2nd Pregnancy : Ultrasound 3d/4d scan


Assalamualaikum.

Mencabar. Tu je lah yang aku boleh cakap sepanjang pregnant kali kedua ni. Kalau nak diikutkan, baby kedua ni lah paling senang nak dibawa dalam perut, rasa macam nak karang surat untuk anak kedua ni nak luah dan cakap terima kasih sangat sebab tak banyak menyusahkan ibu. sob sob sob..*sebak* Tapi mungkin aku rasa mencabar tu sebab pregnant time waktu kerja (praktikal). Aku x boleh tipu, mulut aku jahat sikit kadang-kadang banyak kali merungut letih sangat. huuuuuuuuu. 

Sebenarnya nak story tentang scan 3d/4d yang aku pergi minggu lepas. 1st time aku sangat berpuas hati dengan scan details kali ni sebab masa 1st pregnant dulu buat jugak, cuma tak clear la image dia.  Kali ni jelas sikit muka baby sebab sebenarnya aku dah terlebih dari weeks untuk buat scan ni. Waktu dan minggu yang terbaik untuk buat scan 3d/4d ialah start dari 26 minggu sehingga 32 minggu. Tapi ceritanya sekarang, aku dah terkeluar dari waktu tu. hehe. 

Aku pegi scan masa dah  mencecah weeks full term :'D Aku call semua klinik untuk set appointment, semua reject. haha. Tapi tah macam mana, aku set appointment dkt Poliklinik An-Nisa Seksyen 7, dia accept jugak, walaupun pada mulanya dia tak bagi sebab lepas daripada 32 weeks mostly pakar sonographer x terima dah takut image baby dah tak clear and ruang dalam perut dah padat. Tp dapat jugakkkk scan. hihi. Nasib kot.


On the way nak pegi scan baby :'D
Set appointment ni 2 minggu yang lepas dan sampai-sampai klinik je terus dapat turn. tak sampai 5 minit pun duduk dah kena panggil, makanyaaaa sesiapa yang tengah pregnant baca entry ni, nak buat scan 3d/4d please pegi Poliklinik An-Nisa. haha. for me, highly recommended sebab betul-betul details.



Adik Medina senyumm. hehe
Suka sangat tengok hasil scan details kali ni sebab jelas nampak bentuk bibir, hidung, mata, tembam pun yerrr jugak maybe sebab scan bila baby dah full term. hoho. Oh yerr, doctor selalu akan suggest scan dari 26 weeks/28 weeks sampai 32 weeks sebab kalau korang scan awal sangat lemak baby belum ada, jadi rupa macam tak nampak sangat. Kalau lambat sangat, baby dah membesar memenuhi rahim dan susah nak nampak. Tu sebab klinik byk reject yg nak scan terlebih weeks . tapi maybe nasib aku boleh diterima. hehe

Masa scan kali ni, aku rasa ada la jugak dalam 45 minit pakar sonographer tu scan. Selain daripada scan details ni, dia akan check part lain macam jantung baby ke, perkembangan bayi, saiz baby. berat baby dan lain-lain. Dah nama pun scan details, so mmg details la hasilnya. Puas dapat tengok wajah baby, lepas tu dapat sekali 1 CD + 1 gambar baby utk kita simpan. Total untuk scan 3d/4d Rm 130. aku rasa macam murah, aku rasa je lah sebab tempat lain macam mahal je. kot? 

So dengan harga hanya RM 130 aku dapatlah servis yang aku nak ditambah dengan rasa puas hati dengan penerangan oleh pakar sonographer ni. Dah dapat CD, boleh lah tengok gambar dan video anak dalam perut puas-puas. Tu semua kenangan tau. :) 


Ok tu je nak cite kali ni. hehe. boleh la kot pegi and set appointment dekat klinik aku cerita ni. :) tapi aku terlupa nak tanya nama pakar sonographer tu sape. huhu. sbb mmg friendly and satu-satu dia terangkan. 

Doakan adik Medina dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat. InshaAllah. 
Kalau ikutkan minggu sekarang, Medina dah lahir dah, tapi yang sekarang ni mungkin lambat sikit kot. Wallahualam. 



Ibu dengan Kakak Medina :) 

tata








18 comments:

Noor Hidayah said...

irine dh brape week sekarang ni?
saya pun tgh neveous tuk 2nd deliver ni.hrp irine urusan bersalin nnt dipermudahkan ye.doakan kite skali ok :)

Liyana said...

comelnye! nampak bambam adik baby :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irene.. semoga dipermudahkan bersalin adik baby ye.. comelnya adik baby.. kakak medina pun comel ~~~

Ain Syahirah said...

Semoga dipermudahkan segala proses bersalin, kak irine..amin..:D

Sha Purple said...

Jelas nampak...siap senyum lagi omeyyy adik medina...
Semoga adik medina selamat lahir dan dipermudahkan semuanya...Amin =)
Doakan kita jugak bln 6 nti..wee

Afidah Azmi said...

Syoknyer tengok...kitew ni entah la bila boleh dapat merasai nikmat tu..
Semoga Irine selamat melahirkan nanti..

Ciare Baha said...

Irine..nk tnya pakar sonograhper tu lelaki or pompuan?

Nurul said...

Congrats Irine..macam lebih kurang sama je EDD kita..but akak punya sampai ke sudah tutup muka. Tak tahu apa yang nak disorokkan sangat. Pdhal boy..pemalu jugak.

Jeles tgk lil baby irine senyum..geram dan comey sgt.

Hopefully semuanya smooth and well..

Irine Nadia MaRceLLo said...

Liyana :tembam sebab baby dah full term kot. hehe. tapi ikutkan baby doc cakap ringan je

Ciare Baha : pakar sonographer yg irine buat ni perempuan :)

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

yeay tak sabar nak tunggu adik nina kelua.... hiksss

Munirah Rafiuddin said...

Take k...
seronok bila baca tentang pregnant ni...

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Dunia Iman said...

Semoga dipermudahkan semua urusan Irine dan keluarga InsyAllah :)

Fieda Redzuan said...

Murah la tu Irene Rm130 je. Sy buat RM150 :p

Nurmujahidah Ismail said...

mesti excited giler kan bila tngok,, huhuu

Faraheen Harlem said...

semoga dipermudahkan bersalin...n..nice to know you Irine :)

Eellee Nana said...

Jelas nampak adik baby ni.
Yana soalan irine dipermudahkan dan selamat bersalin nanti ye :)

yoorin melacolea said...

mulut babyyy,.... gerammmmnyeee

syira yaya said...

baby senyumm :) :) :)

Medina cutenyeee :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in