Part 2: Tips bercuti di Korea bawak anak2 kecik (musim winter)


Assalamualaikum and Hye :)

Ok kali ni nak sambung semula next part untuk entry yang sebelum ni. Terlambat pulak nak sambung next part sebab baru je balik kampung.

Kali ni aku sharekan itenerary daripada awal ke Korea sampai lah balik. 

Dah nama pun plan last minute, jadi tiket pun harga "last minute" jugak lah. 
2 bulan sebelum nak pegi haritu, aku mintak husband checkkan harga seat dekat website Air Asia. Plan nak ambil flight MAS, tapi MAS pricey sikit. So, kitorang cut cost dekat situ, naik Air Asia. Air Asia pun ok je jangan risau. Kitorang pegi Korea 6 days 5 night. Perjalanan nak ke Korea ambil masa 6 jam macamtu. 


Untuk details ticket flight,

Aku assumekan belanja tiket untuk seorang RM1K, gedebak gedebuk campur tax dalam RM 1200 macamtu lah untuk 1 kepala. 
(tu kira mahal jugaklah sebab kalau booked tiket awal, boleh dapat dalam ratus2, jadi rajin-rajinkan lah diri tu selalu bukak website Air Asia.hihi)


Jadi, 
ticket aku, ticket husband, ticket Medina, dan ticket Hasya, total 4 orang semuanya (2 adults, 1 children, 1 infant). Untuk tiket Medina, dah dikira sebagai tiket harga dewasa. Tiket dia saje dah sama dengan harga tiket kitorang sebab dia dah 2 tahun dan dapat seat sendiri. Untuk baby Hasya pun kena bayar jugak, tapi sebabkan still baby lagi dan duduk satu seat dengan aku, kena bayar RM100 ++ saje. 

Ok clear tak tentang details ticket flight? Boleh nampak tak sebenarnya nak ke Korea kalau perbelanjaan sorang takdelah mahal mana. Tapi, kalau pegi dengan family perbelanjaan berkali ganda la sikit. 


Kitorang punya flight delay sejam masa nih. Bosan jugak tunggu, sebab flight patutnya pukul 7.30 pagi. Dah lah kitorang pukul 3 pagi bangun siap2 mandi. Bila aku dengan suami dah setel mandi dan setelkan bawak turun bag, barulah kejutkan anak2. Bila flight pagi2 macamni, aku siapkan pakai baju diorang siap2 sebelum nak tido malam. Jadi, pukul 4 pagi tu terus je bawak diorang, takyah mandikan just lap2 badan dan muka je serta tukarkan pampers baru sebab kesian dekat diorang takut sejuk nak mandi.


Dalam 4.30 pagi macamtu bertolak daripada rumah dan sampai airport pukul 5 pagi.

 

Ramai yang tanya, macam mana nak travel with kids and nak handle diorang yang still kecik lagi. 
Jawapan daripada aku, simple je. Dalam bab2 macamni, nak tak nak korang suami isteri masing-masing kena main peranan. Jangan sorang tu lepas tangan je, takkan aman holiday korang nanti :P hihi. Tapi memang betul, nak bawak anak2 kecik sangat mencabar (aku focuskan untuk yang ada anak lebih daripada seorang, kalau seorang mmg boleh handle sepenuhnya InshaAllah dan takde masalah). Dapat-dapat pulak yang Medina sekarang memang jenis yang tengah nak membesar dan dah nampak tgh mengalami fasa "tantrum" tak kena tempat. haha. Sabo je lah. 


6 jam perjalanan ke Korea haritu memang enjoy dengan keadaan kitorang suami isteri yang tengah mengantuk gilerrrrr. haha. Kitorang gilir-gilir jaga Medina dengan Hasya dan masing-masing macam curik-curik tido bila ada peluang walaupun 10 minit!. Korang ingat senang nak handle? haha. Aku dengan suami macam mata zombi dah tauu tahan mata sebab nak tengok anak2 terjaga elok.

Anak-anak bising dalam flight itu perkara biasa, belum ditambahkan lagi dengan suara menjerit, menangis teriak dan sebagainya. Waktu-waktu macamni, please buang jauh-jauh perasaan emosi dan stress korang dan pasangan. Kena sabar sikit sepanjang atas flight tu untuk handle diorang. Carik "sesuatu" yang boleh umpan anak korang senyap sekejap. Time-time macamni, turuti je lahh apa yang diorang nak, jangan nak larang-larang sangat, takut jadi lagi teruk keadaan :) 


Medina tumpas akhirnya dalam flight. Dalam flight, Medina banyak tido bila menyusu dengan aku, susu botol dia taknak. Berebut-rebut jugaklah dengan Hasya sebab Hasya pun nak menyusu at the same time. Nasiblah Hasya tu kecik lagi, boleh dipujuk didodoi bagi senyap dan beralah dekat kakak. Bila Medina dah kenyang dan tido, barulah aku alih angkat dia tido atas seat sendiri. Setel satu masalah negara bila Medina berjaya tido. Fuhhhhhhh! *lap peluh*


Tengok lah atas ni. Sapa yang tak duduk seat sendiri? 
Last-last Hasya yang buat hal dia sendiri atas seat Medina.

Hasya macam biasa, dia sporting dan adik yang sangat memahami. Tak banyak "pe'el" . Hasya boleh dapat award record bersih dan cemerlang daripada aku sebab paling-paling pun dia menangis kuat bila time nak tido nak menyusu je. 





Bila Hasya nak tido, kitorang letakkan dia tido dalam bassinet baby nih. 
Oh yer, kalau nak dapat seat yang selesa sikit untuk economy class, better pilih hot seat kot.. Sangat recommended lagi-lagi yang bawak anak-anak jalan jauh nih. Kelebihan bila pilih hot seat atas flight ni, korang akan dapat seat kaki paling luas sekali. Kaki pun boleh bersilat, boleh regang-regang. hehe. Selalu normal seat duduk tegak dan sempit je kan? kalau yang bawak anak2 tu, memang aku akan suggestkan pilih lah hot seat mcmni. At least, korang penat-penat handle anak still lagi dalam keadaan seat yang selesa. Kaki pun boleh relax-relax. Kalau hot seat, tak silap aku tambah dalam Rm100++ macamtu rasanya. 


Hasya nyenyak tido dalam bassinet dia. 



Untuk 1st time pergi sana, aku ambil pakej service tourist guide. Private trip. Means family kitorang je, bukan ikut trip yang ramai-ramai tu.



Mesti AKAN ada yang tanya soalan ni,

 Kenapa ambil pakej tourist guide?
Kenapa tak survive je sendiri dekat sana? Kan lagi jimat?
Best ke ambil pakej tourist guide? Macam tak bebas je nak pegi mana-mana sebab dah diaturkan?

Meh aku jawab kenapa dan apa benefits bila ambil tourist guide dkt sana.

Untuk 1st time pergi sana, aku lagi recommend ada orang yang bawakkan sebab keadaan dekat sana kita tak tau macam mana. Selain tu, kita boleh belajar dulu selok belok tempat kat sana yang kita nak pergi. Lagi-lagi yang bawak anak-anak kecik ni, keadaan dia tak sama dengan pergi berdua suami isteri. Bila pegi dengan suami isteri, kita bebas nak explore macam-macam dekat sana, tapi bila dah anak2 ni, kita kena ikut mood diorang. Kalau mood diorang tengah meragam, fikiran pun dah celaru nak plan macam-macam nak pegi mana kalau takde sape yang bawakkan. Takut habis masa macamtu je dekat sana dan tak sempat nak pegi macam-macam tempat. Mana yang jenis tak sempat plan daripada awal @ busy dengan keje, better ambil tourist guide, so diorang boleh plankan takyah susah payah. 

Yang paling penting, bila 1st time pegi sana, nak carik tempat untuk makan makanan halal. Kalau pegi sendiri, takut was-was. Kalau pegi dengan tourist guide diorang banyak boleh suggestkan makanan sedap-sedap dan inshaAllah halal. Tapi, kena make sure lahh service tourist guide yang korang ambil ni yang bagus, survey dulu siap-siap. Jangan pakai terjah je, confirm menyesal. Sebab aku dah banyak kali dengar orang bercerita ambil tourist guide tapi jadual tentative sepanjang kat sana berterabur dan bawak tempat makan tak best @ meragukan. 

So far, pakej tourist guide yang kitorang ambil ni memang puas hati. Takde pulak rasa macam tak bebas ataupun terikat dengan jadual. Diorang pun faham kita bawak anak2, so bila bawak anak2 ni, masa pun confirm akan lari sikit drpd yang dah plan. 


Pakej yang aku ambil (private trip - minimum 4 in group)

Itinerary untuk 6D 5N Seoul + Nami Island 

Pakej termasuk
  • Accommodation 3 Star hotel
  • Airport pickup and transfer (Private MPV)
  • Ferry to Nami Island
  • Public Transport fee (subway, bus)
  • All entrance fee as per itinerary
  • Lunch and dinner 
  • Private Malaysian Tourist Guide
Itinerary boleh custom mengikut guest. Penambahan kos depends pada tempat atau aktiviti yang korang nak request dekat sana. 


Total : RM 1920/pax
 (baby bawah 3 tahun free of charge untuk tour)

Jadi, aku anggarkan nak ke Korea untuk 1 kepala kena ada budget RM3k. 

Tapi tu belum lagi termasuk dengan duit belanja yang korang nak bawak sana tau. 
Dekat sana mesti lah nak beli souvenir jugak kan? Kalau tak shopping sakan pun, mesti nak beli sikit2 kan? 

Untuk duit shopping pulak, masa dekat Seoul je korang akan habiskan duit tu sebab dekat Seoul memang banyak barang2 best. Kalau yang minat kosmetik, Korea lah tempatnya. Bersepah wa cakap sama lu.  Baju-baju pun cantik sangat. Kalau time winter, koleksi pakaian winter la banyak. Sweater tebal2 lelawo. Baju-baju budak yg style korea tu pun MashaAllah rambang mata oiii. Tp aku x beli lah sebab rasa macam mahal sangat, lagipun nak berjalan makan angin je pun. hehe.

Aku assumekan untuk orang yang berapa nak shopping ialah dalam RM300-RM500 (bajet untuk souvenir lah kot). Dan bajet untuk orang yang gila sakan nak shopping pulak ialah dalam RM1K-RM3K. Tapi serius aku cakap, bila bawak duit belanja nak shopping haritu rasa cepat dan laju betul duit habis, padahal tak beli ape sangat pun. haha. Maybe sebab duit kita kecik kot bila pegi sana.


Lepas 6 jam atas flight, sampai pun akhirnya. 


Anyeonghasayo !!
(itujelah perkataan yg aku asik dok ulang-ulang cakap.kahkah)
Masa kitorang turun2 je daripada flight, kena naik subway nih dulu untuk ke Incheon Airport.
Tak sampai 5 minit rasanya naik, tapi memang laju betul. Orang2 Korea kat sana pun diorang jenis yang nak cepatttt je sentiasa. Nampaklah macam muka nak rushing jee. Kalau kita terlanggar dia pun, dia tak berapa nak pandang sangat and kisah :p

Aku anggarkan dalam masa 15 minit macamtu lah sebelum sampai Incheon Airport. Dah sampai, kena berjalan dulu ke bahagian nak cop passport dengan pegawai sana. Lama jugak haritu, letih sebab menunggu, Hasya pun dah meragam time tu. Dah setel dan lepas cop passport, barulah nak amik luggage.




 Incheon Airport.
nak amik luggage masa nih. 

Sampai-sampai je, kitorang tunggu tourist guide dekat tempat yang dijanjikan. 
Tuh la yang bestnya, bila amik agent, diorang dah pun tunggu dekat sana. Lepas dah jumpa tourist guide, dia tanya dekat sini nak pakai Wifi internet tak? Kalau taknak pun, dekat hotel ada free wifi. 

Ramai jugak yang tertanya-tanya haritu, macam mana nak access internet dekat Korea? Tengok aku macam sekejap-sekejap dok update gambar dekat sana. Dekat sana, kalau korang jenis yang sentiasa nak online sentiasa, dekat airport diorang ada service sewa wifi. Memang banyak dan bersepah centre yang akan offer untuk sewa wifi. Ala macam kita, ada celcom centre, digi centre, maxis centre, lebih kurang macam tu lah kat sana tapi diorang buat sewakan wifi. Bila korang sewa wifi, dia akan bagi macam portable kecik (macam powerbank kecik). Tak silap aku 1 portable ni boleh 7 users connect. 

Masa nak sewa, kena ada credit card dan passport jugak. WAJIB SWAP CREDIT CARD. Jadi, masa korang nak balik nanti, kena pulangkan balik wifi ni dekat diorang. Maknanya, korang pinjam je lah, dan kena pulang balik. Jangan hilang pulak. 

1 hari sewa wifi dekat sana dalam KRW 5,500
kalau 6 hari = KRW 33,000
(then security money KRW 100,000) 

pandai-pandai lah korang darabkan dengan 3.8

So, pakailah internet tu puas2 sebab UNLIMITED ya :)
Tapi kalau tak sewa pun boleh jugak sebab dekat hotel selalunye byk free wifi dan even dekat sana jugak banyak tempat diorang bagi free wifi. Cuma tahap kelembapan dan kelajuan tu je aku tak pasti tp memang byk free wifi.

Dah setel bab sewa wifi, kitorang pun bertolak nak pegi makan dan berehat di hotel. Masa sampai tu dah pon masuk waktu Maghrib. Dekat Korea, masa dia awal sejam dari Malaysia. 
Tourist guide kitorang yang banyak tolong dekat sana, tolong angkat bag, tolong tolak dan angkat stroller Medina, jaga baby pun dia tolong jugak. Bagus betul. hehe. Keluar-keluar je airport, angin sejukkk terus terasa satu badan. Sejuk betul. Tak silap masa tu suhu 5' celcius. Medina excited giler masa tuh, macam jakun pun ada dia. haha. Aku pun jakun jugak. hihi. Dulu pegi bercuti Sydney pun tak rasa sesejuk macamni. Terus keluarkan baju sejuk diorang dan bertolak ke tempat makan menaiki kereta MPV yang dah pun disediakan seperti dlm pakej. Tak cukup dengan letih, ditambah pulak dengan lapar dan tepat pada masanya tourist guide kitorang bg susu pisang dan roti2 untuk kitorang isi perut. 

Daripada Incheon Airport nak ke Itaewon ambil masa sejam (seingat aku lah. hihi).
Sampai sana, tourist guide bawak kitorang pegi restoran makanan halal di Itaewon. Perut pun tak boleh tahan hadap lapar time tu sebab dah masuk angin. Sejuk2 lagi lah cepat lapar. 


Dinner. 
Ada sotong, ada daging bulgogi, ada ayam macam masak asam pedas gitu (tapi rasa dia lain tak sama macam Malaysia) dan ada sup. 

Masa ni tak sempat snap banyak gambar, sebab dah kebuluran lapar, jadi snap apa yang mampu je. haha. 


Asam pedas korea. hihi.



Ada yang tanya, makanan Korea ni sedap ke? Dan boleh masuk ke dengan tekak orang Malaysia? 
-------------
Kalau bagi aku sendiri, aku sangat suka makan makanan Korea. Aku dengan suami pun memang jenis kaki makan makanan Korea kalau dekat Malaysia. Tapi, ada jugak certain orang awal-awal dia boleh makan, tapi last2 tu tak boleh masuk. Kalau dekat Korea, diorang punya makanan banyak yang healthy. Banyak sup, banyak sayur, dan makanan yang kurang berminyak. Kimchi pulak memang dish yang wajib dekat sana. Kimchi ni makanan tradisional Korea,  dikira macam makanan wajib. Kalau dekat Malaysia,sambal belacan, kalau dekat Korea pulak Kimchi. Rasa dia macam mana? Rasanya macam masam-masam dan tak pedas even cili is one of the raw ingredients. Sedap! Dan aku tersangatlah sukaaaaa. Tiap kali nak makan pun kalau kimchi dah habis, boleh mintak lagi dan lagi. Free of charge.

Lepas balik daripada makan, sempat melawat sekejap masjid pertama dibina di Korea. Sekejap je dapat melawat sebab pegi time dah malam. Terus bergerak ke hotel dan check in.


Mido Hotel 


Oppa pertama yang jumpa kat sana! hihik
Ok tak lah, time to check in !
Kitorang stay di Hotel Mido

Sebenarnya terlupa nak snap gambar bilik, aisehhhhhmann. 
Pinjam gambar dekat google je lah ye untuk menggambarkan keadaan bilik dekat sana.



Dekat sana, dapat bilik 1 katil besar dan 1 katil single. Haruslah dua-dua anak tido satu katil besar dengan ibu dia kan dan ayahnya tido di katil single. hehe.  

Bilik sangat selesa, ada heater, aircond, peti ais, toiletries dah tersedia semuanya, hair dryer, dan TV. Tv pun memang clear semua channel. Dekat lobi hotel pulak ada microwave, air panas, sejuk, and everyday breakfast memang dah disediakan. Bagi aku tak kisah sangat pun sebab bilik pun untuk tido dan rehat2kan badan je, selebihnya banyak menghabiskan masa dekat luar untuk berjalan. 





Toilet. Memang selesa


Toiletries dah tersedia. semuanya botol2 besar.


Breakfast tiap-tiap pagi.
Makanan-makanan berat macam nasi goreng, kuey tiaw, mee goreng tu semua takde ye. haha






Breakfast dekat hotel Mido diorang banyak sediakan makanan macam roti-roti, pastu kalau nak bakar boleh layan sendiri, ada cornflake, ada susu, ada buah-buahan, dan air mcm Yakult botol kecik tu.  Senang cerita, yang selamat untuk dimakan. hehe. Nampak macam simple je, tapi cukuplah untuk breakfast dekat sana. 


Medina pun pagi-pagi breakfast jugak. Makan roti je lah.



Lepas dah habis breakfast, start lah 1st aktiviti dekat sana iaitu shopping! haha. 
Shopping dekat Namdaemun Street. 


Medina sekejap je pakai winter coat ni, lepastu dia nak bukak. ggrrr..


Medina dengan atok.



Nak ke Namdaemun dari hotel berjalan kaki. Boleh dikatakan dekat sini, memang banyak habiskan masa untuk berjalan kaki. Barulah power! sambil-sambil tu boleh tengok lifestyle orang dekat Korea ni. Jadi, kaki kena kuat untuk berjalan. 


Menghala ke Namdaemun. Mula-mula pegi tu, aku rasa jauh betul, tapi sebenarnya bila kitorang pegi sendiri masa last day, rupa-rupanya dekat jek. 5-10 minit macamtu dah sampai! haha.
Dekat sini, semua orang berjalan laju. Suka betul aku tengok. 


Hari pertama dekat sana memang sejuk, tapi dalam ramai-ramai budak ni sorang je taknak pakai baju sejuk. 



3 helai KRW 10,000. lebih kurang sehelai RM10-Rm15 la macamtu. Ikut currency semasa.
Dekat Namdaemun, mostly peniaga banyak jual baju, seluar, sarung tangan, stokin, aksesori dan souvenir. Kalau pegi Korea lagi-lagi pelancong luar, mesti cari t-shirt " I LOVE KOREA".  macam tempat yang aku pegi ni antara yang memang murah la. 


3 helai 10, 3 helai 10


Rindu sangat Namdaemun ! 
Namdaemun ni bukak waktu pagi dan tutup waktu petang pukul 5 macamtu tak silap aku.


Children's wear


Masa 1st day kitorang tak bawak baby carrier. Pengsaannnn kena dukung sentiasa. 




Betapa seriusnya aku masa nih. Fikir nak beli ke tak, nak beli ke tak.
Kalau cerita bab souvenir pulak, aku memang aim kedai-kedai yang jual aksesori. Contoh macam fridge magnet ke, cermin ke, keychain dan yang memang paling nak beli ialah sudu korea yang panjang2 tu. hehe. Puas hati dapat beli 1 set yang ada 10pasang tu. 

Dekat sini memang belambak tau. Rambang mata semua kedai jual macam2 jenis souvenir. Kalau korang rasa macam banyak masa dan rajin nak jalan semua tempat dulu, no problem. Boleh compare2 harga tapi macam tempat yang tourist guide bawak kitorang ni memang tempat paling murah katanya. Semua customer ikut trip dia, bawak kat sini sebab dah biasa. 



Aku banyak beli fridge magnet, ketip kuku, cermin, sudu garfu korea. Buat pecah telor kata orang. huhu. Kalau fridge magnet, bajetlah dalam 1 paket tu dalam KRW 10,000. Ikutla, 1 paket ada 4 atau 6  pcs magnet.  Buat korang yang tak pernah pegi lagi dan nak pegi, boleh siap2 bajet berapa banyak nak bawak duit untuk shopping. Agak-agak siapa yang berada dalam kategori "tak berapa nak shopping", boleh la bawak dalam RM100 untuk souvenir saje. Kalau jenis yang dah berkeluarga nak beli untuk family dan jenis yang suka shopping souvenir, habiskanlah dalam RM200-RM300 utk souvenir. 



Pegi "syurga" kerongsang.
Fuhhhh, wa cakap sama lu, boleh pengsan datang sini. Kiri kanan semua kerongsang lawa-lawa ! Takde satu ruang pun tak dipenuhi dengan kerongsang bling-bling. Untuk pengetahuan korang, dekat kawasan sini ialah tempat untuk jual special kerongsang tudung saje. Setiap lorong yang kitorang lalu kat sini, orang2 sana tengah sebok buat kerongsang. Means, diorang jual dan pada masa yang sama diorang berkerja jugak. Kerja diorang ialah buat kerongsang nih lah. Ibaratkan, nih la kilang diorang buat keje. So, sambil membeli, sambil kita tengok2 diorang buat kerongsang kat sini. Menarik uolss! Kerongsang bukan jenis cikai2 je, kerongsang yang mahal2 jual dekat Malaysia tu semuanya kat sini lah :P 

Butang baju melayu pun ada tapi ada dekat tempat satu lorong khas tu saje. Lain-lain banyak kerongsang dan ada jugak yang jual crown. 



Dalam mulut mak masa ni tak habis-habis cakap 
"pilihkanlah untuk mak, tak tau nak pilih yang mana, semua lawa-lawa berkenan nihhh. Hari ni baru hari pertama shopping, takut duit mak habis". Lol



Tak senang duduk budak ni. Nasiblah umpan dengan fevret dia Kinder Joy tu T____T
Aku tau tak elok, tapi lagi kita larang, nangis teruk. Jadi, layankan je sekejap.


Winter coat dan macam-macam jenis coat tersangatlah banyak! 


Namdaemun Street.
Sentiasa ramai orang. Cuaca sejuk pun ramai datang shopping. 


Boot-boot kulit jangan ceritalah, air mata berdarah boleh tengok. 
Banyak giler yang cantik-cantik. Tapi just careful lah before beli check dulu material apa ok?


Kasut-kasut budak yang stylo pon banyak. Seriously aku cakap, korang akan gila bila tengok baju budak, kasut budak yang tersangatlah comel2 dekat sini. Harga macam mana? Harga dalam kategori 'not bad". tak murah dan tak mahal. hehe. 




Dekat Namdaemun, kalau tak beli seluar/baju/kasut memang rugi sebab harga kalau pandai carik ada yang murah dan berpatutan, tapi yang for sure nya, kualiti memang tiptop. Ayah aku pun beli coat untuk dibawa ke Umrah next year. Ayah cakap kalau dekat Malaysia, susah nak jumpa kualiti baik dan harga pun mahal. So, ayah jumpa coat tebal dengan harga RM400 lebih kt sana. (memang rasa macam mahal, tapi coat yang jenis berkualiti kalau dekat Malaysia atas 500).

Oleh sebab pegi time waktu winter, jadi semua gerai-gerai dekat pasar Namdaemun ni semua jual apparel musim sejuk. Kalau nak beli sweater ataupun jenis yang knit cardigan tu pun memang bersepah. Sempat jugak belikan untuk mak dan mak mertua cardigan dan sweater tebal. Harga dalam KRW 30,000. Rugi kalau tak beli sepasang. Seluar pun banyak lawa-lawa. In term of style, fashion kat Korea jangan cakap lah sebab diorang memang up to date dan stylo. Confirm lawa. Kalau nak bertukar style Kpop pon no hal ! haha.



Hasya yang asyik-asyik tido. Dah macam baymax pun ada Hasya ni.
Hasya umur nak 8 bulan masa nih. Senang tak nak bawak baby kecik2 macamni pegi time waktu sejuk? Jawapan aku, InshaAllah senang kalau korang pandai nak handle, before berjalan bagi susu siap-siap sampai kenyang, bagi makan (kalau dah start solid food), dan pakaikan dia baju tebal-tebal supaya baby selesa. Hasya pagi-pagi dia akan tido dalam baby carrier sampai tengahari macamtu. Pastu dia bangun, agak-agak dah meragam macamtu dia akan menangis. Kalau menangis tu tanda nak menyusu lah. Oh yer, jangan lupa bawak sekali makanan baby masa berjalan ok. 

Macam mana aku bF kan Hasya dekat sana?
Masa pegi berjalan dekat Namdaemun, Hasya terjaga dan nak susu. Nak tak nak, kena stop mana-mana tempat untuk BF kan dia. Jadi, tourist guide kitorang carikan tempat. Dkt namdaemun nak carik tempat yang khas takde, jadi tourist guide carikkan tempat yang sesuai untuk selesa menyusu. Jadi, aku pun masuk dalam Bank, dalam tu ada tempat2 duduk. Takde orang sangat dan aku BF kan Hasya kt dalam tu.Kalau pakai tudung labuh senang lah, boleh cover :) 


Sepanjang dekat Korea, amat susah untuk aku tengok orang-orang Korea bawak baby dan budak kecik. Sebab tuh lah bila aku dukung Hasya dan bawak Medina, diorang ni seakan-akan macam jakun sikit. Macam intai-intai Hasya dengan Medina. Ada jugak yang datang dekat diorang nak snap gambar. Fuhh terasa mak retis pulak time tu. haha.  Diorang cakap, kat Korea ni diorang tak bawak sangat anak diorang keluar rumah, macam sorok kat rumah. Lagi2 time winter. Tu sebab payah betul nak jumpa yang bawak baby. 


Aku kalau pegi mana-mana memang tak sah kalau tak beli baju2 baby. Satu kemestian, tapi tah kenapa masa pegi Korea aku tak beli apa sangat untuk anak2 maybe sebab niat drpd awal nak shopping biasa2 je dan lebihkan pada menikmati percutian di Korea je lah kot. hehe. Untuk Medina dengan Hasya, aku cuma belikan diorang pakaian tradisional Korea je sepasang sorang. Hanbok orang panggil :) Hanbok ni memang pricey sikit, sebab kualiti baju memang cantik dan kemas. 


Hanbok. Comel sangat.



Tadaaa, Medina pakai hanbok :)
Geram tengok sebab cute sangat baju nih. 


Tutu kids. Lawa-lawa.
Dekat sini, kalau korang nak tawar menawar boleh, tapi make sure lah lepas tawar menawar tu beli ye. Kalau tak jadi beli, owner kedai macam muka garang x nak layan ko lagi dah. huhu



Kedai-kedai jual hiasan rumah pun banyak. Ala-ala english style


Patung-patung pun banyakkk.

Dekat Namdaemun memang banyak kedai-kedai kosmetik macam The Face Shop, Skin Food, dan Nature Republic. Mostly kedai-kedai diorang banyak jual barang2 kosmetik yang best dan diorang gila-gila buat sales. Kalau face mask tu, lagi lah belambak-belambak ada. Diorang jual kat sana macam jual lambak je.


Setel baby shopping di Namdaemun Street, dan lepastu tourist guide terus bawak kitorang pegi makan untuk lunch.



Masing-masing menahan lapar dan aku makan sambil berdukungkan Hasya dalam baby carrier. Masa ni dia tido lagi, so nak tak nak, aku berkorban lah makan sambil ada perut besar di depan. hehe


Side dish. Kimchi wajibb ada. 
Kimchi saje aku mintak beberapa kali suruh tambah. 
Kimchi dekat sana memang terbaikkkk dan sedap. Even dekat Malaysia ada jual Kimchi, tapi tak sesedap yang original dekat sana. Rinduuuuuuuu Kimchi! huwaaaaaa!


Budak sorang ni dia tak makan sangat dekat sana. 
Yang dia makan banyak roti, nasi sikit, biskut dan lain-lain. Selebihnya lebih pada buat hal sendiri.




Aku macam biasalahhh, update dulu dekat instagram. hihi
(follow IG : @irine_nadia )


Kualiti gambar kurang sikit sebab tak boleh upload video. so print screen je gambar lunch time ni :)
Kalau nak tengok video, boleh je follow dan tengok dekat ig aku.

Masa lunch ni, semua hidangan lebih pada sup-sup. Memang healthy gitu.
Ada sup tahu, sup telur, telur steam dan yang selebihnya side dish macam Kimchi tu.
Nampak macam simple, tapi sebenarnya licin kitorang kerjakan sebab sedap. Maybe sebab faktor lapar time-time sejuk. 


NEXT DESTINATION

Lepas dah shopping, dah kenyang semua, kitorang pun balik lah dulu bilik hotel untuk solat. Ramai yang tanya, dekat sana macam nak solat. Dekat sini, kitorang prefer balik hotel dulu lepas makan tengahari. So, terpulanglah dekat korang, balik hotel sekejap untuk solat (jamak siap-siap Zohor dan Asar) dan lepastu turun balik pegi next place. Kalau tak nak dan dah penat, boleh bagitau dekat tourist guide nak rehat dulu, lepas Maghrib baru keluar. Tapi, dah alang-alang dekat sini, why not habiskan masa round tempat2 dekat Korea kan. Kalau duduk dalam bilik je, baik takyah g. kihkih. Kena manfaatkan masa kat sini. Rugi nanti bayo mahal-mahal tapi nak duduk dalam bilik jek.

Next place, kitorang pegi Namsan Tower. Tempat yang femes dengan pad lock tu :)



Pegi Namsan Tour, kitorang naik bus. Masing-masing akan dapat 'T-money', benda tu macam card dan kita topup duit dalam tu. Tiap kali naik public transport, kita just scan je. Tapi, card tu kena pulang balik lah. 


Bila dah sampai, kena mendaki bukit dulu. Bg orang muda tak penat lah kot, tapi kalau yang dah berumur mungkin akan cepat letih. Hasya pulak sambung lagi tidur masa nih. Kalau bawak baby carrier ni, kalau boleh korang peluk lah kuat-kuat baby, bagi dia sentiasa panas dalam dakapan. Kalau ada baby blanket, bungkus lah skali. Aku terlupa bawak time ni. 


Namsan Tower.
Masa nih memang dah start hujan renyai-renyai dah. Memang bertambah sejuk.
Rasanya masa  nih dah start cecah suhu minus tak silap. Mendung je masa nih. Tapi, suasana memang best sangat. Angin kuatt, hidung pun berair je sentiasa, rasa macam ada air batu dalam hidung. huuu.


Hujan
Dekat sini ada jugak kedai jual-jual souvenir. 
Kalau taknak dekat bahagian atas ni, dekat bawah pun ada jugak. 


tempat paling femes, pad lock! Kunci dengan mangga tu kena beli.
Aku takde tulis pun time nih sebab husband aku cakap perbuatan mengarut. haha. Sabo je lahhh, dia macam tau-tau aku nak tulis nama :P 
So aku posing ambil gambar je lahhhh kat sini. hehe.


Bila pakai baju belon ni, rasa macam gebu semacam :'D 


Penuh dengan pad lock


Tak sempat nak bergambar dekat kerusi senget tu sebab Hasya dah meragam. 
Mungkin ada yang tak tau lagi, kenapa kerusi tu dibuat/dibina senget macamtu? 

Yang tak tau, meh aku cerita sikit. hihi.
Bila pasangan lelaki duduk dekat tempat kerusi bahagian yg tinggi tu, dan satu pasangan perempuan duduk dekat bahagian tinggi belah satu lagi, maka masing-masing pun tergelincir ke bahagian bawah tengah-tengah tu. Teruslah duduk rapat antara satu sama lain. haha. macamtu lah yang aku tau. Ke yang baca ni korang tak faham? HAHA. 

Bila korang sampai sini, nikmatilahh suasana dekat sini puas-puas. Memang cantik. 
Lama jugak duduk kat sini, rasanya ada dalam 2 jam lebih kat sini. Lepastu Hasya meragam nak susu, gelabah carik tempat nak menyusu. Nasib baik dekat bawah tu ada tempat khas baby room. 


Selesa tempat menyusu kat bawah ni. 



Jalan menuju ke Namsan Cable Car

Dah puas menikmati keindahan Namsan Tower, kitorang pun terus nak balik. Tourist guide tanya, nak turun dari Namsan Tower ni nak turun bukit macam jalan awal nak mendaki tadi atau nak naik cable car. Kalau cable car, kena tambah sendiri duit. Tak ingat berapa tambang naik cable car. Alang-alang dekat sini, bila lagi nak merasa semua tempat kan, so naik cable car. 


Tunggu turn di Namsan Cable Car. 
Tak lama pun, sekejap je.


Dalam cable car, Hasya dah pun jaga.

Next place, lepas balik dari Namsan Tour, dah gelap. Kat sana pukul 6 petang dah pun gelap dan masuk Maghrib jugak. Terus sambung berjalan shopping ke Myeong Dong pulak. Besttt! Dekat Myeong Dong memang banyak sangat kosmetik, baju, dan lain-lain.


Baru turun dari cable car.
Masa nih dah tak hujan, tapi Medina sebok nak berjalan pegang payung dia. 


Sejuk-sejuk time hujan signal beli Haddok iaitu Roti Madu. 
Sedapppp makan panas-panas.


Stokin comel-comel dan semestinya murah. 
Ramai ambil borong dan jual di Malaysia. hihi


Dekat Myeong Dong memang ramai orang dan tempat dia memang besar.Aku pun tak habis pusing semua tempat dan tak puas. Sempat lah jugak aku beli face mask untuk diri sendiri. hihi. So tips untuk yang gilakan barang kosmetik, bawaklah duit banyak untuk shopping barang kosmetik. Kalau nak betul-betul shopping untuk barang kosmetik sahaja, bajetlah dalam RM300-RM500 mcmtu. Puas hati. 

Masa dekat Myeong Dong malam ni tak pegi lama sangat, sekejap je cuci-cuci mata dan esok tu baru kitorang repeat lagi sekali pegi dan masa last day pun pegi lagi sekali. Overall, Myeong Dong memang best.  




Singgah beli air mineral. Tu je lah boleh, yang lain-lain makanan nampak sedap, tapi tak halal. hihi


Nak bawak anak-anak kecik dan baby ni memang mencabar sebab kita akan bergantung dengan mood diorang. Masa kita yang dah siap-siap plan pun for sure akan terlajak sikit sebab nak kena setelkan diorang. Nak bagi diorang selesa satu je caranya iaitu ikut kehendak diorang dekat sini. 


Myeong Dong


Malam-malam pun still ramai dan sentiasa dipenuhi orang-orang Korea dekat sini.
Tempat makan pun banyak dekat sini, tapi kena pandai carik yang halal la yek.


Lepastu, masuk dalam butik handbag yang tengah femes sekarang ni Playnomore. Yang ni original tau. hehe.Rambang bijik mata tengok.

Puas shopping dan berjalan seharian, terus berjalan balik ke hotel semula. 
Untuk dinner, kitorang makan kebab Turki ni, tourist guide yang tapawkan. 
Alhamdulillah memang kenyang, tapi kenyang time tu je lah. haha. That's why aku cakap, bawaklah bekal makanan siap-siap dari rumah untuk kegunaan emergency perut berbunyik tengah malam :) hihi


Kebab ayam and beef.
Sedappp. Lepas makan terus rasa mengantuk. Zzzzzz



Ok setakat ni je dulu entry part 2 :)
InshaAllah akan publish next part 3 esok malam. Bagi yang terlepas PART 1, boleh click link di bawah





16 comments:

Meeniey Sykes said...

Sis Irine, best gila kot percutian sis n family di sana :) Tak sabo nak tunggu next entry

najwa zahid said...

jealous nya tengok. bilalah sya nak sampai korea. hehe

nhhas said...

Medina dh mcm "local ppl".
1. Muka dh korean dh.
2. X nk pakai baju sejuk. Ala2 dh biasa gitu.

Hi hi hi...

Dyla Nash said...

Ei bestnyer
Kite pulak rase excited tengok gambar pun jadilah. Rase kalau pi nie mesti rambang mate gak sebab tengok gambar pun dh x tau nak yg mane.. ahaha

Kim Chaa said...

Baca entry nii rasa mcm tgh jenjalan kat korea. Tak dapat pergi, dapat bca entry ni pun dah ok sangat daah . :D
* Haritu pergi perlis, mna tahu boleh jmpa kak nina, tp xde rexeki lg nk jmpa .. huhu T.T

y45min said...

Salam.. nk tny.. kasut utk Medina sis pakaikan kasut mcm mane? sy and family akan ke Jepun Feb ni.. and time ni winter tgh kemuncak.. so agak takut gak kalau sekadar pakaikan kasut boot doc mart je..

IQ = Iez Qis said...

gigih baca habis. fuhhh..memang mencabar habis. tapi memang best bila baca entry ni. terbayangkan diri sendiri da sampai korea!

deeb said...

Hi Nadia.... boleh bgtau travel agency mana yg u pkai? Sbb tgh plan dgn family utk pegi sana ujung 2016. Thanks

Farra

Orange Juice said...

seronok arhh...ingat nak p jugak next year..tp tunggu baby 7 months mcm tu , btw..entry yg sangat lengkap dgn info..tq

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

Bestnyer...

Azura Aziz said...

rindu korea.. kak Alycia last pergi tahun 2013.. tp ms tu pergi solo je dgn grup..

Atiera Muati said...

the best entry ^_^ loike !!

Atiqah Adnan said...

bestlah korea.. bf friendly! ada baby room..
kinder joy tu bukan medina je anak2 akk pun mmg sogok
dgn kinderjoy juga.. kire dr bajet irine ni klu family akk 5org
ni rsnye dlm 10k juga kan.. hee nak jimat kena g time summer
kot bukan winter jimat duit pakaian sejuk..
kan? kan? btw thanks irine.. btw tourist guide irine tu malay ke
korea ke?

Ku Nor Azreena said...

Sesiapa nak kirim beg Playnomore yang original blh wa saya di +60193374645..I am a personal shopper..Saya ke Seoul,Korea pada 22hb Jan 2016 dan balik ke Malaysia pada 29hb Jan 2016...

Liyana said...

rasa mcm berada di korea bila baca entri irine ni... hehehe
comel both anak2 :)

Mohamad Shukor said...

salam...guna tourist guide ape yer...

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in