Doa Selamat Butik Fiska Shah Alam


Assalamualaikum.
Ya Ampunn, lama sangat tak jenguk blog,singgah pun tak.Last entry pun pasal awal-awal pregnancy dulu. huhu. Sekarang terlalu busy dengan practical training, dah habis study tapi tengah nak habiskan praktikal 4 bulan. InshaAllah tepat-tepat habis  praktikal masa tengah betul-betul sarat nanti (kadang2 aku berharap bersalin cepat sikit.harharhar! )  Bila fikir-fikir balik, cantik pulak timing nak bersalin, masa Medina dulu pun sempat habiskan sem dan kali ni ulang lagi sekali cuma bezanya dulu mengandung dekat University, dan sekarang mengandung dalam suasana alam pekerjaan. Someone ask me, "Ape rasa mengandung dekat Universiti, tak susah ke dengan nak bahagi waktu belajar lagi". For me, pengalaman bawa baby masa dkt Universiti lah saat-saat paling best. Tersangatlah different dengan dunia pekerjaan (walaupun aku baru merasa dunia praktikal, tapi suasana mmg realiti macam bekerja dalam office dari pagi sampai rumah waktu Maghrib).

Maybe yang bezanya, bila dekat U, ramai kawan-kawan yang akan tolong kita sebab diorang tau kita tengah bawak baby. Nak kata layanan special tu taklah, tapi nampaklah kawan-kawan sekeliling caring dengan kita. Plus, kalau dekat U, lecturer pun macam best gile sebab always tanya perkembangan kita and baby macam mana. hehe. aku x tau lah kalau suasana U korang macam mana. hehe.but for me, pengalaman mmg best, sampaikan dapat tengok jugak lah, Medina mmg nampak minat dengan buku, banyak kali jugaklah nampak dia pegi mana-mana bawak buku selit bawah ketiak sebab nak pegi menulis a.k.a menconteng a.k.a mewarna dengan style dia sendiri. kahkah!

Sekarang still tengah countdown bila nak habis praktikal. herherher! Bulan depan habis dah.Sbb pregnancy kali ni walaupun aku takde alah mcm Medina dulu, tapi tahap letih tu mmg ketara jugak.Pinggang jangan cite lah, hari-hari kalau perkataan sakit pinggang tak keluar memang tak sah. Gender adik Medina dah tau dah. hehe. Tak sabar!



owh yer, tak lama lagi jugak butik dah nak bukak. Alhamdulillah, even busy giler dengan praktikal,husband banyak tolong dari segi perkembangan butik. Bagi yang tak tau lagi, InshaAllah bulan  ni kitorang akan launching butik kitorang, Butik Fiska Shah Alam. Sesiapa orang Shah Alam, make sure jangan lupa datang Grand Opening.Ramai tanya, kenapa letak nama butik "Fiska". Butik Fiska tu actually atas persetujuan aku dengan husband. Plannya, aku nak letak nama butik Medina, tapi sebabkan aku tengok dah beberapa butik dah guna dulu nama tu, jadi kitorang letak . Ada 100 doorgift percuma untuk 100 pembeli dan tetamu terawal. Setiap doorgift dalam tu ada iphone 6 sebijik. ok tipu! haha.

Ada yang tanya, kenapa letak nama butik "Fiska" . Sebabnya untuk mengabdikan nama anak tersayang kitorang ni. hehe. Dan ada jugak yang tanya, nanti adik2 Medina kalau perempuan make sure pangkal depan nama letak "Fiska" jugak. Jawapannya tak! hehe. sebab husband aku ni kan macam cerewet gak kadang2, dia kata kalau boleh nama anak jangan sama walaupun nama tu dekat pangkal depan je. Ntah dia, aku ok je :P


Makanya, bulan lepas kitorang rushing giler buat kenduri doa selamat siap-siap untuk butik Fiska Shah Alam walaupun aku boleh katakan masa tu baru 70% siap. Punyalah suruh kontraktor butik bersihkan tu, bersihkan ni, siapkan tu, siapkan ni sebab nak kejar masa sikit.

Untuk doa selamat ni, kitorang buat hari Khamis malam Jumaat. Hari Khamis tu aku still kerja lagi, tapi aku mintak keje half day.haha. Berkejar la jugak aku sebab time balik keje tu jugak aku pegi amik doorgift, aku pegi beli makanan2 untuk letak dalam doorgift, dah alang-alang sempatlah aku capai susu Medina yg dah habis.haha. Ko bayangkan betapa rushingnya time tu sebab malam dah start siap2 untuk doa selamat.

Everything berjalan dengan lancar, walaupun tuan punya kedai datang lambat kat butik sendiri! haha. Family aku, mak ayah dan adik beradik yang datang dulu daripada melaka sampai kat butik.hihi.




Untuk doa selamat ni, kitorang minta Ustaz Shahrizan untuk bacakan doa selamat. Kalau siapa tengok rancangan dan program Imam Muda, mesti kenal salah seorang Murshid ni. hehe. Tq ustaz Shahrizan and wife Kak Awin sudi datang.



Doa selamat ni lebih pada jemput family dan kawan-kawan yang terdekat je :D teheee.
























tak lupa jugak, tuan empunya badan "Fiska" nak jugak tadah dan aminkan doaaa :)) hehe











Amin :))


Ok guys, jangan lupa ok datang Grand Opening Butik Fiska Shah Alam InshaAllah bulan 2 ni, 28 February 2015 :) nak tau lebih details, korang follow siap-siap our 
official instagram : @fiskashahalam





Thank you mak, ayah, adik bradikk sudi datangggg and bg support :) 





Untuk ayah dan mak, terima kasih banyak-banyak dari awal kitorang plan untuk bukak butik, banyak sangattttt bagi sokongan tak putus-putus sampai sekarang. thank you atas doa-doa :) 


Tak lupa jugak, ayah dan ibu mertua ! Terima kasih sebab terlalu sporting, terlalu baikkk, dan jadi keluarga mertua yang paling terbaik di duniaaaa. Alhamdulillah, i'm so lucky!





























Banyak pulak gambarnya! haha. 

Okeh tu je nak updatenye.


Next entry nnt aku update lagi dalam masa terdekat. teheee~
Jangan lupa save the date semuaaa datang Grand Opening Butik Fiska Shah Alam di Alam Avenue 2 !








11 comments:

PeRdU cINta said...

Syukur alhamdulilla..tahniah ye..moga terus success dan Allah permudah setiap urusan..ameen..

Elzahara said...

alhamdulillah.. tahniah awak! <3 moga bisnes maju dan terus maju dan diberkatiNya.. aamiinn.. ^_^

Muhamad anuar Marsib said...

Tahniah.. Walaupun belum habis belajar, dah buka butik sendiri.. saya nak confirmkn tarikh.. pelancaran butik pada 14 Februari 2015 kan? Mungkin ada typing error..

Amalina Hussain said...

semoga dipermudahkan segala urusan irene sekeluarga.. :)

Nurani SHAKLEE said...

comeynya medina..

Fatin Husna said...

Tahniah Irine... tumpang Epy!! ~wink

sHaRiNa eLyaNa said...

alhamdulilah..tahniah irine, smoga bhgia dunia akhirat..comelnya kak nina

juNN abduL RazaK said...

Taniah irene . . Hopefully your busines always success !

Nurul Sharina Mat Yaacob said...

tahniah irine..may allah ease everything.. :)

Ein Farah said...

thniah irine!! :) tumpang happy bila tgok semua brjln lncar. hee.geram plak tgok baby medina n baby dheqa! comel sgt!! hihi

Kamiela Hasmi said...

wah..masyukk! tahniah..maju setapak g..memang tabik spring toink2 la..Alhamdulillah..wish owez success yeah! (^__^)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in