Private blog


Assalamualaikum.

Kali ni type entry dalam keadaaan "kesunyian" sedikit sebab akan tau entry ni aku publish dan takde sape-sape boleh baca. Haihhh,sedih sedih :') Tapi, aku ada sebab tersendiri kenapa menghilangkan diri kejap dari dunia blog. Maybe benda ni hanya aku dan suami je tau :) Itu dah lebih daripada cukup. Mungkin jugak, aku akan ambil masa untuk publickan semula. Time tu, korang akan tengok banyak entry aku dah update sepanjang aku tutupkan blog. 

Pada yang tanya-tanya tu, kenapa privatekan blog, kenapa..kenapaaa dan kenapaa...terima kasih sangat-sangat, rasa dihargai segala penulisan dkt blog walaupun ayat aku tak berapa "power" mana macam blog otai2 blogger lain. hehe.


Straight to the point, 
tahun ni Alhamdulillah dah habis study! yeayy!! hehe saat yang ditunggu-tunggu. Sekarang ni tengah final year dan InshaAllah hujung bulan 9 ni dah habis study. Sekejap la pulak rasa. Tinggal tunggu praktikal 3 bulan and then grad. Medina pulak dah besar, dah 1 tahun 2 bulan dah. Perangai dia Ya Rabbi..... mengucap panjang. :')) Sangat-sangat aktif! Sampai husband ulang banyak kali cakap "aktif betul baby Salindah ni". haha. Kalau yang tak tau tu, Salindah tu product Hemophaty Supplement yang aku consume makan masa sepanjang pregnant dari kandungan 3 bulan sampai nak bersalin.




Medina, 1 tahun 2 bulan.
Hobi : buat duckface, tak kira di mana-mana sahaja. lol.


kalau nak tau, aku sedang mengalami fasa-fasa "seronok" layan kerenah si Medina ni. 
Perasaan seronok tu, aku x boleh nak describe lah macam mana tapi yang aku tau, setiap kali malam Medina tidur, aku jadi sangat tak sabar nak tunggu awal pagi esok tu, tunggu dia bangun :') Honestly anak ibu, walaupun awokk tu banyak cekadok!! tapi waktu pagi lah waktu paling excited nak tggu dia bangun and tersengih kerang busokk! haha. Betul laa orang cakap, anak tu harta, anak tu segalanya bagi tiap ibu bapa. 



Perkenalkannnnn, 
teman gaduh hari-hari aku!! hehe
Buah hati pengarang jantungg hamba :'D 
Ni lah satu-satunya gambar raya kitorang berdua. huhu, masa raya aritu Medina langsung x bagi chance kat kitorang nak gambar sama-sama. Sabo je laaa mak. 





Suami dengan Medina, dua2 ni harta,amanah dan pinjaman Allah untuk aku galas tanggungjawab ni. Sangat-sangat bersyukur. Medina pun nampak sangat berdikari bila makin besar ni, dah boleh berjalan, start daripada tatih-tatih jalan 2 tapak jatuh, 3 tapak jatuh, dan terus boleh berjalan merayau satu rumah. Dari ruang tamu kitorang sampailah merayau carik aku kat dapur. Aku rasa macam magic sangat dia boleh berjalan, gaya dia jalan macam pro sangat nak tolong aku kat dapur nak masak.haha. Cuma kadang-kadang kalau dia penat jalan tu, dia akan berdiri static lama jap, tangan macam mintak tolong dan menangis..Dah penat la tu merayauu. Mengadeee anak ibu!!


Kalau diberikan rezeki, terdetik jugak niat dalam hati nak bagi Medina adik. At least, dia tak bosan and sorang-sorang dekat rumah. Lagipun, aku tengok Medina ni dia jenis penyayangg, jenis suka lepak-lepak dengan baby berbanding lepak dengan orang tua macam atok dia.haha. Aku yakin, kalau Medina ada adik, dia akan sayang adik diaaa macam mana aku dan suami sayang dekat dia :)

Tapi ape-ape pun, Allah knows the best.
Aku yakin InshaAllah, Allah tau bila masanya DIA akan bagi amanah besar kali kedua dekat aku dan suami.

Aku yakin, Allah tau bila masa aku dah ready untuk dapatkan adik untuk Medina.
Jauh dari lubuk hati aku, aku dah sedia nak kembangkan lagi family aku :) hehe.


Kita sebaik-baik perancang, Allah yang tentukan.

Pray for me! hehe <3 nbsp="" p="">



Salam sayang,
Ibu Medina




2 comments:

Kamiela Hasmi said...

selamat kembali! always sokong irine..seronok nengok ade entry baru nih and d public kan balik blog nye..teruskan ye (^_^)v

Seimura Shinda said...

Alhamdulillah. EDD bila irene?

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in