40 weeks + pregnancy



Assalamualaikum.
Haihh, tak beranak-ranak lagi si Irine nih kannnn. Haa tu lah selalu orang tanya bila jumpa aku. Huwaaaarrghhh, penat mak nak jawab tau. haha. Yess, sebenarnya dah start overdue dah pon, 40 weeks plus plus and almost 41 weeks. hihi. Nak buat macam mana, aku rasa baby dalam perut ni rasa very very comfortable!! Ibu bagi makanan sedap-sedap sangat ke sampai segan silu nak keluar. 






Feeling like macam baby taknak keluar lagi. tak boleh lah tipu perasaan ni memang tak sabar nak jumpa, nak peluk, nak cium anak yang ibu kandung hampir 10 bulan lamanya berada dalam perut. InshaAllah.



So far, sekarang ni memang monitor pergerakan baby je. Alhamdulillah baby punya pergerakan cukup yang sepatutnya and aku balik-balik seram tengok aktif dia malam-malam..  Yang tu buat aku lega lah sikit, tau dia aktif kan. Yelahhh, bila dah sampai masanya tu, macam-macam kemungkinan boleh terjadi dan harap semua tu tak berlaku. 

Sebenarnya macam-macam jugak petua dan tips aku dah cuba. Apa yang dikongsi dekat kawan-kawan dekat instagram tu, semua aku take note. Banyak jugak aku try. Aku try lah jugak yang natural inducer tu, pastu try lah jugak banyakkan senaman itik dan mencangkung, sental toilet pun aku buat haha, banyakkan berjalan tawaf shopping mall, bercakap dengan baby pujuk2, amalkan amalan-amalan doa,solat hajat, main enjut-enjut dekat gmball (exercise), buat air milo panas-panas campur dengan 2-3 sudu marjerin (sumpah tak sedap wehhh rasa dia, sumpahh!!haha) dan lain-lain lagi tak ingat dah ape aku buat. haha. 


Siap beli gymball kauuu. 
Beli dekat kedai Fitness,beli yang size 65cm punya. Terjumpa pulak color pink, terus aku sambar laju-laju. 

Aritu aku mesej laa husband, cakap bosan laa kat rumah. Dia reply gini
"pegi la main banyak kali bola dalam bilik tu"
T_______T 


Yang ni yang aku baca dekat facebook. Kelebihan gym ball ni :)

Gym ball ni boleh jadi tahap kawan baik orang pregnant.
- Waktu pregnant ni joints makin longgar, banyak sakit especially bahagian pelvic, peha, pinggang, tulang punggung etc. Gym ball ni reduce pain.
- Tolong betulkan postur ibu supaya sit upright, bantu betulkan kedudukan bayi. Bantu bayi turun ke bawah dalam kedudukan optimal.
- Beri rasa lebih selesa di belakang badan dan kuatkan lagi pinggang
- Pelvis dapat sokongan yang lebih baik dan bantu memberi bukaan pada ruangannya. Ini penting banyakkan exercise buka ruang pelvic macam bercangkung. Gym ball pun boleh bantu juga.
- Sit upright ni bantu ligaments dan muscle lebih seimbang, jadi bila duduk begini, perut kita macam jadi hammock pada baby. Maka bantu betulkan kedudukan baby kepada posisi anterior. Speed up untuk labour nanti. Boleh mula sejak awal awal kehamilan.
- Disebabkan dia lembut, paling sedap duduk atas ni terutamanya waktu sakit sangat bawah tulang punggung. Kerusi empuk cane pun takkan dapat beri such comfort. Dah try sekali mesti nak lagi dan lagi. Sebab time pregnant paling nak duduk atas benda lembut.
- Tingkatkan blood flow pada baby, uterus dan placenta.
- Bagi counterpressure pada perineum dan peha
- Ada orang dapat tenang duduk atas ni, hehe.

Cara duduk:
- Pump sampai ketinggian yang apabila kita duduk, hips kita lebih tinggi sedikit daripada lutut. Sesuai sangat untuk ubat orang sakit hips waktu hamil atau tak hamil.
- Duduk feets flat, apart from each other paling selesa. Make sure badan straight.
- Sekali sekala boleh lean ke belakang, bukak sikit chest dan shoulder. Free je dapat spinal alignment.
- Duduk sambil buat bulat kecil bulat besar, gerakkan pinggul, atau figure of eight. Buat waktu hamil, juga waktu sakit bersalin.
Bonus:
- Boleh guna masa proses baby nak keluar dari serviks
- Nampak sahabat breastfeed anak sambil buai buai duduk atas ball ni.
- Ramai orang guna gym ball untuk kurangkan sakit contractions, rasa paling tenang duduk atas ni. Kedudukan paling selesa waktu contractions biasanya kedudukan tu lah yang bantu baby settle down posisi untuk keluar.
- Bersalinkan bayi berpaut pada gym ball untuk kurangkan lenguh.
Boleh guna waktu tengok TV, di office, sambil scroll facebook, untuk solat, waktu sakit sakit, sambil bounce susukan baby etc..


Tawakal je sekarang ni. InshaAllah sabar menunggu lagi and tunggu next check up lagi beberapa hari lagi nih. Minta kawan-kawan yang kenal diri ni doakan sekali yerrrr :'D hehe. 





Aku banyak kali tanyakan soalan yang sama dekat husband, tiap kali dia balik daripada butik je, waktu malam nak relax-relax tu, aku tenung dia dengan mata yang sinis lalu mengajukan soalan 
"abanggg, bila sayang nak bersalin eh"
Dia jawab 
" mana abang tau,harhar *sambil gelak* 

Terus aku tarik muka * 

Dia terus cakap 
"sabarlahhh, abang rasa dia lagi selesa duduk dalam tu, taknak keluar lagi. Sampai masa dia keluar jugak"

Aku bernafas lega * 





Ok lahhhhh, jumpa next entryy!
Kot-kot entry lepasni entry kisah lepas bersalin ke. haha. 

p/s : Jangan lupa datang ke butik Fiska tauuu!! maciam-maciam adaaaaaaa!!
Follow INSTAGRAM : @fiskashahalam



Read my previous entry
Title : 39 weeks pregnancy 


10 comments:

ArELeEz said...

leez doakn semoga sumenya di p'mudahkn.. semoga baby & bondanye sihat2 je. aminn..

HaFizaH aYu said...

Irine...mkin cun melecun taw,neway hope evrything ok, slmat bersalin ehh

Fai Nardir said...

serammm tengok perut u tu.. hihi.. Fai dulu ngam-ngam 40 weeks baby keluar... Apa pun Fai doakan semuany selamar ya. Semoga u dangan baby sihat-sihat je (>___<)

Marya Hana said...

Lama tak jengok blog Irine!

Btw, mak buyung nampak berseri-seri.. sesuci lebaran. Comel sgt :)

Haryani Mohd said...

Semoga dipermudahkan semuanya Amin :)

cplud miera said...

assalam irine. insyaAllah moga dipermudahkan. akk pon 2 org overdue. yg pnting asalkan bby n anak chat.

~♥dieyba_baby♥~ said...

cantik jubah yang irine pakai ni..

nor atiqah mohamad nor said...

semoga irine dipermudahkan bersalin..amin :)

Azney Shamsuddin said...

As salam,

azney singgah jenjalan sini :)


xoxo,
azneyshamsuddin

Aryn Fadzlee said...

Lama tak jenguk blog irine.. Tengok2 dah nak bersalin anak ke 2 da.. Moga Irene dipermudahkan ya :)/ Take care

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in