Tips kurangkan rambut gugur selepas bersalin


Assalamualaikum

Bila tiap kali bersalin, antara perkara paling susah aku nak terima kenyataan ialah tang rambut gugur. Benda nih lahhh paling aku tak suka, paling stress dan paling boleh buat rasa nak marah orang! haha (padahal rambut sendiri nak marah orang pulekkss apekehey kan).

Rambut gugur nih memang normal jadi lagi-lagi perempuan yang beberapa bulan lepas bersalin akan alami benda nih. Orang cakap sebab hormon kita tak menentu. Sampaikan bila sikat rambut sekali tarik je, sikat rambut tu dah tak nampak sikat nya lagi.


Macam gambar atas nih :( 


Masa anak 1st aku dulu, pernah gugur banyak jugak. Masa tu macam terkezut beruk sikit sebab 1st experience bersalin kan mana tau semua-semua tu bakal nak jadi. Bila gugur nih mula lah satu rumah kau bersepah dengan helaian-helaian tersangkut, terselit sana sini. Mana tempat kau tuju, situlah ada terselit rambut. Dalam toilet? Haaa yang tu jangan ceritalah, husband aku banyak kali bebel dekat aku, "lepas mandi jangan lupa kutip rambut buang, nanti lubang tersumbat"  
(tapi selalunya memang tersumbat dulu dah sebelum dia bagitau! huahua)

 Awal-awal tu gugur macam biasa je, tapi kalau macam aku lama-lama dia akan jadi masalah kronik sikit sebabnya bila bangun tido je, atas katil dan bantal ada jugak. Sampaikan dekat dalam pampers anak pun boleh terselit helaian rambut gugur tau :( Kronik kan? TAKK! Nih super kronik! haha. 

Untuk 2nd baby ni, aku rasa lagi terukk kot jadi berbanding anak 1st dulu. Sikit lagi nak botak.haha. Macam aku sendiri, rambut gugur nih dia akan jadi masa lepas bersalin, agak-agak baby dah masuk 4 bulan macamtu dia start lah gugur sikit-sikit. Stress tak? STRESS lahh!! haha. Tak larat dah asyik nak potong rambut je. Tuh laa sape suruh asyik bersalin je :P kuikui


Sekarang ni baby lagi 2 minggu nak masuk umur  6 bulan dah. Masalah rambut gugur makin kurang, makin tak banyak macam dulu. Wow magic!! haha. Si Irine tu guna apaaaa ehhh sampai boleh berkurang? haaaaaa. hehe

Aritu aku tanyalah dekat facebook aku, sape-sape ada pengalaman rambut gugur, diorang pakai syampu apa yang bagus. Jujurly, aku dah cuba macam-macam jenis syampu tak berkesan, tapi makin teruk ada lah, penuh sink tauuu rambut gugur ! Ramai lah yang bagi cadangan apa kata try syampu Himalaya. So far sepanjang aku hidup, tak penah lagi pakai produk Himalaya. Alaa produk Himalaya yang sekarang nih duta dia Nazim Othman pakai baju pilot tu. Motif sangat pakai baju pilot kannn, apa kena mengena pun aku tak berapa sure. huhu. 

Teruss zassssss malam tu jugak aku ajak husband pegi SCM borong syampu Himalaya nih.


Geram punya pasal, aku beli 1 set complete terus. Tamak betul kan si Irine ni. haha. 
Yerlahh!!Aku tak sanggup lagi dah tengok sink hari-hari penuh.

Aku tertarik nak beli sebab yg pertamanya aku tak pernah cuba lagi Himalaya punya produk. Pastu, tambahkan pulak ramai yang pengaruh dan bagi cadangan try la Himalaya, try laa. Bagus katanya sebab Himalaya ni kandungan dia herba. Pastu pulak, aku nih jenis yang nak hasil dia cepat jer, yang memudahkan aku iaitu mintak bantuan syampu je. Ramai jugak bagi cara-cara tradisional tanpa pakai syampu, tapi aku tak serajin tuh T____T 




4 barang dekat atas nih aku beli total dalam RM180 macamtu. 
Boleh beli secara asing-asing dan satu-satu, tapi bagi aku, kalau dah teruk, demi taknak segan rambut makin nipis dan botak depan suami, apa kata labur sikit duit tu, utk diri kita jugak kan? hehe. 

4 barang yang aku beli utk selamatkan rambut aku drpd botak:-

1) Syampu Himalaya Anti-hair fall
2) Conditioner 
3) Anti hair-fall hair oil 
(minyak ni pakai sejam sebelum nak mandi. Urut sampai kena dekat kulit kepala, bagi dia serap. Minyak ni bau pelik sikit, tapi tahan la kejap, pastu pi lah cuci)
4) Anti Hair Fall cream 
(pakai masa lepas dah mandi, macam krim rambut gitu)

Balik-balik je terus aku pakai. Tapi kau jangan nak mengada-ngada sangat eh, sekali pakai, rambut kau magic tak gugur dah! Kena konsisten pakai. Macam aku, aku pakai jimat cermat sebab kalau habis, nak beli lagi mahal ! haha. 

Berkesan tak pakai? Berapa lama boleh nampak kesan?
Yes of course la berkesan. hehe. Dan 2 minggu aku pakai dan test sendiri, hasil dia rambut dah kurang gugur, dah tak banyak melekat rambut bila sikat, dekat katil dan bantal dah takde, dekat toilet pun dah kurang, cuma sikit-sikit tergugurrr tu boleh dimaafkan lagi lahh sbb baru pakai 2 minggu. Belum sebulan ye dak? hehe. Rambut pun dah start nak menebal balik. Yang gugurnya banyak, yang tumbuh balik pun banyak. Try lahh! Memang bagus rupanya Himalaya nih. Himalaya ni pun ada skin care dia jugak, macam nak try kot-kot sesuai dekat muka. 

Selamat mencuba! Kalau yang tak bersalin atau yang tak kawen lagi tapi ada masalah rambut gugur pun boleh cuba no hal. 


Ok Bye!



INFO!! KENA TAU !

KENAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN? 

Ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:
  • Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut  mudah gugur.
  • Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
  • Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
  • Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.











8 comments:

syamimi said...

shampoo Himalaya mmg best sebab natural pastu wangi jugak, try guna konsisten mmg best irine :)

Wani Tralala said...

wani yang belum kawen ni pun gugur rambut, rasa sebab stress study haha. dulu penah try himalaya tp shampoo je, ok la nak try 1 set huhu. dah la mahal T_T.

Jiajameelaindahouse said...

same goes to me..end up ptg rambut...mayb pns kut...ank rambut tumbuh kembali...
settle...=)

Miracle Delight said...

Assalamualaikum irine. Kita cadangkan irine pakai natural hair care keluaran syarikat muslim, Al-Haddad. Sekarang Al-Haddad dah keluarkan banyak produk as dia skrg tgh struggle utk kembangkan produk-produk muslim di mana ramuannya adalah berasaskan mknn sunnah, dan dia nk laksanakan fardhu kifayah.

Fiska medina boleh dah kalau irine try bagi dia minum air tamar cocoa. Sngat bagus untuk minda.

Kalau irine nak tengok produknya, boleh jenguk blog ni :

nurislamcorporation.blogspot.com

A Z I E I S M A I L said...

kalau tak bersalin tapi rambut gugur boleh try tak ?

Yanti Husin said...

konsisten tu kiranya pakai hari-hari ke irine? nak try jugak sebab rambut gugur terok! huhu

Dr Akbar Abdullah said...

Info yang menarik. Sekadar berkongsi maklumat, baru-baru ini satu kajian yang telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Colombia, Amerika Syarikat telah mendapati akar rambut kita mempunyai sejenis enzim yang dinamakan Janus kinase (JAK) yang boleh merencat pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Mereka sedang menguji sejenis ubat yang telah pun diluluskan oleh US Food and Drug Administration (FDA) untuk memastikan ubat ini selamat untuk merencat tindakan aktiviti enzim Janus kinase (JAK).

BrigettRusx said...

saya amalkan pengambilan suplemen zinc complex sejak lepas bersalin anak kedua.. memang sangat berbeza dengan keadaan rambut gugur banding anak pertama sebab masa lepas bersalin anak pertama tak ambil suplemen zinc complex.. sy ambil suplemen zinc complex ni secara konsisten memang sangat kurang rambut gugur lepas bersalin

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in