Part 2 : Kronologi bersalin (Labour room)


Assalamualaikum.

1stly nak bagitauuuu niihhh, terima kasih yang sudi baca entry berjela Part 1 yang lepas. Aku ingatkan entry panjang-panjang gitu orang malas nak baca. haha. Thank you, thank you. Niat aku tulis entry tu sekadar perkongsian. Aku takut sebelum penyakit pelupa aku datang, nanti dah tak ingat ape-ape lagi dah. hehe. 

Ada yang mesej and email dekat aku request untuk aku buat entry tentang ape perbezaan rasa secara normal dan ceaser. Aku rasa aku tak layak lagi nak cerita panjang-panjang tentang tu walaupun aku dah merasa dua cara bersalin ni untuk anak yang pertama (bersalin ceaser) dan anak kedua (bersalin normal). Tapi tu lahhhh, aku pernah cakap dekat facebook yang apa-apa sekalipun jangan bandingkan darjat orang yang bersalin secara ceaser dan bersalin secara normal. Benda yang aku dengar daripada dulu "bersalin cara tu pahala lagi besar, tak sama, bla bla bla".  Haihhh..bukan ke Allah je yang maha mengetahui semua tu? Sape je kita nak menilai pahala orang tu besar ke kecik kan. 


Ok sambung balik cerita Part 2.


Venue : Labour Room, PPUM
Time : 9 pagi


Previous entry aku dah mention yang sampai-sampai je bilik labour room, doctor check bukaan dah pun 5cm. Bila dengar 5cm je kan, perasaan nak "bertarung nyawa" tu seakan-akan "zappppppp" merasuk dalam tubuh badan aku. Rasa macam semangat dah berkobar-kobar sambil mata ni dok menjeling jam dekat dinding tu. Yelah, dah tau yang tak lama je lagi baby nak keluar. Memang time ni dah start contraction yang skala 10 punya. haha. Sakitnya tak boleh describe, Allah saje yang tau. Patutlahhh bila aku tanya mak aku "mak, macam mana rasa sakit nak bersalin tu mak". Jawapan mak tak habis-habis "sakit yang tak boleh describe". 5x aku tanya mak, 5x dia jawab jawapan yang sama. haha. Jadi, aku macam tertanya-tanya sampailah aku rasa sendiri. 


Kalau ikutkan, kisah aku dekat labour room takdelah sekejap. Banyak jugak drama nya. haha. Selalu dengar orang cite, dia dalam labour room tak lama pun, ada yang sejam je, ada yang 1 jam setengah, 2 jam. tapi bahagian aku lama sikit :) Doctor cakap, setiap 1cm nak bukak tu 1 jam. Maknanya, 1 jam akan buka 1cm. Aku tanya kenapa. Doctor cakap sebab ni kira kali pertama awak nak bersalinkan baby ikut bawah,kira fresh lagi la, tak pernah ada bukaan. Bila aku dengar 1jam untuk 1cm, aku macam tergamam la kejap. Lamanya. huhu. 


Aku tak ingat pukul berapa, tapi sejam lepas daripada bukaan dah 5cm tu, doctor datang check and dia cakap bukaan dah 6cm. Sejam lepas daripada tu, check lagi. Bukaan dah 7-8cm doctor cakap. Tapi......bayangkan lah bukaan yang 1cm nak bukak tu pun aku dah nangis-nangis sebab contraction time tu datang sekejap2. Kali ni bukan 5 minit sekali datang contraction. Kali ni 3 minit sekali kekerapan. Kejap-kejap aku pandang jam dekat dinding, bila lahhh nak habis pertarungan ni. huhu. Masa tengah contraction tu, kejap-kejap golek badan belah kiri, kejap-kejap golek badan belah kanan. Rasa macam badan terkunci, kaki tangan terkunci. Mulut je boleh keluar bersuara. 

Orang cakap, kalau dalam keadaan macam tu jangan buang tenaga dengan jerit nanti nak push takde tenaga. Aku? Aku dah habiskan separuh tenaga aku dengan bersuara kuat mengerang kesakitan. Yes, honestly, memang suara aku boleh dengar dari luar labour room sebut "Allah, Allah, Allah..." . Takpun, aku baca zikir " La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin" sampai putus-putus suara aku dah tak kedengaran zikir tu. 



Labour Room, PPUM
Time : 12 tengahari

Masa ni dah sampai tahap kemuncak. Terlalu sakit contraction, contraction datang seminit-seminit. tudung yang aku pakai pun dah senget benget, dah tak rupa orang sangat. haha. Dahi dah start berpeluh-peluh, tak henti-henti keluar peluh walaupun aircond pasang. Doctor and budak-budak praktikal dah keluar tinggalkan aku sorang-sorang. Dalam hati aku, kenapa diorang keluar!! Mana aku nak dapatkan support moral time-time sakit cenggini. Time sorang-sorang cenggini, kejap-kejap aku dengar bunyik dan suara perempuan bilik sebelah menjerit. Nyaring giler. Aku agak dia pun tengah sakit macam aku. Tiba-tiba lagi, aku dengar bunyik pasukan sorakan "pushhhhh! pusshh!! pushh, sikit je lagi, sikit je lagi!" . Riuh rendah jugaklah, aku pasang telinga sambil tahan contraction. 


Besi katil tu je lah pengganti tangan suami aku :'( i need my husband time ni :'( 
Mungkin kalau suami ada teman sekali, contraction yang sakit sangat-sangat tu akan kurang rasanya bila kita pandang orang yang kita sayang.....


Aku masa ni try gagahkan diri tak nak tekan button merah panggil nurse, tapi tak bolehhh. Aku capai jugak wayar button merah atas kepala, tekan sekali. Pastu takde sape pun datang. 5 minit lepastu, aku tekan lagi sekali, ada sorang nurse berumur ni datang. Dia tanya "yerrr kenapaaa". Ehhh boleh pulak tanya kenapa. Dah terang-terang la sakit. Wuuu. Aku tak salahkan pun nurse tu, entah, walaupun rasa geram, geram tu aku ignorekan. Tengah sakit-sakit mana boleh ada perasaan marah2. huuu. Nurse tu pon tengok dekat mesin CTG, contraction makin kerap katanya. Lepastu nurse tu keluar, tinggal lagi aku sorang-sorang tahan sakit. Yang teman sape? Air mata :'D Kuatnya rasa. Allah bagi kekuatan dalam kesakitan. 


Aku pejam mata, aku ketap gigi. 

...............................

Sekali ada sorang akak ni masuk, pakai uniform putih. Aku bisik dalam hati"leganyaaaa ada orang masukk". Tapi..............dia masuk sebab nak angkat sampah dalam tong tu je. Ya Allah...huuuu. Akak yang angkat sampah tu pandang je tenung aku yang tengah mengerang kesakitan, aku terbukak mulut mengadu dekat dia "akak.....saakittt...". Dengan dia pun jadilahhh aku tumpang mengadu. Tapi dia senyap dan keluar mcmtu je. 

Letih...letih sangat dah time ni. Rasa putus asa, tapi sebab fikirkan buat apa nak putus asa, lagi beberapa jam je nak bersalin. Kena kuat, muka Medina, muka suami aku, muka mak aku semua terbayang time ni. Terbayang apa akan jadi dekat diorang kalau aku takde. Haihh macam-macam lahhh. Patutlaa Allah beri ganjaran mati syahid pada wanita yang meninggal bila lahirkan anak. Besarnya ganjaran ni......



Labour Room, PPUM
Time : 1 petang

Doctor datang. Tiap kali aku pandang muka doctor dekat muka pintu laboor room, rasa happy sangat-sangat. Doctor nak check bukaan, aku curik-curik dengar perbualan dia dengan doctor lagi sorang tu cakap "patutttlahhh dia sakit sangat.. dah 10cm dah ni". Rasa macam nak melonjak dah time ni happynya Allah je yang tau sebab aku hanya tinggal nak keluarkan skill aku untuk push kan baby tu je. haha. Tapi aku tak tau kenapa doctor tu tiba-tiba cakap "bagi dia lagi 1 hour untuk kepala baby tu sendiri keluar dulu". Tergamam kejap, aku dah sakit sangat-sangat ni. Sesekali rasa tu datang macam nak buang air besar. Sesekali rasa tu macam nak meneran. Bukan ke kalau dah 10cm, boleh je push? Mana mungkin aku mampu tunggu lagi 1 jam sedangkan bukaan dah buka 10cm. 10cm kot, sakit MashaAllah dengan perut mengeras nya lagi. Bukan aku taknak tanya, tapi aku tak larat tanya apa sebab doctor suruh tunggu lagi sejam. 

Contraction dah tahap sakit teramat-amat. Teringat sorang kawan aku cakap,
"kalau kau sakit nanti jangan jerit "ammaaa appaaaaa" pulak, kawal sikit iman tu, kalau tak tahan sangat pun gantikan dengan zikir2 je". haha. 


Labour Room, PPUM
Time : 1.30 petang

Tepat setengah jam, ada 2 orang doctor datang bergegas masuk bilik aku. Doctor sempat tanya "Puan, puan sabar ye, sikit je lagi nihh". Tiba-tiba diorang decide untuk taknak tunggu sejam macam doctor yang lagi sorang tu arahkan, mungkin dia tak sampai hati dah tengok keadaan aku. Doctor arahkan nurse ambil 2 batang besi untuk penahan letak kaki. Masa ni aku dah tau yang "pertarungan sebenar" dah nak bermula. 



Aku praktikkan semua pesanan yang orang pernah pesan dengan aku, 

1st, masa nak push jangan angkat punggung, nanti koyak
2nd, jangan jerit masa push, nanti takde tenaga
3rd, bila push, anggap push tu macam nak meneran sekuat hati kita. 
4th, kepala dan dagu lekap kat dada 
5h, push bila rasa sakit je, means push bila mana kau rasa baby tengah mengeras and rasa period pain yang dashat tu je. Kalau tiba2 time tengah push tu, dah takde rasa sakit, terus RELAX ! Yes RELAX! Relax tujuan dia untuk kumpul tenaga balik sementara tunggu next contraction untuk meneran. 

kelima-lima perkara atas ni semua aku buat. Yang bab punggung jangan angkat tu memang takyah citelah, sebab aku rasa punggung aku dengan katil tu dah macam melekat daripada awal masuk labour room sampai time ni. 

Masa ni doctor dh cakap dengan aku, 
"Nadiaa, kalau awak rasa macam nak meneran, meneran je ok".

Aku pun ape lagi, get ready. Tiba-tiba rasa nak meneran, dalam fikiran aku "mungkin time ni dah boleh start push and meneran kot". haha. Aku cuba try 1st percubaan untuk push. Doctor nampak muka aku tengah push, dia bagi support cakap yessss teran lagii, terannnn lagii. Masa ni, doctor ajar, masa nak meneran tu tahan sampai kiraan 10 saat. Means, teran sekuat hati mungkin, jangan berhenti sampai dia habis kiraan 10 saat. Doctor tu kirakan daripada 1 sampai 10. Nampak macam kejap, tapi lama. huuu.

Terngiang-ngiang lagi doctor ajar,
"ok Nadia, tahan teran tu sampai 10 saat yer, lepas daripada  kiraan 10 habis, try "CURIK NAFAS" sekejap" 

Aku pun buat lah macam doctor ajar. Memang menjadi. haha. bab curik nafas tu aku bantai je, aku buat je ikut suka aku, asalkan doctor tak tegur, tu namanya betul lah cara aku. hehe


......................................................................







dan aku dengar....


"ok Nadia, sikit je lagiiiiiii...sikit je lagi, jambul baby dah nampak, kepala baby dah keluar tu! Uishhhh lebatnyaaa jambul babyyyy "

"sikit je lagiii...sikit je lagiii..haaaaaaaa teran lagiiii..teran lagi, mata dengan hidung baby dah nampak...yessss good nadia good!"

"nadiaaaa...boleh nadiaaaa boleh..teran lagi kasi betul-betul keluarkan mata dengan hidung baby, nanti takut dia lemas tersangkut.."

"ok, push! push! push!! " 
*masa ni penat dia Tuhan saje yang tau. Aku boleh gambarkan yang bila nak push tu tak sakit, yang sakit dia ialah contraction je. 


Aku nampak tangan doctor seolah-olah tengah pusingkan badan baby untuk tarik keluar. 
"Pushhhh lagii...Alhamdulillah"

"Nadiaaa, ok sabar sabar..baby awak dah selamat keluar Alhamdulillah" 

Tepat 1.59 pm, baby selamat keluar. Bising satu labour room bunyik dan suara baby nangis. Indahnya perasaan masa tu. Allah gantikan perasaan sakit dengan perasaan gembira yang tak terhingga, digantikannya pula seolah-olah perasaan sakit tu terus hilang sekelip mata bila pandang dan sentuh badan baby. Perasaan masa tu? Terus kepala jatuh atas katil, nangis teresak-esak. Berakhir sudah pertarungan ni akhirnya.

Doctor letakkan baby atas dada aku, dia tanya aku, baby awak ni baby lelaki ke baby perempuan. Aku jawab baby perempuan. Terus doctor tunjuk "bunga" baby dekat aku. Aku cium, aku peluk sekuat hati adik baby. Adik baby kecik,tapi badan dia padat, gempal sikit daripada Kakak Medina. Kakak Medina dulu kecik halus je 2.5kg, yang adik dia 2.96kg, lagi berapa gram nak cecah 3 kilo. 


Alhamdulillah... 
*lap peluh, betulkan tudung yang dah senget-benget*


Doctor terus bawak baby untuk dibersihkan. Kata nurse, suami aku dah datang iqamatkan baby.
Bermulalah proses nak menjahit. Jahitnya tak lama, sekejap je, sebab doctor cakap sikit je. 
Apa rasa kena jahit? Emm, bagi aku tak rasa sakit pun. Aku kena jahit masa waktu sedar, tapi tak terasa sakit, mungkin rasa sakit tuh tak rasa sebab aku letih sangat. Memang tak rasa apa. Aku cuma nampak doctor tengah tarik benang bawak masuk dan keluar je. Lepas tu setel.





habisssslahhh cerita dan pengalaman bersalin anak kedua ni.
Pengalaman yang sangat berbeza dengan bersalin secara ceaser. 
Semestinya pengalaman indah kan, walaupun terngiang-ngiang lagi rasanya macam mana.

Aku cuma kongsikan pengalaman dkt blog ni. Macam aku cakap, mungkin boleh jadi bahan bacaan sebab aku ada selitkan tips/pesanan yg tak seberapa dekat perenggan atas tu sebelum nak push :)

InshaAllah jugak, tak mustahil kalau kita dah pernah bersalin secara ceaser, tak boleh untuk cuba bersalin normal pula. Yang penting, kena ada dan WAJIB ada support daripada husband kita sendiri, family, mak ayah. Aku syukur sebab orang sekeliling ramai yang support kali ni.

Thank you Allah...



Thank you for reading

Assalamualaikum..






















66 comments:

Dianna Suliman said...

Thanks for second part Nadia..mmg tgu smbungan dr part 1 tu..n bestnya dpt bersalin normal..tahniah Nadia..Me hoping dpt normal for second bby guk..sbb first czer..pray for me dear..nyway..sronok bca pengalam awak..

atikahzahid said...

Menangis bace entry kali nie ��..Kalau ade rezeki lagi..irene nk pilih besalin dekat ppum lg x?

ezzaty hassan said...

irine, teringat pulak masa saya bersalin bulan 12 haritu.. pukul 9 masuk labour room.. suami teman saya nengis2 sampai bidan ckp jgn ngis, kan dah nak jadi mak.. tapi saya nangis jgk hehe.. pukul 12.30 saya dah tak tahan nak teran mcm nak berak sgt2. saya panggil doc, doc cek dia pon bg teran.. saya pon teran bersama sorakan nurse hehe.. 3x teran keluar baby boy muhammad irfan 2.5kg.. pastu suami terus pergi kat baby dan potong tali pusat dia. mama pon lega terus tertidur.. contraction sakit sgt kan hehe tapi rasanya mcm nak tambah 1 baby girl tahun depan hihi.. saya sebaya irine

nadia said...

ya Allah. seronoknye perasaan dapat pregnant & bersalin. doakan kite..

Bulletproof-titanium said...

Alhamdullilah Irine... Akak pun tumpang happy skali

(Teringat bersalinkan Luth kat PPUM 2 tahun yg lalu)

Huhuhu

zyanfara said...

assalammualaikum irine..sy da bace part 1 n tertunggu2 part 2..cpat irine update kn..nyway, tahniah atas kelahiran baby kedua..n sy teruja bace part 1 n 2 wlaupun pnjang berjela sbb mcm bace novel..best..hee..terima kasih atas perkongsian..sgt berguna wlaupun sy x berkahwin lgi..trus rase cpt la kawen sbb na baby..hehehe..sy doakan irine n baby sihat walafiat ye.. :)

Azriah Asis said...

Subhanallah. Pengalaman terindah dalam hidup setiap wanita yang bergelar IBU. Terima kasih Mak...sob sob sob...

Aisyah Ros said...

Ya Allah naik bulu roma baca. Saya punya due bulan 7 ni, baby 1st. Doakan saya ye. Sekarang ni memang rajin google tips2 orang nak bersalin. Harap-harap boleh guna tips irene utk bersalin normal. Risau!

BABYBOO said...

sebak...teringat pengalaman dua tahun 8bulan yg lalu...sebulan lbh lg bakal bertarung utk baby kedua :`) kuatnya wanita ni kan..

ღسيتي نورهدايهღ said...

Kak irine,tahniah kak,sy yg baca pun terasa ngilu hehe❤

abok said...

ke napa hasben x bole teman? i tot czer yg x bole??

nor isneini mohd ayob said...

Tahniah irine.. bg akak smangat cket nak normal 4 2nd baby nnt..wlpn br je bsalin czer hr tu da brangan 2nd bby kekekeke

Samsiah Hussin said...

irine.. bab bila dalam lr sorang2 sama.. bila ada misi masuk bahagianya.. sakit boleh kawal.. bila sorang2 sakitnya ya allah sakit sangat.. saya bersalin di ppum jgak.. saya butang merah bnyak kali tekan.. sebab nak sembang ngan seseorang aja.. huhu.. tekad lepas ni nak cari hospital yg boleh suami temankan di lr pulak.. haha.. perlukan tangan seseorang utk kurangkan sakit.. ekeke..

Shawana Mahadi said...

Allah,bertuahnye bdan dpt rasa normal.Saya dua2 ank czer..Yg kedua penglmn mcm awk juga,cuma masuk labor room kol 6.30pagi n smpai 2.30pm,ingtkan normal..Contraction xpyh ckp la,Allahswt je Mengetahui..Tungu2,doktor ckp kena operate..

yoorin melacolea said...

akk baca sambil emosi..terkuis2 kat kerusi macam layan drama.. part irine nak push pon ikut tahan napas jugak.. LOL.. dah kenapa kan.. hehehe.. tahniah lagi sekali Irine..

nur syuhada said...

thniah irene..sebak sgt bace part 2 nie...terbayang mcm mana keadaan sy bulan 10 nt..first baby lak tuu

intandayani said...

huhuhu menitis air mata lagi...teringat pengalaman sendiri 9 bln lepas

Hamelia Hamid said...

Tahniah irine. Setuju sangat2 part suami kena ada time kita sakit tu..kurang sikit rasa sakit bila husband ada bersama kita. Pengalaman saya bersalin di hospital likas, kota kinabalu, husband hanya boleh temankan bila dah dimasukkan dalam labour room sahaja. Tu pun dengan syarat perlu ada sijil kursus "father friendly". So sebelum dimasukkan ke labour room saya keseorangan jugak menahan kesakitan contraction tu..huhu

Mizz ErMa said...

tahniah irine, good job.. hihi

Mrs Aidy said...

salam kak irine..samalh pgalaman sya ngan kak irine pon lbih kurg je..cuma sya deliver frst bby.hihi..tringt blik msa brsalin dlu,pnuh ksyahduan :'(

shira hamid said...

congratulations, i just hope Allah gives me the opportunity being a mother, one fine day. Insya Allah ;)

ieza ashaari said...

Boleh terasa sakitnya dan perasaan gembira tu. Walaupun sy xdpt melalui pengalaman bby diletakkn didada, mencium dan bau baby.

Btw, tahniah untuk bby ke2 ni. Kelakar tang makcik tong sampah tu. Hihi.

faqiera kamil said...

Alhamdullilah semuanya selamat akhirnya, memang sebak bila baca entry ni, hanya Allah yang tau keadaan Irine masa tu.. Insyallah saya akan mengharungi keadaan yang sama mcm irine tak lama lagi. Doakan semuanya akan selamat. Amin. Thanks a lot Irine for the sharing tips and thoughts.

mrs kayrul said...

tahniah irine...dah jadi kak long medina sekarang...pengalaman bersalin normal memang mencabar...yg peliknya lepas baby keluar terus macam lupa ingatan sakit contraction tue macam mana...

Nurul Atiqa said...

Alhamdulillah dpt merasa jgk irine bersalin normal..tp bab dlm lr tu..klo hubby dpt temankn memang seronok sgt..alhamdulillah jgk..akk bersalin last year (mac 2014) hubby dpt masuk lr sme2 tlg bg smgt push.. 2mei bru hubby dpt tmnkn jgk..tp akk bersalin kt hospital sg buloh je..

juNN abduL RazaK said...

tqvm irene . . create this entry . rasa semangat berkobar-kobar nie nak b'salin hujung bulan nie . .

Farah Fazira said...

Ya allah kak. Berderau jantung saya masa baca ni. Betullah. Besar pengorbanan seorang ibu. Anyway, congrate kak. Moga akak dan baby sihat. :)

Ahlam Miera Shafie said...

ya Allah xtergambar rasa sakit 2.. huhuhu rasa xnak beranak lak.. hahaha tapi amatlah rugi kalau seorang wanita tidak melahirkan zuriat...

Fauziah Abdullah said...

Congrats irine..aah sakit contraction lg sakit dari nak push..actually rindu nak preggy ngan sakit bersalin lg..mintak2 dipermudahkan utk mengandung anak ke 2 nanti..amin

Lia Nana said...

tahniah irine!! meremang baca pengalaman awk..terkenang masa saya lahirkan adam dulu..=)

Fatihah Fazlin said...

fuhhh,, sy yang baca ni menahan je,, rasa sy pulak yang duduk kat LB tu.. Tahniah irine :)

azizah green line said...

fuhhh..bila baca ni teringat saat melahirkanhakimi..contraction gila2..nasib asben ada disisi..cuma tu baby pula mendongak n lama2 hampir lemas..terpaksa EMLSCS..

Pn.Kacang said...

Nice sharing. Teringat masa bersalin Thaqif almost 2 years ago. Almost the same story but a bit more stories afterward.
Tapi perasaan lega & syukur lepas tu memang mengatasi rasa sakit tu semua.

Bdw, salam perkenalan dr Wani.

nur farhana Saad said...

alhamdullilah tahniah irine. tp mase kite bersalin bukak je 9cm lebih dr da suruh teran. tp dah kuar tu lega kan? nikmat bersalin normal. alhamdulillah :)

entry kite cerita sal bersalin : Im now a mother

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

thanks irine for sharing :) ya Allah hebat kuasa Allah bg kuat dlm sakit. speechless bca cite irine. terasa nak lalui sendiri bile da kahwin nt.^_^

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

thanks irine share:)
ya Allah hebatnya kuasa Allah bg kuat dalam sakit. terasa teringin nak rasa pengalaman bersalin normal bila dah kahwin nanti:)

intansyafikaanuar said...

Barakallah , tahniah Irine utk second baby . Seriau gak baca tapi tu lahh nikmat ALLAH bagi pada kaum hawa . Sedih juga bila bayangkan mak saya yang bersalinkan normal seorang baby perempuan last year but dah meninggal dalam perut . Fi hifzillah for irine and family .

shifa luqyanah said...

Huaaa.. hebatnya.. walaupun cuma baca ja.. tp sy yg excited part baby dah nak kluar.. smgt baca "push2" haha.. macam baca novel plak..apapun tahniah akak irine..

Ada Ishak said...

Alhamdulillah. Tahniah irine. saya pn alami sakit mcm irine sbb ank prtma. saya siap pegang lengan nurse yg gebu.. trkejut dia igt saya nk cengkam..tp saya blh tahan lg x cengkam kuat2..hehehe. saya ambil epidural.. dpt la kurgkn sakit.. lps ni in shaa Allah sy xnk ambil epidural..:-) apa2 pun contraction is wonderfull..

Wawa_Nadwa said...

congrats Nadia.
Kita yg baca ni yg berpeluh teringat ms dlm labour roon dlu. haha!
Selamat Berpantang!

patte84_scorpio said...

Thank you Nadia, walaupun bhs bersahaja mengalir jgk air mata.. xsabar menunggu waktu next month utk deliver. xdpt digambarkn mcm mn keadaan sy nanti... tqs Nadia...

Eyla Sulaiman said...

As Salam Irine...
Keluar air mata masa baca entry Part 2 nie... Mungkin sbb tak lama lagi akan tempuh pengalaman bersalin jgk 2 yg terlebih emotional sikit... Hopefully dapat bersalin normal jgk mcm Irine... Apa2 pun tahniah buat Irine, suami & Kak Nina dgn kehadiran baby girl nie... Mesti comel sgt mcm Kak Nina dia...

Ciare Baha said...

Alaaaa nape PPUM x benarkan suami masuk :'( Tabah nya irine hadapi semua tu sorg. Akak yg asben teman pon da rasa nak giveup. Kalo sorang2 xtau lah. Apepon irine sgt berani. Yg penting ibu dan baby selamat. Alhamdulillah :)

Syafiqah Shahsudin said...

hihihiii kelakar pun ade irine.. tapi best nak nangis pun ade huhuu

[ plain jane ] said...

this entry make me cry..i went through all these for my 1st baby on 08062014..the difference only i was not waiting for every 1 hr "utk bukaan jln" (skrg baru sy tau patot pon msa tue nurse ada kta..ok luruskn kaki dulu..tgh hr nt bru bersalin )..i teran every time contraction & follow exactly the rules u mentioned..maybe that time i believe in myself so keep teran until deliver..its hard to tell my baby how was the moment that time..hee

Siti Zawiyah Rahmat said...

Tahniah Irene.. dah selamat melahirkan pun.. saya pulak kalau boleh taknak ingat waktu bersalin.. huhu :'(

kejora said...

me anak sulung czer selepas lbh 12 jam sakit tapi bukaan still 2cm..plus ada gdm..lama gila menahan sakit,menangis dlm labour room sampai ada nurse marah.huhu..
anak ke2 alhamdulillah berjaya normal..sakit pukul 9pg,dari bukaan 2-3cm..nangis gak tahan sakit sampai mak yang teman pun menangis sama..cium dahi dan suruh minum air kembang fatimah tu banyak2. alhamdulillah kul 12tghari buka 4cm trus tolak labour room.dlm labour room bukaan trus 8cm..dan tetiba trus rasa nak push takleh nak tahan.cepat2 nurse panggil doktor..kemain ramai nurse datang ngadap, ajar cara nak push sbb dorg kata cara i push salah.haha..lastly doktor gunting baru cepat kluar baby.Gunting dan jahit mmg dah tak rasa apa sbb sakit contraction tu mengatasi..tp lama kena thn dlm labour room sbb byk bleeding.
now waiting to deliver no 4 pula..no 3 czer juga..harap2 no 4 ni dpt deliver normal..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Renee Meow said...

syahdu lak bile baca nih..sbb teringatkan time i nk deliver..sobssss,, pape pun congratz dear :)

Akma Niza said...

besalin czer gn normal berbeza sgt kn.. sis mse ank first besalin normal, yg kedua ni czer.. tp rse bsalin normal tu byk sgt kenangan sb kne mnunggu saat kelahiran yg pjg utk sis.. btw..tahniah irine..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Thank you for sharing Irine...
akak dah baca pengalaman Irine ni...
siap akak imagine kan mcmana rasanya...
yes mmg tepat dan betul sekali sebagaimana yg akak dah pernah rasa sebanyak 3 kali beranak secara normal...tak amik epidural. Mmg totally sakit sesakit-sakitnya...

Kita ni sebagai perempuan..walau sakit teramat sgt mcmana sekalipun bersalin tu..tetap tak serikkan..tetap boleh mengandung lagi dan lagi dan lagi...

Syabas Irine...tahniah!!
Terus terang ckp, sambil baca pengalaman Irine ni..airmata akak pun turut bergenang sama.. :(

nor emelia said...

Irine... meremang bulu roma baca dr entry 1st smpi 2nd.. nak menangis pown ada... Ya Allah besar sungguh pengorbanan seorang ibu...
Thank you Irine for your sharing.. sgt berharga utk yg masih belum berpeluang utk merasa.. at least we can be ready heheehe... thank you irine...

yatt yusoff said...

menangis baca entry Irine nie
saya berdoa Allah bagi saya peluang merasa untuk hamil, melahirkan & membesarkan anak syurga...
sorang pun jadi laa...
hampir 6 thn, masih setia menunggu..
Allahu

yatt yusoff said...

menangis baca entry Irine nie
saya berdoa Allah bagi saya peluang merasa untuk hamil, melahirkan & membesarkan anak syurga...
sorang pun jadi laa...
hampir 6 thn, masih setia menunggu..
Allahu

Cik Lyeen said...

menangis baca entry ni..sedih..teringat kat mak..dan hari2 mendatang nanti nak jd mak org..:'( alhamdullilah...

Che Wan AlFateh said...

pengalaman kita quite same..lagi lagi part perlukan moral support...nurse n doc kuar masuk jer LR...=) precious moment in our life =) alhamdulillah everything goes smooth

khai'zzah said...

Assalam Irine,
Bile baca entry ni sama mcm saya dl..saya pn bersalin di PPUM jugak..sebijik la ceritanya waktu saya bersalin dgn irine bsalin...tp pengalaman itu sgt bharga kan irine..walaupun suami xblh nk masuk tp kite ni cekalkan diri kuatkan mental fizikal utk kuarkan baby dr perut..

Hendrawati Ariffin said...

assalamualaikum irene

alhamdulillah dapat jugak iriene melahirkan secara normal dan dimudahkan dalam proses bersalin

mengali jugak air mata kak n baca enrty irene nie.
sebak gembira...akhamdulillah semua sudah selamat

bab clener pungut sampah tue bab yg kelakar,,hehehe..

tq sharing irene nie moga mendapat manfaat pada pembaca yang lain

kak n pula skrng dah masuk 34 weeks doakan kak n selamat melahirkan

Hendrawati Ariffin said...

assalamualaikum irene

alhamdulillah dapat jugak iriene melahirkan secara normal dan dimudahkan dalam proses bersalin

mengali jugak air mata kak n baca enrty irene nie.
sebak gembira...akhamdulillah semua sudah selamat

bab clener pungut sampah tue bab yg kelakar,,hehehe..

tq sharing irene nie moga mendapat manfaat pada pembaca yang lain

kak n pula skrng dah masuk 34 weeks doakan kak n selamat melahirkan

runia ainur said...

im preparing myself to pregnant, bila baca pengalaman yang irine share ni really awakes me, and alhamdulillah preparation tu paling penting kan , so saya take noted all the informations given by irine,. besar pahalamu sis, n im so proud with you, ibu muda yang hebat :) im your silent reader tapi harini rasa nak comment sesuatu. kisah irine ni banyak teladan n keep sharing ok, Allah will repay your good deeds.

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Noraizah Mohd said...

bila ingat bersalin , memang la rasa perit .. tapi ganjarannya rasa bahagia bila lihat anak kita ... Allahuakbar .. menitis air mata gembira
saya bersalin dihospital kerajaan je dulu..

design & printing said...

saya first ceaser .. now tgh tgu hr utk bersalin 2nd baby .. berat baby 3.3kg doc ckp kalau besar sgt nk operation jgk .. doakan saya dpt bersalin normal ya . amin amin amin ..

AZI ROZEIAH said...

Tahniah irene. Perkongsian yang menarik..

zulaikha ali said...

Pengalaman kita lebih kurang sama, cuma part tunggu lagi sejam masa bukaan dah 10 cm tu.. Mak aih, memang sakit. Saya dulu bukaan 8 cm terus doktor ecahkan ketuban dan push =)

Pengalaman indahkan... ^^,

neem said...

Bestnya baca tulisan Nadia.. akak dah 4 kali bersalin tak pernah terfikir nak tulis di mana2.. tapi bila baca tulisan Nadia memang teringat kembali saat-saat itu... sekarang ni akak mengandung anak ke 5 baru 35 minggu 5 hari.. dah mula sakit2.. rasanya nak abadikan pengalaman bersalin yang ke 5 ni la... Tq Nadia

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in