Alhamdulillah, selamat bersalin 2nd baby :)


Assalamualaikum. hello.

Eh Irine dah bersalin ke? haha. Ha'ah, Alhamdulillah, dah selamat bersalin 6 hari yang lepas. hehe.
29 April 2015, pukul 1.59 pm dah pun selamat melahirkan anak yang kedua berat 2.96 kg. Baby perempuan yang aku rasa cukup lebat rambutnya. bibir dan hidung sebijik ikut ayahnya dan mempunyai raut wajah yang seiras macam akak dia, Kakak Medina :')


2nd princess, anak ibu dan ayah. Teman sepermainan Kakak Medina. hehek.



Bibir adik kak Nina kali ni ikut ayah dia. sebijik okehhh! Boleh dikatakan daripada segi fizikal 90% ikut raut wajah ayah. 10% ikut aku la kot.sob sob sob.haha 



Nak cerita sikit.
Kali ni aku pilih PPUM untuk bersalinkan anak kedua. PPUM kalau ikutkan takdelah jauh mana dengan rumah, tapi sebabkan laluan orang ramai bersesak nak pegi kerja pagi-pagi. Lagi-lagi kalau aku ada check up pukul 9 pagi, gerak dari rumah pukul 7.30, sampai sana PPUM ambil masa 1 jam setengah. Lama gile woi. Tapi kalau jalan tak jammed, nak pegi PPUM tu ambil masa 10-15 minit saje. 

So far, service PPUM memang bagus. Fyi, PPUM ni dia semi-government. Bayar tetap kene bayar, takde free-free ok. hehe. Daripada segi environment, tempat dia macam hospital ala-ala private, orang ramai tapi suasana dia tak sesak. Tiap kali nak check up, memang kena bayar. Deposit kena bayar 
RM 500 untuk booked bilik. Lepas discharge hari tu kena bayar balance Rm 300 lebih. Means, gedebak gedebuk campur bill check up weekly ada la cost dalam RM1k bersih mcmtu. Murah kan? ok meh dtg sini, tapi kena tau siap-siap yang nak bersalin sini suami tak boleh teman masuk even normal sekalipun. huuuuu. tu yang aku agak terkilan sikit. but so far, ok je. Nurse ok je, kalau ada nurse yang kiok2 sikit pun dalam 2-3 orang, tahan je lah telinga tu. haha. And lagi satu, PPUM bagi aku antara hospital yang support bersalin normal after czer (kalau takde ape2 masalah).




Macam yg sedia maklum, kalau sesiapa tanya aku 
"macam mana rasa false contraction atau macam mana rasa nak bersalin?".. 

Owhh please jangan tanya aku, sebab boleh dikatakan hujung-hujung pregnancy aritu aku banyak google blog-blog orang lain nak tau kisah dan pengalaman diorang sendiri ataupun kejap-kejap aku wassap mak aku, akak aku dan kawan-kawan terdekat tanya macam mana rasa contraction tu sendiri. 

 Yelah, aku zero knowledge ok tentang rasa tu, tak pernah dan tak sempat rasa sebabkan masa 1st baby dulu ditakdirkan untuk bersalin secara ceaser. Kali ni Allah izinkan boleh bersalin normal. Doctor bagi permission untuk aku bersalin secara normal dan paling happy bila aku tanya doctor, 

Me : "doctor, dari segi cara nak bersalin tu, chances untuk saya bersalin boleh normal ke atau kena ceaser semula ye?"
Doctor : "so far saya tengok takde sebab untuk awak go for ceaser melainkan u yang request sendiri nak ceaser (doctor tu sempat gelak sinis.haha). So, kita akan tunggu awak sendiri sakit sampai rasa nak bersalin baru datang hospital. Ke awak nak bersalin operate lagi? 
Me : "Eh tak nak doctor, kali ni memang daripada awal saya plan nak cuba bersalin normal seboleh-bolehnya. Saya memang nak rasa sakit bersalin normal tu sendiri macam mana"
Doctor : "ok kalau macamtu kita tunggu lah sampai masa"
Me : tersenyum dan mengharapkan Allah izinkan sebab tu semua kata-kata yang keluar daripada doctor je. kot-kot last minute kena ceaser tak tau la kan.

Fyi, masa 1st baby dulu aku pernah cerita dekat blog ni yang aku bersalin 1st baby secara ceaser sebab baby breech. Masa tu 36 weeks. Dapat tau pregnant kali kedua masa Medina umur 1 tahun 2 bulan dulu. Makanya, masa adik Medina lahir, lagi seminggu Medina nak masuk umur 1 tahun 11 bulan. Jarak anak 1st dan 2nd tak sampai 2 tahun pun, walaupun aku tau sebaik-baik planning family kalau boleh biar 2 tahun jaraknya. Tapi Alhamdulillah rezeki awal and aku pun tak stopkan BF kan Medina, sampai umur dia sekarang aku still BF kan dia. Rezeki susu tu still ada untuk Medina. Sekarang pun Medina dengan adik kongsi susu sama-sama.



To be continued~

Nanti aku akan share kan serba sedikit pengalaman aku daripada 1st bersalin ceaser dan yang kedua ni bersalin secara normal. Yang atas ni baru mukadimah, tapi time tengah create entry ni tengah tak selesa sebab tengah pakai bengkung. kahkah.

















39 comments:

Hamelia Hamid said...

Tahniah irine..alhamdulillah

Bella Sweet said...

wahhhh...baby kite pun name medina.. tp bru 6 bulan..btw..congrats irine.. nanti jgn lupe share gmbr n nae adk kakak medina.. :D

LIYANA JAMIL said...

Salam...tahniah Irine for the 2nd angel. Akak pun bersalin dekat PPUM December tahun lepas. Service memang puas hati :)

Ikhma Indan said...

Alhamdulillah! COngcrats for ur second baby kak irine.

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Hai irine. Tahniah atas kelahiran 2nd baby. Alhamdulillah. Nak tanya, apa beza bersalin normal dgn ceaser? Mana yg lebih sakit? Hehe.tu lah. Saya pun anak first Kena ceaser sbb fetal distress..so maybe next anak nak Cuba normal plak..harap irine dapat share in next entry..tq irine..

Ahlam Miera Shafie said...

tahniah irine...

Halimahtus Saadiah said...

tahniah irine

Wonder Woman said...

Dua orang dah anak Irine. Alhamdulillah. Tahniah. Akak baru nak tunggu yg 1st ni keluar, soon. Hehe. Selamat berpantang Irine.

Ayu azmir said...

Tahniah dik... seronoknya dpt bau baby

Mysara Ab Rahman said...

Alhamdulillah...thaniah irene! bestnyer kakak nina dah ada kawan n irene sgt untung dah ada 2 baby girl..:) akak yg tak kawin lagi ni pun sronok baca kisah awak...:)

Nur Syahirah Shahroel said...

Barakallahufiq kak irine. Tahniah!

atiqah hamedi said...

alhamdulillah...
be a good mother!

Dayana AZ said...

Tahniah Irene. Tak sabarnya nak ada baby :)

NJihe.am said...

Salam singgah, tahniah irine :)

Syafiyyah Thoqifah said...

Assalamualaikum irine ... anak awk sama birthday date dgn kite.. ��������

Anyway, tahniah dah dapat baby perempuan.. Alhamdulillah semua dah selamat kan.. Alhamdulillah

Nurul Syafiqa Jenn said...

Alhamdulillah

Tahniah Irine. Comel baby :)

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

alhamdullilah tahniah irine sekeluarga dpt baby girl baru :) Imah seronok dgr cerita irine sejak bujang sampai skrg ni,moga sentiasa dirahmatiNya.^_^ Welcome adik kpd kak medina:)

Marlisa Halim said...

tahniah & alhamdulillah

Tiha Azmi said...

Alhamdulillah ...tahniah kak!!! Comel baby Tu! :)

Mrs Yatie said...

tahniah dan syukur alhamdulillah :)

AYuNG said...

tahniah irine

=)

nhhas said...

alhamdulillah. barakallah...
irine, sama dgn anak saudara saya lahir 29 april 2015 (jam 2.00 pagi).
baby boy...
nanti boleh kawan yer. pergi skolah sama.
hihihi...

Ain Rahman said...

congrats irine. comey baby =)

Fatihah Salleh said...

Assalamualaikum. Tahniah Irine dan suami... Tahniah jugak kat medina dah dapat adik :)

Selamat Berpantang...

Angah said...

alhamdulillah..tahniah dik...

Cik Puan Diksu said...

Tahniah Irine..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah tahniah ye irine..selamat berpantang..jaga diri,,

mshazadoes said...

alhamdulilah. selamat berpantang !

intandayani said...

Tahniah Irine..Tetiba rasa nak bersalin lagi..eh

Nurul Nadiah said...

cobgrates... selamat berpantang ea...

azizah green line said...

Alhamdulillah3x tahniah irine. Nnt share pegalamna bsalin czer n normal ye. Jijah pon nak try bsalin normal lepas ni..

Aeinna Musa said...

comey sgt bibir baby..geram!

do2spd insanulhaq said...

selamat dan sukses...
from: www.insanulhaq.com

Yasmin said...

Assalamualaikum kak, kalau akak nak bersalin lagi untuk anak seterusnya, cubalah bersalin secara mencangkung, lagi senang, tak perlu push, teran atau tunggu lama. Baby cepat keluar. Saya share link, boleh tengok video sekali. http://bayi-ibu.com/posisi-bersalin-secara-mencangkung/

fadh nadya said...

hi kak irine kite suka sangat baca blog akak .seronok .hikss kite pun baru buat blog .tgk mcm seronok je baca akak punya cerita

NurulShah said...

Assalam irine..

Akak nak tanya, bersalin kat ppum tu yg private wing ke? Mcm mana procedure dia ye..start brapa bulan kenw check situ..

Thanks

Tengku Sofia said...

Tahniah! Comelnya ur baby. :)

sovitamin.com

mamiween said...

Hi irene...
saya sama kes macam irene...
anak 1st ceasar sebab breech.. air ketuban pecah masa 37 weeks..
after 5 yrs, now pregnant dah 7 months.. next week baru 1st checkup dekat PPUM.. previously bersalin dekat PPUM jugak.. kalau boleh 2nd baby ni nak deliver normal.. tapi macam mana irene boleh tau samada boleh normal atau x? nanti masa checkup jumpa gynae ke? so far bila scan baby kat private, mesti baby breech lagi...

Ummu Nurkhayla said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in