Hello 3rd trimester !


Assalamualaikum. Hyeeee :)




Hello 3rd trimester!

Lambat pulak updatenye. hehe dan terasa sangat cepat kali ni punya pregnancy. 
Untuk kali ni, aku start kena semput macam tak cukup nafas, i'm not sure kalau ni effect daripada pregnant kali ni, tapi sebelum ni aku memang takde sejarah semput :( Hope semput ni akan hilang lepas habis bersalin, sebab sakit rupanya bila kena semput ni. Rasa macam tak cukup nafas, buat kerja sikit, rasa nak jatuh dan pitam sesak nafas semua adaaaa.



Dan kali ni jugak, aku punya selera makan macam nafsu gajah ! Selera kemain! Muka pun tembam kemain.haha. Tapi aku tak kisah sangat sebabnya jujur aku cakap, aku lagi suka muka time pregnant berbanding tak pregnant. Aku rasa kalau tak pregnant dulu, muka macam takde seri.haha. 

Sampaikan husband aku selalu cakap mcmni, 
"abg gemuk, sebab teman sayang makan"
huahuahua. Barulah sehati sejiwa ye dak. 

Last month masa check up, sampaikan masa timbang berat badan, lebih had daripada yang sepatutnya. Dalam sebulan, doctor akan hadkan naik at least 2 kilo je, tapi aku terlebih dari tu. Makanya, aku layak dianugerahkan minum dan test air gula. Benda alah tu lah paling aku taknak time pregnant ni sebab masa Medina dulu memang takde. Maybe sebab masa Medina aku alah teruk, muntah pun banyak kali, jadi selera makan tak tentu. Lain pulak dengan kali ni punya pe'el. Selera makan laju je, tu yang tak tercontrol kot. 

Aku pun pegi lah test air gula. Test air gula ni, sebelum datang test, malam tu kena start puasa dah jangan makan apa-apa, pagi tu aku pegi minum air gula dengan perut kosong. Means, lepas habis minum air gula, kena sambung puasa tak boleh makan apa-apa (kecuali minum air kosong) sampai pukul 12 tghari mcmtu. Aku pun punyalah gagah beranikan diri, level confident tahap tinggi jenis ape tah tak tau. Nurse tu sediakan satu mug 1 gula yang kaw-kaw punya pekat, suam2 panas dan 1 lagi mug dia sediakan 1 suam. Aku minumlah slow-slow, manis gile!!! wuuuuu. Tapi sambil-sambil minum tu, terdetik jugak dalam hati "fuhh aku boleh habiskan air gula, kenapa orang lain sampai muntah2 eh". Punyalah cakap besar ni walaupun cakap dalam hati. harharhar :'D Lepas setel minum air gula and sulam dengan air suam, aku berdiri nak pegi duduk dekat husband. Memang kepala kaw-kaw punya pening, pusing gile kepala. Husband aku pulak sebok dok tanya macam-macam kat aku.

Husband : "macam mana, ape rasaa, ok tak"
Me : "Ketap rapat-rapat mulut dan tunjuk tangan dekat husband" 
gaya ala-ala macam *talk to my hand*
Husband : "Takdelaaaaa, abang nak ajak sayang borak2 kasi sayang tak muntah and fikir benda lain".
 (masa tu aku rasa nak tarik2 janggut laki aku, geram sgt dia kacau!)
Me : "Takyah cakap apa-apa dengan sayang, sayang rasa loya ni.nak keluar balik semua" 

*****
tiba-tiba rasa macam dah ok sikit, macam semua dah hadam.Alhamdulillah lega hati ni.

*******
10 saat lepas tu

Me : "abg, sayang nak pegi toilet, nak buang air liur terkumpul".
(terus berlari terkedek-kedek penguin pegi toilet, niat asal nak buang air liur je, sekali hamik kauuu 1 mug air gula keluar balik.haha)

Buat muka tak bersalah jumpa nurse balik cakap yang dah keluar balik air gula, nurse tu pulak buat muka sengih-sengih comel dekat aku. Aku tanyalah kene repeat eh minum semula air gula? Then dia tanya doctor, doctor cakap tak payah repeat minum air gula. Just esok atau lusa datang balik test pakai darah dan urine je. Means guna alternatif lain selain minum air gula. Aku pun macam fuhhhh selamatt tak minum dah air gula sebab ramai kawan-kawan aku cerita tempat diorang kalau muntah air gula, kene repeat banyak kali sampai berjaya tak muntah. Jadi,bila test darah dengan urine, result dia automatic dapat, so result dia aku takde kencing manis. ngeh ngeh ngeh! Terus balik tu, aku bantai makan lepas geram, tapi kena control makan gak laaaa. Taubatt bulan ni nak control makan semula.

*Test air gula ni kalau sape tak tau, untuk kesan GDM (gestational diabetis melitus) during pregnancy.Takpun senang cite, untuk kesan gula tinggi dalam darah yang hanya ada dalam waktu pregnant sahaja.After deliver, biasanya dah takde GDM ni. Yang ni info sikit2 aku tau lah. Kalau salah, tolong betulkan.haha!



Dengan si kenit ni, anak ibu, nak jadi kakak dah tak lama lagi. Sob..sob..sobb :'D



And dah alang-alang tu, congratz to Kak Ika owner butik Radiusite untuk pembukaan butik cawangan ke-5! yeay! One of owner butik yang sangat-sangat humble dari dulu sampai sekarang. 

Last but not least,
1st pic of us, ayah, ibu, adik Medina (tanpa medina.hehe)



Tu je lahhh kali ni..hehe
Jumpa next entryyy. 

Thank you for reading! 









22 comments:

LaLa mhdnor said...

tembam like me haha
but still cute, geram je lah nengok medina tu heeee

Farah Waheeda said...

irine, kite pun sama kena minum air gula hari tu hoho. nasib tak muntah balik tp series manis tahap dahsyat. due bulan berapa? nanti anak kita sebaya la ;)

YASMIN YUSUF said...

kak irine makin comel time pregnant :-)

Nurani SHAKLEE said...

hee comeynya medina

PeRdU cINta said...

Kakak medina yang comel..kenit yang sweet..

Aini said...

Irine, lain muka kali ni.. Cute dan matured tau nampak

Achik Adawiyah said...

bulatnyaaa mukaaa! comellll ><

MG schmidt said...

prgnnt kli ni rsa cpt plak kn sbb trsu bca entri irene 3rd trimester ..
hopefully all be fine :)

Miz Dayah said...

comelnye medina...irine pun comel tembam cute je pipi tu :-)

Puteri Qis Balqis said...

dear..shawl tu beli katne ye...

Alia Ali Ahmad said...

mmg nampak tembam la.. tp comel... wah... mesti baby boy ni... tu lain dari pengalaman pregnant medina...

Liyana Zulkifli said...

salam irine!
awak comel sgt, umur kita sama,
sama sama practical bezanya awk dh nikah saya belom,
moga Allah permudahkan segala urusan kamu, suka tgk medina!

juNN abduL RazaK said...

Irene , nanti anak kita sebaya . . Saya due hujung bulan lima !
Hehehe .

Mona Lea said...

comel dna berseri seri bila mengandung....suka tengok...

Syazwani Mazlan said...

bam bam nya awak.... hehehe.. cute!!

syira yaya said...

Kak irine dah bambam..tapi tetap comel..medina pun comel jugak!! :) :)

matamulutyusmardianaBlog said...

waahhh.. lama xlawat2 blog awak dah makin cantek ea... cikYus dah kembali actve... btw, tahniah nak dapat bby lagi.. :D

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Irine ni sentiasa sweet tidak kira masa :D

Take care ye dik...semoga dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti...
Tak sabar nak tgk adik Medina ni....

Azura bt. Zainalabidin said...

Berseri je seri wajah ibu Medina ni..Comelllnye Medina. Moga dipermudahkan & selamat bersalin :)

Atiqah Aziz said...

untung la boleh muntah lepas minum air gula..kalau saya mungkin tak bagi tahu doktor balik..haha jahat..tapi tak pernah adi kat saya pun..pening2, loya2 gitu je..lepas minum air gula..

Dalila Yusof said...

tak tahan la air gula tu tak sedap..rasa loya hu2..benci la kena minum...

Atiqah Aziz said...

hepi je mak buyung. Tetap cun walaupun preggy

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in