Save the date | Grand Opening FISKA


Assalamualaikum.

Selalu buat review opening butik orang lain, sekarang buat review tentang opening butik sendiri pulak. Ecehhh :'D 


Quickly update from me, anyone yang suka shopping-shopping, jemput datang ke Grand Opening butik kitorang, Butik FISKA. InshaAllah 28 Februari 2015, hari Sabtu. Start dari pukul 9 pagi sampai 8 malam. Make sure datang tauuuu sebab 100 orang terawal akan dapat FREE goodie bag yang mana dalam goodie bag tu macam-macam ada!! Ada free inner neck Medina from FISKA, ada free pallazo, skirt,pin hijab, cookies, perfume, calendar, notebook, keychain, masker, beauty product, dan lain2. Wehhhh banyakkk gileeeeeee isi dalam goodie bag!! haha. Ku kira-kira, 1 goodie bag mungkin bernilai RM50 tau! Ish ish, rugi siapa tak datang.




InshaAllah 28 februari 2015 ni jugak 1st time butik dibuka secara public untuk semua orang! Dah alang-alang kira launching session la jugak :) berbulan-bulan jugak kitorang nak bina butik pertama ni. Hasil titik peluh berbulan-bulan renovation, kehulu kehilir nak siapkan butik untuk keselesaan para tetamu yang datang. Ada jugak yang dah datang nak masuk butik, sbb diorang ingat kedai dah bukak :'D Tapi sebenarnya tak bukak pon lagii. 



Apa yang ada dalam butik FISKA ni? ramai tertanya-tanya kan.

Basically, of course barang-barang muslimah untuk wanita. Me in charge dalam bahagian muslimah, of course our best seller inner neck medina ada harga SALE tau! Shawl labuh, instant labuh, jubah dan lain-lain lagi. Selain tu, kalau sesiapa yang datang dengan bertemankan suami ke, ayah ke, abang ke, jangan risau kalau diorang merungut cakap "arghhh boringlahhhh teman perempuan masuk butik". SEBABNYA konsep Butik FISKA ni bukanlah focus untuk perempuan shopping ajeee. Ada bahagian untuk para lelaki untuk cuci mata shopping jugak. Ada cap, ada jugak jacket, jubah dan InshaAllah coming soon dalam production kasut by FISKAMEN. Dekat dalam butik Fiska jugak, berkonsepkan FISCAFE which is ada cafe dalam tu. Ada macam-macam jenis dessert, minuman dan lain2. Tempat duduk yang selesa beramah mesra ada disediakan jugak kat depan butik sambil menikmati pemandangan luar butik  :P :P hihih!

InshaAllah, semua dijemput hadir ke 

Grand Opening FISKA | 28 Februari 2015 | SABTU

Location : C-27-1, 
1st floor, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
Shah Alam, Selangor.

(Landmark dia kalau nak senang : Bila berada di traffic light Padang Jawa, pandang straight jeeeee, korang akan nampak bangunan bercatkan color kuning. Dekat bangunan tu je, signage dan dome bertulis "FISKA" dah terpampang dari jauhh. hehe.




JUMPA NANTI ! InshaAllah. 








18 comments:

Syira Lokman said...

mesti meriah nanti kan kak irine..hehehe...jemput singgah blog syira..

Hunny Kitty said...

huuuuuuuuuuuuuu tak dapat nak p..tiada di dalam malaysia :(

Mek Onie said...

sepanjang haritu irine ada ke? anyway,tahniahhhhh irine,semoga dipermudahkan segalanya nanti :)

Miss Wanie said...

Congrats Irene!

Alaaa..tp akak ade event pagi tu. Aci dak mintak simpankan goodie bag. hahaha.

insyaAllah will visit your boutique nnt :D

Afidah Azmi said...

terpaksa cancel cuti esok sebab nak pergi 28hb nanti..memang nak pergi dan grab apa saja yang ada..termasuk medina..hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. wahh bestnya. taktahu la dapat pergi ke tak.. akak ucapkan semoga dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga :)

HiDaYaHpAiMan said...

ok..tak sabar nak pegi..

Maria Hasun said...

wah T_T kerja kerja

Munirah Rafiuddin said...

erm...jauh...sy kat perak..teringin nye nak gi sana...huhuhuu

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Liyana said...

bestnye... klu la dekat... harus serbu :)

Azura bt. Zainalabidin said...

Tahniah & moga semuanya berjalan lancar nanti. Teringin nak ke butik FISKA, jumpa Irine & Medina :D

Beads passion's said...

tahniah irene dan medina... semoga semuanya berjalan lancar...
Jemput singgah ke blog saya juga ye.. ^__^

Fadzi Razak said...

Tahniah irene. InsyaAllah nanti kalau ade masa, saya pergi :)

MumMe said...

Adore Sgt awning style hitam tu...boleh rekomen kat mn nk tempah ni,pn irine?

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Tahniah irine & husband...terbaiklah!! Kejayaan anak muda dlm bidang perniagaan..satu cth yg sgt baik! :-) semoga terus maju...

Afidah Azmi said...

Assalamualaikum Irine,
Dah tukar background la..cantik sangat..akak suka..

cikmisi leen said...

nak pergii.. hehee.. pkol 8 dah terpacak kat depan butik tu nanti .. haha.. kerja shift petang. sanggup ku ke shah Alam t. hehe =))

Ema Veto said...

salam, terima kasih atas perkongsian. saya ema, newbie in blogspot, follow my blog:

Ohhh ya, blog ema menerima tempahan guestbook berbaloi murah, photobooth sangat murah, prop craft paling murah, badge seius murah...

visit us: www.vetovirago.com/p/veto-selfy.html

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in