Tips cerai susu badan (wean off)

Assalamualaikum and hye.

Ecewah, tajuk entry macam laaa pakar sangat nak bagi tips wean off.
Padahal...huwaaaaaa T__T

Macam yang sedia maklum, Medina dah pun 2 tahun. Yang lagi tepatnya dah nak 2 tahun sebulan dah pun umur dia. Still menyusu badan lagi dan dalam tempoh tu sempatlah jugak pregnantkan adik dia, baby Hasya. hehe. menyempat lagi tuuuhhh.

Kak Nina & adik Hasya 

Aku ingat lagi, masa awal-awal pregnant aku niat dalam hati
 "kalau confirm pregnant ni, aku nak teruskan menyusu Medina sampai baby 2nd ni lahir"

So, selama 9 bulan pregnant (aku rasa 10 bulan pregnant sebab overdue :P ) aku susukan je Medina macam biasa . Tapi awal-awal pregnant tu , aku tanya 2-3 orang doctor laa boleh ke pregnant sambil menyusu anak. Rata-rata doctor yang aku refer semua bagi tapi dengan syarat as long as mummy dengan baby ok dan mummy make sure makan makanan yang berkhasiat dan makan banyak-banyak.

Medina almost 2 tahun 1 bulan

Selalunya proses nak cerai susu memerlukan "persetujuan" antara dua-dua pihak, ibu dengan anak. Tapi, selalunya ibulah yang dah ready nak stopkan bagi susu tapi yang anak pulak jarang lah nak tolak susu ibunya.  Hermm, entah, kadang-kadang aku rasa la jugak tak sampai hati tu. Eeeee.... sape je tak sampai hati kan, mak mana je yang tak sampai hati tengok anak dia merayu-rayu meronta-ronta mintak buuu nak nenen, buuu nak nenen. Tuh haaa, dalam phone aku dah belambak gambar Medina aku sempat tangkap time dia merayu nak susu. Sempat lagi tu aku tangkap, nak buat kenangan la kononnya. haha!

Sesi rayu-merayu T____T 
Muka dia macam takde masalah. 

Medina masa awal-awal adik dia baru lahir haritu je lah nampak dia jeles sikit. Jeles bukan sebab apa pun, jeles sebab nampak adik dia tengah susu dekat ibu. Aku nampak jugak mata dia perhati tajam jeee. Dia rasa pelik kenapa ada orang lain yang duduk baring dan pangku atas aku. Banyak kali dah aku dengar Medina cakap
"adik, nen Nina nyerr" - "Adik, nenen Medina punya."
 Kau nampak tak betapa jaganya nen dia, hak mutlak sungguh bagi dia. 

Bila dia dah selalu nampak situasi adik susu dengan ibu, dia pun dah lali dan biasa dah. Kira dah boleh adaptlah kononnya. Tapi tu lah, situasi tu akan jadi rumit sikit bila adik tengah menyusu, datanglah seketul Medina cuba rapat-rapat dengan aku, sambil lentok-lentok kepala, sengeh-sengeh tunjuk gigi, SAH! aku tau dia nak sebut "buuu, Nina nak nenen" . Tu lah ayat kill dia nak meruntunkan jiwa aku. Memang betul pun dia sebut. huhu. Tapi aku cakap laa elok-elok yang "ibu nak tidokan adik, sian adik nak nenen ibu. Nina kan dah besarr, nina kan baikk, kakak yang baikk "

Macam-macam la aku puji dia ayat kaw-kaw. Tapi harapan tinggal harapan hampa.

Mula-mula tuh dia merayu laa cakap tak henti-henti ayat yang sama. 
"Buu, Nina nak nen, nak nen"

Agak-agak dia dah bosan cakap ayat yang sama banyak kali, dia tambah lagi ayat penyedap, 
"Buu, nina hausss. nina nak bummm" 

Kalau sekali dah dapat, dia punya tido mati, berjam-jam tido nyenyak

Aku tak sampai hati laa dengar dia cakap macamtu, walaupun aku tau yang aku ni memang terkenal dengan sifat degil dan keras hati, tapi tahhhh..naluri keibuan dan ketidaksampaian hatian tu masih ada. haha. pelik nau bunyik ayat aku ni. 

Selalu aku akan delay kan bagi Medina susu, aku cakap nanti lah, ape lah, tunggu adik tido dulu baru ibu bagi. Konon-konon nak bagi dia lupa laa kann,  tapi takpun T___T. Lagi dia beronok-ronok panjat atas bahu aku, dok tergesel-gesel kepala dia dengan kepala aku macam kucing siam manja. Bila still tak dapat lagi ape dia nak, dia datang pulak kacau adik dia yang tengah susu. Dia picit-picit pipi adik dia dengan cara geram sambil menggigil dan terketar gigi dia tu (tapi picit tak sakit la). Pastu dia tepuk badan adik dia sambil cakap 
"Adikkk, adik, dah nenen. Nina pulak. Ni nen Nina punyerr"  T_____T 

Nasiblaaa ko dapat adik yang tak banyak songeh Medina. 

Last-last adik yang banyak beralah. Tapi aku tak boleh nafikan, daripada segi hal lain, Medina seorang "Kak Nina" yang sangat baik, caring dekat adik dia. Sedangkan adik kentut pun, dia suruh aku tukar pampers baru. betapa penyayang yang tak bertempat nye seorang yang bernama Medina nih.

Kadang rasa kesian, kadang rasa lawak plak dengar setiap ayat dia tu. Aku selalu cakap dalam hati yang "dah tiba masanya nak ceraikan susu badan dekat Medina". Lagipun, aku rasa badan ni letih sangat pun ada, lagi-lagi bila waktu malam dan waktu bulan puasa ni. Air dan buah kurma jangan cakaplah, banyak dah aku telan sambil niat sebelum makan dan pastikan waktu sahur tu makan lebih sikit kasi bertenaga. Aku tak boleh tipu lah yang kadang-kadang bila bangun tido pagi-pagi macam moody dan bad mood semacam je sebab tak dapat tido yang berkualiti. haha gitu kan.

Aku dapat kesan Medina ni nak menyusu bukan sebab faktor dia lapar ke haus susu ke. Tapi sebabkan dia dah addicted macamtu. Dia rasa benda tu boleh buat dia mamai dan tertido. Bagi dia, bila dah dapat, satu kepuasan lagi-lagi waktu tengahari , waktu lepas setiap kali mandi pagi + tengahari + petang dan waktu malam sebelum tido. Dah macam-macam drama sinetron air mata bersiri jadi antara aku dengan Medina bila waktu tengah malam. Sekarang ni aku tido tengah-tengah antara Hasya dan Medina. Bila Medina dah kenyang dan tido, aku pusing ke Hasya pulak. Macamtulah rutin malamku 2-3x aksi pusing memusing di atas katil bersama anak-anak! haha.

Aku selalu je buat derrkkk dekat Medina lagi-lagi waktu malam sebab aku nih jenis tido mati, tak suka orang kacau kualiti tido aku. haha. Tapi tu lah, bila Medina terjaga malam, suami pulak pujuk macam-macam, dodoi dan dukung dia pun dia x nak, padahal anak manja ayah tu. Air mata sedu sedan semua aku dengar dekat Medina waktu malam.  Sempat jugaklah aku merasa Medina protes tendang punggung aku sebab aku membelakangkan dia malas nak layan. haha. dah lah tak cukup tidur, dapat pulak habuan sakit-sakit badan.

Medina yang secara realitinya manja dengan ayah, tapi bila nak susu berpaling tadah kasih sayang carik dekat ibu. See? pilih kasih sangat tau !! huhu.

Aku ada jugak datang time waktu geram malas nak layan kehendak Medina. Aku cakap.
"Pegi laa mintak nenen kat ayah tu!" 

Aku ni pun satu hal jugak, datang sengal tak bertempat. huuuu. 

Setakat ni, aku dah try letak panadol je. Aku pecah-pecahkan panadol tu kasi Medina. 1st percubaan memang dah berjaya, tapi esok-esok tu aku yang tewas sebab bila dah nangis kuat sangat, ayah Medina pulak dok cakap " bagi laaa yangg kejap, kesian diaaa". See! Aku bukan takat tewas dengan rayuan Medina, tapi tewas dengan rayuan bapak dia jugak! haha. Eeeeeee geramm!!!

Jadi, start malam ni nak cuba lagi sekali wean off slow-slow. Pokok pangkalnya datang daripada aku sendiri. Kalau aku tak kuat semangat, tak menjadi jugak. Macam-macam la tips yang kawan-kawan kasi daripada tips secara pujukan (psychology) sampailah tips letak benda pelik-pelik macam panadol lah, letak sirap lah, limau nipis, benda pahit2 sampailah ke masam-masam. 

Doakan laa aku berjayaa. tu je. Walaupun hati ni berat sangat, berbelah bagi tapi nak tak nak kena buat juga sebab sekarang masa nak focuskan dekat adik Medina pulak untuk membesar dengan sihat dan kuat! hehe. Aku bet, semua mak-mak pun faham perasaan aku sekarang. 

Yang si adik ni tunggu masa je nak besar, siap kau Kak Nina ! 

Adik dia pulak takat ni menyusu badan dengan berjaya la jugak. Masa awal-awal dulu, doctor push naikkan berat badan dia walaupun taklah ringan sangat pun masa keluar 3kg.

Skang nih, dalam proses nak bina muscle2 adik Hasya :)

Last but not least,
doakan Medina dan ibu dia jugak kuat semangat!! haha
Jadi, ada sesiapa yang nak bagi Tips cerai susu badan (wean off) x? boleh tinggalkan komen and share pengalaman korang masing-masing. thank youuu :)

Jumpa lagi next entry.
Bye, Assalamualaikum.

44 comments:

jkk umk kampus jeli said...

Salam akak, dulu mak kite nak wean off adik, dia letak nescafe kat tits, and lalukan nescafe bg darah mengalir. Bila adik merengek nak nenen, mama buat drama nangis2, "tgk la nenek mama dh darah adik hisap nenen, kesian kat mama". Adik yg dari merengek dia jd kesian pulak tgk mama nangis gtu. So, lama2 wean off. Tp malam still gonggong jugak ._.'

Tasneem Tee said...

Letak asam jawa je..pastu cakap,eii taikk.hekhekhek

Hanna Mi said...

Adik bongsu kite susu badan pai 3 tahon lebih... last2 mama fed up dye letak jadam... pahit menda tu.... tu la cara trrakhir selepas bmcm2 cara mama gunekan utk lepaskan susu si bongsu... try carik jadam.... warne hitam.menda tu...

Masitah said...

Assalaam irine. Akk punya cerita pun sma je dgn irine. Mmg sgt letih bln puasa ni sbb mnyusu dua org. Mlm x cukup tido dgn bdn lenguh2 sbb kna memusing2 mengiring2 kiri & kanan. Mmg tgh fkr mcm mna nk wean off nt, stakat ni blm sampai hati lg. Mmg pyh jgk, especially waktu mlm, ank akk yg first tu x mkn pujukan papa dia, akn trus nangis & mngamuk slagi x dpt nyusu mama dia. Lg mslh klu dua2 nk pd ms yg sma, mmg adik lah yg kna mngalah. Hrp kite sama2 dpt kekuatan & dipermudahkn jln utk mceraikn susu ni. Rs mcm cpt btul ms berlalu dh nk wean off dh. Xde tips nk share dgn irine, hrp ade yg bg tips utk dimanfaatkn bsama ��

putri shinoda said...

Assalamualaikum irine..serupa la kita..ank kita pn sebaya.genap 2 thun 11 jun..adik dia nk msuk 3 bulan da arini 27hb..so far x pernah lg la nk buat mcm2..hehe..niat je mmng mmbuak2 kdg2..tp tgok cra dia pujuk tu mmng trus cair ibu dia. haha..da la adik dia boy lg kuat nyusu..mmng ibu betul2 kne ceria 24 jam kalo boleh..nk mkn byk2 tu pn satu hal jgk . bila nk buat je trus rs alahai.. cian anak aku nti..huhu..sb dia jenis ssah nk minum susu fm ni..da bg mcm2. kejap je dia exited minum..pastu minum still nk cr nen jgk..cmna tu..huhu..anyway. sama2 la kita usaha .caiyok2!!.

amirah adilah said...

As slm irine.sya silent reader..sya ska baca pe yg irine tuliskn..disini sya tertarik nk brkongsi penglaman cerai kn susu..skrng sya prgnnt ank kedua..ank pertama sya berumur 2thn 2bln..alhmdulillh ckup 2 thn sya dpt ceraikn susu.sya cb berckp ngn dia strt 1 thn 11 bln..'dia dh bsr hnya baby je yg hisap susu ibu',malu kl kwn tgk','ank yg bijak dh tak hisap susu ibu'..sya sntiasa ulng perkataaan tu..sbgai ibu perasaan tu kna kuat..mcm mn dia mnggis pn jgn sskli bg.kna bertekad..insyaALLAH lama2 dia akn phm.alhmdulillh.cukup 2 thn dia dh tak hisap susu.dia dh minum susu formula..trma ksh irine sudi bc.

Noni said...

Mak saya dulu letak asam jawa..try la irine..

ReeneeRaaid said...

huhu! baru post pasal weaning off anak hari tuh. http://reeneeraaid.blogspot.com/2015/06/info-tips-pengalaman-menyusu-rrjunior.html

Memang challenging. I feel u. Tapi dgn jayanya sy dah lalui. All the best dear!

Noor Laily Majid said...

Assalam irine..gud luck k..akak pon tgh hadapi bnde yg sme dgn irine...Allah je tau ape yg kte hadapi skrg..mlm2 usah kata mmg blh buat bntl golek la ibu ni..pusing kiri adik pusing kanan abg..mmg xlena la...siang plk ibu kje..huhu..ya Allah kuatkn aku..mmg selalu abg mng pada adik..adik siap blh mnm dlm btl yg si abg nk jgk lekap kat ibu...
Mmg btl la hormon penenang ade dkt ibu...asal nk tdo ke lepas mndi ke..bgn pgi ke asyik cri ibu je..kdg2 terlepas jgk geram tp cpt2 istighfar..bdosanya buat dekk je ble abg mntk nk nen..style ibu nen die usah ckp la mmg dh mcm2 gaya dh...siap mcm hntu kak limah pon ade..tmbh2 pantang sndri..huhu...

Semoga kite berjaya ek irine..akk still jauh pjlnn susu si abg sbb br 1y7m..so sde lg 5bln nk bg die..
Tp mmg btl ape irine ckp kdg2 bkn nk nen sgt pon cme nk lekap ngn ibu je..huhu

Xpe itine be +ve k..biar plan2 die wean off dri kte..biase la die dh lme dgn kte n die rse slmt n tng je nle lekap ngn ktr even wktu nk main ape sme ngn ayah..tp wktu kriauuuu mmg ibu la juara penenang...

Much of love..ibu syg abg n adik dunia akhirat..ibu halalkan setiap titis susu ibu kat abg n adik..Allah tahu setiap ape yg dirancang..:)

Nurdalila Mahadzir said...

assalamualaikum irine....

same situation with me.. anak first mmg fully bf smpi umo dia 2 tahun 2 bulan.. by that time sy pregnant 2nd baby.. naturally dia yg stop sndr tanpa dipaksa.. xde letak apa2 pown dkt nipple.. juz mlm2 nk tido, dia mesti nk pegang.. ms tu blum bersalin yg 2nd baby.. skrg neh, si kakak dh 2 tahun 7 bulan..means dh 5 bulan dia stop bf.. tp awal2 ms adik bf, mmg dia nanges sgt2.. jeles la kot kan.. penah satu mlm tu, breast tegang sgt2.. saja suh si kakak isap.. dia boleh buat ala2. nk muntah..sabor je la.. skrg neh, bila mood x baik, adik nenen sblh, dia pon kalut nk pegang lagi sblh.. kalo dia ngah moody, mmg dia cr nenen la nk pegang.. bila dh pegang tu, dia mcm release je .. trus tenang balik.. huhu..

good lucks yer..

Mardhiah said...

Yup!!!asam jawa...tiap kali mintak sapu je asam jawa...
Gud luck��

ietams said...

salam irine,
akak dulu wean off my #2nd, letak cuka kurma.
selain dari rasanya mmg masam, bau Nye pun kuat.

try la nnti letak cuka kurma.
mana tau Berjaya pulak tips akak ni.

Haryani Mohd said...

Medina dah besar, kena bagi kat adik. Semoga dipermudahkan urusan Nadia :)

mOOra crADLe said...

masa sy kecik2 dulu,sy paling benci ubat demam yg kaler pink tu..
so mak letak botol tepi dia,bila sy nk nen,dia calit sikit kat nen..bila rasa pahit,sy amik kain nak lap,sementara tu mak dh standby nk calit lg..so kena skill kot,sy pun xperasan bila mak letak agknya..haha..
bila asik rs pahit xsedap rasa ubat,baru nak minum botol.. :)
so mak kata mmg 2 tahun je sy BF..yeay!

diha said...

assalamualaikum irine.

I feel u. sama la situation akak dulu. time pregnant adiknya, kakak baru 6 months. Tapi sebab kakak kecik lagi, memang bertekad la susukan dia. Sampaila dia dah 2ys, penat sebab tandem both, so akak tekadkan jugak. Kena stop. satu hari tu, time malam dia terjaga, akak cakpa, kakak dah besar. Memang ulang-ulang banyak kali sambil dukung and tepuk-tepuk dia.She refuse her abah.So tepaksa la mama dia yang tenangkan dia. Last dia memang tertidur sendiri. Memang dia nangis sunguh-sungguh, tapi tepaksa kan. Sebab dah tak larat. Siang hari ja, memang berharap la abah dia akan teman and main dengan dia everytime dia mintak susu kan.

Ikut pengalaman akak, hari ketiga tu, dia dah ok. But you shuold keep repeating ayat2 psychology tu hari-hari. Hari ketiga ja, mama yang rindu. Rasa macam kita pulak nak bagi dia nenen. Hahaha..but keep on, after seminggu, insyaallah dia ok.

Goodluck irene.

surizan abdghani said...

Sy letak serbuk teh kt niple.alhamdulillah 2 hari je sy buat cm tu trus dia xnak.masa bg tu dh tunjuk kt dia ckp yek kotor.paatu dia pun geli la xjadi mintak nenna (bahasa ank sy)

camsahamidah said...

honestly, saye mmng tanak wean off kan pun anak saye, ali. tapi saye dpt smbung blaja luar ngare so nak tanak terpakse lah jugak. waktu tu, ali around 11 month. cara saye wean off kan ali, time dia tngah menyusu tu saye usap kepala dia, saye ckp dgn ali, smbil tu bace doa lembutkan hati anak, bnyk bedoa lah, nak gune cara lain mmng ta smpai hati. mungkin dlm perut, ali dah kematian abah dia(arwah suami saye) so ali bnyk memahami saye.saye pun ade selang-seli kan dgn susu formula. dalam 2 bulan gitu,slow2 akhirnya baru berjaye.

Aty_Fared said...

betul..wean off anak memang susah..!! hati kene kental.. nak dengar die merayu2 tu.. hurrmm.. memang boleh kalah lah.. :) gud luck dear..

Aty_Fared said...

betul..wean off anak memang susah..!! hati kene kental.. nak dengar die merayu2 tu.. hurrmm.. memang boleh kalah lah.. :) gud luck dear..

Hamelia Hamid said...

akak sapu asam jawa masakan tu je kat nipple..bila dia hisap pastu masam..terus dia tak nak da..tapi sekarang kalau dia nak susu dia akan selak n cium2 kat nipple ibu..tapi tu je la..dah x nak hisap lagi.. hihi

norsuhaili ali said...

Anak akak udah 3 tahun 2 bulan..boy dan masih menyusu..dah letak mcm2..asam jawa pun penah..mula-mula je dia geli tak nak dan cakap susu mama masam..haha..lepas-lepas tu dia siap lap dan selamber je nyusu..hadoi..agaknyer kate dia "ade aku kisah.."..then mak mentua belikan jadam kaler hitam..mmg pahit yg amat..YESSS berjayaaaaa..mmg dia xmo..sekejap kate masam sekejap kate susu mama masin..ikutla suka dia nak kate ape..sedih pun ade...tp trpaksa sbb dah besar dh pun..ingat misi cerai susu dh berjaya..sekali ko....tetibe suatu hr tu dengan pahit-pahit tu la dia selamber nyusu jugakkk..hadoi la anakkkk.....so nak cakap..misi cerai susu belum lagik berjaya..dah puas cakap tak malu ke..dia siap sengeh tutup muka sambil nyusu dengan xde perasaan bersalah lgsung..alahai anak solehku..gdluck to u n me too..hihi

WanAni - One and Only said...

Salam,

Sebenaqnya kak nina akan taknak susu dgn sendiri, jgn paksa dia kesian....

Cucu saya masa mula2 adik lahir umur lebih kurang 1 tahun 10 bulan lagi laa...tgh kuat nenen, berebut2 dgn adiknya sampai satu ketika adik isap sebelah abang isap sebelah, tak ke haru tu...Akan tetapi selepas beberapa ketika dia dgn sendirinya taknak, dan akan cakap nenen utk adik.....

Itulah kisah benar cucu saya...so relax dulu....semoga berjaya!

Zafira Adila said...

salam hi kak irine! emm, takde pengalaman but selalu dengar mak cerita dekat kakak ipar. hehe
first letak asam jawa so that baby geli tgk that colour. lepas tu mak sye ckp try tak susukan dia sepanjang hari masa hari yg dia lahir. means that, contoh medina lahir hari khamis, try hari khamis tu sepanjang hari tak susu kan dia langsung. dia nak pun buat tak tau. nnt esok nya inshaAllah dia lupa :)

mush said...

Assalamualaikum adik manis irine.. :)

Same goes to me... anak bujang akak tu dah 2 tahun 4 bulan dah, tapiiii still tak berjaya nak wean off lagi, haishhhh kadang rasa tension pon ada, hahahha.. tapi bila pikir balik dulu akak yg beria2 nak nyusu kan dia, nangis perit, semua dah harung, kot yg ni akak nak sentap kan, hehehe..macam cara dah akak buat, still x berjaya..

Tapi tu lah sebab dia yg paling kecik, so bila takde adik memang nenen ni hak mutlak dia lah, hurmmm tgk la slow2 putuskan nanti...

alyaa aidee said...

Irine..akak takde tips sgt pun. Hehe.cuma akak memang tegarkan diri.hari pertama 3 kali je bagi. Lusanya 2x je bagi. Esok esoknya lagu bagi sekali je. Nangis ke hape akak tepuk, usap perut die ke jugak sampai tertidur. Padahal sokmo usap situ tanda nak susu. Hehe. Terpaksa kejam sikit. Kalau tak sian kat adiknya. All the best dear ;)

chiku the chucuru said...

Assalamualaikum irene...
seronoknya dpt susukan Medina sampai 2 tahun even tengah pregnant. Saya pregnant anak kedua, tp susu sikit. nak pertama baru 9 bulan. sejak dia 7 bulan haritu dah bg susu tepung. susu sangat merudum masa bulan puasa haritu, i tot sebab pregnant. maaf kalau tak perasan if ada entry before this, tp boleh tak bagi tips mcm mana nk bykkan semula susu badan masa tengah pregnant. thanks

Syasya Harun said...

saya dulu nak wean off saya ltk sirap....

salzahari said...

Hi there!
Salam perkenalan...

Currently facing same issue...My baby dah 2 yrs 5 mo. Ohh...Tade adik di bawah tapi need a break sbb myself dah penat. Tapi sungguh laah tak kuat semangat!
Penah try myk Yu yee hari tu masa sebelum raya.....berjaya. Wallaaa !

Tapi masa raya day 3 dia demam...bagi le gonggong..sampai sekrang dah jadi susah balik nak wean off. Help!! Help! Help !!! :((

juicy X said...

http://akujusiza.blogspot.com/2015/06/muf-wean-off.html

ini pengalaman sayerrr :)

Nur Arifa said...

cara yg sy buat tumbuk halia sket pstu letak air halia tu sket2 kat nipple ..Alhamdulillah my doter senang di wean off kan hehe...letak halia ni skali je esok tu dah tak mintak susu dah ..tapi memang rasa sedih la nk cerai susu kesian pun ade

Lea Beauty House said...

aduiii ase mcm xsnggup je nnt... walaupn lg setahun ada masa nk susukan.. tp tah la.. ibu lak ase berat huhu

hidayah razali said...

comel sangat medina !! geram !

cik nur said...

macam2 dilema seorang ibu nih yer insyallah harap di permudahkan semua nya yaaa

aida arissa said...

salam irine :) . nak share pengalaman saya baru je cerai susu few months ago since dapat tahu preggy second baby . Memang niat nak breastfeed my first baby sampai 2 tahun . rupanya terlebih 2 tahun 3 bulan . memang macam macam cara saya cuba . tapi tak berhasil . nak tak nak memang kena wean off sebab saya bleeding agak banyak preggy kali ni . doctor nasihatkan stop breastfeed .

sedih . allah je tahu bila anak yang kita susukan selama 2 tahun lebih kena stop kan . lagi lagi saya direct breastfeeding . dia memang tak nak botol dari kecik . nak tidur mesti kena nenen. sedih Allah je tahu perasaan bila anak merayu rayu nak susu . pujuk macam mana pun tak jalan . beli susu formula macam macam brand pun tak nak . doa siang malam memang tak putus .

1) saya cuba letak bawang putih - dia kata "ermmm dap ' !!
2) bawang putih + halia - pun sedap !!
3) kapur makan - "go wash"

buntu dah tak tau nak buat macam mana . last sekali saya letak ASAM JAWA . letak part ketul ketul and mcm akar tu and taruk bungka cengkih . Alhamdulillah berkesan ! masa dia mintak susu saya pergi sapu dulu asam jawa and bunga cengkih . then bila dia tengok time nak susu tu , saya kata "susu mummy sakit" (buat buat nangis) :p

alhamdulillah since that , bila dia mintak susu je saya buat benda sama . dalam seminggu macam tu , bila dia mintak susu , dia sendiri akan kata "eh susu mummy atit" haha
alhamdulillah , semoga tips ni bermanfaat untuk irine dan sapa sapa yang memerlukan .

honestly , memang saya rasa lonely , rasa jauh dengan dia . sedih sangat bila dia dah tidur tu . sampai sekrang saya rasa rindu sangat sangat . tapi takpelah , dia pun dah besar . saya bersyukur allah beri rezeki untuk dia menyusu 2 tahun lebih . yang penting , as a mom kita kena sentiasa berdoa , positive dan pujuk dia selalu . inshaallah ;)

Aryn Fadzlee said...

Wean off bukan perkara mudah. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya lakukannya bila nak wean off kan anak 1st bila anak ke3 lahir.. Hehe

Memang tak letak apa2, cuma saya dan suami sentiasa bercakap dan bagitau dekat Furqan, anak 1st kami yang dia dah besar. Nti ada bby lahir x boleh menyusu lagi.

Antara langkah awal, kami bgitau Furqan boleh menyusu hanya waktu malam sahaja. Ni memang berkesan sbb selalunya dia akn tgk di luar. Klu gelap bermksud waktu malam, bolehlh menyusu

Dan waktu siang selalunya saya banyak bagi dia makan supaya dia xcepat rasa lapar. Kerjasama suami juga sangat penting sbb kdg2 dia mmg cranky sbb nak menyusu. So, suami yang tenangkan dia dengan lakukan aktiviti dengan anak bila dia menangis

Dan akhirnya, setelah adik dia lahir dia terus stop sendiri dan tidak lagi request nak menyusu. :)

Gud luck irine.. u can do it!

zahartini zakaria said...

Salam. Takyah letak pape. Bila dia mintak susu,lengahkan. Bagi makan kenyang2 & bancuh susu tepung bagi dia minum. Pujuk dia baik2,nnt dia akan paham. Beli susu dutch lady yg kotak perisa coklat tu. Bagi dia kenyang nnt dia lupa la.

Norsalmi Ramli said...

Saya dalam proses wean off... Anak dah nak masuk 2tahun 4 bulan... Alhamdulillah, dah 2 hari dia x mintak nak 'nini'. Dia akan mintak nak nini bila nak direct feed dan akan mintak susu kalau nak minum drp botol.... Saya dah cuba macam2 waktu dia nak masuk 2 tahun. Even pakai batang wali yang pahit teramat tu pun dia belasah jugak...

Saya perasan dia x suka benda masam. Makan benda masam sikit je terus x nak. Jadi saya guna limau nipis / lemon. Siang dia ok. Dia boleh cakap x nak sebab masam. Tapi malam, dia mengamuk2.... Macam kena pukul. Protes sebab x leh nini.. Tido lambat, dia main2 sampai tahap, dia mintak susu. Habis sebotol pun x nak tido juga. Tjaga malam pun mengamuk2... Malam pertama - ketiga, memang teruk mengamuknya... Sabar je la... Tapi smalam langsung x minta nini.. Bila tanya, acah nak bagi.. Dia lari tutup mulut dan cakap x mau. Masam... Tjaga tadi, cakap2 sket, mintak susu..... Harap kali ni berjaya. Hari pertama, merayu2 nak nini.. Hari ke 3, x mintak tapi still selak baju dan acah nak hisap sampai tertido...

Vix alexa said...

Lucu nya medina :)

Nonton film HD

aimie suyat said...

Fahammm sangat perasaan tue :)

Anak sulung dah 2y 4m belum wean off lagi. Masa preggy anak kedua pun, si kakak terus je nyusu sampai baby dah nk masuk 7 bulan nie.

Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in