasya tasnim ! btw , irene due date bila tu ?

Cik Puan Eka said...

cantiknyaa theme dia. Happy bday Hasya.

Qatrun nada said...

ALAHAI COMELNYAAAAAAAA

weirdo hope said...

Comelnya..cantik tema majlis ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt ulgthun syg.. moga mbesar mnjd anak yg solehah..aameen..

comel adik beradik ni.

wani ezryl * said...

happy 1st birthday, hasya! ^^

semua lawa & indah2! suka tengok kalau event malam sebab ada fairy lamps dan lampu-lampu lain yang cantik. cookies tu pun cute sangat macam sayangnya nak makan. semoga hasya menjadi hamba Allah yang baik dan anak yang solehah.

siti raihana said...

comelnyee hasya,,hepy belated birthday

Nurul Syafiqa said...

Lovely mom and daughters :) Sukanya tengok.

roshar amani said...

Happy first birthday Hasya Tasnim..semoga jadi anak yang solehah too ibu dan ayah..

roshar amani said...

Happy first birthday Hasya Tasnim comel..semoga jadi anak yang solehah to ibu dan ayah..

ArELeEz said...

yes, mmg 'bulatan' yg cukup sempurna allah ciptakn. semoga hasya tasnim jd anak yg baik, solehah, b'jaya di dunia & akhirat. in shaa allah.. aminn..

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in