Perihal rawatan pantang selepas bersalin


Assalamualaikum. Hye :)


seperti yang sedia maklum, aku ada 2 hari je lagi nak habiskan praktikal. hihi lepas tu tunggu grad. Alhamdulillah, dapat jugak habiskan walaupun sempatlah jugak menghasilkan 2 orang anak time-time cenggitu. haha . Pelik pulak bunyiknya kan. Anyway, ada tanya dekat aku, tak susah ke pregnant time belajar. Dah ramai sangat yang tanya sebenarnya, tapi aku tak berkesempatan nak jawab. 

1st, kalau kau rasa kau mampu nak bawak perut besar dalam keadaan yang belum tentu kau tau nasib kau ada alahan mabuk atau sihat walafiat, kau boleh proceed. Tapiiiiiii, please make sure, husband kau sentiasa support 100%. Tak boleh kurang daripada tu, tolak GST 6% pun tak boleh! lolzzzz. Sebabnya, bila time pregnant dekat Universiti, kau akan hadapi macam-macam rintangan dugaan cabaran puting beliung yang sangat kencang! haha. lagi-lagi time nak menghadap assignment dan exam. Percayalah, semua benda-benda tu akan jadi lagi senang bila kau dapat kawan-kawan dekat U yang sangat supportive dan care tentang kau :) Cariklah kawan-kawan yang boleh tolong kau dari segi banyak perihal. Aku Alhamdulillah, masa dekat U dulu, kalau nak naik lift pun, kawan-kawan akan make sure perut aku dengan orang dekat depan, jarak tak terlalu dekat, dia takut perut aku tersepit. Kalau nak jalan mana-mana pun, diorang akan suruh
 "watch your step Irine!! ", 
"Irine, kau jalan masuk dalam ni, jangan jalan ke luar, biar aku dekat luar, takpe". 

Hermm, thanks yang ambil berat,
aku takkan lupa semua tu sampai bila-bila, Allah je dapat balas 
(u know who you are). *sebak*

Sebenarnya bukan benda alah ni point utama aku nak cerita, tapi aku nak cerita tentang perihal lepas bersalin. Masa 1st baby dulu, aku decide untuk pantang dengan Ibu  mertua memandangkan time tu mak belum pencen lagi. Pantang dengan ibu mertua bagi aku sendiri memang best and banyak sangat benda-benda yang aku tak mampu nak buat, tapi ibu mertua yang banyak bantu. Mungkin tak terbalas jasa-jasa tu. huhu. Ibu mertua dan husband yang banyak jaga aku dan baby lagi-lagi bila aku dah discharge daripada hospital. 

Malam 1st balik rumah tu, aku bantai kaw-kaw punya tido. Qada' balik waktu tidur aku, walaupun kena kejut banyak kali, aku memang tido mati sebab letih sangat. Yang aku perasan, sampaikan ada waktu malam tu, ibu mertua dengan husband je bangun dodoikan baby, tapi diorang biarkan je aku tido, gara-gara kesian dekat aku :'D Selain daripada hal tu, ibu mertua banyak sangat tolong mandikan baby, masakkan makanan pantang, jaga pantang larang aku (walaupun ada satu hari aku terrrr "cheat" day pegi dekat dapur, teguk seteguk air sejuk.haha),  teman aku ulang alik pegi hospital check baby kena kuning, dan lain-lain. Haihhh banyak lahhhh. Bersyukur sangat sebab macam aku pernah cakap, selain daripada mempunyai suami yang baik sebagai bonus, mempunyai ibu mertua yang sangat baik dan ngam dengan kita pun satu bonus yang besar jugak bagi seorang wanita.

Anyway, kali ni lepas bersalin aku gunakan khidmat tukang urut yang sama macam 1st baby dulu. Femes jugak tukang urut ni, aku panggil dia Kak Ice je. Aku sure ramai kenal dia and follow dia dekat FB. Kak Ice atau nama dia Kak Aisyah. Dia tukang urut cover area Selangor and KL. Muda lagi orangnya, cantik, kalau datang and 1st time jumpa dia mesti tak percaya dia yang urut. hehe.

Pakej rawatan lepas bersalin aku amik untuk kali kedua ni pun sama macam anak 1st dulu. Cuma yang bezanya, aku tambah hari je. Dulu aku amik 3 hari je untuk pakej rawatan lepas bersalin ni, kali ni aku decide ambil untuk seminggu. Untuk pakej yang aku pilih ni, RM 150 per sesi untuk 1 jam 45 minit. Agak pricey lah kalau kau nak bandingkan dengan harga urutan dengan makcik-makcik urut dekat kampung. Tapi kena faham jugak, yang ni dekat area bandar, tambah-tambah GST dah naik ni!! hekhek. But for me, kalau tanya based on 1st experienced urut dengan Kak Ice memang best, tu sebab kali ni aku repeat  lagi sekali. Dia punya urutan pun perghhhhh kaw-kaw punya sedap dan terasa "tangan" tu. Meh aku senaraikan apa yang dapat dalam pakej Rm 150 ni.

Pakej rawatan lepas bersalin RM 150 (1 jam 45 minit)

  • Urut bersalin 1 badan
  • Tuam satu badan dan tungku (hot stone theraphy)
  • Penyediaan mandian herba ibu (macam before ni anak 1st, dia datang bawak segala daun-daun herba dan dia sendiri yang akan melulu masuk dapur rumah kita dan rebuskan sendiri. Kira semua perkara dia yang setelkan, kita goyang kaki dan sediakan diri untuk mandi je)
  • Pakaikan bengkung (bengkung tak disediakan, tapi bengkung boleh beli dengan dia kalau ada stok. Bengkung yang beli dekat Kak ice ni jenis yang quality handmade best punya, besar dan panjang)
  • Param (brand NONA ROGUY)
  • Pilis (brand NONA ROGUY)
  • Pil herba (brand NONA ROGUY)
  • Rawatan tambah susu atau rawatan susu tersumbat (atas permintaan, tapi time aku dulu memang aku buat sekali sebab time awal-awal tu Medina tak pandai nak menyusu badan, maka bengkaklah cik breast, keras macam batu. adoii, sakit bila fikir-fikir balik, lagi-lagi bila buat rawatan susu ni lega tak terkata)
  • Mandikan baby (atas permintaan, tapi kalau tak mintak pun memang dia akan mandikan, pastu dia tolong massagekan satu badan baby)


Ok tu rawatan untuk pakej aku pilih ni. Memang padanlah dengan harga dia dan untuk kali ni tak sabar-sabar nak urut, maybe sebab satu badan ni dah leth sangat dan nak legakan segala sakit-sakit pinggang yang ada time pregnant kali kedua. Kak ice ni memang guna brand Nona Roguy, so kalau tanya aku, sebelum bersalin memang aku tak beli apa-apa pun product bersalin sebab semua aku serahkan masa time mengurut ni. Cuma kali ni je, aku ada dapat Set Tanamera, tak tau nak guna ke tak sebab Nona Roguy ni konfem-konfem dia guna time rawatan. hehe.

Oh yerrr, kalau nak booked orang yang buat rawatan pantang dekat kita ni, make sure survey awal-awal dan booked siap-siap awal sebulan. Takut penuh nanti date yang kita lepas bersalin tu.Untuk Kak Ice ni, pakej dia minimum kena ambil 3 sesi dan rawatan bersalin normal bermula hari ke-3 (72 jam) dan rawatan untuk yang bersalin czer pulak bermula selepas hari ke-7 (168 jam).








18 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

saya yang tak kawin lagi ni pun rasa nak berurut,, banyak angin la rasanya,, huhuu

Surahelmee said...

irine boleh baca blog saya
http://surahelmee.blogspot.com/

Suffiah zee said...

buzz sy no tepon bidan tu plzzz...0122264473.Tq sooooooooooo much dear

Hana Blossom said...

Ana doa kn irine dpermudahkn urusan bersalin ye.. sama umur lah baby kite nnt ana due blan 7 :) cuma still tak tau nak pilih produk ape utk pantang ni-_-

fateha syauqah said...

Wah menariknya. sekarang pun tengah fasa2 survey benda2 alah ni.
Anyway, visit my blog at http://akusyauqah.blogspot.com

fateha syauqah said...

wah, menariknya. Sekarang pun tengah duk survey benda2 alah ni.
Anyway, jemput singgah blog http://akusyauqah.blogspot.com

miss shizakiena said...
This comment has been removed by the author.
Miss Deen said...

Kak irene degree bisnes ek?

WanitaMustanir said...

Irine, sama dengan akak.

AKak pun amik pakej ni dengan BBC.

nuRuL eTyHa said...

Bestnya irine...da nk bersalin...tiha punya due bpn 8 ni..insha Allah...moga kita semua dipermudahkan :)
Jemput singgah kt blog tiha http://sistihamenulis.blogspot.com

Eellee Nana said...

Thanks sharing irine
Berguna sgt sbb kak ipar sekarang tgh cari tukang urut area kl Selangor

Selamat berpantang nanti ye :)

fafau90 said...

selamat bersalin nnt ye. jom singgah blog saya :)http://nanuenchoding.blogspot.com

fieqa said...

Kaknica tu guna fb ape irene

suterazen said...

As Salam Irine,
FB Aisyah aka kak Ice tu apa yer? Tgh mencari tukang urut gak ni. TQ in advance.

Farha IbuCergas said...

minyak urut herbanika memang best sangat.

Sur Ria said...

Tukang urut lpas bersalin area seri kembangan/selangor.hubungi kak suri 0123449417.Insya Allah berbaloi

Balqis said...

Apa fb kak ice

Fatin Izzaty said...

No telefon tukang urut? 150 tu murah la tuh

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in