Admit

Assalamualaikum.
Tak plan pun nak update entry.tapi sebab terrreksiden bangun awal hari ni. Al maklumlah, dah habis study. haha. Kekwat gila ayattt.haha. Legaaa rasaaa!!

Just want to share, sebulan lebih lepas kot, buat pertama kalinya Allah uji dengan nikmat sakit. 
Almost 3 weeks demam panas + 11 hari admit dekat hospital. Tak tau apa punca, demam panas dapat dekat mana dan berjangkit dengan sape. Tapi yg boleh aku cakap, terlalu sakittt bila 1st time terlalu lama dan terlalu teruk mcm ni. Dalam masa 3 weeks demam panas ni, demam panas dia bukan sepanjang seharian panas. Tapi orang tua-tua cakap "demam kura-kura". Yang mana, demam tu datang kejap ada kejap takde. 

Lagi satu, demam yang sangat lama ni, bertambah sakit sebabkan bila suhu panas tu nak menyerang, automatic satu badan akan menggigil tahap dewa. Tak tau nak describe macam mana sebab ape yang boleh aku share, aku sangat seriau dengan demam menggigil tahap teruk macam tu sekali. Bila scene menggigil tu, satu badan terketar, kipas ke aircond ke, kenottt bukak. Kalau tak, aku dapat rasakan sejuk dia sampai ke tulang. Gigi sampai terketar2, stokin pakai tebal2 and selimut tebal2. Orang cakap bila demam macamtu, x boleh pakai selimut sebab nanti haba terkumpul. Tapi nak buat macam mana, memang terlalu sejukkk sangat :( Tak tahan seriussslyyy. 

Suhu pulak, selama 3 weeks tu turun naik turun naik. Tapi bila turun x banyak, dia akan stay dengan suhu 39-40 drjh celcius je. Tu je suhu aku selama 3 minggu waktu tu. Perit wehh perit. 


Lepas 2 weeks ulang alik hospital check darah, makan ubat tak jalan, aku rasa adalah dalam 4-5x ulang alik hospital, last datang tu baru doctor mintak admit. Aku pulak, menggeletek laa suka nak kena admit. Konon-konon bajet dekat hospital ada nurse tolong tengok-tengokkan kita and layan macam pwincesss. Aku pulak bajet kalau admit maybe tak lama 2 hari discharge laa tu. Haaaa, last-last, aku sendiri countdown hari-hari bila nak discharge sebab agak lama aku kena tahan dalam masa 11 hari. Tu pon doctor teragak-agak nak lepaskan aku. Aku rasa sebab doctor tak sampai hati bila aku merayu cakap nak keluar sebab taknak sambut birthday dekat hospital.huhu. Doctor pulak boleh balas balik cakap aku "alahhh takpelahhhh, saya doctor pun tiap-tiap tahun sambut birthday dekat hospital". Sabo je lahhh kata-kata doctor tu --'

Jarum nak masuk drip air dekat tangan pun, aku rasa lebih 10x jugak keluar masuk keluar masuk. Bukan sebab doctor atau nurse yang masukkan jarum tu x pakar, tapi sebabkan diorang cakap urat tangan aku jenis yang tak tahan. Kalau masuk jarum harini, boleh bertahan dalam masa 24 hours je, lepas tu konfem2 akan cabut balik dan tukar tangan sebelah kanan atau belah kiri pulak. Sakit gilerrr masuk jarum untuk drip ni :( Sampaikan diorang kesian tengok dekat aku, ada sekali tu dorang pasangkan jarum kanak-kanak yang mana jarum tu kecik sikit lah. Tapi serupa je ponn --' takde beza. Sakit tu tetap sakit jugak.


Sepanjang admit, hari-hari kena cucuk darah. Sakit wehh, kalau 3-4x cucuk aku tak kisah sebab aku bukan orang yang takut tengok jarum cucuk2 ni. Tapi, aku rasa adalahhh dalam lebih 10x dalam masa 11 hari kena cucuk. Tu pon belum campur lagi dengan masuk jarum, tapi darah "stuck" tak keluar. Kena cabut balik jarum, carik urat lain. huhu. Dua2 belah lengan jadi biru. Stress jugak lah amik darah tapi bila test and check result all clear, takde ape masalah, penyakit semua takde. Bukan jugak denggi sebab kalau demam mcmni orang selalu suspect mesti denggi.Tapi takk, bukan denggi pun. Banyak jugak lahhh test aku kena buat, sampai test yang tak penting2 pun doctor buat jugak sebab diorang pun pelik kenapa sampai 11 hari tu suhu tak turun-turun. Suhu aku akan turun waktu mana bila time menggigil teruk dengan suhu panas sangat tu, nurse akan datang bagi panadol dengan antibiotic. 5-10 minit lepas tu, hilanglah menggigil and badan akan berpeluh suhu turun. Lepastu, beberapa jam akan datang menggigil dan panas balik. benda yang sama berkali-kali ulang dalam masa 11 hari. Stress woiii stresss. Dengan anak lagi menangis nak susu. Medina pulak tak minum pakai botol, so, korang bayangkanlah, aku tengah menggigil tahap maksima tu, boleh menyusukan Medina. Tak ke macam milk shake jadinya --' 


Tapi yang aku rasa ok sikit sebab overall dalam masa 11 hari admit, bilik semua selesa.kitorang plan ambil bilik besar and selesa sikit sebab husband dengan anak pun tido dekat sini teman aku sepanjang masa tu. Diorang pun x balik, diorang pun merana seksa tengok aku. huhu. So, plan ambil bilik yang ada sediakan bilik tidur untuk husband sekali. Bilik dia dekat luar, dekat pintu masuk.Selesa jugaklah malam2 dapat tido atas katil, bukan dekat sofa. Medina pulak tiap2 malam tido sebelah aku. Bila dia dah agak-agak nyenyak tido lepas nenen, aku suruh husband angkat dan dukung bawak tido dengan husband. Tapi kadang2 tengah malam terjaga lahhh si kecik tu, sebab dah jadi kebiasaan dia malam2 mesti bangun nak menyusu 3-4x. Nak buat macam mana kan, tu je lah caranya bila baby jenis yang direct BF. 


Sepanjang admit pun, selera makan K.O. Walaupun aku akui yang makanan dekat hospital ni memang sedap sebab menu tak kira breakfast, lunch, and dinner hari-hari boleh pilih. Diorang providekan buku menu dari hari Isnin sampai Ahad. Setiap hari tu, ada lebih 5 menu boleh pilih makan ape and just tick atas kertas. Tapi malangnya, semua menu bila aku tengok, tekak jadi kembang. Ye rrr, kau nak makan time sakit, memang tak lahhh kan. Selera takde time sakit. Sama lahhh bila kes baby demam, baby akan reject makanan. Makanya, semua makanan yang sampai husband aku yang habiskan. 

Proses nak sembuh tu jadi agak lambat sikit sebab yang aku ingat dalam waktu 5 hari dok dekat sana, doctor bagi ubat yang sama which is panadol 2 bijik dengan antibiotic. So, functionnya sama je lah, ubat tu untuk turunkan suhu je bila panas datang serang. Tapi doctor dah cakap siap-siap, dorang macam terhad nak bagi ubat "kuat" sikit dekat aku sebab masa ni aku baru je lagi pregnant. Baru early stage pregnancy. Doc takut kalau bagi ubat kuat sikit, kandungan aku akan effect lerr.  Tah macam mana, bila masuk hari ke-6 or 7 macamtu, doc datang jumpa, dia cakap yang dorang decide nak tukar ubat dekat aku sebab tengok macam takde perubahan pun suhu aku ni. And part paling sadis bila doc cakap, bila makan ubat baru ni, akan ada kemungkinan beri effect dekat baby dalam kandungan aku ni. Mungkin akan jadi keguguran sama ada nanti keluar darah atau tak dengan sendirinya. Oh mannn, bila aku dengar tu, meleleh-leleh air mata macam air terjun. Wehhh sedih kot, baru happy dapat tau pregnant, tiba2 doctor cakap macamtu. 


Aku tak salahkan pun doctor, sebab aku tau niat dia daripada awal-awal dah mention "save mother 1st". Kalau aku tak sihat, tapi aku pregnant tak guna jugak, kesian baby kat dalam tu. Cuma aku banyak kali tanya soalan yang sama dekat doctor "memang confirm-confirm ke baby saya akan takde lepas makan ubat baru ni doctor?" And doctor cuma bagi aku balasan senyum kelat dia sambil cakap "semua tu kuasa Tuhan, saya cuma merawat tolong selagi boleh. Awak boleh doa banyak-banyak, kalau baby tu dapat tahan dengan ubat ni, Alhamdulillah".

Berderai air mata makkk jatuh. Tersengguk-sengguk nangis tunduk. Malas nak pandang doctor dah masa tu. Aku ni siap plan jahat lagi, aku plan nanti bila nurse bagi ubat baru tu, aku nak buat-buat makan tapi nak buang kat jamban dah. haha. Masa tu setan tengah datang hasut, tapi aku x buat lah. Plan je. haha.  Dahlahh sakit tak sembuh-sembuh, pastu tambah lagi stress doc cakap baby nanti akan gugur. So, aku pun macam redha je masa tu. Takpelah, kalau ada rezeki aku, baby dalam kandungan ni mesti kuat dan bertahan. kalau takde nak buat macam mana kan. lagipun, doctor dah cakap siap-siap yang diorang takut kalau dah terlambat nanti x boleh buat ape. 

Maksudnya, masa tu kan baru dpt tau pregnant, belum jadi bentuk baby pun, kecik baru 1 cm size nye. Ko bayangkanlah 1 cm tu macam kecik pembaris tu. Pegi ukur mcm mana. huhu. Then, doc cakap, kalau dah membentuk baby, kepala, tangan semua, takut diorang x boleh buat apa. Selagi masih kecik, baru boleh bertindak and decide. 

Panjang pulak aku bebel. haha. 
Ok-ok, aku pendekkan buat kesimpulan.hahahah. skip hari last terus.


2 hari before discharge, suhu aku makin turun 36 drjh celcius mcmtu. normal suhu la kan. tu effect dari makan ubat yg kuat tu lerrr. Doc bagi aku bagi ubat malaria. Doctor suspect aku kena demam malaria. Ayah aku macam tak setuju sikit dengan doctor bila doctor cakap macam tu, sebab ayah aku cakap demam malaria ni dah lama takde dekat Malaysia. Kira demam tu hampir-hampir nak pupus dah, jarang orang kena. tapi, doctor cakap macamtu dekat aku bila dia tengok suhu aku mendadak turun bila makan ubat malaria yg dia bagi. Doctor siap cakap dengan aku "awk kira orang yg terpilih kena demam ni sebab demam ni dah jarang-jarang orang kena, zaman dulu je banyak jadi". Aku senyum kambing. lol. 


Lepas dapat discharge, aku rasa macam satu kebebasan betul. Rasa macam lega sangat-sangat ya Allah. Rasa macam banduan baru lepas dari penjara pun ada jugak sebab lega dapat pandang matahari.Kuang kuang kuang. 


Kandungan aku pulak ape cite? 
Seminggu lepas discharge, follow up datang check dengan doctor O&G. Doc cakap kandungan aku selamat and makin membesar. Kandungan aku kuat takde masalah. hehe Alhamdulillah syukur! 

Jadi kesimpulannya jugak, kalau orang tanya aku 
"owhhhh sakit lama-lama ni arituu sebabkan pregnant la eh". 
Haaa tu soalan pantang aku dengar, please jangan salahkan sebab tu. Doctor pun cakap, secara kebetulan aku sakit dalam masa yang sama aku baru dpt tau pregnant. Clear. 



Jadi, yang aku boleh sharekan dekat sini, pleaseeeee jaga kesihatan elok-elok. Sakit ni bukan kita plan, Allah sekelip mata je boleh bagi kita sakit. Satu tips yang aku boleh share jugak,orang yang bagi dekat aku jugak ni. Kalau time kita sakit teruk2 macamni, "perbanyakkan sedekah". Kalau x larat time sakit tu nak bersedekah, mintak family atau orang terdekat sedekahkan wakil pihakkan untuk kita. inshaAllah.


Ok lahh, see u next entry! ada cerita lagi aku share. Ni namanya entry balas dendam. 
Panjang sebab lama sangat tak update. Bye Assalamualaikum


p/s : kalau korang rasa down dengan sesuatu penyakit yang korang tanggung, please luangkan masa baca ni.


Bila Allah "datangkan" sakit untuk kita...
Malaikat akan tarik niqmat seri wajah,
Malaikat akan tarik niqmat selera makan, 
Malaikat akan tarik dosa-dosa kita...
Tapi bila Allah kembalikan kesembuhan pada kita..
Allah akan perintahkan Malaikat untuk pulangkan semua yang ia telah tarik tadi..kecuali dosa kita...Malaikat tidak akan pulangkan..
Mashaallah punyalah Allah sayang kita..bukan semua orang DIA beri niqmat sakit ini..


9 comments:

Myra Jay said...

MJ pun baru baik dari demam lepas seminggu kena ha..
Kata Doctor sebab Virus, dan ramai dok ingat pregnant..
Tp belum rezeki kami masih menanti..sobsob..
Apapun take care of yourself n baby k..

Cik Ash said...

wowww cantik hospital... mcm kat umah plak tengok....

has Lina said...

hospital mana ni? cantik laaa

Wahnan Asliyam said...

Alhamdulillah..

"Jika sakit itu membuat kita ingat kepada Allah, itu adalah nikmat.
Jika kebahagiaan itu membuat kita lupa kepada Allah, percayalah, itu adalah musibah."

Semoga sihat selalu, in shaa Allah..^_^

Nouri Hidayah said...

Cantik wad, hospital mana ye?

PeRdU cINta said...

Entry bermotivasi..tq.,

asmiza said...

kite kje kt srwk. mjority msuk klu demam mst malaria. hehe. kt smennjung jarang.

Permatabiru said...

lama xsinggah sini..tahniah second baby dah..alhamdulillah

Mama Wardina said...

kat semenanjung pon ade jugak yang kene malaria ni irene..still ade case. even dekat selangor area pon ade..

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in