Medina turns 1 : Planning and checklist



Assalamualaikum.
Rindunya blog. hahaha. Kau dah kenapa Irine awal-awal mukadimah entry dah gelak --'
lamanya tak habiskan masa sepenuhnya dekat depan blog. 


Takde ape cite sangat pun, life Alhamdulillah Allah kasi pinjam kasih sayang. Ada keluarga sendiri, keluarga mertua yang sangat baik, suami dan anak pun dah cukup syukur. Takde ape pun nak minta lagi selain panjangkan kasih sayang kitorang semua :'D


Sebenarnya, nak cerita niiiii. Ada lagi 48 hari lagi nak tunggu si kecik tu genap setahun. Haa siap kira kau 49 hari, bukti ibu mithali .haha :P Kejaplaa pulak setahun umur anak, haihhh. Medina punya birthday 6 June. So kalau nak diikutkan memang lambat lagi, tapi tau-tau je laa kalau bab-bab macam ni aku jadi tak keruan and suka nak siapkan macam-macam benda. Lagi-lagi 1st time nak sambut birthday anak, kalau dulu masa kecik-kecik ayah dengan mak yang dok raikan birthday aku. Sekarang ni turn diri sendiri pulak. 

Macam-macam dah plan, tapi plan cakap pakai mulut je lah.haha. Tapi cakap2 pakai mulut ada la jugak 2-3 perkara dah setel booked. Tu pun senyap2, husband wait and see je lah nanti. Ntah, aku ni memang suka plan sorang2, then sampai masa nak mintak pendapat baru laa tanya husband. hehe. 

Untuk birthday Medina ni nanti, kitorang plan buat serentak dengan birthday ayah Medina. Lagipun beza seminggu je. Medina 6/6, ayah Medina 12/6. So, dah alang2 kan, nak cut cost buat sekali majlis kesyukuran dan birthday party sekali untuk dua orang ni :)  

Ada beberapa perkara jugaklaaa yang aku berjaya  siap-siap listkan. Ni pun banyak refer2 dekat blog kawan2. Tq dekat blog Kak Zimie sebab banyak sangat share apa yang perlu and kena ada kalau nak buat birthday party ni. Semuanya aku listkan dalam buku khas, kalau x catit confirm hilang idea2 tu. ngehngeh.

Checklist 

TEMA 



Sebenarnya aku dah plan siap-siap, tema birthday Medina ni nanti nak buat tema cartoon Chibi Maruko Chan.huhuhaha. Nak diikutkan, Medina memang fanatik cite Upin Ipin, tapi takkanla aku x nak buat tema tu kan, macam tak kena pulak dengan Medina sebab dia gegirl. So, plan nak buat Chibi sebab kadang-kadang aku sendiri tengok medina macam rupe chibi.haha :P 
Tapi tema Chibi Maruko Chan tu direject sekeras-kerasnya dengan husband. Sabo je lahhh. sebab dia x nak tema tu. huhu. So, tukar plan, tema nya nanti to be confirmed , cuma tema dari segi color nanti GOLD & TIFFANY BLUE :) Kalau boleh memang nak lari daripada tema PINK color sebab ibu dia sendiri dah bosan dengan color pink tu, so kita try tukar.hehe. Tapi x tau lah, ibu mampu ke tidak tak selitkan color pink dalam tema ni. kehkehkeh pendirian tak tetap. 


Ni laa Chibi ibu. hehe


Chibi Ibu 10 bulan setengah. 
Bila dah besar muka lebih ke arah ayah dia dah. Dulu masa kecik macam ibu. :D
Betul orang cakap muka baby cepat berubah-ubah.


melawat kakak Chibi dekat tesco :P 



TARIKH & WAKTU 
sehari atau 2 hari lepas birthday Medina. 
7 or 8 June 2014 (Sabtu @ Ahad) tapi nak buat maybe 7 June 2014 hari Sabtu sebab kalau hari Ahad macam tak best sangat sebab esok tu dah hari Isnin masuk keje, sekolah la ape la. 

MENU 
Menu takat ni tak sure lagi sebab tak tau nak buat2 makan nasi ataupun makan makanan petang macam mee goreng ke, mihun, laksa, sate. TAK CONFIRM lagi.

DECORATIONS 
belon, backdrop banner, Alphabet banner





GOODIES 
stationary, lolipop, toys, candy. Untuk goodies ni aku x focuskan untuk bagi dekat mak2 budak! hahah. sebab nama pun birthday party kan, hehe so maybe dalam goodies bag tu lebih pada budak2 punya makanan and mainan budak2 je :P Mak ayah bagi makan cukup. hihi.



GUEST LIST 
Guest list tak ramai pun. Lebih pada family, family in law, sedara2, jiran, kawan2 Uni, kawan2 rapat and kawan2 yang kenal kt internet. hehe. 100-150 orang mcmtu.

KAD JEMPUTAN 
Emm, kalau buat card besar2 kang mengalahkan macam nak buat kenduri kawen anak pulak.haha. So, jgn mengada2! Buat card design sendiri and post invitation dekat FB pun cukup asalkan ikhlas nak jemputnya :)

BIRTHDAY CAKE 
Birthday cake. tak sure lagi jenis macam mana, tapi kalau family belanja dialu2kan. hekhek! 
Plan kalau ada bajet lebih nak belikan satu cake untuk husband. Haaa jaga2!! tperanjat nnti cake macam mana. hehe





CANDY BUFFET
cupcake, candies, personalized food antaranyaaa yg boleh dipilih --- > kitkat wrapper, cotton candy in tube, popcorn in cupcake cup, fancy cookies & candy in clear plastic
Water label untuk botol air mineral yang bentuk bulat2 tu .





COOKIES
untuk cookies ni kalau ada bajet lebih boleh laa plan untuk buat. 
untuk cookies setelah dikaji-kaji nak cari yang cookies ada bentuk baby, bentuk romper baby, bentuk botol susu baby. Haaa, kan nice tu. hehe! comel sebab penah nampak and trend cookies bentuk macam tu.




sampai sayang nak makan :'D









So, ada sesiapa boleh suggestkan tak website/facebook page/instagram yang boleh buat cookies macam ni? Nanti suggestkan dekat bahagian comment blog ni ok! memang urgent cari sekarang. 

LUCKY DRAW
Untuk lucky draw ni sebenarnya dapat idea daripada attend birthday party anak kawan, Kak Am. hehe. Masa party nanti guest sampai2 je terus bagi balang cabutan bertuah. So, agak2 masa semua dah habis makan, cabut no and bagi hadiah mana yang bertuah. Bagus jugak idea ni sebab boleh bagi guest semua tak balik awal nak tgu nama bertuah ke x menang hadiah.ekeke.

PHOTOGRAPHER
kene ada. hehe.kalau boleh nak elakkan daripada siblings sendiri jadi photographer sebab nanti takde gambar dengan diorang. So, untuk photographer dah booked and setel siap2 last week.

DRESS FOR BIRTHDAY GIRL
dah ada idea jugak nak jenis dress macam mana untuk Medina nanti. Tapi kalau boleh nak elakkan dress yang material dia tebal and boleh buat medina cepat panas and berpeluh. Kalau berpeluh and panas for sure mood dia lari.




 Tak kisah pun dress jenis macam mana, janji ikut tema and si kecik ni selesa bila pakai and nak bergerak2 :) 



Ok last but not least, tu je lah nak share planning and checklist. 
Yang gambar-gambar atas ni sebagai contoh and inspirasi je. hehe. sekadar angan2. hehe.


Tata~~

Salam sayang, 
Ibu Medina










51 comments:

FaRLyNa NaTaShA said...

hopefully sume berjalan lancar untuk medina..semoga jadi anak solehah n stay cute!!

Che Siti Maryam said...

comel yer medina...geram3...^_^

hidayah said...

Asalam. utk cookies tu sis bole pegi dekat fb page https://www.facebook.com/pages/Mad-About-Cake/112445252197449.
bole contact pak cik sy che wan noor atau pembantu dia chef zam :)

Wawa Kardir said...

happy birthday in advanced little princess medina

Wawa Kardir said...

happy bithday in advanced little princess medina! be a good daughter,dear!

saraa yasmeen said...

alahaii comel semuaa benda. rajin irine search kan.. :) kite ad taw yg bleh wat cookies comel2 kat dhada little bakery https://www.facebook.com/pages/Dhada-Little-Bakery/162925907182316?hc_location=timeline

Ezzaty Adilla said...

Bertuahnye medina dpt ibu mcm kak irine ^_^

Nadhirah Ahmad said...

irene stay mane ye. sbb nmpk hubby irene kt msjd bkt jltng

Alia Az said...

Goodluck kak irine . Semoga dipermudahkan segala urusan , In Sha Allah , amin . Btw , nak wish awal2 lah . Hahaha , happy birthday medina comel , semoga awak jadi anak yang baik and solehah . In Sha Allah , amin . :)

Cik Pieja said...

Cute giler medina,smpai nyamuk pun cium pipi dia..hehehe,cute2 jer cookies tue..

Solehah Shamsuddin said...

Irine, kenal akak x? Akak yang selalu stalk like n komen insta Irine setiap hari tu... @pinkgemstone90. Hehe sebenarnya akak pn blogger jgk dan suka tgk medina. Ini akak share link yg irine leh jdikan rujukan. Tengoklah dlu ye. Sebenarnya banyak lagi link yang best2, tapi cukuplah akak share yg ni ye sbb nt penuh lak list dlm ni :)

1) http://abbycreativedesigns.com/

2) http://www.whitedaisy.my/pdisplay.php?ctid=C004

3) http://jocakes.wordpress.com/

4) http://razzledazzlepartybox.blogspot.com/

5) http://house-of-favors.com/

6) https://www.facebook.com/pages/Babycakes-By-Good-Eats/102592803479

7) http://zetyfondantcupcakes.blogspot.com/

8) http://www.bisou.com.my/index.htm

9) http://igorgeouscupcakes.com/

10) http://www.babyzone.com.my/category-71088.html

11) http://zauqi.com/

12) http://www.choffles.com/

13) http://www.superbnoveltycakes.blogspot.com/

14) http://www.eventdirectus.blogspot.com/

15) http://www.jellycakehouse.com/design.asp?design=Baby%20/%20Dolly%20/%20Pretty

16) http://jcakehomemade.blogspot.com/

17) http://www.diarikasih.com/

18) http://www.mndcakes.com/

19) http://www.purple-party-cakes.com/birthday-cakes-for-children.html

20) http://www.angelinestanley.com/

21) http://babydiapercakesngifts.wordpress.com/tag/malaysia/

22) http://cakepantry.com/

23) http://www.gift-talk.com/

24) http://www.ilovewondermilk.com/Wondermilk/I_Love_Wondermilk/I_Love_Wondermilk.html

25) http://www.paulinescakes.com/

26) http://cherrycakedesigns.blogspot.com/

27) http://food.malaysiamostwanted.com/venues/babycakes-sweet-shoppe-jalan-tun-razak

28) http://babypoppits.com/store/

29) http://www.lovegardens.com.my/

30) http://shilashower-diapercakes.blogspot.com/

31) http://www.mika.com.my/html/

*Akak suggest Irine wt theme Mickey Mouse & Minnie Mouse ataupun Princess Barbie & Prince Julian. Kalau ada idea nt, akak share sini lagi ye :)

Liyana Aziz said...

Irine bole try arromazcottage kat instag.

HaFizaH aYu said...

Hello kembar chibi maruko geram tgk taw..irine yg psal cookies tu nati ayu bgtaw blk sbb lupa dah apa nm instagram yg blh wat cookies tu

aishtella mrs said...

hi irene is there any entry how u met ur husband?. ;)

namiacinta said...

apa kata buat kek medina ikut tema kalau buat kek muka median yang comel tu pun ok jugak .. :)

Mia Kassim said...

Comel....betul2 cam chibi maruko chan... :D

aishtella mrs said...

hi irene sorry.loves to read ur story.is there any entry how u met ur husband ? tq.loves to hear from u soon.

Yasmin Yusuf said...

Suka tgk kak irene buat checklist utk birthday medina.sangat teliti dan creative.biasa stalk medina kat instagram rasa nak cubit2 je pp dia sebab comel sangat.hehe

ienalina ismail said...

Comelnye Medina...Mcm nak cubit2 pipit dia...;)

Nurul Syuhada Mohd Norawai said...

Meriahnya...makin besar makin nomey2 Medina ;)

ira rara said...

comelnya baby medina nie...geramnya kt pp dia n molot dia...hehehe

Erynn Anyssa said...

Bestnye Medina!!hehe..
btw Irine,bisnes kita Zhe Photoprops ada buat hanging flag (yang nama2 tu) dan photoprops.So nak tya Irine dah tempah sesape belum benda2 tu?Planning want to sponsor baby Chibi that thing.
Apa2 nanty Irine reply kita eh
erinanissaanas@yahoo.com.(kita pernah beli shaklee ngan Irine tau)
Contoh props boleh tgk kat page Zhe Photoprops n ig kita Erynn Anyssa.

Thanks;)

zurina said...

Assalamualaikum..irine boleh share tak care pkai shawl mcm irine pkai ni..tq

DYatie said...

Wahh. Semoga dipermudahkan segala urusan sis.

leyla nurjatiey said...

Wah..beruntung nye medina ni..hope majlis sis irine berjalan dgn lancar..semoga dipermudahkan sgala urusan..happy coming soon birthday medina n ayah medina..

♥iqah♥ said...

salam
irine , akak nih ada buat sugar cookies macam irine nak tuh.
https://www.facebook.com/thinkcakesbakery?fref=ts
:)~

Nadia Asyiqin said...

http://instagram.com/ilaniyaacob
hope this will help you kak irine :)

Zarith Hajar said...

Salam kak irine, akak try search dekat ig ilaniyaacob . Cantik2 cookies dia :D

awesome girls said...

i can imagine the birthday party will be soooooo cute like medina!!!

medina sgt cute!!!!! and irine sgt cantikkk~~~~

hope your family will stay cute and lovely! and i really love tiffany blue!!

Dieba Adieba said...

Alahai sweet nya medina..

Cida Rara said...

http://decorcookies.blogspot.com/2012/03/tempahan-dari-aryana.html

bukak webste ni.. maybe bermanfaat untuk cookies tu.

Siti Hajar said...

Ahhhh. Semua tomei. Semoga Medina besar menjadi anak solehah kat ibu ayah yang baik hati ni. Amin.

Amalina Mina said...

x sabarnye nak tunggu baby medina nye birthday party..

Amalina Mina said...

x sabarnye nak tunggu baby medina punye birthday party...

stichares said...

wahhh bestnyaaa.... nanti bila dah settle semua jgn lupa share ngan kami yer irine......

good job mom!!

penyisir rambut said...

kenapa comel sgt adik Chibi ni haaaaa??? heheh..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. bestnya Medina. ibu dia excited dah naik buat party.. kita share tarikh lahir sama dengan Medina. hihi... geram lah tengok muka chibi dia, heshhh~

Suffi Izzara said...

baby FM sm tarikh lahir dng anniversary aunty la..

so cute ibu medina ni.. suke sngt..
anywy salam pekenalan.. ari2 bkak IG ibu medina nak tngok baby FM.

:-)

::Aja:: said...

Kawan akak buat sugar cookies tu irene..cer tgk FB die or ig die : yang's delight

AsknieAlias™ said...

My baby turns 1 on 5 June 2014. Sehari awal dari Medina. Heheh

Nak buat 8 June pun bole la Irene, sebab minggu tu cuti sekolah kannn...

Cik Hanizk said...

comelnye anak sis!

LisaLisut said...

comelnya laaaa medina ni.hugs!

nurul ain abdullah said...

irine.. boleh kongsi tak cara irine pkai tudung

Azura said...

Irene, alang2 warna tiffany tu, buat lah tema katun Frozen. Pernah tgk besday girl sapa ntah aritu, sgt cantik dgn snow2 sume... n cookies leh usha IG shilashower. Dia pandai main kaler tuk cookies dan hasilnya sgt cantik dan kemas.

nurul ain abdullah said...

irine share la cara pakai tudung mcm dlm gambar ni dan gambar yg sblom sbelom ni :)

nurul ain abdullah said...

irine.. boleh kongsi tak cara irine pkai tudung

Azuha idris said...

cute miut ...geram tengok medina ni....ingat medina ingat tempat yang perbah dikunjungi di spain....medinalzahra.....di zaman ketamadunan uthmaniah..

aimun amanina said...

Comeynye fiska...gerammm tgok...hihi

nuRuL eTyHa said...

Bertuah baby medina..dah la comey..ibu plk sporting nk plan mcm2 utk besday...hiii..syoknyer..xsbr nk tgk baby medina melawa smbil potong kek nnti...hiii..opss..satu lg jmpt kwn2 follow sy sama..hii...bdk2 bru bljr dunia blogging :)

Rohani Jemal said...

Bila nak share majlis birthday party yang sudah berlansung tu dear?

Rohani Jemal said...

Bila nak post majlis hari jadi baby yang dah blansung tu..mesti best kan

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in