Happy Birthday : Fiska Medina turns 1



Assalamualaikum :)

Terima kasih yang tertanya-tanya dekat facebook page, mesej dekat facebook, dkt twitter, dekat instagram tanya bila nak update blog. Rasa dihargai pulak.ehekk. Bila bukak blog, ada jugak yang still baca post-post lama, Alhamdulillah tq! tapi post lama dah boring dah, tuan tanah blog ni sendiri pon lama tak jenguk blog sendiri. busy kan aku? haha. Tak sangka akan sebusy tahap dewa macam ni. 

Last entry, share idea-idea yang datang dan masuk dalam planning untuk sambut birthday Medina. Rasanya dua bulan sebelum majlis kot dah setel list2 kan ape yang nak buat. Alhamdulillah, awal June hari tu dah pon setell kenduri doa selamat dan birthday party untuk anak sulung tersayang. Anak tersulung tak boleh blahhh.hoho

Maybe entry ni aku akan jadikan sticky post untuk mana-mana mak2 untuk refer entry ni masa nak sambut birthday anak nanti. Cuma 1st thing yang aku boleh share sikit time buat birthday anak ni make sure jangan sampai time event tu berlangsung muka tuan rumah mak baby nampak lesu gara-gara letih buat itu buat ini. Sebab dah terjadi pada batang hidung sendiri aritu! haha. Serius, memang nampak penat, tapi takpelah tak kisah pon, janji semuanya berjalan lancar. hehe. 

Perkara yang mula-mula aku plan ialah 
TEMA! 

Tema tu penting ye mak-mak sekalian. Kalau boleh cari tema yang bersesuaian dengan anak, takpun carik satu watak yang korang rasa anak korang suka dengan watak tu, maybe lebih pada cerita cartoon la kan? Sekarang ni pon ramai yang buat tema macam-macam. Yang penting, anak kita suka walaupun dia tak tunjukkan melalui perasaan sebab umur baru setahun! haha.


Invitation Card

So, i decided to choose 
Doc McStuffins theme

Sape-sape yang rajin tengok Disney Channel, mesti tau watak doctor ni. hehe. Last post kan pernah share, yang aku nak sangat tema Chibi Maruko Chan.haha, tapi tak kesampaian ayah Medina tak kasi. Last-last, aku pilih tema Doc McStuffins :) Nampak best pulak and rasanya jarang orang buat, tapi kalau dekat overseas mat salleh memang ramai buat theme ni tau sebab dekat luar negara kan memang femess watak2 cartoon dalam Disney Channel. No wonder lah kan.hehe.

Untuk invitation card ni, ada 2. Satu soft copy dan satu lagi hard copy.
Untuk soft copy yang aku invite tru internet senang nak bagi. Kalau yang hard copy ni aku bagi pada kawan2 terdekat yg senang nak bagi by hand dan jiran-jiran tetangga.


Hard copy invitation card 




Next!

Cari baju Medina. Mula-mula terfikir dekat sape yang boleh custom made dress untuk baby, and tiba-tiba terfikir why not kenapa tak tempah dekat orang yang kitorang tempah baju nikah and kawen dulu. hehe.Yes, Rico. 


Bidadari syurga :)

Kitorang pegi tempah awal sebulan sebelum birthday Medina. Sebab baju baby kan, so maybe proses nak buat baju tu tak terlalu lama berbanding baju kawen orang dewasa.teheee.
Masa dalam gambar ni, seminggu sebelum birthday Medina kitorang nak pick up baju. Masa dalam kereta otw nak pegi sana pick up baju, rasa nervous jugak ape akan jadi dengan baju Medina. Sebab plannya, aku bagi idea dan sketch dekat Rico nak gown design macam mana untuk Medina. So, yess, taraaaaaa! Macam ni la hasilnya bila Medina fitting gown birthday dia :) 



Masa sebelum nak tempah tu, aku request kalau boleh untuk gown Medina nak yang jenis tutup dan labuh sampai ke bawah. So, boleh pakai lama and nampak lebih nice boleh tutup bahagian kaki.

Canopy

Untuk canopy pulak, kitorang pakai service daripada orang yang sama buat time nikah dan kawen dekat belah aku di Melaka 2 tahun lepas. owh 2 tahun lepas, lama kan. hehe. Untuk canopy, aku request more to simple and nampak santai bila orang datang nanti.Means, tak terlalu sarat dengan kain-kain layer yang bercampur2 color. Make it simple and natural, white theme. Plus, aku request deco lantern paper gantung dekat bawah canopy dan fresh flowers as hiasan atas meja. Belon-belon jugak tidak dilupakan, antara props yang penting laahh sebab birthday party mcm tak sah kalau takde belon kan. hehe


Deco : Lantern paper


Table deco


Simple deco atas meja. Masa ni plan nak request fresh flower dalam vase, tapi fikir-fikir balik macam tak sesuai, lagipun event birthday ni untuk 3 jam je. hehe 3 petang sampai 6 petang :) last2 pilih yang paling simpe, letak dalam bekas kaca . Boleh DIY sendiri.


Fresh flowers in glass jar. 
Hydrageas flower ni kalau nak jaga tersangatlah manja. Masa ni sebenarnya aku dah terletak dan tersusun awal dekat atas meja. Excited punya pasal, pagi2 pukul 11 pagi terik macamtu aku dah susun atur atas meja. huhu. Padahal majlis lambat lgi pukul 3, so nampak tak daun hydrageas tu macam dah jadi malu-malu sikit.haha.layu sikit laah. 





Sebenarnya aku terlupa nak letak table cloth atas meja.huahua!
Punyalah orang canopy kasi free, aku terlupa nak letakk!! sabar je lah.


Doorgift

Untk doorgift pulak, tempah 2 bulan awal, masuk order siap-siap sebab takut queue dah full.
Untuk doorgift, target utama lebih nak bagi pada kanak-kanak je, so doorgift memang bagi yang paling simple. hehe. Before ni, cari dekat google and mana-mana website untuk doorgift comel-comel untuk baby, dan aku hantarkan dekat orang yg tempah ni, saya nak design ala2 macamni.bentuk macamni. hehe. So, dia cakap boleh 3 bentuk boleh buat, yang dipilih bentuk botol susu, stroller dan bentuk baju :) Tempah dalam kuantiti 150, tapi last minute tukar 100 pcs sebab takut banyak lebih.haha.memang byk lebih pun! sebab bila dah susun atas meja, dah habis lupe nak refill semula --' tapi takpe, memang habis jugak sebab next day tu bawak pegi kelas bagi dekat kawan-kawan yang tak sempat datang aritu :) 1 pcs cookies ni dapat RM 6 seketul.




 Majlis start pukul 3 petang. Plan asal memang nak buat malam sebab malam lagi rilex sikit. tapi takut tetamu tak dapat datang. Pukul 2-3 petang macamtu memang waktu tido Medina.haha.Memang Medina sebelum tu dah tidokan tapi dia mengantuk balik. 




 

oiii mengantok! haha. 
masa ni puas cakap dengan Medina,"Medina jangan tido dulu tau, potong cake dulu". huhu


Auchh! :') 


Plannya, pukul 3 petang tetamu datang untuk makan2 dulu. Pukul 4 tepat baru macam acara kemuncak potong cake untuk Medina. Sebelum potong cake, bacaan doa selamat daripada abang ipar untuk berkatkan majlis Medina :)



Doc McStuffins Cake :)


Details betul buat. huhu.





Blur nak potong cake :P 




Candy bar (table cake)
more to ala-ala paharmacy theme. hehe



Ada 3 bahagian meja set up untuk hari tu. Satu meja besar makan bawak turun untuk letak meja cake, meja untuk doorgift dan satu lagi meja untuk activity table kanak-kanak. Activity table kanak-kanak more to colouring session :) 

Sbenarnya belon nama MEDINA dekat backdrop belakang tu tak masuk dalam list pon. Plan untuk letak banner Doc Mcstuffins but malam sebelum tu survey kalau nak letak belon tulis huruf macam ni ok tak agak-agak. Ingat nak gantung dekat bahagian photobooth, tapi jadi nice bila letak dekat belakang meja cake ni. Teragak-agak nak beli ke tak belon huruf ni sebab agak priceyy kalau size besar macam ni. Satu huruf charge Rm50. So kalau 6 huruf Rm300. Tapi belon ni kalau angin dia dah takde, boleh lipat elok-elok and next time boleh pakai lagi tambah gas je.jimat dekat situ :) 



Medication bag :P 

Doorgift utk kanak-kanak. tapi rasanya mak pak kanak2 pun amik jugak.hehe.
utk doorgift kanak-kanak ni buat untuk 50 pcs sahaja kalau x silap.dah x ingat dah berapa.haha.40-50 pcs macamtu kot. Sebab fikirkan yang kawan-kawan datang tak ramai bawak anak lagi, so limitkan sikit :P 

Dalam doorgift ni ada pensil color (kotak kecik), jajan, biskut Munchys, dan susu dutch lady kotak kecik untuk kid. Sape yang datang awal sempatlah grab ni :P 


Medicines. hehe


Doc Medina's hospital gift shop :)



Gift shop 
Ada cotton balls. Cotton balls tu yang gula-gula kapas warna-warni letak dalam bekas. hehe.tu pon cina yang hantar ni waktu pagi sesat pulak jalan nak datang rumah. drama siappp.


Welcome to
Doc Medina's Clinic 


Cafeteria.
Kids dishes and utensils.


Tissue.
hehe.tapi sayang nak pakai. Sampai ke sudah habis event simpan lagi tissue ni. nak lap mulut pon tak sampai hati. lol.



Straw 


Colorful spoon and fork


Activity table
  

Cookies :)


Delicious cookies betul-betul ikut theme! 
  

Chocolate Bar




Choc Nuggets


Mini Choc Bar


Candies 
Jelly beans and smarties




Mineral water


Lolipop


 

Personalized tags!
Takde function ape pon tags ni actually.hehe. just for fun.
Ada 10 nama, so ada nama atok, maktok, ibu, ayah, paklong, and lain2.


  

Wishing board.
Bubble bottles, mini crayon, balloons and etc.





Doc Mcstuffins Bag .hehe comel kann. 
Ada dekat rumah, Medina dok campak2 baling2.haha.



Photobooth

Photobooth ni sebagai tambahan je sebab ada ruang dekat tepi rumah. hehe. 
Dah alang-alang team kak Shla and kawan2 dia set up kan. turun2 dah siap.cantik sangatt!



 



Special kerusi untuk pesakit Medina yang datang :')) 




haha sempat sekejap gila-gila dengan kawan-kawan Uitm !


Sis Rufaihah :) 





Adik ipar and anak buah :) 


Keluarga belah suami :)




Ada kerusi lebih dekat dapur tu bawak keluar and susun, ok jugak hasil dia :) 



Popcorn Corner


Ni pun antara yang nampak menarik time birthday Medina aritu :)
Tapi tu lah, salah diri sendiri, sebab awal-awal plan kitorang nak buat lepas Asar pukul 4.30 macamtu, tapi tukar cakap pukul 3 petang. Masa booked popcorn ni 2 bulan awal sebelum majlis. Terlupa nak cakap dah tukar pukul 3 petang. Tau2 owner dia datang nak set up lepas asar macamtu.datang lambat lah. Masa owner dia datang nak salam, dalam kepala tak terfikir ape pun, tak terfikir pun ada order orang popcorn.haha. Dah rushing sangatttt..Tapi takpe, everything berjalan dengan lancar, even rugi masa sikit, tapi takpe popcorn dia sedap! 






 

DIY hanger pic frames

Yang polaroid pictures gantung-gantung ni sebenarnye idea datang bila 2 bulan sebelum majlis google dekat internet. Tengok birthday event style mat salleh.diorang kan boleh dikatakan ramai yang kreatif!! So, jumpa style macamtu save pic masuk dalam list. hehe. Hantar gambar tu dekat kawan, (papayum a.k.a tukang kayu pro.lol) suruh dia tukangkan frame besar ni. hehe.Asalnya nak tempah, tapi papayum bagi gift terus utk Medina. Alhamdulillah tq! 




Polaroid pics ni print banyak-banyak sekaligus.
Sekeping Rm1. 





 Masa nak hujung2 tu si kecik ni dah start mengantok.
Tahap mengantuk dia macam lembik satu badan. haha




Finally tidooooooo.
Memang tido kaw-kaw punya time ni. Geli pun tak terasa dah. huhu. 


 

Little Family <3 nbsp="" p="">
InshaAllah ada rezeki tunggu Medina jadi "Kakak Medina". 


Last but not least, haaaa panjang kan entry ni. hehe.
Entry balas dendam namanya 2 bulan tak update. hamikk jenuh nak scroll dari atas sampai ke bawah. Tq so much tetamu, kawan2 Universiti, kawan2 husband, family husband family sendiri, kawan2 fb yang datang, Kak Shla and team, orang buat cake, orang buat cookies, orang pasang khemah, dan sape2 lah rasa dia terlibat! hehe. Tq banyak membantu dan memeriahkan majlis! tanpa korang semua tak berjaya pun event ni. hehe


Tq semua yang sudi bagi Medina hadiah2. :')
stok setahun utk medina main puas2. hehe. 
p/s : nampak tak tangan Medina senang lenang macam tengah main gitar.haha






Lepas daripada majlis ni, malam tu terus flat satu badan. tak larat nak buat ape dalam masa 2-3 hari.letih satu badan. Setel semua perkara. hehe. Suka tengok bila kanak-kanak yang datang happyyyy amik makanan, amik mainan doorgift semua. Alhamdulillah rezeki sama-sama kita share dan share kan kegembiraan sama-sama. 

Untuk Fiska Medina anak ibu, 
terima kasih jadi anak ibu. hehe. skema nye ayat aku woiii!! haha.


 TIPS untuk parents yang nak sambut birthday anak 
yang maybe aku boleh share sikit dekat blog ni :- 

1- Set nak buat dekat mana. Dekat rumah/ sewa hall/buat open air macam taman permainan. Ada pro and cons buat dekat rumah. Kalau buat dekat rumah orang senang nak dtang, sedara mara senang nak datang, dan jiran2. Cuma kalau ramai tetamu yang dijemput, cost canopy di ambil kira. Kalau tak ramai atau untuk yg terdekat2, buat dekat rumah dekat depan bahagian garage kereta. X memerlukan canopy, cuma meja2 dan kerusi sahaja. Dan mungkin tenaga lebih diperlukan buat dekat rumah sebab awal-awal nak kemas dan bila dah habis event kena kemas lagi. hehe.macam keje kawen lah.

2- Set nak buat pukul berapa. Waktu petang2 sangat digalakkan sebab senang parents nak bawak anak-anak datang, kalau malam pon ok jugak cuma takut anak2 cepat mengantok. dan waktu petang jugak lebih santai untuk kanak-kanak buat bising dan menjerit time tu.haha

3- Set tema birthday untuk anak.
Kena ada, tak kisahlah tema ape pon, janji akan nampak ceria masa event tu nanti.

4- Set menu makanan untuk tetamu. Untuk birthday lebih pada makanan simple2 dan friendly untuk kanak-kanak. Macam mee goreng ke, laksa ke, bihun, satay, ayam goreng, nugget, kentang, cendol dan lain-lain. Macam birthday Medina aritu dapatkan khidmat catering dekat Teratai Ibunda. Menu yang dipilih :-
  • bihun goreng singapore
  • mee rebus johor
  • honey chicken wings
  • nuggets
  • french fries
  • coleslaw
  • karipap pusing
  • kuih seri ayu
  • tembikai
  • cendol
  • teh tarik
  • sirap limau nipis
  • air mineral
Yang atas ni dah termasuk dalam pakej catering.Ada  2 pilihan, so kitorang pilih menu yang ni sebab ada ayam, nuggets, kentang sesuai utk budak2 yang datang.


5- Bahagi-bahagikan kerja. Make sure ada orang yang incharge dekat bahagian meja cake atau sekitar2 tu. Sebab nanti jadi macam diri sendiri hari tu, ada coklat yang dah habis atas meja, tapi tak refill. Padahal makanan2 tu semua ada bawah meja, haha! Sabar je lah kan. Dekat sini jugak penting utk make sure tempat cake tu tak bersepah. 

6- Bahagikan tugas melayan tetamu (untuk tuan rumah).

7- Sediakan plastik2 kecik dan besar in case ada makanan dan lauk lebih. Kalau banyak lebih, boleh diagihkan dekat sedara mara, family, dan kawan2. Plastik sampah jangan lupe. 

8- Sediakan pinggan2 kertas untuk letak cake lepas agih-agih nak potong. Benda ni nampak macam simple, tapi kalau dah banyak benda sangat, mesti akan terlupa part ni ! yes betull trust me. Kalau boleh letak depan-depan cake. Senang nampak, so boleh agih2kan cake dekat tetamu. 

9- Barang-barang berharga jangan letak dekat luar!! simpan dalam bilik. in case apa-apa kita tengah busy, tak sedar semua tu kan macam-macam boleh jadi.

10- Tips yang last sekali, SENYUM. hahah. tips paling senang.
Macam birthday Medina aritu, aku rasa orang boleh nampak aku penat, tapi aku bantai je senyum macam mana dekat semua orang datang. hehe. 



Tu je lah 10 tips yang boleh di sharekan utk birthday anak ni. hehe. 
Ape-ape pon kerjasama tu penting. tak boleh buat semua ni sorang-sorang, serupa macam kerja kawen jugak.





p/s : Anda dialu-alukan untuk share entry ni sebagai rujukan pada masa akan datang. :)



Bye!



53 comments:

siti noraishah said...

bestnyaaaa . cantik and comel goodies :)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum Medina..moga membesar dengan penuh kasih sayang,, cantik budi pekerti dan taat pada ibu ayah..dan paling utama..cintakan Allah..sayangi Rasulullah SAW..

HaFizaH aYu said...

Meriahnya besday medina..nice theme ;-) happy besday medina bucuk2 dgn hrpan bila dah bsr medina baca taw komen auntie ayu hehe..jadi anak yg solehah taw taw

mawar berduri said...

bestnya...lmbt g nk tnggu turn kita...

NaNa Lya said...

lama tunggu irine update blog entry bday medina ni..hehehe.. sweet je bday medina..good job ibu medina..

NaNa Lya said...

dah lama tunggu irine update blog pasal bday medina ni..hehhe..

kusinero cinta said...

Waa..meriahnyaaa...hehe..rasa macam mau pegi bday party medina jak..

Syahirah Farah said...

Suke tgok entry irine..medina pon comel jer..=)

cik mah said...

Comel sngt medina sambut besday..sekejap je dah setahun..smg medina menjadi anak yg solehah...

Aimi Farhana said...

sweetnya.. i love the theme !

Sheila Salim said...

assalamualaikum irine.. nice entry! comel sangat medina pakai gaun! semoga membesar jadi anak yang solehah. amin..

ayunidati said...

Comelnya medina... happy besday medina..

ayunidati said...

Comelnya medina... happy besday medina..

Amyera said...

salam , bestnyee medina . Jelous !! Agak-agak berapa badget kak irine yerr ,,

Fazleyatul Aini said...

fuhh meriahnya besday medina
banyak hadiah dapat

Norliza Nordin said...

medina dan ibu cute sngatttt ;)

Liyliz said...

FUH MG Kena detail sgt2 nk buat lg2 event yg comel2 mcm ni.

Nadia Elena said...

bestnya medina, kecik2 dah ada birthday party sendiri, siap bertema bagai, comel jeeee.. ^^

Salsabila said...

hebat gile , bertuah baby FM .

Afifah Anuar said...

Cutenya birthday party Medina :)

PetakBunga said...

hapy belated birthy Medina

Syarief Azman said...

congrats.. akak ni muda2 dah kahwin, dah ada anak.. bahagianya. moga kekal smpai syurga. in shaa Allah ^_^


visit my blog ^_^

Adi Nur said...

comel2 semuanyaaa :D

Bintu.Zulkiffli said...

Wow, seriously inspiring sis :)

cik einul said...

you know what irine? you nie sangat teliti and teratur. tu yg event you nampak superb and nice. tips yg you bagi pown memang sangat berguna. bukan utk birthday party je, tapi untuk apa2 event skali pown.

Nazirah Najib said...

Oh my goodness. Everything is soo cute, every little details, the baby, the mommy, deco and even the pic.



nazirahnaj.blogspot.com

ayu Shaklee said...

happy birthday medina. semoga menjadi anak yang sollehah. cantik nya tema birthday dia.. =) comel

Nurul Ainaa said...

waaa bestnyaaaaaa medinaaaaa, nakjugaaaaa haha =D

Mrs Liyana said...

Wah..happening nyer hari bufday die. Happy bufday medina

anna alaui said...

smpai ke choc nuget pun ikut theme..ya Allah details btol si irine ni...

Miss Skinny said...

best nye...I'm still single..Tapi inshaaAllah kalau dah kwin nnt, dpt anak nk buat mcni jgk la..maybe lain skit. hehe. THank you kak Irine!!! :) Sgt ohsem!

Linda Ishak said...

Happy belated birthday....

Mek Onie said...

irine ni mmg dr dulu sweet k!hehe

Yana Nor said...

assalam irene...
medina sgt2 la bertuah..meriah btol majlis

cantik nya deco & goodie bags..
bole x share kan contact person?
thanks

aniesa ahmad said...

bestnyaa bufday medina. Medina selamat hari lahir ye. Semoga Medina sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah dan moga-moga medina menjadi anak yang solehah. :) Luv you Medina .. :))

gadis jumaat said...

Happy Birthday Medina... Bestnyaaa detail sangat birthday party Medina! Btw haritu nampak Irine n hubby n Medina kat Giant Shah Alam, nak tego tapi segan. Hehe..

Suriana abdul kadir said...

Wow memang macam kenduri kawen lah :)
Alhamdulillah selesai..

mama tisya said...

suka tgk birthday party bertema..untung medina baru 1thn dh meriah camni kn....anak akk baru jugak buat birthday party tema frozen tp just simple deco je sbb buat kt kfc

Official Ky said...

Wowww..... Sangat Awesome...

Bestnyer Birthday Si comel Medina...

Nice~~~

Ummi Ain said...

waaah..3 wow utk birthday medina.semoga menjadi anak solehah kebanggaan ibu ayah..aamiin

Raihanah Amdan said...

Alhamdulillah.. great job dear! :) kreatif sangat tau.. mmg inspiring! :)

Siti Asiah said...

hepy belated besday medina, sweet sangat...rase nak kunyah2 jerk...:)

mama amir said...

ALhamdulillah...dah besar dah...semoga menjadi anak yang solehah ye...aamiin

shalimar yusof said...

Bertuahnya Medina..:D

ummi said...

wow meriahnya..approximate budget utk buat birthday party ni berapa? comel angat

sahibbah nazar said...

salam kak irine. nak tanya, macam mana nak tempah gambar polaroid yg comel2 tu eh? :)

Nur Hidayah said...

hihi,.happy besday medina.moga membesar menjadi anak solehah.amin....anak sya pun bulan 6.3/6/2013hihi

O'gosh Iskandar said...

sangat meriah..dan sangat detail..Happy Birthday Medina...

Anis Najwa said...

Nmpk matang medina disitu :) mehh nak cubitbsikit

ietams said...

cantik.. meriah.. penuh warna warni,
comel medina tidur

waty hamdan said...

Askum sis irine...nak tanye,sis beli dekat mana bubble tuh?

nur khalilah hassan said...

Assalamualaikum irine :), boleh share tak budget untuk event birthday yg irine buat mcm ni?

Mashitah Mamat said...

wooowwww, shantek sangattt...


assalamualaikum tuan tanah, dan semua..

nak jemput semua pada 27-29 Nov 2015 ke MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR di SACC MALL SHAH ALAM, ada macam2 aktiviti untuk anak2 MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in