Part 3 : Tips bercuti di Korea bawak anak2 kecik (musim winter)


Assalamualaikum

Aku sambung semula last part untuk trip ke Korea.
Untuk kejar masa, aku cerita straight to the point je tau. hehe.

Keesokan hari tu, kitorang repeat semula pegi Myeong Dong, sambung shopping dan sambung berjalan.


Macam biasa, Hasya tido, pinjam stroller kakak dia.
 Medina dah start nak pakai winter coat time ni sebab terlampau sejuk. 


Tengoklah tu Medina, seboleh-boleh nak duduk jauh bila bergambar.





Pagi tu kitorang terlambat untuk breakfast sebab Medina dengan Hasya bangun lambat. Mak dengan ayah bangun awal dan orang terawal yang breakfast dekat hotel. haha. So, kitorang beli siap-siap susu pisang dan roti dekat tepi gerai tu.


Padahal tak hujan pun, tapi nak jugak pegang payung hotel ni. huhu


Beraksi seperti dia sorang punya jalan dekat Korea.


Berkejar-kejar nampak ayah dia datang dari jauh. 
Ayah dia baru lepas beli stok Kinder Joy untuk umpan Medina dekat kedai depan tu. T__T


Happy tak terkata ayah belikan umpan.


Susu pisang yang femes dekat Korea. Sedappppp ! 1 botol ni dalam KRW 4,000 


Roti for breakfast.
Nampak sungguh menyelerakannnnn. hihi


Amboiiiiii. 

Medina kalau tak nak naik stroller, dia akan berdukung je lah dengan ayah dia. 


Dah start blushing-blushing sebab suhu dah start sejuk cecah minus.



Bila dah bosan, tak nak duduk stroller.



Hasya sentiasa berada di dalam dakapan. Thank you baby carrier kerana sentiasa memudahkan kerja sepanjang bercuti.


Angin dah lah makin sejuk tapi aku steady je gatal-gatal pakai jacket nipis :'D
Oh yer, ada yang tanya, stroller bawak naik atas flight jugak ke? Aaah bawak naik sekali. Kalau beli yang jenis compact stroller senang lah. Paling suka dengan babyzen yoyo lah. Ringan dan boleh tampung berat sampai berpuluh kilo tak silap. Buktinya ada di depan mata,haha biarlah gambar berbicara sebab aku kadang-kadang BF kan Hasya duduk atas stroller je kalau tak jumpa tempat duduk.hihi


Tak sah kalau tak buat #trademarkayahmedina dekat mana-mana tempat. hehe. 
Daripada kecik latih untuk balance kan badan dan sampai ke besar masih buat lagi.


Bagi yang bertanya, aku pakai baby carrier Ergo. Bukan yang 360, tapi yang biasa punya :)
Untuk details tenting baby carrier nih, dulu aku pernah ceritakan dekat entry blog. Boleh click entry di bawah :-


Us at Myeong Dong Street, Seoul, Korea :)


NEXT DESTINATION 

Gyeongbukyong. Gyeongbukyong ialah tempat yang wajib kalau datang ke Seoul. Ianya ialah sebuah istana lama dan memang bangunan cantik-cantik dengan seni bina yang aku sendiri kagum. Pernah tengok tak cerita Korea lama-lama dekat tv? kan diorang ada berlakon pasal maharaja, pastu ada gundik, ada permaisuri bagai-bagai tu kan? Macam ni lah tempat dia. hehe. Ada tempat bersidang raja dan menteri-menteri dan sebagainya. Memang besar. 



Nak ke Gyeongbukyong ambil masa dalam setengah jam macamtu. Kitorang naik subway masa ni. Kena tukar 3x subway barulah sampai ke tempat destinasi. Masa nih memang hari paling banyak berjalan. Bila dah turun daripada subway, kitorang berhenti duduk dulu dekat sini rehat2kan kaki. hihi.


Muka tahan sejuk. 


Masa nih, Medina sendiri yang mintak nak pakai winter coat dia. Dan dia mengadu tangan dia dah sakit. Memang lah sakit sebab terlalu sejuk, tangan pun jadi kebas. Bukan kitorang tak bagi dia pakai glove, tapi dia sendiri yang taknak pakai. huhu. Last-last dia cakap sakit, terus pakaikan dua lapis sarung tangan :)


Tengok nihhh, budak ngadeee. hehe


Anak menantu.. wuhooo. hihi


Cheonggyecheon Stream

Sebelum nak menghala ke Istana, kitorang jalan-jalan dulu dekat sini. istana tu depan tu sikit je. 
Memang cantik, air pun bersih. Dan yang paling penting, tempat ni femesss sebab banyak cerita Korea berlakon dekat sini.


Sebabkan tempat dekat sini cantik, so memang banyak gambar dekat sini. hehe


Dekat sana, suami lebih banyak melayan Medina. Medina memang manja dekat ayah dia dan adik Hasya pulak manja dengan aku. hehe. So adil.



Ayah acah-acah pose candid.
Gedik tau buat-buat pandang bawah. hihi






Chenggyecheon Stream
Kalau malam-malam lagi cantik sebab pasang lampu :) 

Lepas dah setel jalan dekat sini, kitorang pun teruskan jalan menghala ke Istana Gyeongbukyong.


Tapi sempat masuk sekejap dekat muzium bawah tanah, sebab cuaca terlalu sejuk time ni. Hasya pun dah terjaga. Susukan Hasya siap-siap dan bagi makan dekat dia time ni. Medina pun sempat menyusu  dekat aku dan bancuhkan susu botol untuk dia. Bila dah setel semua, baru sambung jalan. 


Ayah dengan anak-anak
Nak bawak anak lebih daripada seorang berjalan jauh nih, hati dan mental kena kental. hihi.


Akhirnya, sampaiii..fuhhh.


Gyeongbukyong
Nampak macam cuaca panas kan? tapi sebenarnya suhu sejuk sangat time ni. Angin pun sejuk je. 


Dekat Istana nih, aku takdelah nak bergambar sangat sebab time-time macamni lah DSLR habis batery dan batery phone aku pon mati. sabo je lah. haha.


Pengawal istana yang jaga pintu depan sebelum nak masuk.
Katanya, keje diorang duduk je sini. Macam kerja shift lah, lepas pukul berapa, diorang akan tukar pulak orang lain. Muka diorang memang serius gilerrr, kau geletek lahhh, kau buat lawak ke, kau senyum ke, diorang memang takkan gelak, takkan balas senyuman. Kalau kau cuba nak usik, nanti diorang gerak-gerakkan badan ataupun kene tegur dengan orang kat situ. Something like that lah, 


Geram tauu, rasa nak geletek je pengawal ni kasi gelak sikit. 

Bila dah puas berjalan, terus balik dan singgah untuk lunch. Kalau diikutkan, balik pun kena berjalan kaki jauh juga, tapi sebabkan mak aku dah tak larat, kitorang pun naik taxi. Naik taxi pun bukanlah mahal mana. Not bad lah.


Bila dalam taxi, budak ni pulak sedap tidur. haha.
Padahal dah sampai, tapi nak tidur. Pemandu taxi tu tergelak je tengok Medina nyenyak sangat tido. tapi bagus jugak Medina tido time ni, sebab kitorang menghala nak pegi makan lunch! haha. 

Untuk lunch pulak, kitorang naik taxi ke Sinchon, Seoul untuk menikmati ikan bakar dan sotong yang femessssss di kalangan pelancong. 


Fuhhhhh...perrghhhh..perghhhh..
melelehhhhhh tengokkkk.

LOCATION : Ikan Bakar, Gosame, Sinchon.

Sedap ke? Ya Allah sedapp sangat ok. Sampaikan aku tengah type entry ni pun teringin nak makan lagi tauuuu! Halal ke? InshaAllah halal sebab restoran ni memang ramai orang Melayu datang dan yang bawak ke tempat ni pun student yang dah belajar lama dekat sini. Dekat sini kitorang makan ikan bakar, sotong, sup telor dan side dish Kimchi. Tersangatlahhh sedap. Ikan bakar dia tu paling sedapppppp. Rasa macam ketagih betul makan dan of course sambal sotong tu pon sedapppp T___T tak tahannyaaaaaaaaaa!!! 

Cukup ke 1 mangkuk nasi tu? Yes cukuppp, sebab nasi tu dia dah padat-padatkan dalam mangkuk. Lagipun nasi dekat sana pun nasi pulut. memang cepat kenyang.


NEXT DESTINATION

Lepas dah balik daripada makan ikan bakar Sinchon, kitorang balik dulu hotel solat dan rehat-rehat. Petang tu tak pegi mana sebab seharian berjalan jauh. Jadi kitorang pon decide nak keluar lepas Maghrib. Lepas Maghrib, kitorang jalan-jalan di Myeong Dong sambil mencari restoran makan untuk dinner.


Untuk dinner, kitorang makan nasi goreng. haha. 
Nasi goreng yang Oppa tolong gorengkan. hihi.
Nasi goreng ni pun tempat femes jugakkk dan cara-cara nak masak nasi goreng ni pun diorang masak depan mata kita sendiri. Biarlah gambar di atas berbicara :) 

Nasi goreng sotong. Sedap ke? Yes sedappppppp! Satu kuali tu memang banyak. Aku makan habis 1 kuali. HAHAHA. 

LOCATION : Myeong Dong
Pandai-pandailah pusing carik ye restoran ni. hihi.


Suasana Myeong Dong waktu malam


Jalan-jalan terpandang pulak ke arah sorang Oppa nih.
Oppa yang tengah berniaga banana nutella. haha


Hye Oppa, buat apa tewwww? :'D


Banana Nutella
Sedap ke? Not bad lah, nak buat simple je, tapi biasalah, bila pegi tempat jauh, semua nak merasa. 


Tak ingat sekeping banana nutella berapa, KRW 8,000 kot. Eh yekot.


Oppa tengah beraksi


Laju betul Oppa buat banana nutella. Sampai koyak-koyak roti aku. wuwuwuw


Tak jelas pulak muka oppa kat sini. Nak tengok jelas follow la ig aku yer @irine_nadia
Ada video aku record. Video tuh lah antara paling ramai perempuan dok komen T_____T haha


NEXT DESTINATION : NAMI ISLAND

Sebenarnya aku banyak skip-skip cerita. Sebab letih jugak type banyak-banyak episode ni. haha.
Nak ke Nami Island, kitorang naik bus. Kebetulan masa nih, ada 2 family lain yang tourist guide kitorang bawak nak ke Nami Island jugak. Jadi guide kitorang pun sewakan 1 bus khas untuk bawak kitorang ke sana. 1 bus sewa RM900, so ada 3 family, 1 family bayar dalam RM300 macamtu lebih kurang. Perjalanan dari Seoul ke Nami Island ambil masa 1 jam. Kebetulan time tu sampai awal. 


Nak ke Nami Island kena naik feri dulu untuk menyeberangi. 
Sekejap je tak lama, aku rasa dalam 5 minit macamtu naik feri.



Bila dah sampai je, 
siap-siap ambil gambar trademark ni dulu. hihi. Buat kenangan.


Walaupun suhu terlampau sejuk, tak berpeluang nak merasa snow turun. Yang memedihkan hati, bila kitorang dah gerak balik naik flight, tourist guide kitorang cakap snow dah turun sikit2. haha.sabo je lahh :'D

Oh yerrr, sebelum apa-apa aku nak bagi tips sikit. 
Tips pegi ke Nami Island : Pergilah dengan teman yang pandai amik gambar, so end up korang tak frust.hihi.


Love this moment :)
Ibu, Medina dan Hasya.

Gambar-gambar dekat Korea mostly husband yang banyak tangkapkan guna DSLR dia, al-maklumlah bekas photographer, tapi photographer yang dah bersara lah. haha. Dan lain-lain tu banyak guna camera iphone je.



 Kebetulan masa nak pegi Nami Island, kawan kitorang photographer join skali. So, dialahh yang amikkan gambar kitorang kat sana. hehe.


hihikkk, merasa jugak feeling-feeling ala-ala winter sonata dekat Nami Island. 
Tempat hero dengan heroin berlakon. Takpelah, takde rezeki nak merasa snow, gambar macamni pun dah sukaaaaa. hehe


Thank You Molkhan shootkan gambar kitorang kt sini.hehe
Anak letak mana? Anak tengah leka main playground time ni. hihi. 
Tu yang sempat beromantik sekejap. 
Nak peluk-peluk pun malu tau :'D  hewhew~


:)






Overall, aku memang dah jatuh hati dengan Korea. 
Especially lifestyle dorang dekat sana yang sangat healthy. Kurang makanan berminyak dan minuman yang manis-manis. Dekat sana setiap kali makan, minum air kosong jer. Lepas makan, jalannnnn! hehe. Banyak berjalan kaki dan turun naik tangga. Trip ke Korea memang terkesan dalam hati. Kalau ada rezeki lagi , memang nak pegi lagi untuk musim autumn pulak. InshaAllah start menabung semula dan korek tabung nanti. haha.



Last but not least, thank your for reading ketiga-tiga part TIPS BERCUTI DI KOREA bawak anak2 kecik pada musim winter (part 1, part 2, dan part 3) . Cuma yang part 3 ni je la tak habis bercerita, tak habis story tempat-tempat lain yg kitorang pegi macam main ski dekat Skipark, Cat cafe dan lain-lain sebab aku tengah dalam proses type manuscript untuk hasilkan buku aku yang InshaAllah akan dijual dekat pasaran nanti :) 







21 comments:

Kim Chaa said...

Berjaya baca ketiga tiga entry. Dari hari tuu, tertunggu tunggu buku kak irine. Tak sabau nak baca ^^

Puan Wawa said...

wawa baca story ni pun dah jatuh hati, apa lagi kalau sampai ke sana..")

Atiqah Adnan said...

pergh story pasal food ni mmg akk tak tahan..
ikan bakar tu tempting giler ok.. errrr
bestlaaa gambar cantik2...

acu yuhan said...

kalau ada masa free lepas siapkan manuscript.. sambunglah bercerita hehe ..

missewaa said...

bestnyeeeeee....

MG schmidt said...

korea mmg best n susu pisang tu the best! :)

Amira Chantek said...

Cantik betul korea nie..nak pergi la bila habis belajar nanti

Zie Azi said...

betul tu,pergi sini kena bwk photoghafer haha..korea tmpt yg sgt cntik..

hanizan zamhuri said...

suka tengok gambar.....cun semuanya

Raihanah Ahmad said...

comel semua gambar, romantais pun ada

Freya said...

thanks irine for your sharing!

boleh dah gi korea ni based on your blog. xyah tourist guide xD

fara nanonano said...

sy pun baru lps ke korea musim autumn bln 11 aritu.tp terkilan xdpt jln2 n shoping kt Namdaemun..hukhuk.rindu koreaaaaa!!

amirah said...

cantiknyaaa gambar2...waa...suka suka

Nur Rahayu Izaima said...

sonoknyaaa ....

Nadia Ady2 said...

Eh kat mana beli susu pisang tu 4000won? Kalau kat 7-e or GS25 dia harga 1300won je...

Amalina Aziz said...

Susu pisamg tu harganya 1,300 won je kan nadia?

ReD bUTteRfLy said...

nak tanya stroller tu beli kat mana?

khadhijah said...

Assalamualaikum Irene. We hope you dont mind if you could share with us about the tour guide that you used (contact number, etc). thank you

Iqa Naza said...

Best best best..comel je budak2 tu :)
http://beautecandy.blogspot.my/

Lailaaswani Mustaffa said...

sis semasa di sana sis naik public transport ataupun private transport.setakat ni saya dop baca-baca dlm blog tour yg sis amik ni plaing murah dan releven dgn semua benda..

NOR FADZLINA MD EHWAN said...

cantiknya view kat sana :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in