Throwback pengalaman pahit manis membuka sebuah butik FISKA




Assalamualaikum and Hye :)

Just quickly update, memang entry spontan habis. Tengah nak tidokan anak, tiba-tiba terfikir nak hasilkan entry nih. Rasanya tak pernah lagi bercerita and buat write up dekat blog tentang butik sendiri :) Apa salahnya kan.hehe

Dah nak setahun adanya butik, baru nak terkial-kial update dekat blog. hihi. Ini semua sebabkan kitorang banyak aktif dekat instagram saje daripada awal-awal buka sampai lah sekarang hampir-hampir setahun (bulan 2 inshaAllah setahun dah)

Jadi sebabkan nak dekat setahun nih lah, buat special entry utk butik. 

Bagi yang tak tau lagi, butik FISKA berada di Shah Alam. 
Kenapa buka dekat Shah Alam? Sebabnya antara tempat yang boleh aku kira agak strategik dan tempat  yang senang untuk kitorang berulang-alik dengan rumah. Pada sesiapa yang berada di area Shah Alam, kitorang dengan rendah diri jemput ramai-ramai datang ke butik FISKA :) Dekat je, tak jauh, di Alam Avenue 2, Shah Alam.



Adress butik :-

Butik FISKA
C-27-1, 1st floor
Jalan serai wangi 16/L
Alam Avenue 2, Seksyen 16,
40200, Shah Alam
Selangor

Open Everyday : 10am-8pm
Sunday : 10am-9pm



Dah nak setahun dah rupanya butik. 
Mengambil masa beberapa bulan untuk renovate dan tercetus idea nak bukak butik atas dorongan kawan-kawan terdekat owner butik yg tak putus-putus bagi galakkan. Bak kata Ahmad Maslan, kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 kerja untuk tampung kos sara hidup! ngehngeh. 

Hampir 4-5 tahun berniaga secara online -offline- (dr aku sekolah menengah dah start berniaga online) dan lepas kawen aku dengan suami masing-masing focus kumpul duit untuk dirikan butik. Husband pun stop daripada bekerja engineering dan part time photographer, dan sama-sama bergabung tenaga dengan aku handle business yang tak seberapa. Hasil daripada jualan online, tolak duit keperluan isi rumah, tolak duit beli susu anak, beli pampers anak, dan selebihnya menabung sikit demi sedikit untuk perbelanjaan butik. Perasaan pada awalnya tak nak bukak butik, sebab tau banyak risiko,tambah-tambah pulak aku muda lagi 23 tahun,  tapi fikir-fikir balik sampai bila pulak nak duduk di tempat yang selesa kan? 

Masa tu aku tengah mengandung anak kedua. Memang sarat dan kehulu-kehilir pegi beli kain bermeter-meter :'D Masuk dalam stor kain yang panas, gelap, dikelilingi timbunan kain dalam keadaan mabuk-mabuk pregnant antara perkara yang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila. Basically, boleh dikatakan segala urusan kerja dirikan butik antara suami dan aku yang setelkan, tapi bila aku dah tak larat mabuk-mabuk, suami yang galas tugas.


Butik Fiska yang dulunya kosong dan dipenuhi debu :'D
Pemandangan 1st time butik FISKA lepas aku dengan suami dapat pegang kunci kedai. Kitorang pilih 1st floor, nak pilih ground floor budget memang ciput time tuh. 


Lepas dah dapat kunci daripada owner kedai, maka startlah proses renovation yang makan masa berbulan-bulan. Sebenarnya dateline utk siap renovation lari daripada tarikh yang sebenar. 2-3x jugak asyik tukar date grand opening butik. huhu. Tapi apakan daya dan siapalah kita, kita nih boleh merancang je, tapi apa-apa pun Allah yang tentukan bila waktu yang sesuai terjadinya sesuatu perkara :) 


Masa renovation, aku lah antara orang yang tak sabar-sabar nak tunggu hasil butik siap. Masa butik tengah nak siap, aku still lagi nak habiskan final sem dekat U. Jadi, jiwa aku memang meronta-ronta dan tak tenteram tiap kali fikir pasal keadaan butik.Tapi husband cakap jangan risau, dia yang akan handlekan sepanjang aku nak habiskan belajar. So, tiap-tiap malam memang husband balik lewat malam sebab nak pastikan pekerja2 datang untuk siapkan butik. Kadang-kadang 3-4 pagi baru husband balik.


Bukanlah entry untuk apa, tapi entry ni untuk akan-akan datang aku sendiri boleh refer, throwback balik keadaan dan saat-saat butik still kosong lagi. Tingkap di depan pun masih togel lagi. Udara luar yang masuk :'D 




Bila dah nampak butik siap macamni, terasa lega lah sikit. 
Time nih kalau tak silap aku, memang aku push pekerja2 untuk siapkan cepat sebab nak kejar masa dengan date nak buat doa selamat dekat butik. 


Kenduri doa selamat butik. Masa nih memang butik kosong betul, barang-barang tak masuk lagi. 

Boleh aku cakap yang, sape yang datang time nih mesti dapat bau cat kedai lagi. huhu. Last pekerja-pekerja renovation siapkan apa yang patut last minute pukul 7 petang dan kenduri doa selamatnya start pukul 8 malam. huhuu. 


Belanja sikit gambar-gambar nak setahun yang lepas




Wardrobe pon kosong lagi. hehe


Ambil masa nak 3 bulan jugak siapkan butik siap sepenuhnya. Berbulan bertungkus-lumus untuk dirikan butik. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dibuka. Aku dan suami masih baru dan masih banyak yang dipelajari, bukan seperti mereka yang sudah berjaya meneguhkan empayar, kami ni pula baru saje memotong kayu kayan untuk membuat para tempat mencari rezeki. Yang salah tolong ajarkan, yang kurang tolong nasihatkan. Alhamdulillah dah nak setahun sudah dan terlalu banyak benda lagi nak explore dan perbaiki. Sesuatu perniagaan nak berada di fasa "selesa" bukan setakat mengambil masa beberapa bulan mahupun setahun, tapi mungkin 2-3 tahun dan mungkin juga lebih daripada tu? InshAllah sampai masanya nanti, merasa dulu kepayahan pada awalnya, dan "manisnya" kita akan rasa. 
Doa-doakan :) 


Yang nak datang butik, boleh lah ajak ramai-ramai kawan atau family datang. Jangan risau, kalau nak bawa parents datang pun no problem,kalau tak larat naik 1st floor butik, perkhidmatan lift ada no hal. 



Dekat butik jugak, selain daripada jual pakaian dan aksesori, ada jugak ruangan "mini cafe".
Ada macam-macam jenis cake dalam chiller, cookies, pelbagai jenis air dan lain-lain. Kalau nak makan dekat butik pun boleh sebab depan butik dah pun kitorang sediakan seat dan meja untuk lepak-lepak sambil menikmati pemandangan Alam Avenue . ihikssss! :p 




Last but not least, jemputlah datang butik FISKA :) 

Follow Instagram : @fiskashahalam 

Siapalah FISKA tanpa korang yang mendoakan.





26 comments:

syafiqah alyaa said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

irine,sy ada emel kat irine_nadia hotmail tu..kalau boleh minta reply.mekasihhhhh.semoge sukses selalu

Simsimi said...

Canyiknya butik, Congrats irine. Muda muda dah ada butik sendiri.

Farahain ZFA said...

wahh , terinspirasi baca kisah mcmne fiska diwujudkan .
tahniah irine.

Ct Hajar ♫ said...

salute r sis irine

student,wife,mommy and bussineswoman !

superwoman tuuu hihi..nak buka butik jugak oneday..lama dah cita2 ni..harap tercapai cita2 ..skrg ni pon slow2 bisnes online and join dropship hehe

anyway sy doakan sis murah rezeki amin

nhhas said...

Masya Allah... hebatnya usahawan dan ibu muda ni.
All de best irine

Liza Waris said...

Congrats Irene, start from on-line n now dh ade boutique sndiri, sape yg x bangga kan? Muda pulak tu! Akak yg dh 4series ni baru terkial2 nk bljr n start about this biz. But never too late kot :)
Semoga Irene brjaya dunia dn akhirat. SYABAS!!

Munirah Mustafar said...

Tahniah Irene & family...
saya pun ada angan-angan tu tapi modal tak berapa ado lagi...so still ngan jualan online! insya Allah satu hari nanti kalau di izinkan olehNya...


~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my

Ryehanna said...

Suka bace entry ni... Lawa butik huhu...

No wonder la lama nk siap. Kedai akak siap dlm 2-3 weeks jer tp xlawa mcm Fiska Shah Alam cos bajet ciput haha

Bila la nk mai shah alam ni... Ape2 pn semoga terus sukses irine

black_mel said...

lawa butik..insyaAllah..kalau ada kesempatan boleh datang bawak mak..nak bawak wife..tp wife takda lg ;)

Puan Wawa said...

Tahniah irine & husband. Semoga terus success..

Wawa suka kta awak, sampai bila kita nak duks elesa kan.. Move on dari zon selesa ..

Fatihah Salleh said...

Moga Irene selalu dimurahkan rezeki. Amin

HaFizaH aYu said...

Hai irine..ur boutique still have slot for vendor or not yer

Shakina Farhan said...

tahniah irine..betul..perit jerih pening kepala hanya tuan punya badan yang tau..insyaAllah..semoga terus success!

Azura Aziz said...

smoga terus sukses Irine.. always jadi supporter Irine ;)

sweet pearl said...

tahniah! lawa gila butik! nk bukak butik jugak lah hahahha :D

Othman Zan said...

Assalam. Congrates dek.. muda lagi dah cuba lari dari comfort zone. Kakak doakan kejayaan dan rezeki melimpah ruah. Butik cantik, produk pun mesti lah cantik kan. In sya Allah berjaya..

Aisyah Ghazi said...

Wahhhh, lawanya butik! Congratz irine. You did it! Nnti ada time insyallah i nak gi visit. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

SITI SORFIENA SYASHA said...

bestnya akak, nanti opi nak datangg :)

Zimie said...

suka sgt tengok design butik irine tu. sejuk je matamemandang. kelas sgt taste irine haha. all the best irine. akak belum sempat jejak ke sana hwaaaa maybe one fine day

Wanie Seuk said...

tahniahh akak.. saya baru start nak buat jualan onlinee. kalau rajin jmput la singgah blog tngokk kain songkt..

http://wanieseuk.blogspot.my/2016/01/songket-preview.html
http://wanieseuk.blogspot.my/2015/12/songket-part-1.html
http://wanieseuk.blogspot.my/2015/12/kain-songket-part2.html


bagi la sikit tips untuk saya... huhuhuhuhu. thanks kaalau akak sudiii :)

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

tahniah irine. such an inspiration for me ^_^ tgh usaha nak ada bisnes sendiri juga. teruskan usaha ,irine :) moga bisnes makin berkembang

sya mimie said...

Cantiknya butik irine. Akk suka sngt. Semoga trus berjaya ya.. :)

Dangdut said...

kumpul duit untuk dirikan Butik Fiska di tempat yang agak strategik pula,ide yang baik, handle businees bersama.
aku suka Mini cafenya, cool dan moderen, aku nak makan cookies :)

naqhiah khalida said...

Butik Fiska mmg best. Kite dah pegi 3 4 kali dh.. Syok shopping kt situ. Mcm2 ada. Kipidap Irene & suami!

Hidayah Abdul Kadir said...

Tahniah kak! =)
Sangat cantik butik tu, Ini kali pertama saya dengar mengenai butik Fiska.
Semoga perniagaan akak terus maju & berjaya dunia akhirat.

Inspired!

s a h i | a said...

Salam Irine,
Tahniah sebab teraju Butik Fiska Medina sampai sekarang. Semoga Allah meluaskan rezeki kalian sekeluarga.

P/S : Irine, restock la sara wide shawl lagi ye.. hee . tenkiuuu.

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in