Indeed Allah is the best planner



Assalamualaikum .

Medina dah selamat ditidurkan. pukul 9.45 malam dia dah tido. Dia tu macam tau-tau je aku nak update blog. Anak yg memahami betul.haha :'D 

Hari ni, lagi sekali aku update blog dengan perasaan sunyi, yang mana confirm-confirm aku publish takde sape boleh baca :'D Takpelah, aku anggap ni diary. Ada rezeki aku akan open.

Hari ni, tepat 13 August 2014, ada berita gembira buat aku, husband dan anak kami Medina. 
Alhamdulillah, Allah beri lagi sekali rezeki buat kali kedua untuk aku pregnant buat kali kedua. Alhamdulillah Medina akan jadi "kakak medina" :') Ape ke peliknyaaa panggil "kakak Medina". rasa janggal laa. teheee. Ape-apepun, aku rasa sangat bersyukur. Terima kasih Ya Allah.


Macam tak percaya, aku akan mengandung lagi kali kedua :'D
*macam takde motif langsung gambar ni.haha* 

Masih ingat lagi entry ni? Masa dapat tau preganant kali pertama. hehe





Takde sape tau lagi tentang ni, cuma family dan 2-3 orang kawan rapat sebab baru je lagi kandungan anak kedua ni.Kalau ikutkan kalau dekat clear blue digital ni kalau tulis "Pregnant 1-2" maksudnya kandungan baru dalam 3-4minggu lebih. Sama macam dapat tau Medina dulu. Tersangatlah awal lagi. Jadi,kali ni, aku belajar dari yang lepas2, kandungan baru lagi, jadi aku rahsiakan pada sesiapa.

Cuma pengalaman kali ni aku rasa agak berbeza sikit pada awal-awal tau aku pregnant.
Aku ceritakan sikit ape yang lain mengandung kali pertama VS mengandung kali kedua (berdasarkan awal2 dapat detect ni lah).

- Masa Medina dulu, aku tau pregnant sebab aku kerap buang air kecik. kejap2 masuk toilet, selang seminit masuk. berulang2.So, aku rasa ada something wrong somewhere. huhu.
Tapi...masa bakal adik Medina ni, aku tak rasa macam tu, cuma aku rasa pinggang aku rasa sakit sengal2,rasa macam berat je. Dan, aku rasa macam perut ni senak semacam. Tambah pulak, Medina tiap2 malam tido kemain ganas! habis ditendangnya perut aku sebab nak susu. haha.sabo je lah.

- Sakit kepala yang teruk macam rasa terhuyung hayang dan rasa macam nampak awan-awan atas kepala.haha. punyalah pusing.

- Masa Medina, period aku lewat sehari dah boleh detect. Tapi masa adik Medina ni, lewat 10 hari baru boleh detect positive.

-Dan yang palingggg ketara sekali, aku dapat rasa something wrong bila aku tiba-tiba mengalami angin kus-kus, badan aku automatic tak sihat secara mendadak. Sebenarnya, masa sebelum raya aritu, masa tengah jawab mid-sem exam, aku start sakit. Takdelah sakit ape pun, cuma aku batuk2 sampai satu dewan boleh dengar bunyik "qolqolah" (haha), batuk sampai hilang suara langsung tak keluar, dan selsema yg teruk. Kalau ikutkan, aku jarang kena macamtu sbb antibodi aku boleh dikatakan kuat (tak riak,bdasarkan pgalaman.hehe). Tapi, benda tu aku sakit sampai 2 minggu lebih la juga.  Itu ke petanda nak pregnant? huhu


Medina masa ni : 1 tahun 1 bulan. (sekarang 1 tahun 2 bulan)



Geram tengok muka dia tu, macam mak enonn sgt!!

Btw, aku nak sharekan sesuatu yg aku belajar dan pernah dengar ada someone cakap,

kalau bab anak ni, (kalau anak kedua la), percaya pada satu perkara iaitu

" Allah tahu bila waktu terbaik dia akan bagi kita rezeki kali kedua untuk mengandung anak kedua"

"Allah tahu bila waktunya kita dah betul-betul sedia nak jaga 2 orang anak".



Kehidupan kami bertiga InshaAllah jika Allah izinkan akan bertukar "kehidupan kami berempat".
heheh.malunyaa sebut ayat tu..rasa tak biasa lagi :'D


Copp..aku lupe nak cakap, satu lagi yang aku perasan dua tiga menjak ni, 
Medina asyikkkkk nak merapppp je dengan kitorang. Kalau yang tak tau, "merap" tu berkepit. hehe. Dari gambar ni pun boleh nampak, Medina pantang nampak kitorang duduk dua macamni, dia akan jelesss! Tu sebab gambar dia sebok terselit dalam ni, tengah lari nak masuk skali. Sorryy syggg, tak boleh!!! nasib ibu x crop gmbr awk yg comel tu.teheee :'D



Last but not least, 
mungkin nanti Medina dengan adik dia macam dalam gambar bawah ni kot.hehe


how sweet :'D

Rasanya masa adik Medina lahir nanti,bulan 4, 2015 kot. huhu. 
Lagi 2 bulan Medina nak masuk 2 tahun masa tu. 
So, Medina lahir tahun 2013, adik dia bakal keluar 2015. 
so beza nampak lah macam 2 tahun. hehe

sukanyaaaaa.
Terima kasih Allah :)





Salam sayang, 
Ibu Medina.
(mungkin nanti tak boleh tulis ibu Medina lagi dah, kena tambah lagi sorang jadi
"Ibu Medina dan ibu sorang lagi".hehe)






5 comments:

kasmadiana said...

Rasa mcm penah baca la ayat2 yang kak irine tulis nie..mcm mimpi pun ada..

..kakNaim.. said...

tahniah..

Beto Rahman said...

comelnya baju2 diaaaa!!! beli manaaa??? :D

NadKaz said...

rindu baca blog irine... hehe.. tahniah irine... semoga semua selamat dan sihat hendaknye..

tengku afza engku yusof said...

salam akak.. tahniah 4 the next coming baby.. saya nk pohon share ayat2 akak kt blog ni.. ni sya copy ayat yg sy nk share tu..

Btw, aku nak sharekan sesuatu yg aku belajar dan pernah dengar ada someone cakap,

kalau bab anak ni, (kalau anak kedua la), percaya pada satu perkara iaitu

" Allah tahu bila waktu terbaik dia akan bagi kita rezeki kali kedua untuk mengandung anak kedua"

boleh ye akak.. tq2... (awal2 dh ucap thanks.. haha)

thanks

"Allah tahu bila waktunya kita dah betul-betul sedia nak jaga 2 orang anak".

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in