Cara paling mudah buat homemade ice cream.




Assalamualaikum :)
Sebenarnya dah pernah dah pun aku share resepi homemade ice cream ni dekat instagram and facebook. Rasa rugi pulak kalau tak share sekali dalam blog. Boleh orang refer ye dak? hehe

Siapa paling suka gilerrr makan ice cream, tapi bila habis, kena beli lagi, lagi dan lagi? 
Meh aku ajar korang cara paling senang dan mudah nak buat homemade ice cream sendiri dekat rumah. Sedap dan yang penting memang InshaAllah dan confirm sedappp! (kalau ikut betul2 resepi yang aku share ni mmg sedap.hehe)

Homemade ice cream yang aku share ni ialah flavour Oreo Choc Chips. Sekejap je buat, dapat sebekas besar, boleh makan 1 family depan tv. hehe.


Bahan-bahan yang perlu korang ada :-

-Mixer (beli yang murah-murah pun takpe, asalkan boleh pukul whipping cream. Kalau nak pukul pakai tangan boleh, tapi memang lambat lah jawabnya, tangan korang yang lenguh)
- Whipping cream


Whipping cream kalau nak sedap, cariklah yang brand Anchor ni (non dairy). Aku dah try pakai brand lain, tapi macam tak berapa menjadi sangat. huhu


-Esen Vanilla
-Susu pekat
-Biskut oreo 1 paket
-Choc Chips 




Boleh refer gambar di atas step by step :)

Resepi homemade Oreo Choc Chips yang korang sendiri boleh buat dekat rumah

1) Whipping cream pukul pakai mixer, pukul lah sampai dia jadi gebu. Macam mana nak tau dah betul-betul gebu? Haaaa, agak-agak cuba korang terbalikkan whipping cream tu dan dia tak jatuh. hehe. REMINDER : jangan terlebih mix! Sukatan whipping cream - 400ml

2) Bila dah gebu, masukkan susu pekat. Macam aku sendiri, aku letak dalam 10 sudu besar susu pekat. Depends lah nak tahap manis macam mana. Pandai-pandai lah adjust rasa ikut teka korang masing-masing. 

3) Letak esen vanilla dalam 2 sudu besar macamtu. 

4) Letak biskut oreo (hancur-hancurkan biskut oreo tu termasuk dengan cream oreo tu skali) dan campurkan dalam whipping cream tadi. 

5) Taburkan choc chips. Kalau buat sendiri, boleh letak suka hati berapa banyak. hehe. Macam aku sendiri, aku suka sangat dengan choc chips, jadi aku letak banyakkkk ! 


6) Masuk dalam bekas dan simpan terus dalam fridge atas.

tadaaa! SIAP!!! tak sampai setengah jam macamtu dah siap. Aku bajet dalam 20 minit gitu dah setel.

Agak-agak dah 6-8 jam macamtu, dah boleh makan dengan suami dan family tersayang depan tv! hehe. Tapi kalau nak lagi sedap, lagi lamaaaa bekukan, lagi sedappp ! 


Rasa dia sama tak macam ice cream kat luar tu? 
Yuppp samaaa dan sedappp! Melainkan kalau ko tak pukul betul2 whipping cream tu atau tak cukup mix, dia takkan jadi. 



Selamat Mencubaaaa resepi paling senang ni :)

9 comments:

A. said...

Salam aleykum ^^ maaf nak tanya, UHT tu yg dairy kan? kalau non dairy mmg kembang kalau UHT taktaula, kalau terlebih pukul dia jd lembik. sbb dlm gmbr tu yg UHT maaf kalau salah :)

SITI SORFIENA SYASHA said...

sedapppnyaaa T__T

cplud miera said...

Assalam irine. wah senang je ni. nk kene try lah. irine, share la dekorasi rumah irine jugak. dapur tu cm comei ja. mesti pink semua kan. hehe

Zie Azi said...

wow, menarik.boleh try kalau ada kerajinan ahhah

Munirah Mustafar said...

Confirm akan cuba buat!!!
tak payah nak cari ais krim kat luar dah...
lepas ni boleh buat versi & perasa sendiri pulak...
hehehehhee

~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my

Munirah Rafiuddin said...

terbaik!!!

http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

DRAMATIC UNIQ said...

dah banyak kali tengok resepi ice cream homemade ni.. asyik telan2 air liur je.. nak buat bila ntah.. hehehehe.. :p

penyakit M lebih sangat ni.. haiiihhh..

e.t.t.y said...

satu je nak tanya yg takde kaitan dengan eskrem?

mana beli bekas telo ada ayam tu??

hihihih

Melody Stringer said...

tengok gambar je pun dah sedap

Download Movie HD

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in