Perbezaan Set Bersalin TANAMERA vs Set Bersalin NONA ROGUY? Mana nak pilih.



Assalamualaikum.

Hari ni genap hari yang ke-20 pantang :) 

Atas permintaan beberapa orang readers dalam blog ni, yang bertanyakan set pantang mana yang best dan boleh direcommendkan antara TANAMERA VS NONA ROGUY. Dua-dua produk set pantang ni aku dah cuba pakai. Macam masa lepas bersalinkan anak pertama dulu, which is 1st experience jadi ibu, jadi aku tak terfikir pun nak beli set pantang. Jadi, aku serahkan bulat-bulat dekat tukang urut. Dia yang sediakan serba serbi, sepanjang urut dia guna barang2 Nona Roguy. tapi tu lah, lepas habis je mengurut 3 hari, dah tak guna apa-apa lagi dah. 

Dan kali ni, sebelum bersalin ada dapat hadiah Full set Tanamera. So masa tu memang dah plan siap-siap pantang kali ni nak guna Tanamera. Tapi, tukang urut yang sama kali ni datang mengurut dia pengaruh aku dengan beli fullset Nona Roguy ni. haha. Aku nih mana boleh kena pengaruh sikit, orang terang apa kelebihan barang ni, terus aku rasa macam ishhh gerammmm betul, kena beli nihhh. See? tulahhh kelemahan aku, pantang digoda, pantang dipengaruh sikit dengan sesuatu benda yang menarik T___T

Persoalannya sekarang lagi-lagi kaum-kaum bakal ibu yang 1st experience bersalin nanti, 
set pantang/bersalin apa yang best. Mana yang patut beli dan mana yang berbaloi untuk guna sepanjang waktu pantang? Mehhh baca entry ni, kali ni kasi aku pengaruh korang balik. hehe

Yang ni merupakan pendapat peribadi aku je tauu sebab dah guna dua-dua ni walaupun tempoh pantang belum berakhir lagi :)  Jujur dari pendapat sendiri, Set bersalin Nona Roguy lebih berbaloi beli and digunakan walaupun agak pricey. Set bersalin NR ramai yang suka sebab ada tablet Phytonatal yang femes tu. hehe. Phytonatal femes sebab boleh atasi masalah besar ibu yang lepas bersalin iaitu masalah sembelit. Kalau kau makan waktu pagi, konfem akan rasa nak membuang dengan lancar pada waktu petang. Tapi jangan lengah-lengahkan lah, takut terkincit di tengah jalan. haha :p

Untuk set Tanamera pulak, tak ada pil. Yang ada cuma teh herba dan minyak kelapa dara (VCO) dan banyak items lain yang digunakan untuk kegunaan luaran. 1 benda yang aku boleh bandingkan antara 2 produk ni, Set NR items dia meliputi kegunaan luaran dan focuskan kegunaan dalaman sekali. Means, set ni balance. but Set Tanamera dia hanya focuskan and byk kegunaan luaran saje. Set Tanamera more to moden style, set ala-ala spa. Minyak urut Tanamera pon lebih pada bau wangi, berbanding dengan minyak urut NR bau dia lebih kepada bauan herba.








Aku beli Set Nona Roguy ni RM240. Beli dekat tukang urut yang aku booked time mengurut haritu. Ada orang kata murah aku dapat. Ada yang aku baca dia beli set ni RM300 pun ada. Dalam kotak ni ada 6 items which is :-



  • Minyak Herbanika
Ntahh, aku tak tau kenapa aku suka sangat dengan minyak herbanika NR ni. Salah satu sebab aku beli full set NR ni ialah sebabkan minyak herbanika ni. Boleh jadi satu kelebihan/keistimewaan untuk NR sebab ada minyak ni . Minyak ni panas dan melegakan satu badan. Plus, tarikan minyak ni ialah bau herba dia sendiri, memang kuat tapi sedap je bila time pantang bau minyak NR.

Tukang urut yang mengurut aku bila datang je, 1st thing yang dia akan buat sapu dan gosokkan minyak herbanika ni dekat bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu. Sebelum rambut nak ikat sanggul tinggi-tinggi dan rapi, dia akan gunakan minyak herbanika lagi satu (botol purple, kurang panas) untuk disapukan seluruh rambut. 

Minyak herbanika ni boleh guna satu badan tau. Kalau tak bersalin pun, orang biasa, orang tua boleh pakai jugak. Minyak ni boleh sapu dekat semua bahagian kecuali tempat luka czer.

Minyak herbanika ni boleh guna untuk urutkan baby. Tak jadi masalah. And selain daripada jadikan minyak urut, aku guna minyak herbanika ni untuk titiskan 3-4 titik atas pad. Fungsi dia utk cepat tanggalkan benang jahitan and serap pengeluaran darah-darah kotor. 

Fungsi Minyak herbanika utk bantu melembutkan urat saraf and otot yang tegang semasa peneranan dan membantu melancarkan aliran darah. Sepanjang berurut aritu, memang guna sepenuhnya minyak herbanika :) Kalau aku nak keluar untuk check up dekat hospital, aku akan sapukan minyak herbanika ni dekat bahagian perut dan belakang pinggang dan sapu dekat kedua-dua tapak kaki lepas tu sarung stokin. Memang lega je rasa kalau keluar mana-mana time pantang. 

  • Phytonatal
Phytonatal ni jenis tablet tau. 1 botol ada 90 biji. Aku paling suka dengan tablet Phytonatal ni sebab dia adalah "penyelamat" waktu emergency! haha. Apekah maksud "penyelamat". Kaum-kaum ibu yang baru lepas bersalin, perkara yang dia kena hadap lepas beberapa hari bersalin ialah "sembelit". huhu. Yang bersalin normal, akan jadi seriau sebabkan risau dengan luka jahitan yang baru je lagi. Makanya, sembelit ni satu masalah besar time pantang! haha. 

Phytonatal ni fungsi dia untuk melawaskan pembuangan air besar, menurunkan berat badan yang berlebihan, dan bertindak utk menguatkan lagi tubuh. Yes, bila rasa sembelit je, cepat-cepat la makan Phytonatal ni, memang membantu sangat-sangat.

  • Akar Herbanika
Akar Herbanika ni tukang urut yang datang mengurut aku aritu dia yang buatkan dekat dapur. Akar herbanika ni untuk minum tau. Satu kotak ada 10 uncang dan 1 uncang tu boleh rebus dan guna semula 2-3x. Ape rasa air akar herbanika nihhh? Jangan risau, tak pahit pun. Rasa dia macam air teh tanpa letak gula. Kalau bahasa orang kampung2, orang panggil "air teh mati". Air teh kosong lah maksudnya. 

Fungsi dia? Fungsi dia menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan badan bagi ibu2 yang baru bersalin. 1 uncang Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih. Kalau kau rasa nak tambah madu pun boleh. Kasi ada rasa sikit

  • Uncang Cuci Herbanika
Dalam banyak-banyak item dalam set NR ni, uncang cuci herbanika merupakan item yang paling fevret! sebab apaa? Haa meh sini nak cerita. Mungkin dalam waktu awal-awal lepas bersalin (especially bersalin normal), kau akan rasa tak selesa dengan luka jahitan. Perasaan takut-takut dan seriau masih menghantui lagi. hihi. Jadi, uncang cuci herbanika ni boleh digunakan untuk mencuci luka jahitan. 

Fungsi dia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Dan aku boleh bagi contoh, let say kalau kau tersalah makan makanan yang boleh menyebabkan luka jahitan terasa macam gatal-gatal, cepat-cepat bancuh uncang cuci herbanika ni. Macam aku, tukang urut ajar ambil 1-2 uncang, letak dalam bekas besen yang lebar, letak air panas dalam tu sampai uncang tu keluarkan color teh kekuningan pekat, campur 2 sudu garam (taknak letak pun boleh), dan campurkan air suam sikit kasi air tu rasa suam-suam panas.

Kalau boleh air rendaman tu bagus dalam tahap panas berasap tapi yang tak melecurkan kulit la. Kalau guna bekas besen yang lebar, tukang urut aku aritu suggestkan kita masuk dalam tu berendam (bukan berendam sepenuhnya, berendam dekat bahagian luka jahitan tu saje dah cukup). Kalau taknak buat cara macam ni, air uncang ni boleh digunakan sebagai air untuk mencuci/cebukkan lepas buang air besar dan air kecik. Hasil dia? Macam aku, rasa lega sangat-sangat, selesa nak buat apa-apa keje lepas berendam.

  • Herbanika Lulur



Herbanika lulur ni pun best. Cara nak buat dia senang je. 1-2 sudu besar Herbanika Lulur campurkan dengan air panas suam. Pastu lulurkan je and gosok, sental sampai separuh kering. Memang semua ni senang kalau nak buat sendiri. Nampak macam rumit, tapi tu lahhh, nak cantik kena jaga betul-betul :p Kalau guna Set NR ni, memang tak sah kalau 1 bilik akan bau herba jeee. Best, macam aromatheraphy. menenangkan jugak. 

Fungsi Herbanika Lulur ni untuk hilangkan daki, haluskan kulit yang kasar, cerahkan balik kulit yang dah jadi gelap lepas bersalin (selalunya dekat bahagian perut,celah ketiak, celah leher, celah2 peha). Boleh mengecutkan bentuk badan yang kembang and mengatasi masalah sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan.




    • Krim Herbanika Barut
    Krim ni boleh sapu sebelum nak gunakan bengkung. Fungsi dia boleh atasi perut lembik,perut yang dah menggeleberr nak kasi tegang semula, buncit :) 



    So far, yang ni lah kelebihan Set Bersalin NR. Air Akar herbanika dengan Tablet Phytonatal tu pun memang bagus untuk tambahkan dan memekatkan susu badan. Ada orang tanya kalau baby kena jaundice boleh makan tak. Kalau macam aku, bila dapat tau baby jaundice, aku stopkan dulu makan/minum, sebab kalau boleh taknak ganggu susu takut panas orang cakap. Lepas baby dah sembuh dari jaundice je, terus sambung balik makan macam biasa. 

    Tablet Phytonatal & Akar Herbanika NR boleh makan kalau baby tak kuning. Kalau baby kuning, tunggu sampai baby sihat, baru ibu boleh continue and proceed makan kedua-kedua items ni semula.



    Highly Recommended ! Berapa bintang aku boleh bagi : 5 bintang untuk set bersalin NR.
    Jadi, kalau ditanyakan pendapat aku, aku akan jawab dengan sejujur-jujurnya yang set bersalin Nona Roguy memang terbaik. Tapi tu kalau nak dibandingkan dengan Tanamera, kalau product bersalin lain aku tak pasti sebab tak pernah cuba lagi. Wallahualam. Pendapat orang lain-lain kan. Mungkin ada orang lagi suka set bersalin lain. Ni review aku sndiri utk panduan yg siapa baca je, takde niat lain tauuu. Make sure sebelum decide nak beli set bersalin, survey dulu betul-betul ok !

    p/s : Set bersalin NR jugak cepat untuk kurus semula lepas bersalin. Tu ayat yang selalu aku dengar and aku sendiri pun rasa macamtu. Seriussss. Nona Roguy setakat ni feedback tersangatlah ramai pengguna yang dah cuba dan memang berkesan untuk kuruskan badan. 





    Sekian dari saya, hehe


    Day 18 pantang



    Bye-bye :) 












    48 comments:

    agurlleo said...

    Hi Irine..fuhh details penerangan tiap satu, tp sy mmg setuju, 2 kali melahirkan anak, mmg NR la pilihan hati. Phytonatal, minyak herbanika dan krim barut mmg best, sy beli loose item yg saiz besar baru puas hati pakai

    miss eimanhikmah said...

    tak mengandung lagi pun teringin nak beli NR ni...hehehe

    Wonder Woman said...

    Irine start makan phytonatal tu hari ke berapa ek? And berapa biji sehari?

    Akak beli Tanamera & NR jugak, tapi loose je. :)

    penyisir rambut said...

    NR memang the best... dekat fb kak ice pon banyak share pasal kebaikan nye...

    zyanfara said...

    best nye bace..xpenah jemu baca blog irine nie..ble bace, rase mcm xsbar na rasa ap yg irine crite tue..heehe..tu gamba 18hari pantang ke? cntik sungguh ciptaan allah nie..:)

    Asnida Afify said...

    as salam irine... btol katee irine produk tanamera more pade luaran,.. sye masa anak ptame pon pakai tanamera hehe,... anak ke2 ni nk cbe nona roguy plakk sbbt gk feedback sume postve n best2.. lag2 irine pon reviwe.. lag laa confdent tu tggi nk gne utk 2nd baby nnt after deliver heh tqq irine sweeettt... ;)

    IQ = Iez Qis said...

    Good info irine. Boleh la prepare set ni untuk waktu berpantang nanti.

    Thank you!!

    P/s: 18 hari da cun melecun. Waahh...ibu beranak dua tuu

    Suhana Mohd.Diah said...

    Next baby boleh try shaklee pulak ye sis! hihihi...

    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    fify said...

    Irine dpt murah, bley ke klo nak kirim beli? Bln 7 due. Huhuu

    FadMN said...

    irene ,bagi la kontek NR tu.hehe.masa first dulu ,guna tanamera jugak.nak try yg lain pulak lah.

    FAD

    yoorin melacolea said...

    lepas bersalin dulu semua pakai set bersalin kampung.. tp yang dah dimoden kan.. ingaatkan kena makan rempah herba2 semua tuu..takkk..dah dikapsulkan.. tergelak tengok ubat tuu..kemainnn dah moden.. hahaha

    Aty_Fared said...

    thanks irene... memang membantu sangat2 akak yang ngah mencarik bende2 cegini tuk berpantang nanti.. :)

    Purplelista Boutique said...

    Terima kasih Irine sebab sudi share. Boleh x nak contact number bidan y jaga n urut irine lepas bersalin :)

    Purplelista Boutique said...

    Terima Kasih Irine sebab sudi share. Boleh x share x contact number tukang urut :)

    Hamelia Hamid said...

    masa berpantang 1st time dulu akak pernah pakai krim herbanika lulur tu, memang betul best sgt2..insyaallah berpantang untuk 2nd ni nak try phytonatal pulak..cz sblm ni x tau sgt psl NR.. :) tq irine

    Fazzira Shaklee said...

    Alhamdullilah :) congrats iriene

    in case sesiapa nak multivitamin boleh try shaklee :)

    jemput baca. www.fazzirasalleh.com

    saye niza said...

    Saya berpantang memang guna original orang kampung yang buat, jamu,pilis, bedak 'parem',serbuk untuk bawah tu...ape ntah namanya haha. RM50 hengget tak silap satu set tu :)

    ruqayya said...

    I am distracted to the comforter (comforter kan?) behind the NR products hehe. Comel bangat :p

    Ruqayya menulis... Cari hari kesuburan dengan OPK

    aisya humaira said...

    salam irine...saya baru missed abortion last 2 weeks..dan mmg saya ada amek NR pon..mmg best..dgn bau dia..doakan saya jadi ummi lg...tq..

    Aisha Inani said...

    Salam irine. Irine berpantang sendiri kee kat rumah? If yes share laa sikit moment pantang. My mom baru je menunggal I was likee down sgt bila ok time berpantang nanti. Takut semua adaa. Tskk

    Haziqah Muhamad said...

    Thanks irine for the info! Berguna sangat untuk bakal-bakal mummies yang belum ada pengalaman berpantang hihi. :)

    inijurnalkitapunya.blogspot.com

    Milie Suraya said...

    Penerangan yg bagus irine...jom singgah ke blog saya...http://www.suemilie.blogspot.com/p/produk-nr.html?m=1

    Zara Ismail said...

    tengah berkira2 juga nak beli set ape tuk pantang..mungkin cacamerba campur2 hehe..minat juga nak try tanamera ni..baru tau banyak tuk luaran je ye..

    MZH @ NA said...

    Menarik info dan jelas penerangan yg diberi, boleh bg contact no tukang urut tu x. boleh sy order set NR ni kt dia?
    nnt tgl kn komen di blog sy ye. http://ourm3mori3s.blogpsot.com
    tq

    MZH @ NA said...

    Menarik info dan jelas penerangan yg diberi, boleh bg contact no x tukang urut tu. boleh sy order set NR ni kt dia?
    nnt tgl kn komen di blog sy ye. http://ourm3mori3s.blogpsot.com
    tq

    Asnie Aris said...

    salam dear, baru terjumpa post ni dan sedang recce2 set bersalin...noe tgh preegy anak second 6 month...sbb anak first dlu tak berjamu bagai, seriously, bdn mmg asyik sakit2..kali ni nak pantang bebetul, best baca sharing dari sis. ni nak tannya, tukang urut tu dia area mana? and ada contact number tak?

    Unknown said...

    Good review...memang dok cari review pasal NR ni..due lg 2 minggu tp x beli set berpantang lagi. :p

    Nak cover duit lepas raya..?? Meh la singgah ke cni http://cmdrich4u.com/nieza

    eryn purr said...

    Slm... Cmne nk bli eh..tye kt kdai jamu 300++ ... Makcik tu ada buat pos x brg ni... Sya dh nk meletup ni...35weeks dh..hihi
    Pls wsup sya 0174342769..maceh :)
    Eryn

    Min Khalisha said...

    salam sis. tq sbb review..sy msa ank 1st xtau lg psal NR ni..just mkn Phytonatal ja..smpai mgndung balik ank 2nd bru sy stop..mmg bgus sgt pytonatal ni..membuang senang..bdn maintain ja..org tgk mcm xpnh beranak..hehe..so kali ni nk beli 1 set trus..due ujung bln 11 nie..doakan sy ye.

    Hazwani Shukor said...

    Assalam irine :)

    Kalau x keberatan boleh bg no hp makcik tukang urut tu? Kalau boleh nak beli Set NR dengan dia.

    Jazakallah khairan kathira

    Lin Chalo said...

    Saya pun suka NR terutamanya minyak Hirbanika tu.. dan letak juga sikit kat pad luka memang sangat cepat kering.. :)

    Aya Chalo said...

    Tak sempat menikmati bestnya NR ni. Dulu baru start makan mak dah bebel sebab baby kuning. So stop macam tu ja. Anak 1st banyak lagi tak tahu. Folo mak ja la :D

    Najihah Sudi said...

    Untuk produk nona roguy, saya cuma beli minyak urut herbanika dengan bengkung die jer.. Ehehe.. Tapi memang sedap lah bau minyak tu.. Saya belum bersalin lagi tapi sesekali sapu minyak tu kat leher kat bahu.. Sbab sedapppp baunye.. Heheh

    Terjah blog saya, jom!  DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    Faraheen Harlem said...

    Bagusnye review nie..rase membuak2 nak cuba Nona Roguy, hihi

    Nurul Nurasikin Othman said...

    tq for info.sy yg 1st guna Amway.best jgk.yg 2nd cmpr2 huhuhhu..x bpntang sgt.ni tgh cr utk yg ketiga plak.dgr yg NR & tanamera ni famous jgk.x dpt lg decide yg mana satu.bab minum teh2 herba akar2 kayu tu yg payah nk minum hihi

    PUTERI ARISYA NAZIRA said...

    Assalamualaikum.. Saya nak juga dapatkan Set Bersalin Nona Roguy RM 240 tue.. sy cari merata dh.. semuanya harga rm 300++ belum masuk bengkung lagi..
    Boleh whatsapp sy no tel yang menjual tu?
    no whatsapp sy 0125586640

    Unknown said...

    Tlg wassup 0135082338 utk set bersalin nr ni.. Yg harga rm240.. Tq sis...

    SYAFIQAH NAHARUDDIN said...

    Irine.. boleh x nak tnye time pantang pakai skali x set pantang shaklee??? Sye ingt nk pkai dua2 NR n shaklee.. ok x??

    Fara Rozana Salikin said...

    banyak info.. thanks awak !!!! :)

    Suffizan Yahya said...

    dear..bley x kalo bg no cntact yg jual set nr nih rm240? no akak 0169537444..tq dear! 😊

    Kak Yah said...

    ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. ANDA BOLEH DAPATKAN KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL UTK WANITA SAHAJA DARIPADA SAYA DI KOTA BHARU KELANTAN, URUT SELURUH BADAN UTK HILANG LENGUH2 DAN TERSELIUH ATAU BOLEH JUGA URUT BERSALIN, BERTUNGKU DAN MANDI BUNGA SELEPAS BERSALIN.. HUBUNGI SAYA 0129213096 ..TERIMA KASIH ;)

    wahida raine said...

    Assalam Irine, nak jugak beli yg set bersalin RM240 tu boleh x?huhu..whatsapp 0126099884..tq :)

    Nor Aznim Mohamad Jalani said...

    Kat mana nak dpt set 240 tu....aduhaiii untungnye pm boleh ke??0193350143

    Nor Aznim Mohamad Jalani said...

    Kat mana nak dpt set 240 tu....aduhaiii untungnye pm boleh ke??0193350143

    Aisyah Zulkawi said...

    Salam sis, kat mana beli set NR harga 240 tu ye? Boleh tolong wassap infonya ke 0123634146? Jazakallah :)

    Fila said...

    As-Salam, nak nombor makcik urut tu.. thanks dear.. 012-6774535

    Normala Ab. Shukor said...

    assalam, good info utk berpantang nnt. in sya allah.

    UmmiTiqah said...

    Bagusnya ada review camni. akak pon tgh fikir2 nk amik tanamera atau NR , nampaknya NR lagi bagus. sblm ni pon mmg suka dgn minyak herbanika tu. thanks for sharing :-)

     
    Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in