Kenapa Irine pilih SHAKLEE sebagai BUSINESS




Assalamualaikum semua. 

Dah lama sangat tau Irine nak sharekan tentang ni, tapi tunggu masa je yang sesuai. Ada yang dah tahu kan selain dari mengusahakan business pakaian muslimah di Butik Fiska, Irine jugak pilih business Shaklee sebagai part time job Irine. Sebenarnya, daripada tahun 2013 lagi dah berkecimpung buat part time menjual Shaklee, tapi lepas tu stop sementara sebab nak fokus buka Butik Fiska, takut tak terlayan nanti nak focus banyak kerja. Butik Fiska di Shah Alam adalah impian pertama Irine sejak sekolah yang dah tercapai, Alhamdulillah. Tapi baru beberapa tahun bertapak dan masih banyak perlu belajar dan perancangan baru supaya business ni dapat bertahan kan.


Kita reverse dan flash back sekejap pada 5 bulan lepas, masa tengah pregnantkan anak ketiga, Irine cakap dengan husband, tak tau nak buat apa dekat rumah selain jaga anak-anak. Pantau butik pun daripada jauh sebab tengah pregnant. Jadi, husband cakap, why not continue buat business Shaklee balik, alang-alang isi masa terluang dan nak tunggu waktu bersalin nanti. Dapat buat extra income lagi tuh. 



Yelah anak-anak pun makin ramai, of course perbelanjaan seisi keluarga pun makin bertambah. Dalam sebulan pun cuba lah kira pampers berkaton2 kena beli. huhu.

So Irine pun terus je setujuu sbb Shaklee pun kali ni dah tak perlu nak ulang-alik ke Hq @ Branch untuk ambil stok macam tahun 2013 dulu. Kalau dulu untuk dapatkan stock, kena datang ke HQ dan beratur ramai-ramai ikut turn sampai kadang-kadang ambil masa berjam2. Yang bawa anak kecik faham-faham la kan. Masa tu Medina kecik lagi Irine dan husband selalu bawa skali, tapi memang penat menunggu kalau bawa anak. 

Kadang-kadang sambil tunggu giliran husband terpaksa dukung dodoikan Medina yang meragam nak tido..hehe nampak penat kan, memang pun! Tapi sekarang ni dah tak sama lagi, boleh terus order dekat website je, esok stock tu dah sampai rumah! hihi Jimatt masa dan tenaga! Bukan tu je tau, kalau nak direct order melalui website, dan nak minta SHAKLEE postkan pun boleh terus pada customer. Sangat-sangat senang ! That's why kalau nak berniaga SHAKLEE ni lah paling senang sebab tak perlu simpan stok pun. Once customer bayar pada kita, kita terus minta Shaklee je yang postkan. Ala-ala dropship gituuu. Berbeza macam dulu. Kalau nak pegi HQ pun dah selesa sekarang sebab dah pindah tempat yang lebih besar.



Kenapa jual product Shaklee?

Ramai sangat tanya Irine, kenapa Irine daripada dulu pilih Shaklee sebagai business. Kenapa tak pilih business lain? Padahal banyak je business lain yang lagi senang dan bagi income yang lumayan jugak.




Irine nak berkongsi pengalaman diri sendiri. Jawapan paling mudah dan tepat kenapa Irine pilih Shaklee ialah kerana PRODUK Shaklee sendiri. 





Sampai sekarang, Irine masih berpegang dengan prinsip, 

"kalau kita nak orang suka dan jatuh cinta dengan produk yang kita jual, kita sendiri dulu kena suka dan jatuh cinta dengan produk kita sendiri"

Selalunya, sebelum Irine nak menjual sesuatu produk kepada customer, Irine lagi suka test diri sendiri, nak dapatkan feedback macam mana. Bila dah yakin dan nampak perubahan, barulah Irine yakin nak share kebaikan Shaklee pada semua orang. Ini adalah perkara penting dalam prinsip Irine. 

Contoh macam Irine sendiri, start JATUH CINTA PERTAMA dengan Shaklee adalah disebabkan SET BERPANTANG SHAKLEE. Ada yang dah sedia maklum, Irine melahirkan anak pertama secara ceaser. Masa awal2 dapat tau nak kena ceaser, hati ni sedih betul ! Perasaan takut jangan ceritalah. Takut sebab nak hadap sakit masa berpantang nanti. Yelah, ceaser ni kan masa nak bersalin tak rasa ape lagi, tapi kesan dia sejurus selepas melahirkan, baru sakit tu datang menyengat ! 

Irine pun disyorkan untuk berpantang dengan amalkan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulilah, boleh Irine katakan daripada awal bersalin 3 tahun ++ yg lepas sampailah sekarang, luka ceaser takde rasa sakit apa2 walaupun pedih skalipun dengan izin-NYA. Dalam masa seminggu, dah boleh jalan macam biasa dan rasa macam takde apa-apa pun. Ikhtiar Irine untuk sembuhkan luka ceaser dengan cepat ialah dengan pengambilan Set Shaklee. Disebabkan tu jugak Irine rasa Shaklee ni sangat berjasa pada diri Irine semasa mengandung dan semasa berpantang.  Semua ini atas keizinan Allah juga. 

Perubahan yang paling ketara ialah badan rasa lebih bertenaga walaupun ada banyak komitmen dengan keluarga dan business, kurang rasa letih, dan kulit muka pun makin nampak elok berbanding kulit dulu. 


tempek gambar sendiri yang amalkan 
SET BERPANTANG SHAKLEE. 

Kiri : masa tengah mengandung anak ketiga pada minggu ke-38.
Kanan : Back to own my shape! Belum habis berpantang, ketara nampak perbezaan daripada mengembang kepada kuncup semula.hihi. 25 hari berpantang. 

Dari produknya yang berkualiti, maka terbuka hati Irine untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan mereka dekat luar sana tentang produk Shaklee. Sememangnya diyakini Halal, selamat, dan dihasilkan dengan cara yang semulajadi.


Berbekalkan modal hanya RM80 sahaja, Irine terus register semula menjadi SID SHAKLEE semula. Bersyukur sangat-sangat sebab Irine berada dalam group SPECTACULAR & PHENOMENAL PEARLS yang mana mempunyai leader-leader yang HEBAT-HEBAT kesemuanya! Sampai sekarang masih tak percaya sebab mempunyai MENTOR hebat iaitu leader Irine sendiri, Kak Yana. Dia lah yang polish Irine daripada kurang knowledge sampailah sekarang. Tak putus-putus yakinkan Irine boleh pergi jauh dalam Shaklee. 

Masa bulan pertama join Shaklee, Irine ingat balik yang Irine start betul-betul LAST MINUTE ! Irine start business Shaklee bermula pada pertengahan bulan JULAI 2016. Mentor Irine sendiri cabar Irine dah alang-alang, kalau boleh terus score untuk naik rank SUPERVISOR. Teringat kata-kata mentor Irine, PERTAMA SEKALI yang u kena capai dalam business Shaklee semestinya u kena plan untuk RANK UP. Alhamdulillah bulan pertama Irine dapat naik rank SUPERVISOR walaupun buat sales berbaki 15 hari sahaja lagi. 

Masuk bulan kedua, Irine sediakan TARGET, memang nak naik rank lagi sekali which is SENIOR SUPERVISOR dan juga nak score untuk CAR BONUS. Pada awalnya, rasa sangat mustahil nak buat semua tu, tapi fikir-fikir balik dalam dunia ni mana ada benda yang tak mustahil asalkan u betul-betul usaha sungguh-sungguh nak capai target u yang sebenar  ! Tak boleh rasa takut, tak boleh rasa tak bersedia, lambat bertindak, lambat lah u nak capai target.  

Bulan kedua (August), Irine berjaya naik rank Sr.Supervisor dan surprisely terus MELOMPAT rank COORDINATOR pada bulan yang sama. Masa ni Alhamdulillah income Irine dah mula mencecah 5 angka sebulan. Bagitau husband pun dia terkezuttt dan dialah orang yang tak putus-putus cakap dengan Irine, 

"syg boleh buattttt, abg target sayang bulan ni mesti kena dapatkan sales bla bla bla" 

i ni dah lah pantang dicabarrr. hehe. So Irine anggap mentor dan husband Irine ialah orang yang berjasa sebab tak putus-putus bagi semangat. 


SHAKLEE menyediakan CAR BONUS INCENTIVE.

Bila Irine dengar tentang Car Bonus ni, Irine memang dah target betul-betul mesti kena score Car Bonus jugak. 

Irine nak kongsikan salah satu peluang yang sangat BESAR bila anda join Business Shaklee iaitu peluang untuk mendapat CAR BONUS. 

Bila kita dengar CAR BONUS, benda pertama yang keluar dari fikiran kita mesti, 

"Waahhh! Shaklee bagi kereta ke? !"

BIG NO ! hehe. Untuk pengetahuan, Shaklee tak bagi pada kita kereta sebiji tapi Shaklee beri CASH pada kita supaya kita dapat beli dan bayar sendiri duit kereta idaman kita. Kalau Shaklee bagi kita kereta, mungkin kereta tu bukan kereta idaman kita kan? So, Shaklee baik hati bagi dengan nilai CASH. Baik kan Shaklee? Dah lah bagi bonus tiap-tiap 15hb setiap bulan, dia bagi pulak kita macam-macam jenis peluang yang sangat best ! 

3 bulan pertama join Shaklee, Irine completekan program "SHAKLEE CAR INCENTIVE" untuk 3 bulan berturut-turut. Awal-awal tu rasa macam tak yakin, tapi keyword dia dekat sini ialah asalkan u RAJIN BERUSAHA & TAK MUDAH GIVE UP, macam-macam peluang boleh grab depan mata. Rugi lahh kalau buat business setakat nak cuba-cuba dan main-main.


CAR BONUS ACHIEVER 


Menyempat pulak husband selfie dekat branch Shaklee. hihi.  
CAR BONUS ACHIEVER - IRINE NADIA & HUSBAND :P



Masuk bulan ke-4, automatic Shaklee bayarkan duit bulan kereta Irine which is kereta tu pun Irine beli dengan 100% daripada BONUS dan INCOME yang Irine dapat melalui business Shaklee. Best kan? 




My 1st car beli melalui BONUS SHAKLEE. 
My dream car Honda HRV. hehe. 

Thank You Shaklee tolong bayarkan duit kereta Irine bulan-bulan sekarang ni ! Paling Irine sayang dengan Shaklee sebab car bonus ni LANGSUNG TAK SENTUH dengan untung jualan runcit setiap bulan.


Nilai CAR BONUS yang Irine dapat setiap bulan lebih daripada nak bayar duit monthly kereta. Jadi yang selebihnya nak buat apa? Haa terpulanglah pada kita nak buat apa, dah duit kita kan. hihi. 

⇨ Nak simpan ke, nak bayar duit rumah ke
⇨ Nak pegi Umrah ke
⇨ Simpan untuk tabung travel
⇨ Shopping. Of courseee! hehe
⇨ Bagi duit belanja pada mak ayah dan ibu ayah mertua.

Dalam tempoh berpantang yang lepas, Irine sekali lagi buktikan yang dalam tempoh berpantang pun masih boleh kekalkan momentum iaitu naik rank SENIOR COORDINATOR. Masa ni bonus bulanan Irine dah capai 20k-25k . Siapa nak bagi kan?  Alhamdulillah, ini adalah rezeki setiap anak-anak Irine. Syukur Allah gerakkan hati Irine continue semula buat business Shaklee.


Nampak tak dekat sini, takde perkara yang mustahil. Apa yang anda perlukan ialah

➽MINAT
➽USAHA
➽BIMBINGAN DARIPADA MENTOR
➽USAHA & DOA
➽RESTU. Kalau yang dah berkahwin, paling penting kena dapatkan RESTU daripada suami.


Mostly semua orang nak kan 2 ni :-

➠ TIME FREEDOM
➠ FINANCIAL FREEDOM

Terus-terang Irine cakap, Irine memang nak TIME FREEDOM & FINANCIAL FREEDOM. Lagi-lagi bila anak-anak makin bertambah, kalau boleh memang nak anak-anak ada sentiasa depan mata walaupun bekerja. Irine pasti, dalam kalangan pembaca blog Irine ni mesti ada yang nak dapatkan TIME FREEDOM & FINANCIAL FREEDOM. Betul tak?

Jadi yang mempunyai impian dan cita-cita macam Irine, Irine nak share dan tunjukkan jalan sehingga anda berjaya capai dua keyword di atas 



➤ TIME FREEDOM : yang mana boleh MEMBEBASKAN anda daripada waktu kerja office dan bekerja hanya dari rumah.



FINANCIAL FREEDOM : yang mana boleh MEMBEBASKAN anda daripada hutang, membantu ringankan beban suami dalam perbelanjaan keluarga,boleh berikan ibu ayah duit belanja, boleh bantu kos pembelajaran adik-beradik, lebih banyak bersedekah untuk golongan yang memerlukan, serta paling semua orang nak ialah spend kan masa dengan family. Boleh mengerjakan umrah dan haji sama-sama,travel dan holiday. 



➤ HEALTH FREEDOM untuk diri sendiri, suami, ibu ayah, family serta orang sekeliling u. 
Pengambilan supplement yang 100% NATURAL & SELAMAT inshaAllah boleh membantu mencegah penyakit.  But make sure kena ada product knowledge. 



Jadi yang berminat nak mencapai income 4-5 angka sebulan, 

yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah,

yang mempunyai impian untuk tambah duit pocket dan duit belanja untuk sara diri dan sara keluarga, 

yang sanggup berkorban dan betul-betul SERIUS sahaja untuk buat businesss ni tanpa hangat-hangat tahi ayam, 

Irine nak ajak u all MENCAPAI REALISASI dengan mengalu-mengalukan kedatangan orang baru di bawah bimbingan group Irine sendiri. InshaAllah u akan dapat bimbingan dan tunjuk ajar tentang product dan marketing daripada Irine serta leader-leader hebat yang lain iaitu group hebat SPECTACULAR & PHENOMENAL PEARLS. 

Jangan risau, ilmu-ilmu sekarang di hujung jari. Bimbingan dan tunjuk ajar akan diguide secara online di Whatsapp :) 



Yang nak BERJAYA, u kena tanya betul-betul dalam diri u, 
betul-betul SERIUS nak buat atau tidak :) 



So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama Irine, ingin merasa pegang 4-5-6 angka boleh hubungi Irine melalui wassap 

IRINE NADIA, 
Whatsapp : 010-2210776
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW iNSTAGRAM OFFICIAL SHAKLEE IRINE :-
 @irinenadiabeauty 


Assalamualaikum. Jumpa next entry ! :) 






















Nyawa


Assalamualaikum.


Anak-anak ibu. Ada orang tanya, macam mana perasaan bila dah ada 3 orang anak? 
Jawapan : Meriah! hehe. Jadual tu dah jadi padat sikit tapi seronok. 
Teringat kata-kata suami, 

"kadang-kadang walaupun kita tak rancang, Tuhan tetap tentukan jadi jugak"

Fiska Medina : 3 tahun 5 bulan
Hasya Tasnim : 1 tahun 7 bulan
Muhammad Umar Fahri : 18 hari



Milk booster paling berkesan + sedap + menyelerakan


Assalamualaikum Hye :)
Quickly update from me, update blog pakai phone je ni. hehe

nak sharekan milk booster yg betul-betul membantu untuk banyakkan production susu. 
Sepanjang tempoh berpantang ni, memang banyak consume ESP. Memang dapat rasa perbezaan antara menyusukan anak perempuan dan anak lelaki. Semestinya menyusukan anak lelaki, aku rasakan lebih lama, kerap dan banyak. 


Aku sharekan milk booster yang aku sendiri /pernah consume :-

1) Air rebusan longan kering - Longan kering ni selalunya ada jual dekat tesco, giant, kedai ubat cina seyseyy, dan lain-lain. Senang je nk buat. Longan kering tu basuh dulu bersih2, dan rebus. Air tu minum. Hasil dia ? Memang sangat-sangat membantu ! Dan air longan ni mmg sedap. RECOMMENDED!

2) Sawi & Lobak putih - dua-dua jenis sayur nih la sepanjang tempoh berpantang akan bertemu setiap hari! haha. Sampaikan rasa nak makan sayur2 lain, tapi apakan daya, takut pulak kalau sejuk ataupun angin nanti. 

3) Halba - Halba ni kalau ikutkan tak sedap.haha. tu bagi aku lah kan. Tapi halba ni pun mmg berkesan for me. Tapi aku tambah madu untuk kasi penambah selera air halba tu jadi sedap sikit. RECOMMENDED!

4) Horlick + Milo - Horlick mmg femes. Boleh consume time pantang. Mak selalu pesan tiap kali pantang, " kau kena minum Horlick, sebab engko tu menyusu". Kalau tak Horlick, boleh try jugak minum Milo. tapi Milo tak ramai orang nak consume time pantang, sebab takut sembelit, but for me, waktu tengah lapo, suka minum milo panas-panas dan cicah dengan biskut oat. 

5) Kurma. Stok kurma memang wajib ada. Kalau anak u kena jaundice, ibu-ibu sekalian silalah makan kurma banyak-banyak ok untuk kurangkan jaundice InshaAllah dengan menyusu badan. 

6) Supplement - Semestinya consume supplement SHAKLEE.


So, aku consistentkan minum ESP untuk membantu production susu lebih banyak dan pekat .

Yang atas ni ialah menu yang aku sendiri try untuk milk booster 

ESP SHAKLEE + SUSU DUTCH LADY FULL CREAM + KURMA + BADAM 

Apa hasilnya? Hasilnya, waktu malam jadi seksa sikit sebab nak kena kejut baby suruh menyusu :'D

Macam mana cara nak buat? 

Kurma dengan badam tu aku rendamkan dulu. Then susu Dutch Lady full cream aku blendkan dengan badam dan kurma. Lepas dah siap-siap blend, aku campurkan dengan ESP SHAKLEE (PALING WAJIB LETAK!!), pastu terus shake, shake,shake uolsssss! hihi. Sedappppp ! 

Nak tengok macam mana video tutorial buat resepi milk booster ni boleh follow 
IG : @irinenadiabeauty 


1st : Fiska Medina, 3 tahun 5 bulan 
(masih menyusu badan sampai sekarang, cuma bezanya, dia dah wean off masa umur 2 tahun lebih, tp dia menyusu lagi dgn aku untuk tidur petang dan tidur malam. Lain-lain masa, dia dah minum susu kambing Rayden.)

2nd : Hasya Tasnim, 1 tahun 7 bulan. 
(masih menyusu badan, sekarang share menyusu dengan adik baru dia. Masa pregnant anak ketiga, aku teruskan menyusu dia sambil mengandung dari awal pregnant sampailah bersalin dan sampailah sekarang. Sama juga situasi masa pregnantkan Hasya, menyusukan Medina daripada awal pregnant sampailah adik dia keluar dan share sama-sama)

3rd : Baby Umar Fahri, 13 hari.
Menyusu badan, kongsi dengan kakak-kakak dia.haha. Tapi apa-apa pun, sebelum nak menyusukan kakak-kakak dia, aku akan pastikan si adik menyusu dulu. Apa-apa pun, biar adik dulu yg menyusu. Lepas2 tu bg kat kakak dia. 

Fuhhhh. 


Semestinya nak menyusukan anak-anak syurga ni perlukan macam-macam usaha. 

Apa yg boleh di share ikut pengalaman diri sendiri macam mana boleh fully bf kan anak-anak :- 

✅Consume milk booster. Sepanjang menyusukan anak-anak, supplement Shaklee tersangatlah membantu.

✅Air masak pun lebihkan jugak utk menghasilkan production susu .

✅Time pantang, my prinsip NO DIET! Nak diet pun after pantang nnt sbb dalam waktu pantang time tu mmg production susu tengah banyak! Rugi kalau nak sekat2 makan time pantang .

✅Makan kurma + apa2 jenis biskut kalau rasa lapar .

✅ Sentiasa pump. Once u dah pump, Miss B u akan start kosong balik,so selalunya lepas pump, Irine akan bg baby menyusu direct pulak. Stok pump tadi boleh simpan. U kena ingat,"semakin banyak demand, semakin banyak susu yg akan terhasil". Kalau u malas nak menyusu, asyik2 merungut letih la, baby minum kerap sgt, badan sakit la ape la, mcm mana nak Bf kan baby? Nak bf kan baby ni bukan tahap kena rajin je, tapi disiplin tu kena ada jugak + mental kena kuat + SABAR. So that, u akan berjaya BF kan baby sampai 2years, kalau ada rezeki more than 2years pun boleh tau.

✅ Nak menyusu, KEY POINT PALING PENTING ! --> Support daripada husband sendiri. Aku rasa dah berapa banyak kali dah aku menangis dekat husband sbb tipulahhhh kalau tak letihh nak menyusu. tp husband bg byk support moral. 

✅ Nak menyusu, fikiran u kena kosongkan. KENA SENTIASA POSITIVE. Kalau boleh, elakkan lah rasa bad mood time nk menyusu.


 Mummy-mummy dkt luar sana, lagi-lagi 1st time bakal nak jadi ibu, apa yg aku boleh pesan, jgn putus asa ok! Set dalam mind siap-siap, semua kena positive!

Ok lah, tu je nak share. Sbb ni pun antara salah satu request drpd reader blog yg mintak untuk sharekan entry berkenaan pengalaman menyusukan anak-anak :)

Follow official instagram Shaklee : @irinenadiabeauty







Mandian herba & Lulur badan


Assalamualaikum Hye :)

Harini masuk hari ke-12 berpantang dan merupakan last day pakej mengurut dengan confinement lady. Macam sebelum-sebelum ni, lebih kepada ambil pakej rawatan berurut 3 hari je, tapi kali ni mmg dah cakap dengan husband nak ambil lama sikit sbb pregnant kali ni pun dekat-dekat. Kalau boleh nak sihat dan segar betul-betul.  Jadi, ambil seminggu. Bezanya kali ni ambil complete sikit yg ada berurut, mandian herba, bertangas, bertungku, lulur, tummy binding (ikat bengkung), masakan untuk ibu berpantang (walaupun mak sendiri pun masak, tapi selang seli.hehe), mandikan baby + urut baby + tuam baby. So, start hari ketiga bersalin haritu confinement lady tu dah datang. Sebenarnya hari ketiga tu pun dah start sengal-sengal badan tau sbb badan ni perlukan urutan sebelum masuk angin. 


Setiap pagi, confinement lady akan bawak segala jenis bahan mandian herba ni untuk dia rebus dan aku gunakan sebagai air mandian. Wangiiiii sangat-sangat air herba ni. Yang uncang tu bahan penting. Besar jugak uncang herba ni,dalam tu ada macam2 kandungan herba katanya. Aku ni pulak memang jenis banyak tanya. Kejap-kejap tanya apa fungsi mandian herba ni, apa fungsi bertangas, apa fungsi bertungku dan bla bla bla. Katanya, mandian herba ni fungsinya untuk buang segala jenis penyakit dan sakit-sakit dalam badan, kasi segarrrr itu badannyaaa, kasi badan wangi lepas bersalin. 

Oh ya, confinement lady yg aku ambil ni orang Indonesia. Aku tanya dekat dia, kalau ikutkan orang Indonesia punya cara berpantang lagi ketat. Kalau pakai bengkung tu, bukan pakai time berpantang je, tapi 3 bulan kena pakai straight! nak tido pun pakai bengkung. Nak keluar pun pakai bengkung. Cop, diorang punya style, kekalkan pakai bengkung jenis yg berikat tu tau, bukan bengkung instant. So, bila tiap kali berjalan, perut tu rasa selamat, perut tu tak jatuh. Yelah lepas bersalin ni kan badan mengembang, so nak kekalkan shape badan tu biarlah daripada awal. Aku tanyalah, tak susah ke pakai bengkung ikat tu? Pakai dan ikat sendiri ke?

Dia jawab, 

"Iyaa agak sulit mau pakai itu bengkung hari-hari. Saya pakai dan ikat sendiri. Tapi coba saja lihat saya, udah anak 5, perut masih kempissss!. Kencangggg gituuu!" 

Punya confident dia jawab soalan aku. haha. Aku pun iyakan ajeee.
Kencang pun kencanglah.


Last day pantang tadi, dia pakaikan lulur satu badan. Lulur ni berasaskan lulur kopi. Memang wangi sangat-sangat bau kopi. Dah la tengah pantang, sambil lulur, sambil terbayang air kopi. wuuu. Aku kalau dalam bab-bab segala jenis lulur ni memang suka, lagi-lagi time pantang. Sebab time pantang ni la nak lakukan aktiviti sental-menyental daki-daki yg hinggap time pregnant. Pregnant kali ni Alhamdulillah, stretchmark x de sbb hari-hari masa pregnant amalkan minum ESP Shaklee.  Kalau u time pregnant naik banyak stretchmark @ daki-daki gelap dekat leher ke, celah2 tersembunyi, kena pakai lulur ok! My own experience, daki-daki masa pregnant ni, kena sental masa awal-awal berpantang. Kalau u x jaga and buat dari awal kan, kesan-kesan tu susah nak hilang. Dalam erti kata lain, daki2 tu akan jadi degil !! haha. So, masa dalam waktu pantang tu, kesan2 degil tu still baru lagi, senang nak hilang.


Untuk yg tengah pregnant, nak elakkan stretchmark hinggap, consume lah ESP Shaklee. Seriusly, perut u akan nampak cantik je tau. 

FOLLOW IG Irine untuk details : 
@irinenadiabeauty




Sebabkan masa buat lulur tadi best dan bau sedap, aku pun tanya, ada jual x lulur kopi tu. Dia kata ada, so aku pun beli 2 balang! hehe. 1 balang ni boleh guna banyak kali. So, lepasni boleh lulur dan buat sendiri. 


Dah alang-alang tu, aku borong sekali uncang mandian herba tu. Lepasni orang tu takde, boleh buat sendiri je. Size uncang ni besar macam size tapak tangan besar, bukan cinonet. aku borong 10 paket terus. 1 uncang boleh guna 3x mandian.

Tu je lahh nak share petang ni dah alang-alang anak semua tengah tido ! hehe

Next entry kalau rajin, aku sharekan ambil dengan siapa pakej confinement beserta pakej dia sekali.
Siapa nak aku share entry tu??? hehe

Bye-bye




1st,2nd,3rd pregnancy


Assalamualaikum Hye.
Bila belek-belek semua gambar pregnancy, dapatlah combine kan semua gambar setiap kali sarat mengandung. Alhamdulillah ini semua anugerah daripada Allah, saya doakan semua wanita-wanita yg dah berkahwin di luar sana dapat merasa nikmat mengandung. Amin, amin, amin.



Just for sharing, ramai yang tanya Irine, kenapa suka sangat dengan Shaklee? irine start jatuh cinta dengan Shaklee adalah disebabkan SET BERPANTANG SHAKLEE. 1 set berpantang mcm irine makan masa 1st baby bersalin ceaser dan 2nd baby bersalin normal.Apa yg Irine dapat rasakan ialah bersalin ceaser dan normal, both luka bersalin Irine cepat sembuh dan badan cepat jadi sihat. Tak lupa jugak, sepanjang mengandung tiga-tiga ni, Irine jatuh cinta jugak dengan SET HAMIL SHAKLEE which is supplement tambahan yg Irine consume semasa mengandung.



Apa yg Irine amalkan sepanjang mengandung ?

✅ ESP memang konsisten minum dari seawal usia kandungan 4weeks sampailah saat menunggu hari ni.

✅ Vitalea Iron Formula. Membantu ibu menambah zat besi sbb biasanya ibu mengandung kurang zat besi. Kurang zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam. Sepanjang ambil Vitalea, HB dan BP doctor sentiasa puji bacaan cantik Alhamdulillah.

✅ Vitamin C. Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik. Kalau Irine demam/selsema/x sihat, Irine akan up kan dose 2 biji vit C. Tak perlu lagi makan panadol sebab tak digalakkan ambil. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.

✅B-Complex. Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex mengandungi folic acid yg diperlukan oleh ibu mengandung .

✅Ostematrix . Yang ni adalah fevret Irine. Dah berbotol2 habis sebab tiap malam akan wajib telan utk elakkan sakit2 badan, kaki kebas. So far kali ni tak rasa kaki kebas, simpul biawak, dan rasa lebih bertenaga. Yang tak minum susu, boleh gantikan dgn OSTEMATRIX. Please remember, baby serap almost 90% kalsium ibu sewaktu mengandung.

✅OMEGA GUARD. Irine ambil start dr 2nd trimester sehinggalah 32 weeks 3rd trimester. Omega Guard bagus utk perkembangan otak baby dan kandungan Omega Guard lebih baik berbanding minyak ikan seperti Neurogain. Neurogain sebotol tahan sebulan, tapi Omega Guard sebotol tahan 3 bulan. Nampak penjimatan di situ? 



Ada tak yg pregnant tapi rasa badan lesu je, tak bermaya, bacaan HB dan BP tak cantik, keluar masuk hospital masuk air, kena minum air gula sebab berat badan naik terlebih? Irine sendiri pengguna tegar supplement hamil SHAKLEE suggestkan set ni utk u all :) 

Dapatkan harga PROMO JAUH LEBIH MURAH serta special consultation/guide cara makan supplement dengan betul dengan Irine.






Boleh follow Instagram Shaklee Irine :-
@irinenadiabeauty

Irine Nadia
Whatssap : 010-2210776
Your Health & Beauty Consultant




Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


Assalamulaikum Hye :)
Sebenarnya time pantang ni banyak masa terluang. Jadi aku ambil kesempatan nak update blog sekerap mungkin dan semampu mungkin :P Alaa update blog pakai phone je nih.hehe


Sebabkan ramai yang bertanyakan boleh tak sharekan menu2 time pantang, yg tu sebenarnya aku banyak ikut menu dalam facebook je. Kan sekarang ramai orang share kan. Yang aku boleh sharekan ialah jadual makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan semasa pantang. Yg ni aku dapat daripada confinement lady yg aku booked. Boleh lah u all pun refer-refer in future bila time pantang 
ok?








So far, pantang kali ni memang aku bagi list ni siap-siap dekat husband masa dah bersalin haritu. Senang terus print out and bagi dekat husband suruh carik stok-stok lauk mentah dan stok makanan kering untuk kudap-kudapan. Yg stok kudap-kudapan macam segala jenis biskut tu penting! sebab time pantang nafsu makan aku macam tak serupa orang sikit ! haha.




Ok tu je entry kali ni nak share ! 
Nak share entry ni dipersilakan utk buat rujukan.

tata!




Macam mana nak elak SEMBELIT masa pantang



Assalamualaikum hye :)

Harini ada masa terluang sikit. Baby tengah tidur, kakak Nina dah tidur awal sbb x tidur seharian, kakak Hasya tengah busy main. Ibu dia pun baru lepas setel semua benda.

Rasa macam pantang kali ni lebih bertenaga, kurang la rasa mengantuk macam pantang-pantang yg lepas. Aku rasa antara salah satu sebabnya jugak, baby tak meragam dan berjaga malam. huhu. Jaga untuk menyusu je, bila menyusu pun aku tak bangun, tapi menyusu sambil baring + mengiring. Memang daripada anak pertama dan kedua, daripada waktu pantang lagi dah biasakan diorang dalam pantang menyusu sambil baring. Tak takut ke terhimpap? Haa yg tu kena berjaga-jaga la jugak dan make sure anak tak tersedak tau. Kena alert! Kadang bukan boleh percaya sangat mak2 ni suka tido mati termasuklah yg tengah cakap ni! hehe. Aku pulak dah biasa semua anak macamtu. Jadi, mak2 semua, kalau nak elak letih berjaga dan bangun malam untuk menyusu, train la anak dr awal menyusu sambil baring. Toksah bangun2, letih badan sebenarnya kalau mcmtu. but depends cara masing-masing ok :)

Ok nak share pengalaman sendiri. Selalu dengar yg ramai ibu-ibu sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit time pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah. Ada certain ibu yg bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang. 

Yes macam diri sendiri, lepas bersalin, benda paling takut ialah 
"alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh kee".

Masa lepas bersalin haritu, jangan risau, doctor memang bagi ubat minum pelembut najis. So, u all tak perlu risau k. Kalau doctor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital haritu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sbb once dah consume ubat pelembut tu, u akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? haha. Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doctor bagi ni. 

Untuk 2-3 hari makan ubat ni, memang membantu, tapi bila dah sampai rumah, aku rasa perut ni sangatttlahh tak selesa.Kenapa? Sebabkan ubat pelembut ni mcm tak sesuai dgn aku, buatkan aku kejap-kejap nak pegi toilet . dalam masa setengah jam, ulang alik jugak sampaikan mengganggu bila aku sedang menyusu baby, tp time tuh la nak berlari ke toilet ! 

Jadi, masa nurse datang rumah haritu, aku tanya dekat dia, 

"nurse, boleh tak kalau saya nak stop makan ubat pelembut tu, bukan sebab tak bagus, saya suka sbb senang nak lawas, tapi ubat tu buatkan perut saya rasa memulas/pedih sampai tengah malam kena ulang alik ke toilet"

Then nurse pun cakap, boleh kalau nak stop tapi kena make sure kena gantikan dengan makan makanan yg berasaskan fibre macam sayur hijau banyak2. Pastu air kena minum lebih, kalau tak nnti boleh sembelit. Bila nurse dah bagi green light, aku pun automatic stop kan serta merta. Bila dah stop, aku gantikan dengan apa? Aku ikut cakap nurse makan sayur byk2, air minum lebih dan gantikan dengan makan Ostematrix. 




Sebelah kiri tu ubat pelembut hospital bagi. Dalam bentuk minum. Dan yang sebelah tu Ostematrix. 

Ostematrix ni sebenarnya dah lama aku consume since pregnant lagi sampailahhh masa berpantang. Kenapa Ostematrix? Masa pregnant aku consume Ostematrix untuk hilangkan sakit-sakit badan/lenguh/elak kaki krem @ simpul biawak time pregnant / elak gusi berdarah time pregnant sebabnya Ostematrix ni ialah pengganti kalsium. Kalau u jenis tak minum susu, silalah consume Ostemtarix ni ya sbb ostematrix ni pengganti kalsium. Selain tu Ostematrix ni fungsi dia melawaskan/melembutkan najis. So sangatlahhh sesuai consume time pregnant dan berpantang. 


Apa beza consume Ostematrix dengan ubat pelembut hospital bagi? 
Yg ni my personal opinion . For me, maybe perut aku tak sesuai dgn ubat hospital tu sbb terlalu kuat sangat kesan dia sampaikan perut rasa tak selesa dan pedih. Ostematrix pulak bila makan, aku akan ambil 4 biji sekaligus. Dan kesannya, tiap-tiap pagi akan senang dan sangatlah mudah nak ke toilet. Dia bukan melawaskan sampaikan rasa macam cirit birit tau. TAKKKK! Tapi dalam bentuk senanggggg yang teramat. Tak sembelit langsung! Bila tak sembelit, so mood time pantang pun happy! Takde nak moody2 sebab menahan sakit, betul kan?

Selain tu, beberapa tips lain yang aku baca untuk elakkan sembelit time pantang :-

Tips untuk rawat sembelit yg mungkin boleh diamalkan

1. Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yg berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Time pantang tak banyak sayur yg boleh makan kan, kalau macam aku, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib aku memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur!Tak lengkap.
2. Supplement. Supplement mmg byk membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawak najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!
3. Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air byk takut bawah tu kembang, tapi cara yg betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap.Lagi-lagi kalau ibu yg menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yg cukup untuk hasilkan production susu yg banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras. 
4. Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya. huhuh. 




Ok tu je lah yang boleh di share :) So far suka sangat-sangat consume Ostematrix. 
Kalau ada yang berminat nak dapatkan Ostematrix, boleh order dengan Irine jugak.

Irine Nadia | 010-2210776
Follow Instagram : @irinenadiabeauty 



 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in