Nak bercuti tapi nak tempat yang dekat-dekat?Kena datang The Kabin !



Assalamualaikum and hye.

Kali ni nak review satu tempat yang aku rasa agak menarik untuk yang suka nak pi bercuti ala-ala short vacation gitu. Macam aku sendiri, kalau weekdays atau weekend tak sempat nak bercuti jauh-jauh, tapi still lagi nak bercuti dekat-dekat. Kalau tak stay hotel kat area KL, mesti dalam fikiran terlintas yang dekat-dekat tak lain dan tak bukan mesti Port Dickson --' alahaiii..jemu dah T___T



Jadi, The Kabin lah tempat pilihan.
Lagipun memang dekat pun, kalau dari Shah Alam ke sini dalam 30-40 minit je pon.hihik. Kalau dari KL maybe dalam 1 jam perjalanan drive.

Lokasi : The Kabin
Address : Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor


The Kabin ni bagi aku antara tempat yang ada daya tarikan yang sendiri lain lah drpd yg lain. Yang mana kau akan rasa pengalaman lain sikit berbanding kalau bercuti dan menginap dalam bilik hotel. Tapi kalau dekat sini, dapatlah merasa menginap di dalam kontena. Maksudnya, kau tidur dalam kontena.wow! 

Bilik-bilik dekat The Kabin ni dibina daripada kontena terpakai dan yang bestnya ditambah dengan konsep ala-ala modern dan garden dikelilingi dengan suasana hijau rimba. Cewah!haha. Bilik pun bagi aku macam agak limited dan dalam satu masa mmpu menampung sehingga 78 org. Setiap bilik dekat The Kabin ni ada nama-nama specialnya tersendiri sampai mungkin akan membuatkan 1st timer nak survey agak confuse sedikit. Contoh nama bilik yang unik macam Rotterdam, Santos, Balboa, Vancouver dan lain-lain. 



Sampai-sampai je dekat The Kabin.
Overall bagi aku tempat ok and best je, cuma mungkin tempat ni belum lagi buat jalan yang proper. So bila datang dalam keadaan hujan, lopak-lopak air memang banyak sebab jalan belum sempurna di tar kan lagi dan parking pun jauh sikit daripada pintu masuk The Kabin. 


Masing-masing gendong anak. lulzzzz.

Aku antara salah sorang yang tak berapa gemar bercuti dalam keadaan sesak dan too crowded. Jadi, selalunya akan pegi time-time hari biasa dan time aku pegi ni pun adalah hari biasa, dan takde orang sangat.hihi. Tambah-tambah pulak baru je habis cuti CNY. Kalau macam sebelum ni, aku call utk booking tapi semuaa bilik FULL, habis orang dah booked sepanjang cuti CNY. Makanya, kalau korang nak datang sini, call dan tanyalah dulu available ke tak bilik . Walk in aku tak galakkan sangat. 


Sampai-sampai je di sana, terus cari reception dan pada mulanya aku macam tercarik-carik mana reception nya. Rupa-rupanya receptionnya adalah disatukan sekali dalam cafe dia. Patutlah tak perasan walapun papan tanda dah pun terang-terang tunjuk. hihik. Maklumlah iolsss ni kan rabun. 


Cafe a.k.a bahagian reception juga di sini. 

Yang paling aku suka tentang The Kabin ni ialah cara-cara nak booking bilik sangatlah senang dan memudahkan aku yang kadang-kadang blurr sikit bab-bab macamni. Asalnya aku call The Kabin bertanyakan tentang bilik yang available dan bilik yang sesuai dengan aku anak beranak 4 orang. Dan respond drpd staff The Kabin pun sangatlah mesra dan melayan setiap soalan berbelit-belit daripada aku walaupun hanya bertanya di telefon sahaja. Dan kemudian tu, kami sambung berborak melalui wassap sahaja. Kan mudah tu kalau semua guna wassap je untuk booking bilik? haha. Aku buat deposit payment melalui transfer ke account number yang diberi melalui wassap dan bukti resit payment pun hanya send dkt wassap je. Setellll ! memudahkan customer.


Ruang lepak di cafe. 




Dekat dalam cafe ni macam-macam jugak jenis menu boleh order. Tapi aku x cuba lah sebab makanan boleh beli di luar sebab dekat tepi-tepi pantai ni banyak restoran yang best-best.


Jajan dan cikedisss yang dijual.haha



Rate The Kabin 

Pada awalnya aku memilih untuk pilih bilik yang paling murah skali dekat sana (memandangkan dekat dengan rumah, jadi sifat kedekut tu muncul lah).haha. Pilih bilik untuk 2 pax iaitu yang menyediakan hanya 1 katil queen dan berhadapan dengan pool. Tapi fikir-fikir balik, sedangkan katil king pun hanya aku dan anak-anak yang conquer dan suami tak muat, apatah lagi katil queen. Confirm atas lantai lah jawabnya. Dan aku tukar plan, pilih bilik yang untuk 4 pax. Barulah sesuai iaitu 1 katil queen dan 1 katil bertingkat.



Pilihan aku, aku pilih bilik untuk 4 pax. Iaitu yang 2 tingkat tu, tapi bilik bawah. 
Mula-mula plan nak bilik atas, tapi fikir-fikir balik rajin pulak aku dengan suami nak naik atas dengan dukung dua-dua anak kecik turun naik dan turun naik tiap kali. Tak kuasa iolss. Lagipun size bilik sama je. Kalau bilik bawah ni besttttt sama je, mudah lah untuk mak pak yang ada anak kecik nak lalu terus masuk bilik je. 



View from our room 

Bukak-bukak je pintu pool terbentang luas. Dan yang penting, takde orang.huahuahua! Tu haa tak nampak ada manusia tengah mandi kat hujung tu. Anak dan suami. Hasya tengah sedap tido time ni. Ada je orang tapi tak ramai time ni. Nak-nak hari Isnin dah start kojee. Kebetulan pulak butik aku tutup tiap 15hb setiap bulan. Maka ke sini lah sekejap singgahh lari daripada kekusutan yang terbelengu. Ecehhhh! ayat tak boleh puitis lagi.




Untuk pengetahuan korang, macam aku cakap dekat atas tadi, bilik dekat sini agaklah limited bagi yang family kecil. The Kabin ni hanya ada 1 bilik untuk 2 pax iaitu Durban. Yang lain-lain kalau family anak beranak macam aku (4 pax untuk 1 katil queen dan 1 katil bertingkat) pulak kalau x silap ada 2 buah sahaja. Gambar seperti dia atas. Ada jugak bilik 4 pax yang lain tapi kuantiti katil jenis lain seperti contoh 4 pax iaitu 2 buah katil bertingkat dan lain-lain (kene survey sendiri baru senang faham). Tak lupa jugak ada yang untuk 6 pax 


Di The Kabin banyak kemudahan yang disediakan seperti contoh kolam renang dewasa dan kanak-kanak, kafe, bilik mesyuarat, ruang barbeku, bilik karoake, boleh sewa basikal dan jugak daya tarikan di sini ialah 'tree house". Yang tu sat lagi aku tunjuk gambo. Dan pendapat aku, The Kabin ni sesuai kalau office korang nak buat apa-apa jenis event, family day ke, reunion ke sbb selain pool, The Kabin ni pun memang dekat sangat dah dekat pantai. Sebelah tu je ponn. haha. 


Dalam banyak-banyak perkara, yang menarik pada perhatian aku ialah dari segi view di sini. 


View dekat sini aku boleh bg 5 star! Lagi-lagi yang suka duduk dikelilingi suasana hijau dan taman memang inilahhh tempatnyaaa.  Asyik menghadap screen handphone mahupun laptop je hari-hari, apa kata sekali sekala bagi mata korang semua sesuatu yang "fresh" pandang benda-benda hijau pulakk. Kan syokk tuuu! 


Kalau buat family day di sini memang sesuai sebab terdapat 2 ruang BBQ di sini. 


Service sewa basikal pun turut disediakan. Nak pusing-pusing sekitar The Kabin tu pun boleh. Aku terlepas nak naik basikal sebab busy melayan 2 orang anak kecik tu. Jadi, manfaatlah masa anda sebaik habis mungkin sebagai seorang single atau zaman sebelum ada anak!!! wahahaha!


The Kabin swimming pool



Tempat sasaran kanak-kanak dan juga tempat sasaran seorang anak gadis kecil yang tak nak sudah main air yang bernama MEDINA!!! grrrrr.. anak aku lah tuu. ajak naik bilik pun tak nak sbb syok sgt berendam. 


Itu diaaaa bilik. Cantikknyaaa viewww. 


Secara ironinyaa (fuhhh ayat killer penutup karangan form 5 nihh), bg aku berpuas hati dan aku sukalah tempat-tempat macamni.  Tempat cantik, bersih, resort pun masih baru, staff pun friendly dan muka ada manisssss (anak aku siap jatuhkan ice cream bersepah atas lantai siapp.kihkih). Cuma satu kekurangan sikit saje lah part ruang yang terhad dalam bilik agak kurang selesa untuk kitorang yang mempunyai anak kecil, yelahhh dah nama pun stay dalam kontenaaa! Banyak pulak songeh kan.huhu.  Jalan dalam bilik pun lurus jee dan sempatlah jugak aku terlanggar pintu cermin. kahkah. Tuh lah, sape suruh bersize besar lagi.Tapi apa-apa pun aku sangat sukaaaa. Yess, saya suka saya sukaaaa! haha. Mesti cuba. Harga pun murah je. Boleh tong-tong dengan kawan kalau nak bcuti dengan kawan. Kalau pegi dengan suami pulak, suruh suami tong-tong dia sorang je. haha!


Syok pula stay sini sampaii lupa nak snap bilik kat dalam. Google je lah. hehe.
Macamni lah rupenye bilik yang aku menginap. 

Dalam bilik ada disediakan tv beserta ASTRO, towel dah disediakan, hanger, selimut, sabun dan syampu pocket. Tapi bab ubat gigi & berus gigi (toiletries) siap2 bawak lah yerrr aku cakap siap-siap sebab tak disediakan. Korang risau kalau bawak shawl/tudung yang renyuk-renyuk tapi x tau nak iron macam mana? Takpe, boleh mintak dekat kaunter cafe diorang ada sediakan. 




Walaupun short vacation, kitorang sempatt meluangkan masa anak beranak untuk shoot family potrait di sini. haha! Tengokkk tuhh, anak-anak iolsss posing kemain mendada lentik lagi dada. 

Yang ni bergambar dekat "tree house" yang aku maksudkan tadi. Ala-ala cerita zaman kanak-kanak dulu, ada rumah di atas pokok. 

Thank You so much photographer kitorang Qayyum (nak panggil Papayum pun bolehh.hihi) untuk semua gambar sepanjang di sini. Berjasa betul dia ni sebab daripada sebelum kawen selalu amik gambar kitorang suami isteri.hihikk. Terima kasih sanggup meredah waktu panas sampai lencun dan main kejar-kejar dengan Medina sampai kena tawaf kolam 4-5x T__T 

Boleh LIKE FB page beliau di bawah ni utk booked apa-apa sebarang event (termasuk wedding) :-

LIKE FB page : QAYYUM STUDIO
Follow Instagram : @qayyumstudio




Sebenarnya dekat atas tree house ni takde ape sangat. Cuma ada bilik kosong lepak-lepak dengan kawan ataupun family di sini.



Tree house

Cantik sangat atas ni kalau tempat nak begambar lah. hihik


Maka, kalau korang rasa nak carik tempat yang sempoii, relax-relax dijadikan "short vacation", The Kabin antara salah satu tempat yang musttiiii dilawati sebab kedudukan tempatnya pun agak tersorok dan tenang jee. 

Nahhh segala info di bawah. Check it outt!




Laman Web :


Facebook :


Instagram :


Alamat :

The Kabin, Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor




15 comments:

Zie Azi said...

tempat ok,cuba jalan nak masuk tak proper lagi.
kalau hujan bantk la lopak air,tapi tmpt nmpk mewah & modern

hamidah yussof said...

Salam & have a nice day!
Wah, untungnya awak pergi time xde orang, bleh capture pic kosong gitu..Lawa tempat tu, baru rupenye. No wonder mase sy dok PD dlu x pnh tau pun ada tempat ni. Rupenya memang awk pergi tempat yg baru bkak :) Skg byk jgk hotel & resort baru bukak kat PD, nak holiday pilih yg mne satu pun xtau sbb sume mcm best2. Tp dz place for me hrga die mcm worth the money spend la. Affordable n thanks 2 u buat review, next time blik semenanjung holiday dh tau nak tuju mne. Hopefully d price won't increase in a short time. Hehe..

feel free to visit me at http://hamidahyussof87.blogspot.my/
Nice to meet u!

A. said...

waaaaaa cantiklaaaaaaaa selama ni pegi pantai remis je amik angin lps habis sekolah dekat Sek Agama Men Jeram tu haaa xsangka The Kabin secantik ini tak sangka ada tempat secantik ini di kampung halaman saya T______T lepasni bolehlah nak ajak family (nak paksa sbnrnya) dtg sini hahahaha! makin meletop TheKabin ada KakIrine reviewkan, mg tmbh murah rejeki akak nanti ameenn! Salam syg dr Kuala Selangor heheh^^

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

orang2 rabun and nak hilangkan penat bekerja mmg sesuai sgt pergi tempat2 yg tenan, aman dan tak crowded. bangun pagi boleh tgk alam yg kehijauan utk fresh kan penglihatan dan fikiran kita.. nice place to stay..

IQ = Iez Qis said...

cantik! pernah kawan review tempat ni..tapi yelah, tak berpeluang nak pergi lagi...Insya-Allah..next time!

Haryani Mohd said...

Best ni lari sebentar dari kesibukan kota :)

Muhammad aQiL punya blog said...

hi..
saya tahu dah tempat ini...
memang makin ramai la yg dtg pas ni kan....
lagi lagi lepas cik Irine bwat riview dalam ni...

saya tahun lepas duduk juga THE CABIN...
tapi yang LANGKAWI NYER LAH!!

memang best sebab Viewnyer tu cantik...
damai jer rasa... nyaman jer...
lagi lagi pergi time org bekerja.. x pack sangat!

nak tengok camner yg kat kawi tu..
meh la baca dalam blog saya...ada banyak entry pasalnya...

www.aqiladablog.blogspot.com


http://aqiladablog.blogspot.my/2015/10/langkawi-cabin.html


aliaamie said...

Woww definitely a must go destination !

nuqudnabawi.com said...

Salam ukhuwah,
Terima kasih share ilmu yang bermanfaat ni.
Sangat teruja nak pergi. =) pemandangannya nampak mendamaikan & menenangkan.
Tqvm bagi info yg lengkap dan padat.

Anas Pawan Chik said...

This is really amazing.

NanidibumiGerman said...

TQ for the itinerary. Boleh refer sini if ade rezeki next year nak travel sane. =)

DNIBaby'sCUTE said...

wow bestnyer.. me and my husband trying the same thing when read ur post..
http://mummyumardian.blogspot.my/

Lyna Balyna said...

wahhh bestnya sis....suka tgk sis dgn suami....hehehe sentiasa mngikuti perkmbgan sis....jom follow my blog http://miss1stfebruary.blogspot.my/ tq...sy dah follow sis...=)

nadhie wueen said...

bestnya lah :) tak sabar nak pergi :D

DNIBaby'sCUTE said...

Assalamualaiku..
Tempat menarik nih. Kene pg jugak lah

http://mummyumardian.blogspot.my/

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in